Thursday, June 27, 2013
Product Review - Sophie Magic Cream
Monday, June 24, 2013
Oh jerebu oh kl
Sampai kat stesen pudu tadi. Bila aku selak tengok lengan aku. Dah mula ada tanda merah-merah dah. Gatal merenyam. Aku harap sangat jerebu ni cepat-cepat la pergi jauh & hilang terus...
Selalunya kalau aku gatal-gatal, telan adezio sebijik dah ok. Tapi skrg nampak macam xde pape kesan je.. huhuhuhu...
Maraliner
Paling penting untuk tido tanpa gangguan.
Kena ada baju yang cukup untuk tahan sejuk air-cond yer. Aku mesti pastikan aku dapat tido cukup sebab pagi tu aku kena kerja plak. Klu x tdo cukup macamana aku nak keje nnt. Ngantuk je..
Sapa nak book tiket online hari raya boleh book tiket kat sini yer.
Maraliner.com.my
Sunday, June 23, 2013
Otw to KL
Mama sayang Damia sangat2.
Insyaallah minggu depan kita jupa lg yer sayang..
Mmuahhh!
13 hari lagi...
13 hari lagi due date untuk SEGMEN - Shopping Time Giveaway!
Nampaknya banyak sokongan untuk segmen ni.
Pemenang nak cari 3 org jer.
Jangan risau yer.
Insyaallah cabutan pemenang untuk segmen ni akan di buat tiap-tiap bulan.
So, lepas ni boleh la namakan segmen ni. Segmen monthly Shopping Time Giveaway! Plak...
Hehehehe..
Kepada sesapa yang belum join?
Tungu apa lagi?
Join sekarang!
Friday, June 21, 2013
Shopping Time GiveAway!
Saya dengan rasa rendah dirinya nak melancarkan segmen simple saya - Shopping Time GiveAway!. Segmen ni saya buat untuk beri peluang untuk anda memiliki membercard SOPHIE PARIS.
Pemenang akan menerima Starter-Kit SOPHIE PARIS + Mystery Gift.
Starter-Kit mengandungi 1 Beg + 1 membership card + 1 latest katalog + 1 sticker kereta + ETC bernilai RM30
Apa kelebihan jika mendapat membercard ini?
Anda akan dapat diskaun 20% untuk setiap pembelian barangan SOPHIE PARIS di seluruh Malaysia yer kawan-kawan.
Dimana stokis/kedai SOPHIE PARIS ni?
Boleh klik kat LINK bawah ni.
KEDAI SOPHIE
Barangan apa yang saya boleh beli di SOPHIE PARIS?
Pelbagai macam jenis barangan, dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Kasut, Bag, Wallet, Sunglasses, etc
Boleh review latest katalog di sini
KATALOG
Saya akan memilih 3 orang pemenang sahaja!
Pemenang akan di pilih secara random.
Syarat-syarat penyertaan:-
1. Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
2. Mestilah mempunyai blog
Macam mana nak join?
1. Buat satu entry baru guna Tajuk ni, "SHopping Time GiveAway!"
2. Tulis kat entry tu "Saya nak join SOPHIE PARIS!".
3. Publish dan letakkan url entry korang tu dalam ruang komen kat bawah.
4. Send Nama, Alamat, No IC, no phone ke email sy shuhaida767@gmail.com
Itu je. Saya tutup segmen ni sampai 6hb July 2013 (Sabtu) pukul 11.59 malam.
Pemenang akan diumumkan pada 7hb July 2013(Ahad) pukul 8.00 malam
Jumaat yang indah
Tuesday, June 18, 2013
Interview di Heitech Padu Subang Jaya
Hari ni first time dalam tempoh 5 tahun aku nak p interview semula. 5 tahun kot. Huhuhu.. lamanya. Perasaan macam mula2 nak interview masa baru habis study. Ketaq, nervous segala macam perasaan ada. Semalam siap x boleh nak tido. Risau takut x jaga. Maklumla tempat interview jauh dari rumah. Pastu aku pun xsure kat mana tempat tu.
Sedaq2 pagi tadi dah pukul2 lebih. Aku bangun isi borang interview. Dekat 5 page. Mak ooi! Bnyak nya... xpe la.. isi punya isi. Siap gak. Aku pun kemas mana2 sijil yang nak bawa p nnt. Alamak! Nak photostat ink plak xde.. Macamana ni? Huhuhu.. adik2 kat luar sana jgn contohi aku tau. Klu dh tau nak p interview tu isi borang siap2. Photostat sume sijil siap2. Xla kelam kabut mcm aku. Yer x?
