Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

#1 Review Saya Blogger Baru 2013! - AMIRARAMORA


Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca blog sekalian.

Seperti di janjikan akak akan review mana-mana blog yang join segmen akak ni Saya Blogger Baru 2013!
Tarikh tutup segmen 31/12/2013. Jadi, sesapa nak join. Masih boleh join yer.. Sangat di alu-alukan penyertaan anda ^^

Blog pertama yang akak nak review ialah:-


First time melawat blog ni akak tertarik kat gambar gadis kat atas tu. Kawaii ney! Nampak macam gambar manga. Ingatkan pemilik blog ni sukakan manga. Rupanya tidak. Gambar background blog ni pink + purple + putih. Memang bersih. Tapi tulisan tu nampak cam kurang clear sket. Blogger  ni suka join segmen dan contest dan banyak juga share cerita personal kat blog. Jumlah follower 50 orang dan last entry update pada Jumaat 30 August 2013. 

Kita berkenalan dengan pemilik ni plak yer. Pemilik blog ni bernama Nur Amira Natasya Binti Ismail. Gadis berusia 20 tahun dan sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma In Teaching English As Second Language (TESL) di Kolej Polytech Mara KL. Mesti cakap English cair nih. Kalau tak mana boleh amik course ni. Orang Alor Setar, Kedah. Hehehe.. Sama la kita, Akak pun orang Kedah gak.. Kat Sungai Petani. Keje je kat KL. 


Itu je lah hasil review akak.. Jom kita support blogger ni yer..

Sunday, September 1, 2013

PEMENANG SEGMEN SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!

Assalamualaikum w.b.t

Mesti semua dah x sabar nak tahu sapa yang menang kan?
Dengan ini di umumkan..

Pemenang-pemenangnya ialah:-

1) 11. Eh? Syiera Firdaus 

2) 18. Mama Darwish

3) 20. nurulazieyan

4) 21. NurulAfiqah

5) 7. Ery Nix
  
Refer SINI untuk senarai peserta.

Pemenang di pilih melalui website randon.org
Tahniah kepada pemenang semua.
Hadiah akan di hantar ke alamat yang telah di emelkan kepada akak sedikit hari lagi...
Di harab bersabar yer..

Friday, August 30, 2013

Saya Blogger Baru 2013!


Oklah.. direct to the point.
Akak nak buat segmen untuk blogger-blogger baru jer.. 
Syaratnya.. follower mestilah kurang dari 100 baru boleh join segmen ni.. 
Kalau yang dah lebih 100 tu xyah la yer.. 
Kita bagi peluang kepada yang baru nak naik ni je k..

Ada hadiah x?
Isk.. Sapa la yang tnya tu.. Asyik nak hadiah jer.. 
Mentang-mentang la segmen akak buat sebelum ni ada hadiah.. Asyik nak hadiah jer..
Buat masa ni hadiah xde lagi yer.. Xde orang nak sponsor lagi.. Huhuhu

Ala.. Habis tu x best la join.. Kalau xde hadiah.. 
Jangan risau.. Kalau join segmen ni.. Akak akan review blog anda-anda semua k.
Kalau sebelum ni segmen akak ada cabutan untuk sapa yang dapat hadiah.
Kali ni x yer..

Sapa yang join AKAK PASTI AKAN REVIEW blog mereka. (Insyaallah, kalau panjang umur) 


Segmen bermula dari 30/8/2013 hingga 31/12/2013

Kepada yang berminat nak join.. Sila follow blog akak sebagai tanda sokongan dan letakkan banner atas tu kat blog anda dengan tajuk entry "Saya Blogger Baru 2013!".
Comment kat bawah untuk letak link entry sebagai rujukkan untuk akak melawat blog anda. ^^

Siap!! 

Thursday, August 29, 2013

Hadiah Oh Hadiah ^^


Haa.. ni dia lipstick untuk pemenang segment SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!!

Ramai plak pesertanya.. hadiah ada 5 jer ni.. Yang x menang tu jangan nak kecik hati plak yer..

Sabar dulu.. akak bukan nak umumkan pemenang lagi.. Sabar la.. Belum sampai due date lagi.. Hehehehe

Wednesday, August 28, 2013

Senarai Peserta Sophie Paris Lipstick GA


Lagi 5 hari je lagi nak sampai tarikh tutup Segmen "Sophie Paris Lipstick Give Away!"
Masih sempat lagi kepada sesapa yang belum join. Hehehehe
Cepat!

