Tuesday, December 16, 2014

17 Resepi Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin

(gambar hanya hiasan)

Apa makanan dalam pantang selepas bersalin yang baik dan berkhasiat? Apa resepinya? Apa menunya? Ini yang bermain di fikiran anda bukan?
Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi  pantang selepas bersalin ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
Makanan dalam pantang selepas bersalin bukan makanan yang biasa-biasa. Ia perlukan khasiat untuk menyembuhkan luka-luka semasa bersalin. Selalunya, ramai yang suka berpantang di rumah ibu sendiri. Ini kerana ibu akan menyediakan menu berpantang selepas bersalin untuk anak sendiri. Anak juga boleh bermanja-manja dan minta apa sahaja dari ibu sendiri. Kalau di rumah ibu mertua, mungkin agak terbatas.

Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin

1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
  • Lada hitam
Cara-cara:
  • Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
  • Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 2 biji lada besar
  • ½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
  • Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
  • Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
  • Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
Cara-cara:
  • Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
  • Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
  • Tumis semua bahan yang dihiris.
  • Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
  • Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
  • 100g ikan bilis putih
  • 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 2cm halia dimayang
  • 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
  • 6 biji cili padi diketuk
  • Minyak
Cara-cara:
  • Goreng ikan bilis hingga ranggup
  • Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
  • Sebiji bawang besar dimayang
  • Ikan bilis
  • Jeruk lobak
  • Sebiji telur
  • Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
  • Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
  • Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
Cara-cara:
  • Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
  • Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
  • Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
  • 1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
  • 6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm hirisan halia muda
  • ½ camca ketumbar
  • ½ camca jintan manis
  • ½ camca jintan putih
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
  • Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
  • Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
  • 600g hati lembu direbus dan dipotong
  • 4 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar serbuk rempah
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ½ sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • Garam/ Ajinomoto secukup rasa
  • 1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
  • Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
  • Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
  • Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
  • Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
  • Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang
Cara-cara:
  • Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
  • Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
  • Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
  • Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
  • Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
  • Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
  • Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 1 batang serai dititik
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • Air asam jawa
  • ½ cawan air
Cara-cara:
  • Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
  • Panggang ayam
  • Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
  • BahanA:
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • (Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
  • Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
  • Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
  • Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
  • Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
  • Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin
Bahan-bahan:
  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
Cara-cara:
  • Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
  • Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
Bagus Utk Menambah Susu Ibu.
Bahan-bahan:
  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah
Cara-cara:
  • Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
  • Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Monday, December 15, 2014

Sharing Is Caring

Copy + Paste / Guna / Kongsikan 

"Jariah Adakalanya Tak Perlu Minta Izin" 



Tulisan Jawi Untuk Bismillahirahmanirrahim 

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Tulisan Jawi Untuk Assalamualaikum wbt 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tulisan Jawi Untuk Waalaikumussalam wbt 

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ 

Monday, December 8, 2014

10 Cara Rawat Kegagalan Bisnes

Setiap hari, setiap jam dan hampir setiap masa, saya akan terbaca berita-berita kegagalan bisnes di online mahupun berita di kaca televisyen. Sedih bila saya mendengar keluhan mangsa kegagalan yang akan berhadapan dengan hutang keliling pinggang serta diselebungi dengan hati yang remuk untuk bangkit berniaga semula.

Cuba anda bayangkan jika perkara ini berlaku di dalam hidup anda, apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan biarkan kegagalan ini terus-menerus menghantui hidup anda? Atau anda gunakan peluang kegagalan ini dan merawatnya menjadi satu perubahan positif yang akan memberi impak kepada bisnes dan hidup anda?

Jika anda memilih untuk merawatnya, anda berada diruang bacaan artikel yang tepat. Kali ini saya akan kongsikan 9 cara rawat kegagalan yang seringkali diguna pakai oleh usahawan-usahawan yang pernah berhadapan dengan situasi ini dan berjaya mengatasinya.

Rawatan #1 : Terima Hakikat

Terima hakikat bahawa anda memang telah gagal dalam bisnes. Jangan nak pusing-pusing cerita atau salahkan orang lain punca kegagalan ini terjadi. Sebelum nak salahkan orang lain, anda kena salahkan diri sendiri dahulu. Nak pendekkan cerita, kegagalan ini terjadi kerana anda kurang ilmu atau memang tiada ilmu langsung dalam menjalankan perniagaan. Mungkin ilmu yang ada di dada anda sekarang masih belum cukup untuk menjayakan perniagaan sedia ada. Dan mungkin juga ilmu yang dimiliki itu dipelajari dari mentor yang salah. Sekali lagi saya katakan, anda kena terima hakikat kegagalan ini berpunca dari diri anda sendiri.

