Wednesday, September 12, 2018
Homemade Sosej Ayam
Tuesday, May 22, 2018
Resepi Lamb Chop
Bahan-bahan:-
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam knorr
2 sudu besar sos tiram kimball
2 sudu besar sos bbq
2 sudu besar kicap manis
3 ulang bawang putih di tumbuk
1 cm halia di tumbuk
Sedikit lada hitam ditumbuk
Sedikit mixed herbs
Sedikit minyak
Garam, gula secukup rasa.
Cara-cara:-
1. Bersih daging kambing dan toskan.
2. Ketukkan sedikit bahagian daging kambing supaya tidak liat.
3. Gaulkan daging kambing dengan bawang putih, halia, lada hitam, mixed herb, kiub ayam, sos tiram, sos bbq, kicap manis, garam & gula.
4. Perap beberapa jam atau semalaman supaya bahan perapan meresap ke dalam daging.
5. Bakar sehingga masak. Boleh gunakan kuali @ oven. Jika gunakan oven bakar pada suhu 160°celcius selama 20-30 minit.
Saturday, April 21, 2018
Resepi Spicy Chicken Wing
spicy chicken wings... Sedap ni.... anak2 pasti suka... Bahan2 mudah je...
jom tengok resepi...
Bahan
chicken wings - siang n bersihkan
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk black pepper
bawang putih n halia (termasuk kunyit untuk nmpk kuning,tumbuk lumat yer)
halia tu dalam 2ruas..
bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings
gula garam secukup rasa.
Cara2..
campurkan semua bahan secukup rasa.
perap selama sejam atau lebih
panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer)
tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja.
so biarkan masak.alih2kan untuk elakkan hangit.
tadaaaa...dah siap!!
selamat mencuba!! Silakan share ya.
kredit: Amira Hasan
Friday, April 20, 2018
Resepi Nasi Arab
NASI ARAB PEMIKAT HATI SUAMI & MERTUA 😍😍😍
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
.
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
.
* SELAMAT MENCUBA *
Kredit Resepi Ketuk-ketuk Ramadhan.via bella amira rosli
Jgn Lupa Like & Share Resepi Panas
Tuesday, April 17, 2018
Resepi Pau Sambal Yang Gebu
Bahan adunan doh Pau:
400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu :
Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Siap untuk dihidang.
Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:
100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)
Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
Blender bahan bertanda ***
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Biarkan sehingga kering.
tutup api.
kredit:Resepi Terbaik Malaya
Resepi Biskut Pepero Inspired
Hai semua! Dah ready nak raya? Hari ni admin nak share satu resepi biskut raya yg teramat lah simple untuk dibuat. Biskut all-time favourite, digemari kanak2 mahupun dewasa. Silap2 belum sempat raya dah habis hehhe.
Biskut Pepero Inspired
Bahan2
-biskut jejari timbang 1kg (RM13)
-Beryl's Milk Chocolate Compound (RM 13.70)
-Almond nibs (RM 12)
Cara2
1) Cairkan coklat (double boil)
2) Bakar almond nibs kejap utk rangupkan kacang (180 degree, 10 minit)
3) Masukkan almond nibs dalam coklat cair
4) Celup2 biskut dengan coklat
5) Sejukkan dlm peti ais smpai coklat set.
6) Siap! Boleh simpan dalam balang raya menanti untuk di ngap 😁
**memang sedap. Sebijik rasa Pepero 🤤
Selamat mencuba!
Resepi Bihun Goreng Singapore
Resepi Mee Hoon Goreng Singapore 😍😍😍
Bahan-Bahan:
1/2 bungkus Mee Hoon – direndam hingga lembut & tos
2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu udang kering – ditumbuk halus
1 cawan udang basah
1 keping dada ayam – dihiris nipis
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
1 sudu kecil serbuk chicken stock
1 cawan taugeh
1/2 batang lobak merah – di parut kasar
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
2 biji telur
Minyak secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
3. Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
4. Masukkan lada hitam, sos tiram, chicken stock dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan lobak merah.
5. Gaul sebati hingga masak. Akhir sekali masukkan telur hancur, gaul sehingga rata.
6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, dan cili merah.
video & resepi adalah dua resepi berbeza boleh pilih mengikut kesukaan anda 😍
gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit 😊
kredit resepi: https://resepibonda.com/resepi-mee-hoon-goreng-singapore/
kredit video : Dahlia's Kitchen Sg
like & share
Resipi Mak Cik Bawang
Resipi Chicken Chop
Jom Chicken Chop Home Made
Ayam peha
1 Cawan Tepung Gandum + 1 Cawan Tepung Beras
1 sudu teh serbuk cili atau paprika
( semua digaulkan sekali )
Ayam digauljan dengan garam
Celup ayam di dalam susu cair + Susu Low Fat @ full cream
Celupkan kedalam tepung
Celupkan kedalam telur
Celupkan kedalam tepung sekali lagi
Dan terus goreng..
