Tuesday, January 31, 2012

Makan & Share Reward


Jom makan sambil menangi hadiah..
Klik2 jangan x klik.. Hehehe
Selamat klik yer anda2..

Monday, January 30, 2012

Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid)

Ni Ustaz Don Daniyal kat kat dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don kat TV Al Hijrah tu ke?
Hensem kan?
Ustaz2 pun kena pandai bergaya gak kalau nak berdakwah kan?





Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Read more: Biodata Profil Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid) http://buzzera.blogspot.com/2011/11/biodata-profil-ustaz-don-don-daniyal.html

TV Al Hijrah Isnin-Rabu, 10.30mlm (Ulangan Jumaat-Ahad, 4.00ptg)
http://www.facebook.com/30minitustazdon

Saturday, January 28, 2012

Hobi Baru?

Jumaat lepas.. 21 - 1 - 2012. Aku balik kampung. Cuti 3 hr. Bas aku pukul 12 malam. Tapi, pukul 7 aku dah tercegat kat situ. Maklum la.. tempat keje around situ je. Malas nak balik rumah dah. Buat penat je.. Aku pun round2 la kat sekitar Plaza Central tu.. Sebelum ni terkenal ngan nama Puduraya. Aku masuk satu kedai buku.. Aku ternampak 1 novel.. Murah je.. Harga dia RM19.90. Tajuk dia Ombak Rindu.. Penulis nya Fauziah Ashari. Aku pelik sket.. Sebab harga dia cam murah..

Salegirl tu nmpak pelik la kot aku asyik dok terkebil2 tengok harga dia..
Dia pun kata.. "Ni novel lama tapi di cetak dengan kulit baru.. Kalau nak akk boleh bagi RM19 je. "
Aku pun xbanyak tnya lagi.. Beli je la..

Aku pun start la baca buku tu. Makin lama makin best plak.. Sementara dok tggu bas aku nak jalan. 1/3 dari novel tu aku dah baca.. "Wow.. So impress dengan kelajuan pembacaan aku!"
Cite Ombak Rindu tu aku habiskan dalam masa 3 hari je.. Dan baru -baru ni aku kenal dengan sorang lagi penulis.. RAMLEE AWANG MURSHID.

Sempat beli novel dia yang bertajuk 9 NYAWA.. Saja2 beli.. sebab nama penulis tu mcam familiar tapi xtau dengar kat mana.. Bila dah mula baca terasa cam nak baca lebih banyak novel tulisan penulis ni..

Hari ni plan nak p cari novel baru:
Tempat sasaran hari ini ialah.....

114 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 03-2692 4416

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

Credit kepada: Paripari Cumel sebab menrekemenkan tempat ini dalam entry dia...

Friday, January 27, 2012

Flash mob?


Ni istilah flash mob yang aku baca dari Wikipedia.

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.

Nape tiba2 aku cite pasal flash mob ni?

Wednesday, January 25, 2012

MENGHITUNG HARI #7 - Budget Oh Budget

Dah lama aku x buat check list kawin aku kan?
House mate aku pun dah start dok tnya.. Apa persiapan yang aku dah buat sekarang. Maklum la.. Dah tinggal bape hari je lagi nak sambut hari bahagia aku.. Mak aku siap call. Dia cakap mak cik aku sorang kat kampung tu siap dok berkira2 hari lagi.. Diorang pulak yang susah hati kan?
Aku relax je.. Hahaha


Aku relax ke? Dalam hati sapa yang tahu kan? Nampak je relax. Tapi dalam hati ni.. Tuhan je yang tahu... 


Di kesempatan aku balik kampung hari tu.. Sempat gak la aku settlekan apa yang patut... 


Aku pergi satu butik pengantin tu.. Aku dah bayar booking fee untuk suruh diorg hias meja makan + bilik tido + baju pengantin + dulang. Aku p sana sebab aku nak p try baju pengantin la. Baju pengantin x boleh try online. Yer dak? Klu boleh try online senang la.. Sok seh sok seh.. Untuk Pakej tu aku dapat harga RM640.

On the way balik rumah, singgah jap 1 kedai perabot tu. Kitaorg rembat tilam + tikar getah.. Tilam = RM370. Tikar getah RM170

Jumlah sebelum ini :- RM 178.70 +
                                                640.00
                                                370.00
                                                170.00

Jumlah setakat ini :- RM 1358.70

RABU OH RABU....