Rawatan #2 : Kegagalan Bersifat Sementara

Percaya atau tidak, sebenarnya kegagalan hanyalah bersifat sementara sahaja. Kegagalan akan sentiasa wujud, tidak kira dari segi kehidupan harian ataupun dari sudut perniagaan. Anda perlu rasai kegagalan dalam hidup, melalui kegagalan anda akan mula keluar dari zon selesa sedia ada dan akan bersedia untuk menerokai proses perjalanan menuju kejayaan yang sebenar. Tidak perlu nak rasa frust sangat dengan kegagalan ini, percaya kepada Qadak & Qadar bahawa setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya. Cari hikmah kegagalan ini dan gunakannya serta merta ke dalam hidup anda.

Rawatan #3 : Bersedia Untuk Hidup Hari Ini

Apabila anda sudah mula menerima hakikat hidup serta mempercayai kegagalan ini hanyalah bersifat sementara, langkah ketiga adalah anda mesti bersedia untuk hidup pada hari ini. Maksud hidup hari ini ialah kehidupan yang tidak diganggu oleh masa silam yang pahit. Buang yang keruh dan ambil yang jernih, pepatah Melayu yang sesuai digunakan untuk langkah ini. Jangan biarkan kehidupan atau kegagalan yang negatif terus menjadi sebahagian hidup anda. Buangkan perkara negatif ini, ia akan menjadi satu tembok penghalang untuk anda capai kejayaan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memikirkan apakah perkara-perkara yang dapat manfaatkan diri untuk dilakukan pada hari ini. Sebagai contoh, jika anda rasa ilmu anda masih kurang, jangan buang masa lagi, pergi cari ilmu pada hari ini juga melalui pembacaan buku, artikel (seperti artikel ini), majalah, online, dan sebagainya. Jangan cari alasan tapi cari jawapan. Hidup setiap hari biar penuh dengan gembira serta positif. Jika ditanya bilakah anda akan berasa gembira, katakanlah “hari ini!”

Rawatan #4 : Programkan Minda

Manusia mempunyai satu otak yang amat luar biasa. Setiap sel otak mempunyai programmingnya tersendiri yang bertukar menjadi satu bentuk arahan kepada tindakan fizikal dan rohani. Jika otak anda disalah programkan dengan perkara-perkara negatif maka kehidupan anda akan diselubungi dengan negatif. Sebagai contoh, sejak kecil ibubapa memberitahu bahawa mencari wang itu susah dan otak anda mempercayainya. Akibatnya, secara tidak sedar sel-sel otak anda telah diprogramkan dengan kata-kata ini. Sepanjang proses pembesaran sehinggalah ke alam dewasa, dalam keadaan tidak sengaja anda akan susah untuk mendapatkan wang yang banyak kerana minda anda telah ditanamkan dengan kepercayaan negatif iaitu ‘mencari wang itu susah.’ Ingat lagi apa yang sering sangat dikatakan oleh Dr Azizan Osman di dalam klinik-klinik usahawan yang dianjurkan oleh beliau – “apa yang anda fikirkan, rasa, cakap, dan tindakan, semua itu adalah doa.” Ingat! Apa yang anda fikirkan (program) itu merupakan satu doa, jadi fikirkan perkara-perkara yang positif seperti ‘mudahnya mendapat wang’, ‘saya kaya dan berjaya’, ‘kerja ini mudah’ dan lain-lain lagi.

Rawatan #5 : Kenali Kegagalan

Minda sudah mula menjalankan kerja untuk berfikir positif setiap masa, sekarang waktu untuk mengenali kegagalan. Langkah ini memerlukan anda melakukan sedikit penyelidikan. Cuba anda senaraikan seberapa banyak kelemahan-kelemahan diri yang menyumbang kepada kegagalan bisnes anda? Melalui kelemahan, sekarang anda senaraikan pula cara-cara yang paling sesuai untuk mengatasinya? Dengan jawapan yang ada, pelajari dan gunakan ia untuk pengembangan dan persediaan bisnes akan datang.

