Showing posts with label Tips Pemasaran. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemasaran. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Bagaimana Nak Menjual barang di Internet?

Ni artikel copy-paste je yer..
Untuk perkongsian bersama.

Saya nak share cerita mengenai menjual barang di internet, kebetulan cuti yang panjang ni, dan bila berkesempatan jumpa rakan-rakan dan saudara-saudara, ramai yang bertanyakan bagaimana nak jual barang di Internet, saya pun cerita la, apa yang saya tahu, kebetulan dulu saya juga salah seorang pengajar untuk subject e-commerce, dan masa tu saya tak buat apa-apa pun dengan knowledge yang saya ada, saya ajar orang, tapi saya tak buat, kini saya cuba nak aplikasikan pengetahuan tu di dunia internet sebenar. Bagaimana berniaga di Internet?

Ok untuk dunia Internet ni, sebenarnya bukan lah lebih mudah, tetapi tidak sesusah macam business konvesional, tapi memerlukan usaha juga untuk berjaya, bukannya, hari ni setup blog/FB, hari juga boleh terus meletup, kena SABAR, dan guna kan internet tu sebaiknya. Alhamdulillah, ada juga yang saya ajar, berjaya, dan tak kurang juga yang tak berjaya, Apa pun itu dah jadi usaha masing-masing. saya hanya mencurahkan apa yang saya tahu, kemudian adalah usaha masing-masing, saya kini pun masih  dalam usaha untuk memperbaiki diri.

Sebenarnya untuk berniaga di internet ni tak semestinya memerlukan barang berbentuk digital, tetapi juga barang-barang berbentuk fizikal, dan juga makanan. Haaa..Makanan pun berupaya di jual dinternet, Tak Percaya??? nanti saya masukan tentang entry rakan yang berjaya berniaga makanan di Internet.

Internet ni sebenarnya adalah ruang untuk mempromosikan barang, dan juga kedai, terpulang kepada owner nak jual apa produk pun, asal pandai gunakan Internet untuk promosikan produk masing-masing, dan tunggulah hasilnya.

Salah satu medium yang digunakan ialah Blog/website dan juga FB, kenapa? kerana ini merupakan medium terhangat abad ini, macam mana? cuba kalau kita pergi melancung ke mana-mana sekarang ni, contohnya nak cari tempat makan, dimana ruang yang selalu kita tanya? bukan kah search engine google, yahoo dan macam-macam lagi? kemana dia akan pergi??mestilah blog atau FB kan, so ini merupakan platform yang telah sedia ada untuk anda promosikan produk anda, mungkin bukan hari ni, mereka nak cari, mungkin satu hari nanti, sebab tu perlukan KESABARAN, yang penting sentiasa update dengan info-info berguna untuk kemudahan orang ramai.

Tips pertama.
Perlu ada produk untuk diniagakan, tak kira la E-Book ke, service ke, atau produk nyata.

Tips kedua
Buat /develop FB/Blog/website terpulang nak yang free atau berbayar. kalau ada budget bayar la, senang nak maintain dan banyak features yang advance bila bayar ni.

kalau yang berbayar modal hanyalah untuk
1. beli domainname :RM30++
2. Sewa hosting : RM100++ setahun, bergantung kepada jenis hosting dan features yang disediakan.

Kalau nak Free
1. pergi je ke blogspot.com reg dan terus guna

Tak pandai nak buat Blog/FB?
Untuk yang baru nak mula, jangan risau, di internet ni terlalu banyak ruang yang menyediakan service untuk anda buat semua ni. ada yang free seperti blogspot.com dan ada yang berbayar seperti di http://murahnya.my/ pilihan di tangan anda. anda nak anda cuba, dan rasai sendiri.

Tips Ketiga
Buat Promosi, macam mana?? haa ni part paling penting..kalau nak business, yang ni tak buat, susah la sikit, macam mana orang nak tahu. takkan nak reg dan tunggu sahaja, so kena ada usaha, kena kerja la...

Tajuk
Ok untuk Blog atau website, untuk permulaan ni kena rajin sikit buat artikel, at least 4 artikel setiap hari..huii..banyakkan??? alah..cari la apa-apa cerita yang sesuai masa kini, yang selalu orang cari untuk dijadikan bahan, dan kemudia, buat tajuk dengan menggunakan keyword yang orang selalu cari, antaranya, mulakan dengan persoalan bagaimana, dimana, apakah. kerana tajuk ini yang selalu akan di Ping oleh search engine untuk dicari, ada rezeki akan kena dengan tajuk kita kan.

Artikel
Penulisan artikel juga penting, jangan nak gunakan bahasa yang susah sangat orang nak baca, shortform2 tu cuba kurangkan, buat macam karangan biasa, tetapi dekat dengan audience.

