Mengandung kali ni doktor kesan ada kencing manis pulak lepas minum air gula pada 29/5/2019 hari tu. Nurse KK whatsapp suruh datang buat BSP. Dah la first time. Benda apa BSP ni?
BSP stand for "Blood Sugar Profile" iaitu ambil darah untuk check kandungan gula dalam darah. Ujian BSP ni untuk ibu-ibu mengandung yang kantoi masa minum air gula (MGTT).
BSP akan di ambil sebanyak 4 kali sehari. Iaitu pada pukul 8 pagi, 12 tengah hari, 5 petang dan 9.30 malam. Darah di ambil hujung jari ja bukan 1 tiub tu. Hehehehe..
Bacaan pukul 8 pagi tadi nurse kata tak cantik. 5.6. Nurse kata kalau nak cantik kena bawah 5.3.
Lepas buat BSP pagi tadi, terus pergi ke hospital sungai petani untuk sesi ceramah pemakanan sihat. Masa tu lah baru tahu cara-cara nak kawal gula dalam darah.
Sepatutnya sebelum buat BSP kita kena puasa dulu (dari pukul 10 malam) tapi air kosong boleh minum. Air bergula. Kordial. Air gas. Pati buah TAK BOLEH!!! Agaknya sebab tu lah bacaan tak cantik pagi tadi sebab berbuka dengan air soda & sahur pula dengan nasi lemak!!! 😥
Bacaan ke dua pukul 12 tengah hari tadi turun ke 5.3. Bacaan ke 3 pula pukul 5 petang terus turun ke 5.1. Dan last untuk hari ni pukul 9.30 malam terus turun ke 4.9. Alhamdulillah... Bacaan cantik. Kalau x mesti kena repeat.