Tuesday, June 11, 2013

Siapa Dr. Azizan Osman?


Dr. Azizan merupakan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif untuk Richworks Group of Companies yang mempunyai 12 buah syarikat dibawahnya.

Kepakaran beliau adalah di dalam pemasaran & pengiklanan bersepadu (On-line & Off-line Advertising) dengan lebih 10 tahun pengalaman mengendalikan kempen pemasaran, pengiklanan dan jualan bagi syarikat-syarikat, daripada SME ke syarikat bertaraf korporat melalui prinsipalnya. Beliau terlibat dengan projek pemasaran untuk syarikat besar antaranya seperti Telekom, DIGI, Celcom, HSBC, Standard Chartered sehingga menjadi pengumpul dana bagi WWF (Worldwide Life Fund for nature) dan MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Beliau juga merupakan pakar transformasi potensi diri, kekayaan& kejayaan. Ini dibuktikan apabila ramai individu serta usahawan telah terbukti berjaya hasil daripada "sentuhan emas" beliau di dalam siri seminarnya seperti Seminar Kenali Potensi Diri, Seminar Hidup Luar Biasa dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan- Transformasi Hidup Luar Biasa.

Dikenali sebagai 'mentor kekayaan & kejayaan' terutamanya dalam aspek keusahawanan dan pemasaran, beliau telah membimbing lebih 100,000 individu hanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini serta telah membantu lebih 10,000 usahawan meraih pendapatan sehingga 400% hanya dalam tempoh beberapa bulan menerusi Seminar Marketing "P.O.W.E.R", satu konsep pemasaran yang diformulasinya sendiri berdasarkan 10 tahun kejayaannya dalam bidang pemasaran.

Dr. Azizan membimbing peserta-pesertanya melalui ceramah, siri seminar, menulis di kolum majalah seperti Majalah Jutawan, akhbar seperti Metro Ahad, radio dan kemunculan di televisyen.

Beliau juga selalu diundang untuk bercakap oleh organisasi seperti Maybank, Alliance Bank, Etiqa Takaful, ICU di Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM, UiTM dan banyak lagi.

Selain berdaftar sebagai ahli Institut Pemasaran Malaysia (Malaysian Institute of Marketing) serta ditauliahkan sebagai satu-satunya Certified Master Trainer di Asia untuk Guerilla Marketing International, USA yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, beliau juga mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Sains (Metafizik), Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, mengkhusus dalam bidang Psikologi, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan serta Diploma Analisa Pelaburan (UiTM) dan sekarang ini, meneruskan pengajian untuk Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga merupakan pakar Neuro-Semantic Neuro-Linguistic Program (NS-NLP) & Clinical Hypnotherapist bertauliah dan kepakaran beliau digunakan untuk membantu membangkitkan potensi minda dan pencapaian optimum individu serta organisasi.

Kredit:-
https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan/posts/10150325220591091

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...