Di bawah ni adalah senarai peserta yang telah join segmen ini.
Terima kasih sangat di ucapkan sebab sudi join GA akak yang x seberapa ni.

1. Kisah Nenot
 
2. N-fiq :D

3. Farra Anuar
 
4. Che Rosliza Che Mat
 
5. Maisarah Aisya
 
6. Nur Rabiatul
 
7. Ery Nix

8. lienliendot
 
9. JariJemari Menaip
 
10. Yumida Huda

11. Eh? Syiera Firdaus
 
12. Mieza Suhaini

13. Fiqa Nsz
 
14. IKA
 
15. Eyra Dzuhairah

16. Dayahamed

17. Afika Syafrizon

18. Mama Darwish

19. bb_nona

20. nurulazieyan

21. NurulAfiqah

22. Miss Anonymos

23. Nadratul Syazwana
 
Siapakah pemenang diantara mereka-mereka ini?
Nantikan keputusannya 1/9/2013 nanti..

Wednesday, August 21, 2013

SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!


Sapa nak hadiah? Sapa nak hadiah? Hehehe...

Segmen GA datang lagi! Yay!! 

Kali ni akak nak bagi 5 lipstick (untuk 5 pemenang la yer.. Macam sebelum-sebelum ni.. Pemenang di pilih secara random..) 

Syarat-syarat:-

1. Umur 18 tahun ke atas
2. Ada valid blog
3. Ada valid email
4. Warga negara Malaysia sahaja

Untuk join GA ni mudah jer.. Ikut cara yang akak bagi kat bawah tu.

1) Buat entry tajuk "SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!"
2) Copy-paste gambar promo akak tu kat blog masing-masing.
3) Backlink ke entry ni balik yer
4) Comment url blog anda kat bawah ni
5) Send email kat akak subject "SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away" lengkap dengan nama penuh, alamat, no ic dan no phone ke shuhaida767@gmail.com
6) Follow 2 blog ni:-

TARIKH TUTUP SEGMEN 1/9/2013

Wednesday, August 14, 2013

Segment Up Follower

Akak follow segmen ni tanda support!
Keep up blogging! Heheheh


Jom.. sesapa nak join. Boleh klik banner..

Friday, July 5, 2013

PEMENANG SEGMEN SHOPPING GIVE AWAY!!




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua..

Oleh sebab akak (akak la plak.. Dah tua.. elok untuk entry ini dan entry selepas ini akak bahasakan diri dengan gelaran akak.. lebih manis gitew!).. Okeh.. kita sambung citer.. Oleh sebab akak nak balik kampung & bercuti. Akak akan umumkan lebih awal para pemenang-pemenang segmen "Shopping Give Away!"

Pemenangnya ialah...
Drum roll la sket..



  1. Nurul Aidah Binti Jamon
  2. Siti Nur Atiqah Binti Khairul Anuar
  3. Maisarah Aisya Binti Ismail


TAHNIAH! Kepada pemenang!

Kepada yang x menang jangan bersedih hati.

Anda tetap akan dapat diskaun 20% untuk setiap barangan SOPHIE PARIS.
Dengan syarat?!!

☆ Setiap pembelian mestilah melalui blog shuhaidablog dan fesbuk DeSisterCorner.
     Sila kemukakan NO ID (akan di emelkan kepada anda) untuk mendapat 20% diskaun

☆ Sila follow dan like 2 website ni yer untuk latest update

Blog: http://shuhaidablog.blogspot.com
Fesbok: http://www.facebook.com/DeSistersCorner


Hadiah akan di hantar secara berperingkat. Sebarang update akan di beritahu melalui blog ini dan email ^^

SEGMENT SHOPPING TIME GIVE AWAY DI TUTUP

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua..

Adalah di maklumkan seperti tajuk di atas dengan rasminya SEGMENT SHOPPING TIME GIVE AWAY DI TUTUP sekarang!

Kepada peserta-peserta yang terlibat sila check inbox masing - masing ^^ yer..

Segment di tutup awal sehari atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Pemenang akan di beritahu nanti ^^

Harap bersabar ^^


Thursday, July 4, 2013

Segmen : Sebulan Berblog By Shakira


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Dah lama x join segmen sekarang ni.. Hehehe..
Maklum la busy berniaga..

Dapat invitation untuk join segmen ni.
Sebagai tanda sokongan..
Yeah! Akak join ^^

Sesapa nak join boleh klik banner kat atas tu.. 
Simple jer..


Sunday, June 23, 2013

13 hari lagi...