Pukul5 aku dah mandi dh. Pastu iron baju. Iron tudung. Siap! Budget dalam pukul6 nnt nak gerak p la. Lrt pun start pkl6. Klu aku p awl sgt plak nnt kena tggu lrt bukak plak...
Pukul6.10 aku kuar dari rumah. Gelap lagi. Xramai lagi org kuar p keje time tu. Aku tawakal je dalam hati mintak Allah jaga aku. Klu bukan Dia sapa lagi yer x? Dari rumah sampai stesen lrt aku baca ayat kursi.
Sampai stesen lrt dalam pukul6.22. Tungu jap je lrt dah mai. Naik dari cempaka turun kat masjid jamek. Pastu tukar amik putra ke kl central. Sampai kl central aku p beli tiket komuter ke subang jaya. Rm1.60 je. Amik komuter ke klang yer klu nak p subang jaya. Tunggu kat platform 5.
Tnggu kejap je komuter dah mai. Dah lama kot aku x naik komuter ni. Skrg dh makin lawa dh. Aku naik koc wanita. Xramai pun orang. Masih banyak lagi tempat 0. Aku pilih tempat dekat ngan tingkap. Tempat feveret aku tu. Hehehehe..
Sampai subang jaya aku pun jalan la menghala keluar dari stesen tu. Ikut je org. Aku gabra(panik) bila kat luar stesen tu xde plak stesen bas. Hai... kat mana aku nak tgggu bas ni? Aku pun tnya la sorg adik yg lalu lalang kat situ. Dia suruh aku tggu kat depan bangunan AEON. Bila sampai sana ada ramai lg yg dok tgggu bas jugak. Aku pun sedikit lega la sbb ada geng. Aku naik bas T523. Bas tu benti kat depan Segi kolej. Bangunan Heitch tu plak sebelah je dengan Segi kolej. Aku sampai awl. Pukul8.15 dah terpacak kat depan kaunter pak guard tu. Pelik plak perasaan aku yang mula2 tadi resah gelisah semua dah hilang. Syukur alhamdulillah.
Dah habis baca?
Sesapa yang minat shopping boleh join GA ni k
http://shuhaidablog.blogspot.com/2013/06/shopping-time-giveaway.html
Monday, June 17, 2013
Tambang bas naik 30%
Sebelum ni aku cuma dengar dari cakap - cakap orang mengatakan tambang bas akan di naikkan 30%. Bila aku google , nampaknya tajuk ni dah jadi topik panas kat Malaysia sekarang ni.
Banyak tu 30%!
Di ambil contoh. Kalau harga tiket dari sungai petani ke kl = rm36.20
Kalau naik 30%. 30/100x36.20 = 10.86
Harga baru 36.20 + 10.86 = 47.06
Tu baru sehala. Kalau pergi dan balik dan jadi berapa?
47.06 x 2 = 94.12
Macamana kes aku yang selalu ulang-alik kl-sp tiap2 minggu untuk balik tengok anak?
Memang parah la harga tiket naik 30%.
Huhuhuhu...
Saturday, June 15, 2013
Salam sabtu semua
Aku sampai kampung pukul 2.30 pagi tadi.
Alhamdulillah selamat bertemu yang tersayang.
Migration semalam pun berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Tqvm my team.
Coretan dari atas bas ke sungai petani
Sekarang ni pukul 10 malam. Aku sedang on the way balik kampung untuk jumpa buah hati pengarang jantung. Memang ni rutin aku setiap hari jumaat. Aku akan balik untuk beejumpa dengan si dia.
Selalunya perasaan aku excited la. Cuma malam ni je. Agak risau sket. Mungkin sebab malam ni akubtinggalkan team aku untuk buat migration tanpa aku kot. Tu sebabnya hati aku berapa senang. Aki xtau lah nape sejak akhir2 ni. Issue kat kfh xpernah2 selesai. Tensen betul. Mungkin sebab ni ramai yang pakat nak resign.
Ya Allah.. tenangkan dan amannkan lah hati ku ini. Kau permudahkankan migration malam ni tanpa sebarang masalaah. Kau permudahkan perjalananku untuk jumpa buah hatiku yang sedanh setia menanti.
Mia.. tggu mama balik yer.. I love u syg. Mama & abah akan cuba yang terbaik utk kita ber3 bersatu dibwah 1 bumbung.xyah mama ngan abah nak ulang alik melaka-kl-kedah lg kan?
