Wednesday, February 27, 2013

Lirik Lagu Drama TV Dalam Setiap Sujud


Sejak dalam pantang ni aku jadi peminat tegar Drama Melayu la plak. Kalau sebelum ni aku pernah rasa yang drama melayu ni boring. Sekarang aku tarik balik kenyataan tu. Boleh kata tiap2 malam aku akan tengok drama melayu.

Ni antara drama yang aku selalu tengok.
Di mainkan di TV9 pukul 8.30 - 9.30 malam tiap hari Isnin ngan Selasa sahaja.
Baru je habis 25-2-2013 tu. Sorry kepada sesapa yang x sempat nak menonton.

Cite ni boleh tahan best. Kepada sesapa yang menonton pasti x sabar nak tunggu espisod2 seterusnya... Hehehe.. Lagu tema dia pun best gak.. Nyanyian Jac.

Ni dia liriknya..
Nyanyi la.. Nyanyi la..

Jagalah diri - Jaclyn Victor

Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Berpantang

Hari ni dah cukup 45 hari aku berpantang. Esok merdeka lah nampaknya! Erm.. Merdeka la sangat?! Aku cakap kat mak aku lepas pantang ni aku nak makan bihun goreng dengan kuah laksa (mee laksa tu kan kena pantang lama sbb tu la aku pilih bihun), kueh tiaw kerang dengan ais kacang. Mak aku cakap... Haish! Mana boleh makan lagi kena la pantang lama sket. Yeke? Kalau macam tu apa maknanya pantang 45 hari yer x? Cakap je la pantang 3 bulan ke, 6 bulan ke setahun ke yer x?
Tapi, nasib baik ABC dah boleh makan! Xsabar nak tunggu esok.
ABC Special 1! Hehehe..

Aku dok berborak pasal apa yang boleh dan x boleh makan semasa berpantang dengan member2 aku.
Nampaknya cara berpantang setiap orang x sama.
Macam kat tempat aku, kitaorg boleh makan gulai. Tapi ada yang cakap x boleh.
Ada yang boleh makan bihun tapi aku x boleh..
Macam-macam cara berpantang ni kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...