FB
Sama Juga dengan FB, update dengan info yang menjadikan orang selalu suka untuk baca, bila dah selalu suka singgah, kita selitkan la dengan produk kita secara tak langsung mereka mengetahui produk kita.

cuba tengok Irfan Khairi (Jutawan Internet) punya Page FB, dia selalu update tentang motivasi, yang menyebabkan ramai orang copy dan share status dia, kemudian beberapa ketika dia akan post tentang produk dia, (Diploma pemasaran internet). secara tak langsung dia masih buat marketing sendiri walaupun dah bergelar jutawan.

Tips Ke-empat
Buat promosi, untuk galakan orang membaca blog atau artikel yang kita post.
haa ni juga antara promosi yang penting, macam mana??

Blog
1. cara paling senang dan kita tahu traffic paling tinggi ialah Facebook, kerana dalam tu sahaja kita dah punya Beratus, malah beribu friends yang mungkin nampak apa yang kita post, dan mungkin baca.

2. Cari mana-mana blog, baca artikel mereka, dan kemudian komen dalam status komen mereka, join jadi follower mereka, mungkin nanti mereka pula atau rakan-rakan follower mereka akan ikut blog anda pula.

Untuk FB pula,
1. Sentiasa tambah rakan baru dalam FB anda, kalau yang personal, tapi tambah at least 5 orang sahaja sehari, jangan lebih, nanti FB block akaun anda, sebab dia ingat spam, kalau add lebih dari 10 orang sehari.

2. Kalau Page pula, cuba dapatkan Like yang banyak setiap hari, buat FB ads, bayar dekat FB untuk dia dapatkan mereka yang betul2 minat dengan produk anda untuk Like, baru anda dapat customer yang berkualiti. sebab bila kita dapat banyak LIKE ni, contohnya kita ada 1000 LIKE, bermakna kita akan spread kan info kita kepada 1000 orang, so dekat situ kita dah jimat untuk promosi secara konvesional. contohnya kita nak edar flyers kepada 1000 orang kita akan di caj sebanyak RM70.00 tapi di FB, Free Of Charge. (FOC)

Ok, setakat itu dulu untuk kali ni, bagi yang baru nak cuba-cuba buat, saya harap info ni berguna untuk permulaan, buat yang ni dulu lepas tu baru, dah settle esok  kita boleh pergi ke advance step. kalau banyak sangat takut tak terikut...buat yang ni dulu. tunggu next artikel tentang mereka yang berjaya jual makanan dengan FB.

Wednesday, June 5, 2013

5 Ilmu Penting Pemasaran


Apabila saya mengetahui bahawa pemilik syarikat Haniz Frozen Food iaitu Yuhaniz Mohd Satari dapat mengembangkan, memajukan dan melebarkan sayap perniagaannya dengan begitu pesat sekali dan dalam masa yang singkat dengan mengamalkan ilmu yang didapatinya dari Seminar yang dianjurkan oleh En. Azizan, saya terpanggil untuk menyetahui apakah rahsia di sebaliknya.  Oleh itu saya membaca Majalah Niaga Edisi Khas yang menemubual Dr. Azizan Osman.

Di bawah ini adalah isi-isi penting yang boleh kita dapati dan simpulkan dari temubual tersebut:
  1. Bagaimana sebuah perniagaan boleh mendapat untung 1 juta dengan hanya menggunakan teknik pemasaran berkos rendah.
  2. 3 jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan.
  3. Prinsip hidup Dr. Azizan Osman yang menyebabkan mentee-menteenya mencapai status jutawan dalam bidang yang diceburi.
  4. Bagaimana satu sikap yang dikongsikan beliau dapat menjadikan sesiapa sahaja yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa.
  5. Stratergi-stratergi pemasaran berkesan yang mudah dipraktikkan dalam kurang 60 saat.
 Mengikut Dr. Azizan, sebenarnya kejayaan itu bukan bergantung pada sama ada seseorang itu usahawan atau tidak.  Bagi permulaam sesuatu perkara adalah ketahanan minda atau sikap (attitude).

 Bagaimana sebuah business boleh untung 1 juta dengan hanya teknik pemasaran ber kos rendah