Sabar kejap yer nak..
Blogger for android
Macam senang plak guna blogger kat tablet ni. Kita boleh compose entry xkira masa. Time offline pun boleh compose jugak. Bagus2. Cuma yang x boleh nk compose timw xde bateri je. Yg tu xleh la nk tolong. Kena dapatkan power bank la kan.. hehehe
Sian aku yang baru tau ni...
Ketinggalan betul.
Friday, June 14, 2013
Tips Buat Duit Dengan SOPHIE
Baru - baru ni masa pergi beli barang kat HQ SOPHIE, ada la borak dengan sorang pemilik bc kat seri kembangan. Dia pun sempat la share sikit tips macamana dia menjalankan bisnes sophie ni.
Tips dia senang je.
Asal jumpa je sesapa(selalunya org yang dah bekerja) dia akan ajak join sophie. Selalunya orng yg dah bekerja ni mempunyai kuasa beli yang kuat.
Ajak je dulu org join. Klu dorg x beli hari ni. Mungkin dorg akan beli esok. Klu x beli esok mungkin dorg akan beli lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan lain-lain. Cuma kita yang nak berjaya ni jangan cepat give up.
Terima kasih atas tips yang di kongsikan ni yer..
Insyaallah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi.
Mana la nak tau sebagai pemilik bc kat kedah plak kan?
Hehehe... berangan!
Xpe! Hidup mesti kena ada angan2 dan cita2!
1st Time Jadi Sponsor
Sesapa yang berminat nak akak jadi sponsor boleh email akak kat shuhaida767@gmail.com.
Pastu bgtau pasal GA/Segment/Contest yang anda nak buat.
Sekian terima kasih..
Salam Jumaat Semua
Thursday, June 13, 2013
Bisness Untuk Wanita
Kini Sophie Paris, Jenama penuh trendy berinspirasi Fesyen Perancis telah tiba di Malaysia.
Didekasikan untuk anda yang pastinya tidak mahu ketinggalan untuk tampil anggun setiap masa dengan gaya ‘signature’ Fesyen Perancis yang terkini.
Sinonim dengan rekaan design yang unik, halus dan menawan dengan kualiti yang mewah, Sophie Paris membariskan Koleksi Produk yang hebat daripada handbag sehinggalah kepada aksesori seperti watches and belts yang bakal menyerlahkan personaliti diri anda yang sebenarnya.
Dan bukan sahaja kepuasan hati diperolehi apabila anda memperagakan produk Sophie Paris baik secara formal, santai mahupun ranggi, keterampilan baru anda juga bakal mengundang perhatian dan pujian mereka yang dapat merasai impak fesyen yang hangat ala French ini.
Ini bukan sekadar gimik pemasaran. Bak kata bidalan bahasa, Tak kenal Maka tak cinta.
Jadi Jangan bertangguh lagi. Jadilah friend/ahli kami sekarang untuk kekal up-to-date dengan perkembangan koleksi gaya fesyen Sophie Paris terbaru!
Pendaftaran ahli hanya RM15.00 sekali (tidak perlu bayaran sambungan setiap tahun)
Berminat??
Sebarang pertanyaan boleh email terus ke shuhaida767@gmail.com
Member Code : MB0087254K09
Free registration kat SINI
Entry berkaitan SOPHIE PARIS DI SINI
Oral Aid Lotion - Ubat Untuk Ulser Mulut
Apakah benda ni?
Ada x sesapa yang tau kegunaan benda ni?
Kalau sesapa yang belum tau ni lah ubat untuk sakit Ulser Mulut.
Pernah buat entry pasal ulser mulut sebelum ni.
Boleh baca petua dan faktor ulser mulut kat situ.
Lotion ni plak untuk solution kepada sesapa yang malas nak amalkan petua2 tu.
Beli kat Farmasi Guardian. RM6.00 jer.
Ok la, lepas pakai mulut akan rasa kebas.
Sakit pun hilang.
Kalau x, nak cakap pun susah.
Sakit ni xhilang terus.
Kalau kita rasa sakit lagi boleh la sapu lagi ubat tu.
Rasa dia cam manis-manis.
Sedap gak la.
Selalunya ubat kan pahit.
Sesapa yang tengah sakit ulser mulut sekarang ni boleh dapatkan ubat ni di farmasi serta kedai ubat berdekatan k.
