Showing posts with label Corat-Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat-Coret. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

Post Pertama Untuk Tahun 2019

Nampaknya untuk tahun 2019 ni post bermula lambat. Hampir dah nak habis bulan 5 baru nak start. Hehehehe..
Nampaknya mood menulis sedikit merundum sekarang. Agaknya disebabkan faktor kerja dan usia kot yang semakin meningkat.
Ni je intro untuk tahun 2019. Moga ada idea untuk menaip untuk akan-akan datang. 
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru.


Tuesday, December 19, 2017

Testing from Oppo A37

Terima kasih sayang sebab hadiahkan hand phone baru ni. Ingatkan senang lah nak blogging balik lepas ni.. Tapi awat xtau macam susah pulak nak upload gambar masuk dalam ni.. Huhuhu..

Xpe.. Sabar dulu ek.. Kita explore slow2. 😎

Lepas jugak entry pertama dari Oppo ni.. Alhamdulillah. 

Nota kaki: Handphone pertama husband beli sejak bergelar housewife. Tarikh beli 11/12/17. Boleh la upload video anak banyak2 kat YouTube lepas ni. Hahahaha

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Selamat tahun baru semua..
Moga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik.

Thursday, August 13, 2015

Hobi baru

Minat berkebun pulak sekarang...
Tenang je hati bila tengok bunga2 ni berkembang..




Friday, July 24, 2015

Dah makin malas....

Dah makin malas plak nak update blog sekarang ni.. Kat facebook plak aktif men"share" pos2 orang jer.. Tapi benda yang kita share tu pun kalau dah banyak sangat share akan jatuh ke bawah.. Susah balik tu kalau kita nak cari balik..

Jadi, untuk mudahkan kita rujuk balik satu hari nanti.. Apa kata saya pastekan balik dalam blog ni.. Untuk Rujukkan bersama.. :-)


Monday, May 25, 2015

Selamat berhari minggu

Assalamualaikum blogger.
Dah lama sangat tinggal blog ni.
Trafik pun dah kurang. Huhuhu..
Xnak cite apa sangat pun.
Post ni saja untuk mencuba app blogger yang baru siap install kat hp ni je.
Dengan harapan boleh la berblogger walaupun di mana saja berada.. Cewah!
Hari minggu. Hari untuk family. Walaupun husband jauh.. Xpe.. Masih ada kesempatan bawa anak jalan2..
Terima kasih banyak mak Cikku yang sudi bawa kami jalan2 Pantai Merdeka.
Nor damia irdina dah 2 tahun 4 bulan.



Monday, February 23, 2015

Entri untuk bulan February.

Busy gile nampaknya sekarang.. Sebulan buat satu entri pun kira ok la kot.. Hehehe..
Si Nina ni, pantang tengok mama pegang hp. "Mama, nak tipon mama.." Pantang nampak pasang laptop.. "Mama.. nak game mama.." Huhuhu..  

So, kalau xnak dia kacau buat keje.. Boleh bersosial di dunia maya ni waktu dia tido jer la.. Macam waktu sekarang ni.. pukul 2.05 pagi.. 

Apa cite yang best bulan Feb ni?
1-Feb-2015 : Kelahiran anak saudara pertama.. Muhammad Adam Hakeem Bin Muslim.
Xyah la tanya comel ke x kan.. Memang semua baby comel.. Si Nina pun dah start panggil diri sendiri Kakak Nina.. Hehehe.. :-)

Apa lagi cite yang best? Ermmm.. xde apa dah kot.. :-)

Monday, November 3, 2014

Cara nak detect Scammer atau Penipu Online


Assalamualaikum..

Saya nak sharekan tips untuk sesapa yang masih baru dalam dunia alam maya ni yer..
Cara nak detect Scammer atau Penipu Online..

Baru je tadi.. Housemate saya cakap ada kawan dia kena tipu pasal sewa rumah..
Ermm... camne yer boleh jadi camni?

Untuk elakkan la benda-benda macam ni berlaku..
Sebelum nak transfer duit kepada sesapa kat alam maya ni..
Apa kata korang taip dulu nama orang tu kat Google..
Untuk check nama dia bersih ke tak kat Google..
Macam kes yang housemate kena ni.. Nama dia Anis Hidayah. Website ibilik.com.

Jadi.. Korang pergi taip www.google.com.my
Dalam kotak carian tu taip je lah.. Anis Hidayah ibilik.
Tekan enter..
Wah!!

Dapat x?
Pompuan ni start makan duit haram sejak May 2014.. Nauzubillah..
Kalau taip nama dia saja pun dapat..
Cuma kena rajin scroll dan baca je..

Pesanan untuk sesapa yang dah kena tipu tu..
Jangan malu-malu buat entry banyak-banyak kasi dorang penipu-penipu ni femes..

Yang ni kes lain..
Nurul Ain Bt Adam Ada search kat Google.. Tapi x jumpa..
Agaknya sebab dia femes kat Facebook je kot.. Dekat RM20K jugak..
Ermm..

