Showing posts with label Mengitung Hari. Show all posts
Showing posts with label Mengitung Hari. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Segalanya selamat..

Lama aku x update blog. Busy lepas kawin hari tu. Maklum la cuti lama. (Cuti 10 hr je pun.. Honey moon pun x sempat.. Lama ke?) Keje bertimbun-timbun. Sebelum inai kat jari ni hilang. Nak juga update blog time jari tengah berinai ni.. Hehehe..

Syukur alhamdulillah.. Semuanya selamat. Berjalan seperti yang di rancangkan.. Walaupun pada mula2 nya agak kelam kabut. Apa x kelam-kabutnya, nak akad nikah 14hb 3 2012, borang nikah tu 13hb baru hantar kat Pejabat Majlis Agama Islam Kedah. Nasib baik ada ustaz yang nak cop borang kami tu.. Kalau x, kenduri dulu la gamaknya baru nikah.. Hehehehe

14hb March 2012 5:54PM

Aku sah bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz..



15hb March 2012

Hari kenduri kat rumah aku..



18hb March 2012

Majlis kenduri kat rumah kakak suami aku. Dia dah xde mak ayah, Kakak dia dengan besar hati nak adakan kenduri belah dorg kat rumah dia..



Sekian untuk kali ni.. Belum puas lagi ni upload gambar.. bnyak lagi gambar.. tunggu lain kali..

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kami ni.. Mak ngan Ayah, Tok Imam masjid batu simpor, Tok ngan Wan, Pak Cik ngan Mak Cik, Pak Lang ngan Mak Lang, Tok su, Tok ngah, Orang2 kampung simpor besar tikam batu, Abg En & Kak Ita, Kak Zaini ngan Abg Leh, Yasmin Arabella, Nazri, Nurul, Fiq, Iera, Kecil, Kak Ngah, Mizi, Udin, Nabil, Naim, Lala, Balqis Butik Chenta Bridal House.. Kalau ada sesapa yang x di sebut di sini jangan marah ek... Yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T yang kurang tu datang dari diri ini sendiri..

Doakan kami bahagia selalu k..

Friday, February 17, 2012

MENGHITUNG HARI #8 - Kad Kawin dah siap!

Yay! Kad kawin dah siap!
Baru dapat mesej dari kedai kad kawin.
"Kad anda tempah dah siap.
Bila2 masa boleh ambik.."

So, bgtau la ayah soh dia p ambik kad tu any time dia nak.. Hehehe
Korang nak tengok x kad kawin aku?

Tadaa..



Harga sekeping = 0.37
Harga untuk 700 keping = 0.37 x 700 = 259

Jumlah sebelum ini :- RM 1358.70 +
                                                259.00

Jumlah setakat ini :- RM 1617.70

Wednesday, January 25, 2012

MENGHITUNG HARI #7 - Budget Oh Budget

Dah lama aku x buat check list kawin aku kan?
House mate aku pun dah start dok tnya.. Apa persiapan yang aku dah buat sekarang. Maklum la.. Dah tinggal bape hari je lagi nak sambut hari bahagia aku.. Mak aku siap call. Dia cakap mak cik aku sorang kat kampung tu siap dok berkira2 hari lagi.. Diorang pulak yang susah hati kan?
Aku relax je.. Hahaha


Aku relax ke? Dalam hati sapa yang tahu kan? Nampak je relax. Tapi dalam hati ni.. Tuhan je yang tahu... 


Di kesempatan aku balik kampung hari tu.. Sempat gak la aku settlekan apa yang patut... 


Aku pergi satu butik pengantin tu.. Aku dah bayar booking fee untuk suruh diorg hias meja makan + bilik tido + baju pengantin + dulang. Aku p sana sebab aku nak p try baju pengantin la. Baju pengantin x boleh try online. Yer dak? Klu boleh try online senang la.. Sok seh sok seh.. Untuk Pakej tu aku dapat harga RM640.

On the way balik rumah, singgah jap 1 kedai perabot tu. Kitaorg rembat tilam + tikar getah.. Tilam = RM370. Tikar getah RM170. 

Jumlah sebelum ini :- RM 178.70 +
                                                640.00
                                                370.00
                                                170.00

Jumlah setakat ini :- RM 1358.70

Saturday, January 14, 2012

MENGHITUNG HARI #6 - Wedding Photography


Aku dah start survey & cari pakej untuk Wedding Photography ni.. Aku ingat kat KL ni je mahal2. Nmpak nya kat Kedah pun lebey kurang je. Wah.. Dahsyat! Pakej shoot n burn je pun dekat seribu. ISk.. Isk.. Isk.. Xkan nak tangkap gambar sendiri kot..

Ada sesapa kat sini yang ada buat bisness / nak rekemen kan photograhy murah2 area Sungai Petani x?

Tuesday, November 29, 2011

MENGHITUNG HARI #5 - Wedding gown!

Dah lama aku x update blog kan?
Huhuhuhu.. Busy sket la sekarang.
Lagi pun aku xbape nak ada idea skrg.

Sementara dok menunggu user buat testing ni.
Pekata korang pun layan gak angan2 mek jenin aku ni k..

Teringin gak aku nak pakai wedding gown cenggini bila kawin nnt..
Hehehehe... Aku dah siap usha ni kat mudah.my.. Harga dia boleh tahan..



Cute kan?
Hehehe.. Xtau la kalau aku pakai cute ke x..

Teringinnya nak pakai gown cenggini..
Mak aku cakap boleh pakai.. Tapi kena tutup aurat la..
Corset yang jenis tangan panjang pun dah ada jual sekarang kan?
Ermm... tengok lah nnt...