Wednesday, June 12, 2013
Forteen - Kita
Hehehehe.. Akhirnya dapat jugak download lagu ni..
Sesapa yang nak boleh download kat web ni http://www.weblagu.com
Lirik lagu OST Drama Sebernarnya saya isteri dia.
Forteen - Kita
Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Tips mudah SEO
SEO atau nama panjangnya “Search engine optimization” akan membawa lebih banyak trafik ke sesuatu laman web. Lebih banyak kandungan SEO di blog maka lebih cerah peluang blog untuk muncul di muka hadapan Engin Carian Google. Apabila blog anda berada di muka hadapan Google Search sudah pasti trafik ke blog akan naik secara mendadak. Tidak semestinya blog kita perlu popular untuk muncul di muka hadapan carian Google, dengan penyelidikan mengenai SEO dan kata kunci yang betul mampu mengalahkan blog-blog yang popular. Menulis entri dengan betul tanpa kesalahan juga perlu untuk Carian Google. Entri yang mesra SEO seharusnya ada ciri berikut:
1. Tajuk
Tulis Tajuk entri dengan jelas. Contoh, “Buat Blog Di WordPress” lebih baik memperjelaskannya lagi seperti “Cara Membuat Blog Di WordPress”.
2. Manipulasi Kata Kunci Tajuk
Google Robot suka mencari kata kunci di perenggan pertama entri yang ada persamaan dengan tajuk entri. Tulis semula kata kunci tajuk di perenggan pertama entri atau ditempat lain. Contoh, kata kunci tajuk “Tambah Trafik” di peranggan tulis “Trafik Cepat Bertambah Dengan Laju” tapi pastikan ianya tidak berulang-ulang atau Google Robot akan nampak ia seperti Spam dan ia tidak menyukainya.
3. Buat Kategori
Kategori adalah satu cara untuk permudahkan pembaca mencari kandungan lain dengan mudah, bahkan ia akan membuat ranking google meningkat. Terapkan kata kunci Kategori yang berkaitan dengan entri anda.
4. Labelkan Setiap Entri
Jika anda kata label sama seperti kategori, maka anda betul. Label lebih ringkas dari kategori, apabila pengunjung ingin mencari entri berkaitan dengan kata kunci tajuk entri itu, label ini memainkan peranan untuk mencari dengan mudah kata kunci entri yang lain. Anda perlu meningkatkan ketumpatan kata kunci yang ada di blog dengan baik.
5. Meta Description
Meta ini penting untuk menerangkan secara ringkas entri anda di senarai Carian Google. Ambil masa untuk edit Description yang menarik perhatian orang untuk mengetahui cerita itu serta-merta membawa mereka ke blog anda.
6. Guna Kata Kunci Mula Dan Akhir
Sebelum post entri, anda perlu tahu 100 perkataan kesemuanya. Anda akan mengubahnya supaya ia lebih menarik untuk menjana Trafik. Gunakan kata kunci Tajuk pada 100 perkataan pertama, di pertengahan dan di hujung 100 perkataan. Cara ini berguna untuk menjana Trafik Blog.
Tuesday, June 11, 2013
Pesanan Buat Suami -Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Siapa Dr. Azizan Osman?
Dr. Azizan merupakan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif untuk Richworks Group of Companies yang mempunyai 12 buah syarikat dibawahnya.
Kepakaran beliau adalah di dalam pemasaran & pengiklanan bersepadu (On-line & Off-line Advertising) dengan lebih 10 tahun pengalaman mengendalikan kempen pemasaran, pengiklanan dan jualan bagi syarikat-syarikat, daripada SME ke syarikat bertaraf korporat melalui prinsipalnya. Beliau terlibat dengan projek pemasaran untuk syarikat besar antaranya seperti Telekom, DIGI, Celcom, HSBC, Standard Chartered sehingga menjadi pengumpul dana bagi WWF (Worldwide Life Fund for nature) dan MAKNA (Majlis Kanser Nasional).
Beliau juga merupakan pakar transformasi potensi diri, kekayaan& kejayaan. Ini dibuktikan apabila ramai individu serta usahawan telah terbukti berjaya hasil daripada "sentuhan emas" beliau di dalam siri seminarnya seperti Seminar Kenali Potensi Diri, Seminar Hidup Luar Biasa dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan- Transformasi Hidup Luar Biasa.