Rawatan #6 : Kenali Potensi Diri

Langkah ini sesuai bagi mereka yang ingin memulakan bisnes baru tetapi tidak mempunyai idea bisnes apa yang patut diceburi. Saya cadangkan anda ceburi bisnes berdasarkan potensi diri yang ada. Ia lebih mudah kerana anda sudah faham dan mempunyai kemahiran terhadap kerja yang hendak dilakukannya. Jom! Buat latihan sedikit. Ambil sehelai kertas, cuba tuliskan seberapa banyak kemahiran diri yang anda miliki, contohnya pakar dalam mengambil gambar, buat kek, mengurut badan, solekan, dan lain-lain. Dari banyak-banyak kemahiran yang ada, yang mana satu kemahiran yang paling anda suka lakukan dan berpotensi untuk menjana wang yang banyak? Dapat jawapannya? Jika anda sudah kenal pasti potensi diri, tiba masanya untuk anda mencari ilmu bisnes yang berkaitan dengannya. Dapat ilmu melalui pembacaan atau hadiri kursus dan seminar. Untuk mengenali lebih mendalam lagi potensi diri anda, saya cadangkan anda membaca buku “MAGNET Kekayaan & Kejayaan” yang ditulis oleh Dr Azizan Osman, terbitan Azizan Osman Publications. Buku ini akan merungkai segala misteri tentang potensi diri dan programming minda anda dengan lebih ekstrem lagi.

Rawatan #7 : Berdamping Orang Berjaya

Nak berjaya? Kenalah berdamping dengan orang berjaya! Ibarat anda mendampingi penjual minyak wangi akan wangilah badan anda. Kenapa orang berjaya? Orang berjaya mempunyai daya pemikiran yang proaktif dan positif. Mereka tidak kenal apa itu kegagalan malah mereka mengundangnya untuk mencipta satu kejayaan baru. Dekati golongan ini, pelajari bagaimana mereka melihat dunia bisnes sebagai permainan hidup. Jangan malu untuk berjumpa, berborak dengan mereka, minta tip-tip berguna dan jangan lupa belanja mereka minum sebagai tanda penghargaan.

Rawatan #8 : Bahagiakan Ibubapa

Ini merupakan salah satu cara fast track untuk anda berjaya dengan cepat! Sayangi dan bahagiakan ibubapa, terutamanya ibu anda. Ini kerana ibu anda umpama pemegang kunci untuk rezeki yang lebih besar. Setiap kali anda bahagiakan dan meminta mereka doakan anda agar menerima kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat, Insya Allah doa itu akan makbul, ini kerana doa ibu adalah doa yang mudah dimakbulkan. Bagi yang masih mempunyai ibubapa, inilah masa untuk anda berbakti sebanyak yang mungkin kepada mereka. Anda tidak memerlukan wang untuk buat mereka gembira, mungkin dengan hanya menjadi teman mereka berborak sudah cukup membuatkan hati mereka gembira. Hormati dan hargai setiap titisan peluh yang dikorbankan untuk anda.

Rawatan #9: Kuat Memberi

Kuat memberi atau menderma kepada orang-orang yang memerlukannya. Menderma bukan dari segi wang dan harta malah menderma boleh diberikan melalui ilmu-ilmu berguna yang tersirat dalam diri anda. Kongsikan ilmu manfaat ini kepada orang ramai, jangan simpan ilmu di dada menjadi perkasam. Untuk menjadi kaya, anda perlu memberi. Setiap apa yang anda beri, anda akan terimanya kembali olehNYA dengan berganda-ganda lagi. Lagi banyak beri, lagi banyak anda terima!

Rawatan #10 : Cintai Allah swt & RasulNya

Bagi yang beragama islam, anda diwajibkan untuk mencintai Allah swt dan RasulNya lebih dari anda mencintai diri sendiri. Anda perlu tahu setiap perkara yang baik terjadi kepada kita adalah pemberian dariNYA, dan setiap perkara buruk yang terjadi adalah dari kesilapan diri kita. Jangan tinggalkan solat wajib, dan lagi bagus jika disulamkan dengan solat sunat sebagai tambahan pahala. Minta petunjuk dari Allah swt agar diberi kekuatan untuk menghadapi segala rintangan yang bakal menjelma. Jangan lupa doakan juga agar diberi kejayaan di dunia, semoga kejayaan di dunia dapat menjadi bekalan di akhirat. Basahkan bibir dengan perbanyakkan zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Sebagai ingatan diri dan orang ramai, “tidak akan bergerak satu zarah pun jika Allah swt tidak mengizinkannya.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...