Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Oral Aid Lotion - Ubat Untuk Ulser Mulut


Apakah benda ni?
Ada x sesapa yang tau kegunaan benda ni?
Kalau sesapa yang belum tau ni lah ubat untuk sakit Ulser Mulut.
Pernah buat entry pasal ulser mulut sebelum ni.
Boleh baca petua dan faktor ulser mulut kat situ.

Lotion ni plak untuk solution kepada sesapa yang malas nak amalkan petua2 tu.
Beli kat Farmasi Guardian. RM6.00 jer.
Ok la, lepas pakai mulut akan rasa kebas.
Sakit pun hilang.
Kalau x, nak cakap pun susah.
Sakit ni xhilang terus.
Kalau kita rasa sakit lagi boleh la sapu lagi ubat tu.
Rasa dia cam manis-manis.
Sedap gak la.
Selalunya ubat kan pahit.

Sesapa yang tengah sakit ulser mulut sekarang ni boleh dapatkan ubat ni di farmasi serta kedai ubat berdekatan k. 


Tuesday, May 7, 2013

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

 
Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kera isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Thursday, December 13, 2012

Placenta Previa


 Hari ni bila masuk je meeting dorang pakat tnya..
"Bila due?" Agaknya sebab perut aku ni dah nampak besar sangat kot?
"Lambat lagi. Tahun depan tapi minggu depan I dah start cuti tau."
"Nape?"
"Sebab Placenta Previa"

Apa sebenarnya Placenta Previa ni?
Apa yang aku faham dari apa yang doktor cite kat aku la kan..
Placenta previa ni ialah keadaan di mana uri baby berada kat bawah.
Uri ni la yang bekalkan makanan dan oksigen untuk baby.
Ada beberapa jenis Placenta Previa ni. Type 1, Type 2, Type 3 dan Type 4.
Type 3 & 4 tu paling bahaya la. Sebab dia menutupi hampir keseluruhan saluran vagina kita iaitu saluran untuk kita deliver baby nanti.
Type 2 plak x bahaya sangat sebab dia cuma menutupi separuh je. Tapi tetap berisiko untuk berlaku pendarahan dan x boleh deliver baby secara normal.
Type 1 plak doktor cakap ok lagi kalau nak deliver normal.

Bagi kes aku ni kat Type 2.
Doktor cakap aku kena masuk wad. Kalau berlaku pendarahan mungkin aku kena operate awal. Tapi doktor akan berusaha la tunggu sket supaya kandungan aku ni mencecah minggu yang ke 38.

Untuk maklumat lebih lanjut pasal Placenta Previa boleh refer sini:-
http://www.babycenter.com.my/a1037916/plasenta-previa


Wednesday, November 16, 2011

Bubur nasi simple

Hari ni hari kedua aku sakit mulut.
Semalam aku tengok mata ikan tu ada 2 je kecik2. Tapi hari ni dah makin membesar.
Pedih2.. Huhuhuhu

Semalam balik rumah p sogo beli ayam, bawang ngan kiub sup punjut. Aku nak beli kuib pati ayam sebenarnya tapi xde. So, try je la guna yg ni. Belum cuba belum tau kan sedap ke x?

Time2 sakit mulut camni susah nak makan benda keras2. Kalau boleh aku nak terus telan je. Oleh sebab x boleh nak makan benda keras2 ni.. Aku pun planing nak masak bubur nasi istemewa aku nih...

Taraaa.... Ni la resipi aku:-

SUP NASI SIMPLE

Tumis bawang putih, bawang merah ngan halia sampai kekuningan.
Masukkan ayam yang telah di potong kecik2.
Masukkan air.
Masukkan kiub sup punjut knorr.
Masukkan segengam beras.
Masukkan kentang yang telah di potong dadu.
Masak sampai beras tu kembang.
Kalau x kembang masukkan air lagi k.
Masukkan garam secukup rasa.
Siap!
Hidang dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Nyumm.. Nyumm...


Tuesday, November 15, 2011

Petua dan faktor Ulser Mulut



Selalunya musim panas baru aku kena penyakit ni. Tapi musim2 hujan camni pun boleh terkena gak.. Tapi kali ni jadi kat lidah plak.. Sakitnya!! Hilang selera makan aku! Nak makan apa2 pun susah..
Sakit ya amat!

Kepada sesapa yang mengalami nasib yang sama..
Apa korang buat ek?
Aku selalu sapu ngan ubat gigi je. Mula2 memang pedih sket. Lepas tu kurang la sket. Boleh la lepas nak makan2 sket.