Xtau nape sejak akhir2 ni rasa cam malas je nak mengadap laptop ni. Klu ada keje baru nak mengadap. Sebab tu la blog aku ni terbiar tanpa update.

Sekarang dah pkl 7 pagi. Malas betul nak p keje hari ni. Maklum la. Lama sangat cuti. Chaiyok! Chaiyok!

Sunday, January 15, 2012

Gambar - gambar dari Kemboja


Bas yang membawa kami jalan2 di sekitar Seam Reap, Kemboja.

Gambar dari atas bot semasa melewati The Great Lake, Tonle Sap.

 Kanak-kanak kecil bermain dengan ular. Selalu sangat kita lihat kat sini. Nak bergambar dengan diorg sila bayar 1 USD.

Ketika berada di tengah - tengah tasik Tonle Sap.

Semasa memanjat tangga di Bakheng Hill.

Atas Bakheng Hill. Sementara nak tunggu sunset. Kita bergambar dulu.
 Awan mendung... 

Jauhnya perjalanan menuju Angkor Wat..

 Angkor Wat

Bergambar kat kuil Tomb Rider. Hehehe


Saturday, January 14, 2012

Selamat kembali ke Malaysia. Selamat Tinggal Kemboja.



Aku baru je kembali ke Malaysia semalam lebih kurang pukul 4 petang. Alangkah syukurnya setelah selamat pijak lantai kat KLIA Airport. Hehehehe.. Maklumla first time naik flight. Macam2 aku fikir. Dah la semalam masa kitaorg nak mendarat tu cuaca x bape nak baik. Silap kilat menyambar2 lagi.. Risau kalau aku dah x sempat nak tengok muka mak ayah aku..

Di sini nak la juga kongsikan kat korang itinery semasa 3 hari 2 malam aku berada di Seam Reap, Kemboja.

Hari Pertama:
Sampai kat Seam Reap International Airport pukul 12 lebih. Lepas tu terus p lunch kat Lotus Hotel & Restaurant. Makanan dia aku x bape suka. Sebab lebih bnyak makan vegi. Aku ni kurang sket kalau makanan yang bersumberkan sayur ni. Lagi pun perut masih kenyang. Makan kat atas flight tadi. Kalau tengah lapar mugkin aku akan bantai makan jugak. Hehehe

Lepas makan, kitaorg terus bertolak ke THE GREAT LAKE, TONLE SAP.
Kawasan perkampungan terapung di atas sebuah tasik bernama Tonle Sap. Pemandu pelancong kitaorg bawak ke tengah tasik je. Xnmpak pun hujung tasik tu.. Masa kitaorg kat tengah tasik tu nmpak mcam kat tengah laut je.. Memang luas gile tasik tu..

Lepas tu kitaorg p BAKHENG Hill untuk tengok matahari terbenam kat sana. Pemandun pelancong ktorg cakap tu perkara mesti yang kena buat kalau p sana. Nak panjat bukit tu bukan senang tau. Tinggi gak tu. PenaT! Mugkin sebab dah lama x exercise agaknya.

Balik je ktorg dinner kat Amazon Restaurant sambil tengok persembahan kebudayaan.. Lepas makan kitaorg check in hotel. Hotel tu best.. Angkor Miracle Resort & Spa.

Hari Kedua:
Breakfast kat hotel. Buffet.. Boleh pilih apa yang kita nak.. Aku suka! Heheheh

Lepas breakfast kuar jalan2. Hari untuk melawat kuil buddha lagi.. Mak oii.. aku boring sebenarnya,, Maklumla.. kurang berminat pasal2 sejarah ni.. Kuil paling femes kat sini iaitu ANGKOR WAT Kuil ni kat dalam buku teks sejarah pun ada. Bnyak kuil ktorg melawat. Ada 1 tu nama dia TA PROHM. Kuil ni femes gak sebab Angelia Jolie pernah berlakon kat dalam cite Tomb Rider kat kuil tu.

Lunch kat Viroth's Restaurant. Best!

Lepas lunch kitaorg p melawat sekolah seni kraftangan. Kebanyakkan pelajar kat situ terdiri dari orang2 pekak dan bisu. Ada gak galeri yang menjual barang2 yang diorg buat kat situ. Tapi, mahal gile.

Dinner kat Tropical Restaurant. Jugak Best!