Sos Lada Hitam
1 sudu besar Butter dipanaskan
1 sudu Tepung Gandum dimasukan kedalam butter
1/2 cawan susu cair
Sesikit air
1 Sudu biji Lada Hitam di hancurkan/blend
1 sudu sos cili
1 sudu serbuk Brown Sauce @ glaze
1 @ 2 sudu kicap pekat
Masak sehingga pekat dan tambahkan air jika perlu
Coleslaw
Kobis di cincang
Carot di cincang
Air gula
Mayonis
Susu cair + Low fat@ full cream
Campurkan semua.
Kredit: Fb
Monday, April 16, 2018
Resipi Cucur Udang Rangup
*Cucur Udang
-tepung gndum cap kunci/sauh je
Jgn gne cap bunga ke ap tau..nti xjd kuning ble greng.
-daun kucai/daun sup
-taugeh
-mauripan
-air garam ckup rasa
-pewarna kuning telur
-tumbuk udang yg dh kupas kulit msukkn skit dlm tepung.
-air kosong yg sjuk lau nk bg rngup luar dlm lmbut.
-dh gaul2 smua,biarkn dlu bg naik tpung 2..
-utk 1kg tpung, 1/2 mauripan
-lau tpung skit,skit jela mauripan agak2 je.. Jgn byk sgt.
Udang nk ltak ats gnting kple skit je.
Cara2
**pnaskn mnyak bg btl2 dh pnas, rndam snduk bg pnas, bwu msk kn tpung dlm snduk, lau x.. Nti tpung mlekat dkt snduk..dh xcntik cucur udang 2 nti.
Api slow skit tau
Greng smpai btl2 msk dlm ye.
Kuah kacang
-Bhn Goreng
*bawang besar
*bwg putih
*cili kering
*halia skit
-bhn2
-Gula merah
-gula pasir
-serai(ketuk)
-garam
Kacang goreng smpai msk..blander ikut selera nk ksar @ halus trus kcang 2..lau rjin lg.. Tumbuk je..
Cara2
Bhn goreng td blnder smpai hncur, tumis smpai msk cili smua 2.
Msukkn gula merah ngn gula pasir ckup rasa.
ktuk serai mskkn dlm kuali.
Garam cukup rasa.
Msukkan kacang yg blnder td ngn air,kcau bg msk smpai pecah mnyk kuah kacang 2.
Utk kuah agak2 je tau.. Sb xpndai nk msk ikut sukatan nie..
Krdt: FB
Sunday, July 9, 2017
Resepi Bubur Lemak Ayam
Bubur Lemak Ayam. Creamy Chicken Porridge. Bon Appetit.
Bahan2nya
1 cawan beras (siz 1 tin susu)
1/2 mangkuk isi ayam di potong kecil
2 sudu besar bawang merah goreng
1 batang lobak merah di potong dadu kecil
1 biji ubi kentang di potong dadu kecil
1 kuib knorr ayam
2 ltr air
Secubit lada sula putih
Secubit serbuk jintan putih
100 ml santan pekat
Topping nya
Daun sup dihiris2
Cili padi hijau atau merah dipotong hiris2
Bawang merah goreng
Telur dadar goreng hiris
Cara2nya
Cuci beras hingga bersih, letakan air secukup, garam secukup rasa. Masak hingga air & beras mendidih. Masukan bawang merah goreng, 1 kuib knorr ayam, lobak merah, ubi kentang dan serbuk lada sula putih, serbuk jintan putih dan isi ayam. Gaulkan semua supaya sebati. Letakan sedikit daun sup dan santan pekat. Jaga air bubur nya supaya tidak kering. Tambahkan air jika perlu. Rasa bubur nya. Sediakan telur dadar dan topping anda. Biarkan bubur ayam masak di api yang kecil. Sajikan dengan topping nya. Enak di makan panas2.
credit : Joha Hassan #resepiringkas
Wednesday, June 7, 2017
Resepi Biskut Arab Susu
Bahan-Bahan:
2 cwn Susu tepung (biasa guna susu nespray)
2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak & di goreng)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD
Cara-Cara:
Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan susu tepung.siap!