Dikenali sebagai 'mentor kekayaan & kejayaan' terutamanya dalam aspek keusahawanan dan pemasaran, beliau telah membimbing lebih 100,000 individu hanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini serta telah membantu lebih 10,000 usahawan meraih pendapatan sehingga 400% hanya dalam tempoh beberapa bulan menerusi Seminar Marketing "P.O.W.E.R", satu konsep pemasaran yang diformulasinya sendiri berdasarkan 10 tahun kejayaannya dalam bidang pemasaran.
Dr. Azizan membimbing peserta-pesertanya melalui ceramah, siri seminar, menulis di kolum majalah seperti Majalah Jutawan, akhbar seperti Metro Ahad, radio dan kemunculan di televisyen.
Beliau juga selalu diundang untuk bercakap oleh organisasi seperti Maybank, Alliance Bank, Etiqa Takaful, ICU di Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM, UiTM dan banyak lagi.
Selain berdaftar sebagai ahli Institut Pemasaran Malaysia (Malaysian Institute of Marketing) serta ditauliahkan sebagai satu-satunya Certified Master Trainer di Asia untuk Guerilla Marketing International, USA yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, beliau juga mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Sains (Metafizik), Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, mengkhusus dalam bidang Psikologi, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan serta Diploma Analisa Pelaburan (UiTM) dan sekarang ini, meneruskan pengajian untuk Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau juga merupakan pakar Neuro-Semantic Neuro-Linguistic Program (NS-NLP) & Clinical Hypnotherapist bertauliah dan kepakaran beliau digunakan untuk membantu membangkitkan potensi minda dan pencapaian optimum individu serta organisasi.
Kredit:-
https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan/posts/10150325220591091
OST Cinta Jangan Pergi
Pelaburan RM15 seumur hidup yang berbaloi-baloi
Setiap wanita ingin tampil cantik dan bergaya. X payah nak berbelanja sakan. SOPHIE PARIS kini menyediakan beratus pilihan produk dari pakaian, kasut, beg tangan, wallet, kosmetik dan pelbagai lagi untuk anda.
Jika anda mendaftar sebagai ahli anda akan mendapat potongan diskaun 20% dari harga katalog. Bukan itu saja. Anda juga akan mendapat bonus dari hasil pembelian rakan yang di sponsor oleh anda. Lagi banyak anda & rakan anda berbelanja makin tinggi bonus yang akan anda dapat.
Ayuh!
Jangan berlenggah lagi.
Sertai SOPHIE PARIS sekarang!
Boleh register free DI SINI
Sebarang pertanyaan boleh email terus ke shuhaida767@gmail.com
LAGI ENTRY PASAL SOPHIE PARIS?
Wednesday, June 5, 2013
5 Ilmu Penting Pemasaran
Apabila saya mengetahui bahawa pemilik syarikat Haniz Frozen Food iaitu Yuhaniz Mohd Satari dapat mengembangkan, memajukan dan melebarkan sayap perniagaannya dengan begitu pesat sekali dan dalam masa yang singkat dengan mengamalkan ilmu yang didapatinya dari Seminar yang dianjurkan oleh En. Azizan, saya terpanggil untuk menyetahui apakah rahsia di sebaliknya. Oleh itu saya membaca Majalah Niaga Edisi Khas yang menemubual Dr. Azizan Osman.
Di bawah ini adalah isi-isi penting yang boleh kita dapati dan simpulkan dari temubual tersebut:
- Bagaimana sebuah perniagaan boleh mendapat untung 1 juta dengan hanya menggunakan teknik pemasaran berkos rendah.
- 3 jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan.
- Prinsip hidup Dr. Azizan Osman yang menyebabkan mentee-menteenya mencapai status jutawan dalam bidang yang diceburi.
- Bagaimana satu sikap yang dikongsikan beliau dapat menjadikan sesiapa sahaja yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa.
- Stratergi-stratergi pemasaran berkesan yang mudah dipraktikkan dalam kurang 60 saat.
Bagaimana sebuah business boleh untung 1 juta dengan hanya teknik pemasaran ber kos rendah
- Sikap yang positif akan membawa hasil yang positif. Untuk membina usahawan yang berjaya, kita harus bermula dengan pembinaan sikap. Jika sikap kita bagus, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan memberikan hasil.
- Sikap yang sentiasa membuka peluang untuk mengembangkan diri kita dan mewujudkan rasa sukar hendak mengalah.
- Berhenti dari menyalahkan orang lain, produk atau perkhidmatan.
