Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

Bersama laptopku kembali..

Cewah!! Tajuk entry kali ni.. Hahaha
Sebenarnya dah lama xon blog dengan laptop ni..
Lama xlama sejak resign 2 tahun dulu rasanya.. Lama kan?
Dah xberapa ada masa sejak berkecimpung dengan dunia bisness makanan ni..

So guys.. Sesapa yang berkunjung ke Kedah.. Boleh la menjamu selera di warung saya ye...

Nama: Warung Simpor Utara
Lokasi: Waze / Google Warung Simpor Utara








Thursday, September 26, 2013

3 Hari 2 Malam di Club Med Cherating



Mood nak update blog belum datang lagi la... Huhuhu..
Maklum la baru balik makan angin.. 

Tunggu yer untuk senarai lengkap aktivi jalan-jalan 3 hari 2 malam di Club Med.
Terbaikkkk!!

Tuesday, July 16, 2013

Jalan-Jalan ke Sophie Paris Malaysia

Dah lama akak x bawa pembaca pergi makan angin kan?
Last akak bawa makan angin dulu tahun lepas. 
Kita pergi Kemboja. Boleh klik sini untuk baca entry tu.

Ok.. Hari ni akak nak bawa jalan tempat dekat-dekat jer..
Hehehe.. Alah.. xyah berjalan jauh sangat bulan-bulan puasa ni..

Tempat yang akak nak bawak ni mesti jadi tempat feveret gegurls semua..
Tempat apa yer?

Ni pandangan dalam.
Cantik x?

Ni la Headquaters Sophie Paris Malaysia.
Ni pulak pandangan dari luar.


Decoration butik nampak exclusive. Dalam hati mesti cakap.. 
Wah.. mesti mahal harga barangan kat butik ni? 

Hehehe.. Xde lah.. Harga dia biasa-biasa jer.. Semua mampu milik..
Butik ni terletak di alamat berikut:-

C-01, PJX-HM Shah Tower,
No.16A, Persiaran Barat,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Boleh la bawak mak, abah, kakak, adik dan saudara mara shopping barang raya kat sini nnt.. Hehehe

Tu untuk sesapa yang dekat.. boleh p terus ke butik.. untuk yang jauh tu macamana?
Jangan risau..

Shopping jer kat blog akak.. shuhaidashop.blogspot.com
Barang-barang kat blog akak memang 100% di ambil dari sana tau..
Xde barang-barang tepi jalan ni yer adik-adik..

Untuk sesapa yang nak harga lagi murah?
Boleh-boleh.. Sophie Paris memberi diskaun 20% kepada ahlinya.
Macamana nak register ahli?

Boleh klik terus kat link bawah ni yer.. >> www.sophiepariscloset.com/shuhaida <<

Pendaftaran hanya RM15 seumur hidup. 

Ada pertanyaan? Sila SMS/Whatsup/Email akak di 0142685184 / shuhaida767@gmail.com





Sunday, January 15, 2012

Gambar - gambar dari Kemboja


Bas yang membawa kami jalan2 di sekitar Seam Reap, Kemboja.

Gambar dari atas bot semasa melewati The Great Lake, Tonle Sap.

 Kanak-kanak kecil bermain dengan ular. Selalu sangat kita lihat kat sini. Nak bergambar dengan diorg sila bayar 1 USD.

Ketika berada di tengah - tengah tasik Tonle Sap.

Semasa memanjat tangga di Bakheng Hill.

Atas Bakheng Hill. Sementara nak tunggu sunset. Kita bergambar dulu.
 Awan mendung... 

Jauhnya perjalanan menuju Angkor Wat..

 Angkor Wat

Bergambar kat kuil Tomb Rider. Hehehe


Saturday, January 14, 2012

Selamat kembali ke Malaysia. Selamat Tinggal Kemboja.



Aku baru je kembali ke Malaysia semalam lebih kurang pukul 4 petang. Alangkah syukurnya setelah selamat pijak lantai kat KLIA Airport. Hehehehe.. Maklumla first time naik flight. Macam2 aku fikir. Dah la semalam masa kitaorg nak mendarat tu cuaca x bape nak baik. Silap kilat menyambar2 lagi.. Risau kalau aku dah x sempat nak tengok muka mak ayah aku..

Di sini nak la juga kongsikan kat korang itinery semasa 3 hari 2 malam aku berada di Seam Reap, Kemboja.

Hari Pertama:
Sampai kat Seam Reap International Airport pukul 12 lebih. Lepas tu terus p lunch kat Lotus Hotel & Restaurant. Makanan dia aku x bape suka. Sebab lebih bnyak makan vegi. Aku ni kurang sket kalau makanan yang bersumberkan sayur ni. Lagi pun perut masih kenyang. Makan kat atas flight tadi. Kalau tengah lapar mugkin aku akan bantai makan jugak. Hehehe

Lepas makan, kitaorg terus bertolak ke THE GREAT LAKE, TONLE SAP.
Kawasan perkampungan terapung di atas sebuah tasik bernama Tonle Sap. Pemandu pelancong kitaorg bawak ke tengah tasik je. Xnmpak pun hujung tasik tu.. Masa kitaorg kat tengah tasik tu nmpak mcam kat tengah laut je.. Memang luas gile tasik tu..

Lepas tu kitaorg p BAKHENG Hill untuk tengok matahari terbenam kat sana. Pemandun pelancong ktorg cakap tu perkara mesti yang kena buat kalau p sana. Nak panjat bukit tu bukan senang tau. Tinggi gak tu. PenaT! Mugkin sebab dah lama x exercise agaknya.

Balik je ktorg dinner kat Amazon Restaurant sambil tengok persembahan kebudayaan.. Lepas makan kitaorg check in hotel. Hotel tu best.. Angkor Miracle Resort & Spa.

Hari Kedua:
Breakfast kat hotel. Buffet.. Boleh pilih apa yang kita nak.. Aku suka! Heheheh

Lepas breakfast kuar jalan2. Hari untuk melawat kuil buddha lagi.. Mak oii.. aku boring sebenarnya,, Maklumla.. kurang berminat pasal2 sejarah ni.. Kuil paling femes kat sini iaitu ANGKOR WAT Kuil ni kat dalam buku teks sejarah pun ada. Bnyak kuil ktorg melawat. Ada 1 tu nama dia TA PROHM. Kuil ni femes gak sebab Angelia Jolie pernah berlakon kat dalam cite Tomb Rider kat kuil tu.

Lunch kat Viroth's Restaurant. Best!

Lepas lunch kitaorg p melawat sekolah seni kraftangan. Kebanyakkan pelajar kat situ terdiri dari orang2 pekak dan bisu. Ada gak galeri yang menjual barang2 yang diorg buat kat situ. Tapi, mahal gile.

Dinner kat Tropical Restaurant. Jugak Best!

Lepas makan kitaorg p jalan & shopping kat Night Market.
Balik hotel naik tut tut.. Hehehe


Hari ke Tiga:
Bebas.. Boleh buat aktiviti sendiri. Tapi x bnyak pun aktiviti yang boleh buat sebab pkl 10.30 pagi bas dah nak datang ambik p airport.
Naik flight pukul lebey kurang pkl 1 dari Kemboja..

TAMAT!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...