Selamat mencuba
Sunday, June 4, 2017
Resepi Bandung Pandan Cincau
Bandung Pandan Cincau
Resepi : Azlita Masam Manis
Seteguk tak cukup, dua tiga teguk pasti puas hati...
Air secukupnya
1 st perisa pisang
1 st pewarna hijau
1 helai daun pandan disimpul
Gula secukup rasa
1 tin susu air
Cincau didadu
Masak air, gula dan daun pandan sehingga larut.
Masukkan esen pisang dan pewarna hijau.
Bila didih, matikan api. Biarkan sejuk.
Tuang dalam jug, masukkan susu cair. Masukkan air batu, cincau.
Siap. 😊
Resepi Puding Telor Mata
100Gm @ 1 tiub tepung hoen kwe warna kuning@oren
Secawan gula
900Ml air
1@2 Titik pewarna kuning
Acuan lompang
Caranya:
Masukkan smua ke dlm periuk d kacau d ats api yg sederhana shingga mjd pekat/likat...
Tutup api...d isikan separuh ke dalam acuan lompang.biar kan sejuk
100Gm @ 1 tiub tepung hoen.kwe warna putih
900Ml santan
Secawan gula-Nk manis lbh blh lbh kan
Secubit garam
Caranya:
panaskan santan dlm periuk dgn api sederhana lps tu masuk smua bahan sikit2 sambil kacau sampau jd pekat/likat...
Tutup api...tuangkan warna putih kedalam bekas d letakkn kuning td dtengah2....nk sedap letak dlm.peti ais dulu...mkn sejuk2
Thursday, August 6, 2015
Resipi Sardin Buat Sendiri
RESEPI SARDIN BUAT SENDIRI
bahan-bahannya :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap wooo..
ALHAMDULILLAH.
Tambahan :
**************
Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
Nak tambah daun kari pun boleh.
Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.
Florentine Cookies / Krunchy Karamel Almond
Florentine Cookies / Krunchy Karamel Almond
Ihsan: facebook.
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
Bread Lasagna (Beef)
Bahan-bahan (inti) :
250g Daging cincang (if bekas besar lebihkan)
2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan)
1 biji bawang holland (dadu)
3 biji bawang putih (cincang)
4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh)
4 sudu sos black pepper
Serbuk paprika (optional-den tambah)
Mixed herbs (optional-den tambah)
3 inch carrot (dadu) - blh guna mix vege
1 batang cili merah (hiris halus)
1 batang cili hijau (hiris halus)
Daun sup (hiris halus)
Bahan-bahan lain :
Roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas)
12 slice Cheese (sama mcm roti-ikut bekas)
½ cawan Mozzarella cheese (parut-optional)
100ml susu segar
2 biji telur
Majerin (untuk gris tray)
Cara-cara (inti) :
1. Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk.
3. Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati.
4. Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati.
5. Masukkan cili merah, hijau & daun sup.
6. Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk.
Cara-cara (melapis) :
1. Gris tray dengan majerin
2. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celurkan roti
3. Susun roti dlm tray rapat².
4. Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan.
5. Letak slice cheese di atas inti.
6. Ulang cara 2-5
7. Layer yg atas sekali tabur mozzarella.
8. Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) - 40minit
Resipi Roti Arab
Roti Arab
Ihsan - copy-paste facebook
Bahan2:
1. 500g tepung
2. 1 peket ibu roti / yis 11g
3. Secubit garam
4. Air secukupnya...biasanya 1 cawan dah cukup
Cara2:
1. Gaul tepung, yis & garam...gaul kering.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga sebati...pastikan adunan tak lembik. Uli sampai tepung tak melekat di tangan.
3. Bulat2kan doh sebesar saiz tutup botol minyak masak yg 5 liter tu. Bulat besar2 la...
4 . Biarkan doh naik sekali ganda...dalam 10 minit...lepas tu ambik sebiji2...lenyek atas papan potong ka, atas dulang ka, atas lantai ka.. biasa jadi saiz besar piring nasi.