Live Begin At The End Of Comfort Zone



Sapa percaya kata-kata ni?

Wednesday, October 29, 2014

Doa hari lahir..


Hari ni hari lahir seorang member..
Ada sesorang bagikan dia doa hari lahir yang memang superb sekali!!
Ini dia doanya..
Best kan?
Kalau best sila copy-paste doa ini untuk member2 anda :-)

اَلسَّلامُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُه 



Selamat Hari Lahir, Roziana binti Rahim ... 


"Ya Allah... Sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah... Sempena ulangtahun kelahiran sahabatku, Roziana binti Rahim, Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarganya..

Ya Allah Ya Tuhanku... Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan hambaMu ini jua memohon kepadaMu Ya Allah... Jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarganya...
Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Engkau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah mereka dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya. 

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikanlah dia bila sampai masanya dalam keimanan... Ya Allah Kau berikanlah kepadanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, perbaikkanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. 

Ya Allah, Engkau sinarilah dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya, telinganya, matanya, kiri kanannya, mukanya, belakangnya, atas dan bawahnya, urat sarafnya, dan pada darahnya, serta dagingnya, rambutnya dan lidahnya, kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikirannya dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ya Allah, ampunilah segala dosa2nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman2nya dan muslimin muslimat kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 

Ya Allah, jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya. 

Ya Allah... Semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada dia di dunia dan akhirat. Kau jadikanlah Roziana binti Rahim hambaMu yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak. Jadikanlah dia sebaik2 wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin."

Monday, August 25, 2014

Entry Perasaan Hati... Saya Nak Resign!!

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya saya x buat entry tentang perasaan hati..
Entry feeling-feeling gitew.. Hehehe

X berapa sempat nak luahkan perasaan dah sekarang ni sejak menceburi business online..
Hari-hari sibuk dok melayan customer..
Al-maklum lah.. Customer always the Right!

Sebernarnya sekarang ni..
Xtau la nak cakap di lema ke apa..
Minggu lepas 18/8/2014 dah nekad hantar surat resign.. Hehehe...
Lepas bagi surat resign tu memang lega..
So, sekarang.. last makan gaji last bulan November 2014.
Chaiyok2!!

Dah tekad ni nak jadi full time housewife + full time online bisness..
Moga-moga berjaya.. Amin..

Takut gak sebenarnya nak benti keje ni..
Takut x boleh survive..
Tapi bila fikir.. Allah yang bagi kita rezeki.. Sampai bila nak harapkan Tokey Cina..
Yer dak?

Rujukkan peribadi:-
http://www.majalah.com/?classified:minta-pendapat-ingin-berenti-kerja-dan-ceburi-bidang-perniagaan:7N95WBFQP1

Friday, February 7, 2014

Guna Lif Untuk Naik Gunung Kinabalu


-Tersebutlah kisah kejadian yang berlaku sekitar tahun 2014-

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu 
membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung 
kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' 
dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak 
daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje 
ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download 
tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap 
orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download 
tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...
aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan 
kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu
 dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib'
 yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah 
bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' 
hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya 
untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia 
sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah 
tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi 
manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan 
sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang 
dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu 
ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas 
tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah 
dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...
kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul
...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya..
.kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena 
ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap 
sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..
belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang 
lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"

Friday, January 3, 2014

Dah 7 tahun blogging. Tapi nape x femes macam Blog Abg Ben?


Pejam celik.. Pejam celik.. Dah masuk 7 tahun pun umur blog ni..
Lama dah tu.. Tapi nape blog ni x femes macam blog Ben Ashaari pun?
Hahaha.. 

Kan2? Sepatutnya blog ni mesti la lagi femes dari Blog tu sebab blog Ben Ashaari tu baru je 6 tahun. 
Hehehe.. Xpe lah x femes pun.. Asalkan ada yang sudi melawat blog ni pun dah mencukupi.
Akak buat blog ni bukan untuk femes atau untuk cari duit tapi untuk berkongsi tentang apa-apa jer yang terlintas di hati nurani ini..

Thursday, January 2, 2014

Berenang Timbul Tenggelam


Telah tamat sepuluh buku mengenai
berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui
pelbagai cara berenang. Dari kuak lentang,
kuak kupu-kupu sehinggalah berenang gaya bebas.

Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya,
dia masih tidak pandai berenang!!!

"Kau perlu ada guru.Jangan hanya membaca
daripada buku" nasihat seorang temannya.

"Baiklah,mulai esok aku akan berguru"

"Mula-mula kita belajar mengapungkan diri,"
kata guru yang mengajarnya.

"Baik, kemudian?"

"Julurkan tangan kanan ke hadapan dan tarik
ke belakang dan sebelum tangan tu sampai ke
belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan
balik gerakan seperti tangan kanan tadi berulang-ulang"

"Kedudukan kaki bagaimana?"

"Kaki hendaklah menguak air serentak dengan
kuakn tangan" kata guru itu.

"perut,dada dan kepala bagaimana?"

Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan
tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya.

"Susah betul mengajar anak murid yang satu ni"keluhnya

Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak
bertanya seperti itu payah diajar.

"Engkau belajar sahajalah dengan guru saya"katanya

"Wah, tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru.
Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kesusutan ini" bisiknya

Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus
dibawa ke tepi kolam renang.

Sebaik sahaja meletakkan barang-barangnya,
guru tersebut terus menolak murid itu ke dalam kolam.

"Tolong, tolong! Sata tidak pandai berenang!"

Guru itu cuma melihatnya dengan selamba

Murid tersebut tenggelam timbul didalam kolam. Dia mula panik dan begitu takut. Tetapi didalam keadaan terdesak itu,dia ingat semula ilmu renang yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakkanmengikut apa yang telah dipelajari. Dia benar-benar terdesak. Akhirnya......badannya terapung dan dia sudah mula berenang!

Pengajaran! Cara berenang yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang kita pelajari. Untuk mendapat pengalaman,ilmu perlu di amalkan. Setelah di amalkan barulah apa yang dipelajari dapat dialami. Pengalaman itulah guru yang terbaik.

Iklan:

Monday, December 30, 2013

Pandangan Tentang 2014 Yang Bakal Menjelang :-)

Pejam celik.. Pejam celik.. Dah nak masuk tahun baru dah kan?
Macam mana kehidupan anda?
Bertambah baik?
Atau semakin teruk?
Hahaha..
Jawab sendiri la yer..

Sejujurnya, pandangan akak tentang 2014 yang bakal menjelang ni... Memang...  Arrggghhh!!
Xpernah rasa serabut macamni lagi sebelum ni.. Huhuhuhu..
Dengan Elektriknya, Dengan Tolnya, Dengan Minyaknya, Dengan GSTnya....
Memang tensen kalau fikir..

Nasib baik akak baru ada sorang anak..
Dan anak akak masih belum bersekolah..
Baru setahun, dan tinggal dengan atok kat kampung..
Xdapat bayangkan macamana kehidupan yang orang yang ramai anak, nak sekolah lagi, nak makan lagi..
Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.. :-(

Tuesday, October 1, 2013

Friday, August 30, 2013

Isk! Macamana aku boleh lupa?


Agaknya macamni la rupa muka akak waktu tadi..
Tapi sekarang dah comey balik dah.. Hehehhe..
Perasan..

Apa ke hal nya pagi-pagi lagi dah marah-marah ni?
Ye la.. Nape x marahnya?

Semalam check balance akaun sekian-sekian-sekian.
Hari tup... Tingal sekian-sekian-sekian jer..

Isk.. Kemana pulak hilangnya duit aku sekian-sekian-sekian ni?
Check punya check.. zasss.... dah tau dah... Check tarikh pulak..
Isk! Macamana aku boleh lupa ni?

Ala.. Xpasal-pasal derma duit kat orang buta-buta jer..
Kalau kita derma kat orang susah ni xde la ralat sangat..
Tapi, derma kat orang yang dah senang ni..
Makin kaya lah dorang yer x..

Oklah.. Akak xnak membebel panjang-panjang pagi-pagi ni.

MORAL OF THE STORY: Kalau nak ambil takaful ke insurance ke fikir dan check dulu betul-betul. Jangan nak pakai setuju je. Lagi satu! No kad debit yg kat depan ngan kat belakang tu jangan bagi sebarang tau. Orang boleh curik duit kita dengan guna no tu je tau.

Wednesday, August 28, 2013

Universiti Al-Azhar ke Malaysia

Mak akak antara orang yang gembira bila dapat tahu berita ni.
Yer la.. Sebab pernah bercadang nak hantar adik akak ke Al-Azhar, Mesir.
Tapi setelah negara kat Timur Tengah bergolak mungkin hasrat tu terhenti kejap. Maklumlah, anak teruna sorang jer.. Hehhee..

Lepas dengar berita ni. Mungkin hasrat tu berkobar-kobar plak lepas ni..
Apapun di harapkan satu-satunya harapan mak ayah dan kakak-kakakmu, Mohd Tarmizi Bin Subri dapatlah galas tugas ni. Harap sangat dia boleh jadi salah seorang lulusan University terkemuka dunia ni..


SEPANG 27 Ogos - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.
Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.
"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.
"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.
Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.
Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.
Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.
Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir, beliau berkata, pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.
"Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya.

Sumber: utusan.com.my

Wednesday, August 21, 2013

Berita gumbira ^^

Semalam incik husband bgtau dia x jadi pergi Lahad Datu khamis ni.
Akak : X jadi pergi sebab postpone ke?
Incik Husband: X lah.. Memang x kena pergi.
Akak: Yeke? Best la tu.
Incik Husband: Yela.. Mesti la best. Suka ke kena tinggal 2 bulan?
Akak buat-buat xdengar sambil makan nasi lemak.. hehehe (Dalam hati? Tuhan saja yang tahu..)

Hehehe.. Berita gumbira ker?
At least untuk akak yer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...