Thursday, November 10, 2011

MENGHITUNG HARI #4 - Tarikh kenduri =D

Di kesempatan balik kampung hari tu, sempat jugak la adakan famili meeting untuk decide tarikh kenduri kawin aku tahun depan. Exited ada, Susah hati pun ada ni. Haish!!

Keputusan dari meeting tersebut:- 


Tarikh kenduri rumah aku:- 10-03-2012 (Sabtu)
Tarikh kenduri rumah dia:-  11-03-2012 (Ahad)


Biar betul!
Lagi 4 bulan je. 
Aku baru tempah baju je. Lain2 sume belum buat lagi. Plan pun belum lagi.. Adoyaii!!


Akad nikah kat masjid hari yang sama ngan kenduri. Mungkin sibuk sket. Tapi save budget. Xyah nak buat kenduri 2-3x. Yer x? Aku kalau boleh memang nak save budget!

Duit ooo duit.. Mana kau duit? Aku dah nak kawen nih! 


Kalendar dan cuti sekolah 2012

Friday, October 7, 2011

MENGHITUNG HARI #3 - Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Akhirnya selamat gak aku buat HIV test.
Oleh sebab leceh sangat aku nak buat kat KL kena appoinment la, kena tunggu kosong la.
Aku balik buat kat kampung je.
Actually, balik je kampung tapi bukan buat kat kampung pun.. Hehehe..
Aku buat kat Klinik Kesihatan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kampung aku kat Kedah. Kalau kat Kedah Jumaat diorg tutup.
Oleh sebab time tu aku cuti hari jumaat boleh la aku p buat kat Penang je.

Pagi2 tu aku p la ngan mak & ayah aku.
Sian aku kan?
Aku baca kat blog org nak kawin ni sllnya mesti p ngan tunang.
Tapi aku lain plak, mak & ayah aku yang teman.. Huhuhu


Masuk2 je p kat kaunter pertanyaan.
Simple je aku bgtau nurse tu.
Aku : "Sy datang nak check darah."
Nurse A: "Nak buat HIV test untuk kawin ke?"
Aku : "Yer"
Nurse A: "Orang mana?"
Aku : "Kedah"
Nurse A: "Isi borang ni pastu amik kad kuning tu kat situ pastu hantar borang & ambik no kat sana"
Aku : "OK"

Lepas tu aku amik borang & isi la apa yang patut.
Masa hantar borang ada lagi sorang nurse tnya:-
Nurse B: "Ni perkahwinan kali ke berapa?"
Aku: "ke 1"

HaH.. amik.. tersasul dah. sepatutnya "yang pertama" la kan?
Gabra punya pasal.
Xpe la.. Nurse pun faham.

Aku malas la nak cite panjang2..
Hehehe..

Korang jangan terkejut lak kalau nurse yang amik darah korang nnt.
Mmg nurse yang buat keje tu. Doktor tu untuk cop & sahkah borang kita je..

Oops.. Lupa nak bgtau.. kena bayar Rm1 jer..

Tada...
Ni la keputusan hiv test aku...



Jumlah setakat ini :- RM 178.70

Monday, October 3, 2011

MENGHITUNG HARI #2 - Hijau Pucuk Pisang


Lamanya aku x membebel kat sini..
Aduh.. Busy woman betul la sekarang nih.. Jeles betul tgk korang update blog.
Aku pun nak update blog gak!

Terus buka buku budget kawen aku.. hehehe

Baru2 ni aku ada beli kain untuk buat baju pengantin.. Warna hijau pucuk pisang.
Aku beli kat MUAZ textile, Jalan TAR.
Aku xnak sewa.. Xbest! Kalau buat sendri boleh simpan sampai tua. Nanti boleh tunjuk kat anak cucu. Hehehe.. (Macam mak aku).
Kain tu murah je aku beli. Harga dia RM39.80.
Lepas beli, keesokkan harinya aku balik kampung dan terus hantar kat tukang buat baju aku tu.
Dia cakap, kain ni x cukup la.

Esoknya aku terpaksa pergi Nagoya, Sungai Petani plak untuk cari kain tu. Si salesgirl tu plak pandai betul umpan aku soh beli untuk Mr. Tunang sekali.. So, amik la 2 meter untuk aku, dan 4 meter setengah untuk dia. So, semuanya RM57.90

Secara rasminya, tema kenduri kat rumah aku adalah warna HIJAU PUCUK PISANG! YEAH!!!

Jumlah setakat ini :- RM 177.70

Wednesday, September 21, 2011

MENGHITUNG HARI #1

Hehehe...
Aku nak buat colum baru la kat blog ni..
Ok x nama tu? "MENGHITUNG HARI"
Aku nak listkan bape banyak duit yang akan aku habiskan untuk menuju hari bahagia aku nanti..
Hohohoho... Penat!

Di kesempatan ini,
Sesapa tokey baju kawen, tokey hadiah kawen, tokey kad kawen, tokey kedai, tokey butik yang terbaca colum ni boleh la bagi kat aku harga2 istimewa..

Kalau boleh aku memang nak harga yang super dupper budget! Hahahaha



Ni dia sijil kursus kawin aku.. Dah boleh kawin dah.. hehehe..
Aku amik kursus ni kat:-

PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBUKOTA
LOT 3.9, TINGKAT 3,
PERTAMA KOMPLEKS,
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
50100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
TEL: 03-2692 6231



Jumlah setakat ini :- RM 80.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...