Lepas makan kitaorg p jalan & shopping kat Night Market.
Balik hotel naik tut tut.. Hehehe


Hari ke Tiga:
Bebas.. Boleh buat aktiviti sendiri. Tapi x bnyak pun aktiviti yang boleh buat sebab pkl 10.30 pagi bas dah nak datang ambik p airport.
Naik flight pukul lebey kurang pkl 1 dari Kemboja..

TAMAT!

MENGHITUNG HARI #6 - Wedding Photography


Aku dah start survey & cari pakej untuk Wedding Photography ni.. Aku ingat kat KL ni je mahal2. Nmpak nya kat Kedah pun lebey kurang je. Wah.. Dahsyat! Pakej shoot n burn je pun dekat seribu. ISk.. Isk.. Isk.. Xkan nak tangkap gambar sendiri kot..

Ada sesapa kat sini yang ada buat bisness / nak rekemen kan photograhy murah2 area Sungai Petani x?

Monday, January 9, 2012

L'Oreal True Match foundation



Baru semalam tengok foundation ni kat Guardian.
Tertanya2 gak nape yang foundation ni cenggini.
Cam pelik sebab tengok tempat sapu dia tu cam roller cat jek. hehehe..

Apapun reka bentuknya.. L'Oreal tetap terbaikkkk...
Klik sini untuk maklumat lanjut k!

L'Oreal True Match foundation

Kali pertama nak naik flight..



13hb ni company aku akan buat rombongan ke Seam Reap, Kemboja. Ni first time aku nak naik flight ni.. Macam2 perasaan ada. Ada takut. Ada syok. Hehehehe..

Perkara yang nak kena bawa bila pi tempat orang mesti la duit. Travel agency aku cakap kat sana banyak guna USD. Aku pun tukar lah sket, aku tukar RM350 je. Tengah kering ni. Maklum la tengah bulan. Kena jimat gak kan? Kang balik nanti aku nak makan apa plak..

Terkejut aku bila org kat kaunter tu bagi aku 3 keping balik je duit. 1 keping 100 USD, 1 keping 10 USD dan 1 keping 1 USD. Terkebil2 aku.. Keciknya duit kita...

Balik rumah.. Aku dok berkira2 pasal duit ni.. Cukup ke ni kalau aku bawa 111 USD je?

Esok harinya.. Dok borak2 ngan member pasal duit yang semalam tukar tu.. Member aku soh tukar ambik duit kecik2 sket.. 1 USD dan 5 USD. Dia kata kalau bawa duit kecik2 senang sket nak beli barang2 yang kat tepi jalan tu. Sebab selalunya barang2 kat tepi jalan tu murah2..

OK lah.. Aku setuju je.. Maklumla x pernah p oversea.. Aku pun tukar la.. Ambik... 1 , 5 , ngan 10 USD jer.. Baru la tebal sket duit aku! Semangat sket nak p makan angin ni! Hehehehe...




****NEW****
|X pandai masak? Jgn risau!! Klik sini!|
|motorsports@PETRONAS|
|Lip Stick Merah jambu|
|Kumpul duit poket!|
***********

Sunday, January 8, 2012

Renung renungkan..



Ali seorang anak murid darjah 6 bertanya kepada ustazah semasa kelas pendidikan islam...

Ali : Ustazah, kalau kita pegang babi.. boleh tak ustazah?

Ustazah: tak boleh. Sebab babi tu najis mughallazah..

Ali : Kalau tengok je babi tu.. berdosa x, ustazah?

Ustazah: Kalau tengok je..x lah berdosa..

Ali : Kalau kita tengok perempuan yang x tutup aurat, berdosa x ustazah?

Ustazah: Kalau perempuan yang x tutup aurat, kita tengok.. BERDOSA!.. kalau dah tengok pun berdosa..kalu kita pegang lagi lah berdosa ali......

Ali : Oo..maknanya perempuan yg tak tutup aurat tu lebih teruk dari binatang tu la ye ustazah..

Ustazah: erkk..........~~!!

Ali: kalu lebih teruk dari binatang tu..kategori najis ape ustazah???

manusia sebenarnya mulia...ttp manusia sendri yg mmilih jalan utk mnjadikan drinya lebih hina drpd binatang..

Saturday, January 7, 2012

Selamat tahun baru 2012


Tahun baru aku kat blog ni nampaknya macam lambat sket start kan?
Hari ni dah 7hb pun tapi aku baru je post 1 entry.. Huhuhu..
Nak bt mcamana kan? Busy women..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan.. Selamat Tahun baru 2012 kepada semua yang sudi baca blog ni k.
Moga tahun ni akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...