- Dalam apa keadaan juapun, kita harus masih boleh senyum. Contohnya: Jika ada orang kata "tidak mahu" apabila kita ingin menjual produk kita kepada mereka, kita mempunyai pilihan sama ada menangis bawah pokok sepanjang hari atau kita senyum dan mengucapkan terima kasih.
- Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, menurut Dr. Azizan, minat semata-mata tidak mencukupi. Permulaan untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai. Minat boleh dipupuk.
- Guerilla marketing bermaksud kita melakukan pemasaran tanpa mengira apa alat yang kita ada, modal dan sebagainya, iaitu ia semudah senyuman.
- Teknik gerilla sangat bagus khususnya untuk para usahawan baru kerana ramai usahawan baru tidak mempunyai modal yang banyak untuk melakukan pengiklanan besar-besaran.
- Pemasaran bukan pengiklanan. Ia adalah keseluruhan iaitu apa sahaja yang boleh membuat orang hendak tahu atau hendak berkenalan dengan kita. Pemasaran adalah cara kita berkomunikasi dengan orang dan kongsi apa yang kita buat.
- Kita juga melihat pemasaran lebih besar dan holistik (meluas). Seperti komando dalam peperangan, apa sahaja alat yang kita ada kita akan gunakan, janji kita boleh menang dan boleh terus hidup.
1. Makanan dan minuman
- Ia adalah semudah membeli keropok ikan yang belum digoreng. Beli banyak-banyak keropok ikan tersebut, goreng dan masukkan ke dalam plastik. Kemudian boleh la dijual. Perniagaan ini hanya memerlukan modal yang kecil dan mendapat pulangan yang cepat.
- Apa saja jenis pakaian seperti pakaian kanak-kanak, pakaian orang dewasa, pakaian lelaki, pakaian perempuan dan sebagainya. Pilihlah dan fokus dalam satu jenis pakaian buat permulaan. Kenapa pakaian? Kerana manusia suka membeli baju terutamanya wanita.
3. Barangan kesihatan dan kecantikan
- Produk kecantikan dan kesihatan tersebut mesti tidak ada masalah jangkapanjang iaitu ia tidak mengandungi bahan yang merbahaya. Tidak semestinya produk tersebut kita keluarkan sendiri. Kita boleh menjadi agent untuk perniagaan seperti ini.
Penjenamaan dan pemasaran
- Jenama dan pemasaran adalah kembar siam. Ia tidak boleh diasingkan atau dilihat sebagai berasingan.
- Pemasaran yang bagus sangat bergantung kepada jenama.
- Jenama boleh mencipta kepercayaan orang kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Jenama memberi kesan yang lebih pantas ke dalam minda seseorang kerana jenama yang baik berkait dengan kredibiliti dan kepercayaan. Kita kena beritahu kelebihan produk kita dan sahkan ia betul.
Prinsip hidup dan sikap
Memulakan perniagaan tidak memerlukan modal yang tinggi. Gunakanlah duit yang ada di tangan dan tidak perlu meminjam. Mulakan berniaga kecil-kecilan dahulu dan belajar menyimpan. Gunakan duit simpanan itu untuk membesarkan perniagaan.
Stratergi untuk mendapatkan pelanggan pertama
- Kongsikan dengan jiran. Cara untuk berkongsi ada banyak cara. Yang paling mudah adalah tulis poster dan di hadapan rumah.
- Buat 10 salinan poster tersebut dan berikan kepada 10 jiran.
- Pergi dari rumah ke rumah dan bawa produk kita untuk diperkenalkan kepada jiran.
- Gunakan Facebook dan blog untuk tujuan promosi.
5 kriteria untuk menjadi usahawan yang kaya dan berjaya
1. Kita mesti ada mentor
- Jika kitaselesai belajar dengan seorang guru, mesti ada guru lain yang lebih bagus.
- Sentiasa perbaiki ilmu kita.Ilmu dari segi minda, pengetahuan tentang diri dan business, serta ilmu menguruskan diri dan hati kita.
- Masa berjalan sangat pantas. Setiap hari pasti ada benda baru yang dilancarkan. Oleh itu kita kena sentiasa tahu tentang teknologi terkini dan mengenalpasti teknologi tersebut.
- Kalau kita melakukan sesuatu, lakukanlah ia sehingga selesai. Jadikan ini satu sikap.
- Contohnya adalah niat untuk membantu orang ramai dan menambah nilai hidup ramai orang.
- Kita kena percaya bahawa jika kita ikhlas untuk membantu, rezeki akan datang kepada kita.