Tuesday, December 19, 2017

Testing from Oppo A37

Terima kasih sayang sebab hadiahkan hand phone baru ni. Ingatkan senang lah nak blogging balik lepas ni.. Tapi awat xtau macam susah pulak nak upload gambar masuk dalam ni.. Huhuhu..

Xpe.. Sabar dulu ek.. Kita explore slow2. 😎

Lepas jugak entry pertama dari Oppo ni.. Alhamdulillah. 

Nota kaki: Handphone pertama husband beli sejak bergelar housewife. Tarikh beli 11/12/17. Boleh la upload video anak banyak2 kat YouTube lepas ni. Hahahaha

Thursday, September 7, 2017

Lirik Lagu OST Drama Moon Embrace The Sun


Tetiba tersuka tanpa sengaja pulak kat mamat Korea ni Kim Soo Hyun.. Comel je tengok.. Huhuhu.. 

Lagu OST drama ni pun best.. 

Lyn - Back In Time

kureume biteun heuryeojigo
changgae yoranhi naerineun
binmul-sori mankeum shirin giyeokdeu-ri
nae ma-eum butjab-go i-nneunde

kal-surok jiteojyeo-gan
keuri-ume jamkyeo
shi-ganeul keoteu-lleo kal-sun eomnnayo
keu ttaecheoreomman geudae nal anajumyeon
kwaehn-chanheul-tende ijen

jeojeodeun bitgi-reul ttara-ga
hamkke-han chu-eo-geul do-rabwah
heuryeojin binmu-re tteo-oreun geudae-ga
nae nun-mul so-geseo chaollawah

kal-surok jiteojyeo-gan
keuri-ume jamkyeo
shi-ganeul keoteu-lleo kal-sun eomnnayo
keu ttaecheoreomman geudae nal anajumyeon
kwaehn-chanheul-tende ijen

heu-teojyeo-ga, nawah isseojudeon geu shi-gando keu moseupdo

tashi geu ttaecheoreomman geudaereuranaseo
shi-ganeul keoteu-lleo kal-su eomnnayo
hanbeonirado majimagil-jirado
kwaehn-chanheul-tende

== Terjemahan dalam English ==

The light that is fading in the clouds
Falling at the window is too noisy
The cooling memory is just like the sound of the rainwater
Capture my heart, refuse to leave

That increasingly strong
Lock in the nostalgia
Couldn’t I step back in time
Back to the time when you give me a hug
Everything now doesn’t matter

I follow the tortuous path that is wet
Look back at our memories together
In the rain that obscures the vision, I think of you
In my tears, you emerge in my mind

That increasingly strong
Lock in the nostalgia
Can I step back in time
Back to the time when you give me a hug
Everything now doesn’t matter

All dissipated, whether it’s the time we spent together, or the look of you and me at the time

Let’s back to the time when I am in your embrace
Couldn’t I step back in time
Even if this is the only chance, or the last chance
It doesn’t matter



Sunday, July 9, 2017

Resepi Bubur Lemak Ayam

Bubur Lemak Ayam. Creamy Chicken Porridge. Bon Appetit.

Bahan2nya
1 cawan beras (siz 1 tin susu)
1/2 mangkuk isi ayam di potong kecil
2 sudu besar bawang merah goreng
1 batang lobak merah di potong dadu kecil
1 biji ubi kentang di potong dadu kecil
1 kuib knorr ayam
2 ltr air
Secubit lada sula putih
Secubit serbuk jintan putih
100 ml santan pekat

Topping nya
Daun sup dihiris2
Cili padi hijau atau merah dipotong hiris2
Bawang merah goreng
Telur dadar goreng hiris

Cara2nya
Cuci beras hingga bersih, letakan air secukup, garam secukup rasa. Masak hingga air & beras mendidih. Masukan bawang merah goreng, 1 kuib knorr ayam, lobak merah, ubi kentang dan serbuk lada sula putih, serbuk jintan putih dan isi ayam. Gaulkan semua supaya sebati. Letakan sedikit daun sup dan santan pekat. Jaga air bubur nya supaya tidak kering. Tambahkan air jika perlu. Rasa bubur nya. Sediakan telur dadar dan topping anda. Biarkan bubur ayam masak di api yang kecil. Sajikan dengan topping nya. Enak di makan panas2.

credit : Joha Hassan‎ #resepiringkas

Saturday, July 8, 2017

ISTERI WAJIB TIDUR DI KETIAK SUAMI, KALAU NAK HAPPY & RELAX SELALU.


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak sang suami boleh mengaktifkan hormon wanita hingga mereka merasa damai dan tenang?
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. Perasaan dan pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya bila tidur di dakapan dan ketiak orang yang kita cintai.

Sumber : Maskulin

Wednesday, June 7, 2017

Resepi Biskut Arab Susu

Bahan-Bahan:
2 cwn Susu tepung (biasa guna susu nespray)
2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak & di goreng)
ceri merah secukupnya-potong kecil2

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara-Cara:
Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan susu tepung.siap!

Selamat mencuba

Monday, June 5, 2017

Sawah Padi


Damai...

Tazkirah Ramadhan


*Hal-Hal Yang Tidak Membatalkan Puasa*

1) *Masuk waktu Subuh dalam keadaan belum mandi wajib*
أَنَّ عَائِشَةَ ، وَأُمَّ سَلَمَةَ أَخْبَرَتَاهُ : " أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ "
‘Aisyah dan Ummu Salamah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memasuki waktu Subuh dalam keadaan dia sudah berjunub dengan isterinya. Kemudian baginda mandi dan berpuasa [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1925]

2) *Memeluk dan mencium isteri*
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan berpuasa, dan dia adalah yang paling mampu menahan nafsunya [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1927]
Dengan syarat selagi mana tidak keluar air mani. Jika keluar, maka batal puasa.
Di sisi mazhab Syafie, dimakruhkan mencium isteri jika itu akan menaikkan syahwat seseorang, dan tidak makruh jika ia tidak memberi kesan kepada syahwat, akan tetapi lebih utama untuk tidak melakukannya.