5. Letak atas kuali rata. Kalau elok adunan n cara lenyek doh...cantik la naik rotinya...
Friday, July 24, 2015
Resipi Satay Goreng
Bahan-Bahan
1 kg daging lembu/kambing/ayam (dihiris nipis)
–gunakan daging batang pinang / daging goreng
Bahan Rempah
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
(kisar semua bahan dgn sedikit air)
5 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
(disangar sebentar lalu dikisar halus)
150g gula pasir
150 gm gula ’timbang’ (gula hitam/dark brown sugar)
2 sudu teh garam atau secukup rasa
Cara
Gaul semua bahan-bahan lalu perapkan selama kira-kira 5 jam atau 1 hari. (Saya perapkan selama 2 hari agar rempahnya meresap ke dalam daging dgn lebih baik lagi). Kemudian goreng daging dgn minyak yg mencukupi (agak banyak dan menutupi daging satay tersebut).
Nota :
Jika anda suka satay yg agak garing, gorenglah lebih lama sedikit. Kalau tidak, gorenglah sekedar daging tu dah masak jer. Masa menggorengnya sekejap jer sbb daging goreng ni lembut.
Anda juga boleh mencucukkan daging ke lidi-lidi satay utk dibakar di atas bara api.
Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)
(kisar kesemua bahan di atas)
600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.
Resepi Samprit Paling Awesome
Resepi samprit kali ni sy namakan SAMPRIT LAVENDER... resepi ni sama je dgn SAMPRIT DAHLIA dan SAMPRIT CARNATION... cuma di sini sy nk ketengahkn teknik pembuatan bunga LAVENDER yg sweet sgt... (rujuk gambar)
Sy ulang cetak omelan sy dulu, pd yg dh baca just scroll je laju2 okeh... tak yah baca dah sbb nnti korang gelakkn sy lg... Cuma ada bbrapa tips lg yg sy tambah sikit2...
Pd yg first time baca, sila baca dgn teliti yee... kiki emoticon
SAMPRIT LAVENDER
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
250g buttercup/anchor (1 bata)
1/4 cwn gula castor
1/2 cwn susu pekat manis
400g tepung jagung (1 paket)
1/4 cwn tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kesukaan
Cara2
1. Masukkn buttercup/anchor dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul SEBATI je... Tak payah nk pukul smpai kembang semangkuk yee...
2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul SEBATI.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn sukatan betul)
4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.
5. Masukkn doh ke dlm acuan dn blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris (rujuk gmbr utk tutorial bunga lavender)
6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh yee...
-----------------------------------------------
Nak mnta tolong, baca sampai habis resepi sblm tanya soalan... bulan puasa ni takut tak cukup kesabaran klau kena ulang jwb soalan yg sama 44 kali... heheee kiki emoticon Semua tips pn sy dah turunkan kt sini... Harap kita sama2 dpt berkongsi ilmu yee... mudah2an... amiinn
☆TIPS dan SOALAN2 yg biasa DITANYA... (sy jwb siap2 kt sini, so jgn tanya dh tau... Sila baca dgn nada yg penuh kasih syg yee... hehee)
SOALAN 1 : Kenapa pkai buttercup? Apa lg jenis mentega yg blh guna? Blh x pakai margerin biasa?
Jawapan : Blh pakai ANCHOR utk rasa yg lbh sedap. Kalau utk jual biasanya pkai buttercup sbb lbh murah dn rasanya masih sedap... DINASIHATKAN jgn pakai margerin biasa, nnti rasa dia lari.
Tips : Bila keluarkn butter dr peti ais, rehatkn di luar sekejap supaya buttr kita LEMBUT SIKIT (tp masih dlm suhu SEJUK) Kemudian br start pukul dgn gula...
JANGAN sesekali guna buttr yg dh mencair. Klau cair senang je, masukkn blk dlm peti sejuk smpai dia keras sikit baru guna.
SOALAN 2 : Dlm resepi x pakai telur? Kenapa?
Jawapan : Dlm resepi ni x pakai TELUR... saya ulang, TAK PAKAI TELUR... sbb telur akn menyebabkn kuih samprit jd sgt gebu dan lerai... samprit kita akn mengembang dn terpenyek bila dibakar dn hilanglah kelopak bunganya...
SOALAN 3 : Tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum.
Jawapan : Dlm resepi ni juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM. Kenapa? Dah mmg resepinya begitu... hehee... inilah yg dinamakn resepi, betul tak?
Tips : tepung gandum akn buatkn samprit keras bila sejuk... dn rasanya mcm tepung jee...