Lepas google2 sket.. Banyak gak petua aku dapat. Antaranya:-

(1) Tekap tempat tu dengan asam keping/asam gelugor

(2) Kumur ngan air suam + garam

(3) Letak marjerin

(4) Letak ais

(5) Letak bonjela

Antara faktor-faktornya adalah:

(1) Tekanan yang berlebihan atau stres

(2) Makanan yang berasid

(3) Makana-makanan tertentu hanya pd individu itu – yang biasanya seperti coklat, citrus, kacang-kacang, tomato, gandum dan strawberry

(4) Sensitif terhadap sesetengah bahan kimia seperti sodium lauryl sulphate

(5) Sedang sakit

Monday, October 24, 2011

Sarapan yang baik untuk penghadaman anda



Sapa nak slim boleh ambik "Marigold 0% Fat Yogurt" untuk sarapan anda. Hehehe.. Tu je kot yang aku nak tulis buat time ni.. Jom kita start bt keje.. Ciao!

Thursday, October 13, 2011

Tips mencukur bulu kemaluan

Aha.. Tips untuk malam jumaat untuk sesapa yang baru kawin.
Hehehehe.. Sesapa yang belum kawin pun boleh baca ma..
Ni antara tips yang aku jupa masa google tadi:-

1. Sebelum nak cukur basahkan dia dulu.
2. Gunakan pisau cukur yang baru dan tajam.
3. Buat buih banyak2 dan sapu kat situ.

Sunday, October 9, 2011

Senarai Klinik yang menjalankan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

1. Negeri : PERLIS
Bil Nama dan Alamat klinik Tel/Faks
1 Klinik Kesihatan Kangar, 01000 Kangar, Perlis 04-9778333
2 Klinik Kesihatan Beseri, 02400 Beseri, Perlis 04-9381355
3 Klinik Kesihatan Padang Besar, 02500 Padang Besar, Perlis 04-9490333
4 Klinik Kesihatan Simpang Empat, 02700 Simpang Empat Perlis 04-9807214
5 Klinik Kesihatan Kuala Perlis, 02000, Kuala Perlis, Perlis 04-9854259
6 Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, 02800 Kuala Sanglang, Perlis 04-7940216
7 Klinik Kesihatan Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis 04-9456237
8 Klinik Kesihatan Kg Gial, 02500 Kg Gial, Perlis 04-9861177
9 Klinik Kesihatan Arau, 02600 Arau, Perlis 04-9861169


Friday, August 19, 2011

Batuk - Sebab & Rawatan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  1. Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza

  2. Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)

  3. Alahan

  4. Asma

  5. Merokok

  6. Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)

  7. Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja

  8. Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)

  9. Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)

  10. Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan

Kebanyakan batuk tidak berbahaya.

  1. Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

  2. Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.

  3. Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.

  4. Berhenti merokok

  5. Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu

  6. Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  1. Batuk yang mengeluarkan darah

  2. Baru pulang dari perjalanan luar negara

  3. Batuk berterusan lebih daripada dua minggu

  4. Semput / sesak nafas, sakit dada

  5. Demam yang berpanjangan

  6. Mengandung

  7. Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)

  8. Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)

Pencegahan

  1. Amalkan tabiat kebersihan yang baik

  2. Minum banyak air

  3. Tangani tekanan dengan baik

  4. Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema

  5. Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok

  6. Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan

  7. Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Thursday, August 18, 2011

BEACOLUX Vs CHARCOAL





VS





2-3 hari ni system penghadaman aku asyik xbape sihat je.
Hari tu sembelit. Sebab tu aku ada buat post pasal sembelit kat SINI.
Lepas tu aku ada p farmasi. Cari ubat sembelit la.
Dia pun rekemenkan aku dengan ubat ni. BEACOLUX.
Memang bagus. Malam tu aku makan pagi tu dah terasa nikmatnya.
Hehehehe.. Mula2 aku pun gembira la. Sebab masalah penghadaman aku ni dah settle.

Tapi, rupa-rupanya x,

Masalah sebaliknya pulak jadi.
Bayangkan, tiap2 kali aku p toilet je mst akan ter.....
Uish... ini serious sudah!
Seb baik la kat rumah aku ada ubat ni. CHARCOAL.
Harap, hari ni masalah penghadaman aku akan SETTLE..
Hahahha..

Tuesday, August 16, 2011

SEMBELIT dan cara mengatasi.


Datang je bulan puasa, penyakit ni la yang aku gerunkan.. Isk3.. Risau gak kalau kena. Dalam dok beringat2 tu.. Nampaknya terkena jugak! Aduhhh... Menyiksa betul!
Kat bawah ni info yang aku dapat.

Sembelit
berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalamu sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu.


Sebab-sebab berlakunya sembelit:

* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.

Tips mengatasi sembelit:


1) Makan buah pisang atau betik selalu.


2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.


3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.


4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.


Aku ni kurang sket bab2 makan buah ngan sayur ni.. Apatah lagi nak p cari akar2 kayu.. Katne la nak cari akar kayu kat KL ni yer x? huhuhuh..
Terpaksa la cari ubat kat farmasi je kot =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...