3) *Mandi di siang Ramadhan*
قَالَ أَبُو بَكْرٍ : قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي : لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ .
Abu Bakar bin ‘Abdul Rahman berkata: Sahabat nabi berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di al-‘Araj, baginda menyiramkan air di atas kepalanya ketika berpuasa untuk menghilangkan dahaga atau kerana panas [Sunan Abi Daud, Kitab as-Sawm, hadis no: 2365]

4) *Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tidak berlebihan*
حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيل بْنُ كَثِيرٍ ، قَال : سَمِعْتُ عَاصِمَ بْنَ لَقِيطِ بْنِ صَبِرَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي عَنِ الْوُضُوءِ ، قَالَ : " أَسْبِغْ الْوُضُوءَ ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الْأَصَابِعِ ، وَبَالِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Laqith bin ‘Amir radiallahu ‘anhu berkata: Ya Rasulullah, ceritakan kepada ku tentang wudhu. Baginda menjawab: Sempurnakan wudhu, sela-selalah celah jari-jemari, bersungguh-sungguhlah kamu menyedut air ke dalam hidung kecuali jika sedang berpuasa. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Sawm, hadis no: 788, hasan sahih]
Jika seseorang berlebihan dalam berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sehingga menyebabkan air secara tidak sengaja ditelan, maka ulama mazhab Syafie berbeza pendapat kepada tiga pendapat iaitu
1) Batal apabila dilakukan secara berlebihan, dan ini pendapat *paling kuat di sisi mazhab Syafie*.
2) Batal secara mutlak. Ini juga pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan Al-Muzani.
3) Tidak batal secara mutlak. Ini pendapat Al-Hasan Al-Basri, Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur.

5) *Merasai makanan tanpa menelannya*
عَنْ عَطَاءٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : لاَ بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ ، أَوِ الشَّيْءَ مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ.
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Tidak mengapa apabila merasai cuka atau sesuatu selagi ia tidak masuk ke dalam kerongkong ketika puasa [Musannaf Ibn Abi Syaibah, no: 9369]
Ibn Taimiyyah berpendapat bahawa merasai makanan adalah makruh apabila tanpa keperluan, tetapi ia tidak membatalkan puasa. Adapun jika ada keperluan, maka ia seperti hukum memasukkan air ke dalam hidung…

7- Menggosok gigi*
Ulama sepakat menggosok gigi tidak membatalkan puasa. Hanya sahaja sebahagian daripada mereka seperti mazhab Syafie dan Hanbali memakruhkan menggosok gigi selepas tergelincir matahari agar ia tidak menghilangkan bau mulut orang berpuasa. Ini berdasarkan dalil di bawah:
، لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ،
Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi. [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1780]
Manakala ulama yang lain
berpendapat menggosok gigi adalah sunnah walau ketika berpuasa kerana keumuman galakan menggosok gigi serta terdapat beberapa riwayat dhaif menunjukkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menggosok gigi. Ini merupakan pendapat Malik, Abu Hanifah.

Wallahua'lam.

Sunday, June 4, 2017

Resepi Bandung Pandan Cincau

Bandung Pandan Cincau
Resepi : Azlita Masam Manis

Seteguk tak cukup, dua tiga teguk pasti puas hati...

Air secukupnya
1 st perisa pisang
1 st pewarna hijau
1 helai daun pandan disimpul
Gula secukup rasa
1 tin susu air
Cincau didadu

Masak air, gula dan daun pandan sehingga larut.
Masukkan esen pisang dan pewarna hijau.
Bila didih, matikan api. Biarkan sejuk.
Tuang dalam jug, masukkan susu cair. Masukkan air batu, cincau.
Siap. 😊

Resepi Puding Telor Mata

Utk.kuning telur...
100Gm @ 1 tiub tepung hoen kwe warna kuning@oren
Secawan gula
900Ml air
1@2 Titik pewarna kuning
Acuan lompang
Caranya:
Masukkan smua ke dlm periuk d kacau d ats api yg sederhana shingga mjd pekat/likat...
Tutup api...d isikan separuh  ke dalam acuan lompang.biar kan sejuk
Warna putih:
100Gm @ 1 tiub tepung hoen.kwe warna putih
900Ml santan
Secawan gula-Nk manis lbh blh lbh kan
Secubit garam
Caranya:
panaskan santan dlm periuk dgn api sederhana lps tu masuk smua bahan sikit2 sambil kacau sampau jd pekat/likat...
Tutup api...tuangkan warna putih kedalam bekas d letakkn kuning td dtengah2....nk sedap letak dlm.peti ais dulu...mkn sejuk2
Credit: gemersik kalbu group MAHN

Thursday, March 23, 2017

Bersama laptopku kembali..

Cewah!! Tajuk entry kali ni.. Hahaha
Sebenarnya dah lama xon blog dengan laptop ni..
Lama xlama sejak resign 2 tahun dulu rasanya.. Lama kan?
Dah xberapa ada masa sejak berkecimpung dengan dunia bisness makanan ni..

So guys.. Sesapa yang berkunjung ke Kedah.. Boleh la menjamu selera di warung saya ye...

Nama: Warung Simpor Utara
Lokasi: Waze / Google Warung Simpor Utara








Tuesday, January 3, 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...