13 hari lagi due date untuk SEGMEN - Shopping Time Giveaway!
Nampaknya banyak sokongan untuk segmen ni.
Pemenang nak cari 3 org jer.

Jangan risau yer.
Insyaallah cabutan pemenang untuk segmen ni akan di buat tiap-tiap bulan.
So, lepas ni boleh la namakan segmen ni. Segmen monthly Shopping Time Giveaway! Plak...
Hehehehe..

Kepada sesapa yang belum join?
Tungu apa lagi?
Join sekarang!

Friday, June 21, 2013

Shopping Time GiveAway!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dengan rasa rendah dirinya nak melancarkan segmen simple saya - Shopping Time GiveAway!. Segmen ni saya  buat untuk beri peluang untuk anda memiliki membercard SOPHIE PARIS. 

Pemenang akan menerima Starter-Kit SOPHIE PARIS + Mystery Gift.
Starter-Kit mengandungi 1 Beg + 1 membership card + 1 latest katalog + 1 sticker kereta + ETC bernilai RM30


Apa kelebihan jika mendapat membercard ini?
Anda akan dapat diskaun 20% untuk setiap pembelian barangan SOPHIE PARIS di seluruh Malaysia yer kawan-kawan.

Dimana stokis/kedai SOPHIE PARIS ni?
Boleh klik kat LINK bawah ni.
KEDAI SOPHIE

Barangan apa yang saya boleh beli di SOPHIE PARIS?
Pelbagai macam jenis barangan, dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Kasut, Bag, Wallet, Sunglasses, etc
Boleh review latest katalog di sini
KATALOG

Saya akan memilih 3 orang pemenang sahaja!
Pemenang akan di pilih secara random.

Syarat-syarat penyertaan:-
1. Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
2. Mestilah mempunyai blog

Macam mana nak join?

1. Buat satu entry baru guna Tajuk ni, "SHopping Time GiveAway!"

2. Tulis kat entry tu "Saya nak join SOPHIE PARIS!".

3. Publish dan letakkan url entry korang tu dalam ruang komen kat bawah.

4. Send Nama, Alamat, No IC, no phone ke email sy shuhaida767@gmail.com

Itu je. Saya tutup segmen ni sampai 6hb July 2013 (Sabtu) pukul 11.59 malam.

Pemenang akan diumumkan pada 7hb July 2013(Ahad) pukul 8.00 malam

Friday, June 14, 2013

1st Time Jadi Sponsor

Hehehhe..
Excited nak bagitau ni..
Hari ni dalam sejarah, blog ni di pilih jadi sponsor untuk segment kat bawah ni..
Kalau sesapa nak join boleh klik kat gambar tu..


Alhamdulillah kalau ada rezeki akak akan sponsor lagi yer..
Sesapa yang berminat nak akak jadi sponsor boleh email akak kat shuhaida767@gmail.com.
Pastu bgtau pasal GA/Segment/Contest yang anda nak buat.
Sekian terima kasih..
 


Monday, April 1, 2013

Segmen: 300 bloggers

Sapa nak join?
Boleh je..



Syarat macam bese ler, simple mimple.

1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri ni.
2. Publish dan hantar link korang, settle.

Wednesday, March 27, 2013

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

Tuesday, September 4, 2012

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !







Jom kita join bersama2.


Tarikh tutup segmen 6 Sept 2012.

Cepat2 join..

Salam kenal dan salam ukhuwah buat semua blogger yang datang ke blog saya (^___^)

Saturday, October 29, 2011

HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru


Nak join segmen lagi.. Hehehehe.. Sesapa nak join leh klik gambar kat atas.

Wednesday, October 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER






Xde keje hari ni. Aku join je la segmen ni. Sesapa nak join boleh klik gambar kat atas tu. Tarikh Tutup sampai pkl 5 petang ni je k.

Untuk join kita kena cite sket pasal blog kita ni:-

Aku start buat blog May 2008.  Dekat 3 tahun la kan? Memang lama. Tapi mula2 dulu tu aku buat je. X aktif pun. Agaknya kalau aku start sktif 3 tahun lepas dah bape bnyak follower yang aku dapat kan? Hehehehe..

Aku baru jer 2-3 bulan ni aktif blogging. Aku letak nama blog aku shuhaida's blog. Kat blog ni aku tulis macam2 xkira la luahan perasan ke, tip masak ke, tip kesihatan ke,  source code project aku pun ada gak sket kalau korang sempat godek. Sebab tu trade mark blog ni "Blog yang fleksibel dan serba boleh" yer x?

Idola aku buat masa sekarang ni abg ben & redmummy.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...