Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

Kedahsyatan Ayat Kursi


KEDAHSYATAN AYAT KURSI

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, November 24, 2014

TIps untuk menjadi seorang WAHM



Apakah WAHM?
WAHM = Work At Home Mother
Ni trend bekerja untuk suri-suri rumah zaman sekarang tau..
Tak kira kat Malaysia atau kat dunia..
WAHM membolehkan anda menguruskan rumahtangga dengan lebih fleksible dan mengikut jadual peribadi tanpa kongkongan dan limitation.Sebab? Andalah boss dan andalah juga kuli!

Oh, macam best jer! Tapi bukan semudah itu ye.

Mereka yang memilih untuk menjadi WAHM, sudah tentu menganalisa sebarang bentuk perubahan yang bakal dalam kehidupan yang baru nanti. Dari sudut masa, jadual, aktiviti sosial dan kejiranan, bentuk pendidikan yang sesuai untuk anak-anak dan aha, yang paling terkena tempiasnya pastilah dari sudut kewangan ( tapi tidak semestinya ya)

Tapi secara jujurnya, semua faktor di atas bukanlah satu halangan untuk menjadi WAHM. Jika anda berkira-kira dan bermimpi (sehingga 365 kali setiap tahun) untuk menjadi WAHM, inilah masanya untuk anda realisasikannya!

Mari saya kongsikan serba sedikit tips untuk berjinak-jinak menjadi WAHM.

OK, let's check it out...

Tips untuk menjadi WAHM

1. Mencari NIAT sebenar

Ramai yang ingin menjadi WAHM. Tetapi tidak ramai  yang tahu kenapa dia mahu menjadi WAHM. Pelik tapi benar. Wanita secara fitrahnya adalah beremosi tinggi dan kadang menjadi terikut-ikut dengan persekitaran. Jiran beli sofa baru, dia pun nak sofa baru. Jiran beli TV baru, dia pun nak TV baru. Jiran jadi WAHM, dia pun nak jadi WAHM. Hehehe.Sebagai contoh sahaja. Baliklah kepada sumber rujukan kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)

Jelas kan? Pentingnya niat.Saya yakin ramai berniat untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.Mudah-mudahan tak terbawa-bawa dengan kerja yang tidak menang tangan sehingga lupa niat sebenar kita! :)


2.Rancang, rancang & rancang

Buatlah perancangan dengan berhemah. Fikirkan setiap kemungkinan yang akan berlaku dan semua aspek yang bersangkut paut. Kemudian senaraikan pihak-pihak yang mungkin terlibat dengan pertukaran 'kerjaya' kita nanti. Perancangan haruslah mencakupi jangka masa pendek (short term), jangka masa sederhana (medium term) dan jangka masa panjang (long term). Jika tidak mampu, bolehlah merancang dua jangka masa yang pertama terlebih dahulu. Ok? :)

3. Bincang, bincang & bincang

Selepas kita melakukan perancangan, maka tibalah masanya untuk seisi pembentangan (ala-ala pembentangan Belanjawan jugak lah) dihadapan mereka yang terlibat. Selalunya suspek utama adalah pasangan hidup, anak-anak dan juga ibu bapa/mertua. Dengan perancangan yang teliti, in sya Allah anda akan dapat menangkis semua hujah-hujah dan memberikan jawapan yang bernas untuk meyakinkan mereka.Mungkin perbincangan pusingan pertama dan kedua tidak membuahkan hasil. Jangan putus asa! Cuba lagi dipusingan ketiga, keempat dan seterusnya sehingga mereka tahu yang anda betul-betul maju menjadi WAiHM sejati!

4. Fikirkan kerjaya yang sesuai di rumah

Sebenarnya ini adalah termasuk dalam perancangan tadi. Tetapi kerana kepentingannya yang sangat signifikan (ade tak perkataan ni dalam Kamus Dewan?), saya asingkan sebagai point yang tersendiri. Tak semestinya menjadi WAHM anda perlu berbisnes.No,no,no,no. Yang penting, apa yang anda boleh buat dari rumah dan MEMENUHI MINAT anda. Kalau anda menjadi WAHM yang menyeksakan diri sendiri dengan melakukan perkara yang dibenci seperti data entry, online tutoring atau kerja-kerja lain yang anda tidak minat, maka pada pandangan saya, anda telah tersasar dari konsep WAHM.Walaupun mungkin pendapatannya tidak seberapa, kalau datang dengan minat, satu hari nanti tidak mustahil berkembang dan menjana untung yang berlipat kali ganda. Percayalah :)

5.Faktor kewangan

Ramai yang berfikir, selagi tidak mempunyai pendapatan yang setanding atau lebih tinggi dari kerjaya sekarang, adalah mustahil untuk menjadi WAHM. Salah! Big No! Seperti kes saya yang baru kecil-kecilan berbusiness, maka tentulah sama sekali tidak dapat memberikan untung yang usah kata setanding, 10% pun tak lepas untuk disamakan dengan gaji sekarang. Tapi, ingatlah yang  Allah jadikan rezeki setiap manusia berbeza dan Allah telah janjikan rezeki kepada kita. Tinggal kita yang perlu usaha. Seperti firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 &3:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar,
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya,
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya,
Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakinya,
Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


6. Execute!

Setelah semua langkah di atas berjaya di jalankan (of course satu persatu dear) maka tibalah masa yang dinanti-nantikan, to make your dream comes true! Kita tentu tak tahu apa yang akan berlaku, tapi dengan perancangan yang ada dan tawakal pada Allah, in sya Allah semuanya akan berjalan dengan baik. Kalau tersadung batu dan jatuh, maka bangunlah kembali. Biarlah hidup menjadi cikgu kepada kita. Jangan pula bermimpi yang indah-indah sampai tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Bermimpilah sampai ke bintang, dah bangun jangan lupa solat Subuh, ok? (ini sungguh tidak ada kaitan).


Ow,oww,owww...sebelum saya lupa

Tolonglah jangan beralasan dan memberikan alasan-alasan seumpama ini:

"Dia boleh la. dia dah ade bisnes. Pendapatan pun dah banyak"
"Dia dah stabil. Dah ade bungalow 8 tingkat, kereta Ferrari. Aku baru rumah Semi-D, pakai kereta pun Myvi"
"Dia punya hubby kerja kerajaan. Gaji banyak boleh tampung keluarga...bla bla bla"

Kalau mindset anda sebegini, tak perlu bermimpi nak jadi WAHM. Sebab? Asyik tengok orang, diri sendiri tak mau rancang. Kalau belum boleh lagi buat masa ini, rancanglah dalam tempoh yang spesifik seperti lagi 2-3 tahun akan datang. Jangan asyik menunding jari pada orang.

Cita-cita untuk tahun 2014. Tercapaikah cita-cita anda?


Masuk tahun baru selalunya kita akan setkan cita-cita baru / matlamat baru. Betul x? Tapi, bila hujung tahun kita check balik x, cita-cita yang kita setkan tu tercapai atau tak? Huhuhu..
Ada yang terus lupa apa cita-cita dia masa awal-awal tahun hari tu.. Kan?

Hari ni saya nak sharekan dengan anda "Formula untuk capai matlamat."
Ni hasil nukilan Jutawan Internet, Irfan Khairi (http://www.irfankhairi.com)


1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat clich, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub! anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai! anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri! oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja! berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri!
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...