1.  Sikap yang positif
  • Sikap yang positif akan membawa hasil yang positif.  Untuk membina usahawan yang berjaya, kita harus bermula dengan pembinaan sikap.  Jika sikap kita bagus, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan memberikan hasil.  
  • Sikap yang sentiasa membuka peluang untuk mengembangkan diri kita dan mewujudkan rasa sukar hendak mengalah.
  • Berhenti dari menyalahkan orang lain, produk atau perkhidmatan.
  • Dalam apa keadaan juapun, kita harus masih boleh senyum.  Contohnya:  Jika ada orang kata "tidak mahu" apabila kita ingin menjual produk kita kepada mereka, kita mempunyai pilihan sama ada menangis bawah pokok sepanjang hari atau kita senyum dan mengucapkan terima kasih.
 2.  Membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai
  • Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, menurut Dr. Azizan, minat semata-mata tidak mencukupi.  Permulaan untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai.  Minat boleh dipupuk. 
3.  Guerilla marketing
  • Guerilla marketing bermaksud kita melakukan pemasaran tanpa mengira apa alat yang kita ada, modal dan sebagainya, iaitu ia semudah senyuman.
  • Teknik gerilla sangat bagus khususnya untuk para usahawan baru kerana ramai usahawan baru tidak mempunyai modal yang banyak untuk melakukan pengiklanan besar-besaran.
  • Pemasaran bukan pengiklanan.  Ia adalah keseluruhan iaitu apa sahaja yang boleh membuat orang hendak tahu atau hendak berkenalan dengan kita.  Pemasaran adalah cara kita berkomunikasi dengan orang dan kongsi apa yang kita buat.  
  • Kita juga melihat pemasaran lebih besar dan holistik (meluas).  Seperti komando dalam peperangan, apa sahaja alat yang kita ada kita akan gunakan, janji kita boleh menang dan boleh terus hidup. 
3 jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan
1.  Makanan dan minuman
  • Ia adalah semudah membeli keropok ikan yang belum digoreng.  Beli banyak-banyak keropok ikan tersebut, goreng dan masukkan ke dalam plastik.  Kemudian boleh la dijual.  Perniagaan ini hanya memerlukan modal yang kecil dan mendapat pulangan yang cepat.
2.  Pakaian

  •  Apa saja jenis pakaian seperti pakaian kanak-kanak, pakaian orang dewasa, pakaian lelaki, pakaian perempuan dan sebagainya.  Pilihlah dan fokus dalam satu jenis pakaian buat permulaan. Kenapa pakaian? Kerana manusia suka membeli baju terutamanya wanita.

3.  Barangan kesihatan dan kecantikan
  • Produk kecantikan dan kesihatan tersebut mesti tidak ada masalah jangkapanjang iaitu ia tidak mengandungi bahan yang merbahaya.  Tidak semestinya produk tersebut kita keluarkan sendiri.  Kita boleh menjadi agent untuk perniagaan seperti ini. 

Penjenamaan dan pemasaran

  • Jenama dan pemasaran adalah kembar siam.  Ia tidak boleh diasingkan atau dilihat sebagai berasingan.  
  • Pemasaran yang bagus sangat bergantung kepada jenama.  
  • Jenama boleh mencipta kepercayaan orang kepada sesuatu produk atau perkhidmatan.  Jenama memberi kesan yang lebih pantas ke dalam minda seseorang kerana jenama yang baik berkait dengan kredibiliti dan kepercayaan.  Kita kena beritahu kelebihan produk kita dan sahkan ia betul.

Prinsip hidup dan sikap

Memulakan perniagaan tidak memerlukan modal yang tinggi.  Gunakanlah duit yang ada di tangan dan tidak perlu meminjam.  Mulakan berniaga kecil-kecilan dahulu dan belajar menyimpan.  Gunakan duit simpanan itu untuk membesarkan perniagaan.



Stratergi untuk mendapatkan pelanggan pertama

  1. Kongsikan dengan jiran.  Cara untuk berkongsi ada banyak cara.  Yang paling mudah adalah tulis poster dan di hadapan rumah.
  2. Buat 10 salinan poster tersebut dan berikan kepada 10 jiran.
  3. Pergi dari rumah ke rumah dan bawa produk kita untuk diperkenalkan kepada jiran.
  4. Gunakan Facebook dan blog untuk tujuan promosi.

5 kriteria untuk menjadi usahawan yang kaya dan berjaya


1.  Kita mesti ada mentor
  • Jika kitaselesai belajar dengan seorang guru, mesti ada guru lain yang lebih bagus.
2.  Ilmu
  • Sentiasa perbaiki ilmu kita.Ilmu dari segi minda, pengetahuan tentang diri dan business, serta ilmu menguruskan diri dan hati kita.
3.  Sentiasa belajar teknologi atau sistem yang baru.
  • Masa berjalan sangat pantas.  Setiap hari pasti ada benda baru yang dilancarkan.  Oleh itu kita kena sentiasa tahu tentang teknologi terkini dan mengenalpasti teknologi tersebut.
 4.  Tidak pernah mengaku kalah
  • Kalau kita melakukan sesuatu, lakukanlah ia sehingga selesai.  Jadikan ini satu sikap.
5.  Untuk menjadi usahawan berjaya, mestilah ada niat.
  • Contohnya adalah niat untuk membantu orang ramai dan menambah nilai hidup ramai orang.
  • Kita kena percaya bahawa jika kita ikhlas untuk membantu, rezeki akan datang kepada kita.
Semoga apa yang saya sharekan ini memberikan manfaat kepada pembaca semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...