SOALAN 4 : Ada resepi pkai tepung kastard, ada resepi pkai tepung ubi... kenapa?
Fungsi tepung ubi atau kastard ni lbh kurang je... cuma sama, tp x serupa... hehee, mesti sis confuse dengarkn...
Okey... dlm adunan samprit seelok2nya ada samada tepung ubi atau kastard...
Tepung Kastard mmbantu MEMEGANG dn meneguhkan kelopak bunga samprit... dn bila guna kastard, samprit akn jd RANGUP diluar gebu di dlm...
Tepung ubi juga, berperanan MEMEGANG adunan samprit agar tak lerai... tp samprit tk rangup sgt... dn kelopak ttp akn kembang juga sikit... Pd yg suka samprit yg GEBUS gedebas, resepi tepung ubi mmg sesuai...
SOALAN 5 : Susahnya nk tekan samprit. Nk patah jari rasanya, nk buat mcmana ye?
Jawapan : Sebaik sj doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut. Klau lmbt, kompom adunan akn mula mengeras...
Tips : Sentiasa ttup doh dgn tuala lembab supaya x cepat keras. Adunan mudah mengeras klau trdedah pd angin. Klau doh keras dn susah nk tekan, blh masukkn 1 - 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.
SOALAN 6 : Kenapa samprit saya jd kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dh bakar?
Jawapan : REHATkn dulu samprit yg dh ditekan. Jgn trs bakar. Saya akan biarkn bwh kipas utk 1/2 jam hingga 1 jam sblm dibakar.... biar dia rehat lama2 pon xpe... lg lama samprit kita trdedah pd angin, ia akn jd lbh keras dn kelopak bunga samprit kita nnti akn lbh 'TEGUH'... xde la kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tp jgn risau... bila dh dibakar nnti, samprit kita akn jd rangup, gebu dn cair dlm mulut.
Klau nk samprit kita cantik, kena la maintain saiz sentiasa yee...
SOALAN 7 : Dah ikut tips di ats tp samprit sy ttp kembang lps dibakar. Macam mana ye?
Jawapan : Kalau setakat kembang sikit tu biasa la sis... Sy buat pn kembang gak sikit.
7a : Mungkin sis pukul buttr dn gula hingga KEMBANG sdgkn dlm resepi suruh pukul SEBATI sj... jgn OVERBEAT... dn jgn pula kedekut sgt pukul smpai buttr dn gula tk sempat nk sebati... pun akn mengundang masalah nnti...
7b : Tapi mungkin juga ada masalah dgn SUHU masa bakar.
Cuba fahami karenah OVEN masing2... klau sblm ni sis pkai suhu 160 tp samprit masih kembang, cuba kurangkn ke 150 dn tambah masa mmbakar lg 5 mnt...
Klau sblm ni sis menggunakan rak yg bwh, kali ni cuba gunakan rak tgh oven tu...
SOALAN 8 : Saya xde acuan macam tu. Blh guna acuan lain?
Jawapan : Boleh je sis, sbb acuan x mmpengaruhi rasa... cuma mmpengaruhi mata jee... Sy guna acuan ni sbb mmbentuk kelopak yg cantik. Tiada paksaan nk guna acuan apa sekalipun.
Acuan ni sy beli kt kdai brg2 kek. Kat pasaraya sy x pasti ada ke tak.
SOALAN 9 : Ada antara bahan2 ni yg sy x ada... blh tak sy ganti? Sy taknak guna susu, nk guna gula sj... Sy xde tepung castard, sy ganti dgn tepung lain?
JAwapan : Soalan nk minta menderhaka pd resepi ni yg paling sy lemah nie... hahaaa kiki emoticon
Jawab sy senang je.... Kalau x cukup brg, jgn buat! Pegi beli brg dulu...
Klau x suka itu, x suka ini dn nk ganti dgn bhn lain... jwbnya senang, cari resepi lain jgn guna resepi ni... (Hahaaa bahayanya sbb sy dh gelak sorang2 ni ^_^)
Fuhh... ok.. itu smua tips dn rahsia2 saya menyamprit... dn saya dh turunkn smuanya buat sis2 trsayang... Sorry panjang plak sy berleter...
Yg penting nk buat apa pon kena ikhlas dn penuh kasih sayang... hehee...
Saya halalkn pd yg sudi nk share resepi ni... jom share rmai2...
Selamat mencuba...


















