Niatkan sMoga Anak2 Kita Menjadi Anak yg Soleh/Solehah, Lembut Hatinya, Rajin Solat, Belajar Dgn Cemerlang... InsyaAllahh Smoga Allah Makbulkn...Aminn
**Peringatan Diri sndiri**
Showing posts with label Anak Oh Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak Oh Anak. Show all posts
Friday, July 24, 2015
Tuesday, November 25, 2014
Saturday, September 14, 2013
Selamat hari lahir ke 8 bulan untuk anak mama
Selamat hari lahir yang ke 8 bulan untuk anak mama yang sorang ni. Nor damia irdina binti che dahlan. Time tengah menaip entry ni pun sempat dapat hadiah love bite gak dari dia. :-) rajin sungguh mengigit sejak baru tumbuh gigi ni.. hehehe...
Moga anak mama ni jadi anak solehah dunia dan akhirat k. Kurang-kurang lah buat perangai yang kepala angin tu. Tok dan wan bg hadiah baju.. lawa x?
Wednesday, August 14, 2013
Happy Birthday ke 7 bulan untuk Nor Damia Irdina
Selamat hari lahir yang ke 7 bulan untuk anakku Nor Damia Irdina.
Jangan nakal2 tau. Jangan nak merap sangat.
Kesian Tok dan Wan nak layan kepala angin anak mama sorang ni.. Hehehe..
(TQs to mak cik Husna S Michi sebab sudi snap pix ni)
Friday, April 5, 2013
Monday, April 1, 2013
Friday, March 29, 2013
I Miss You So Much!!!
My baby Damia masa umo dia 7 hari.. Mama Rindoooo kamu sangat2! Sob sob sob..
Tunggu mama balik malam ni yer sayang ^^
Friday, March 22, 2013
Rindunya Kat Anak Mama Yang Sorang Ni...
Lambatnya rasa masa nak berlalu..
Akhirnya sampai juga hari yang di nantikan.
Damia, tunggu mama balik malam ni k.
Mmuah!.. Mmuah!..Mmuah!..
Rindunya kat anak mama ni ^^
Thursday, March 21, 2013
6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI
1. AZAN DAN IQAMAT
Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.
Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.
2. TAHNIK ANAK
Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.
Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.
3. MENCUKUR RAMBUT BAYI
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.
4. MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (ØØ§Ø±Ø«) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.
5. AQIQAH
Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
6. KHITAN / SUNAT
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.
Saturday, March 16, 2013
Cuti Bersalinku Dah Sampai Ke Penghujungnya
Wah.. Tajuk.. bukan main lagi.
Sebenarnya aku x berapa bersemangat nak keje ni walaupun dah lama cuti.
Lebih 3 bulan gak cuti.. Tapi masih rasa nak bercuti lagi.
Kalau dulu sebelum ada anak sehari xkeje mst rasa boring.
Sekarang lak, kalau hari-hari dok rumah tengok muka dia pun x rasa boring.
Rasanya sebab ini lah ramai yang sanggup berhenti keje walaupun bergaji tebal semata-mata untuk menjaga anak tersayang. Anak Oh Anak!

Sayangkan Anak Tinggal-Tingalkan
Ada pepatah yang menyatakan
Sayang anak tangan-tangankan
Sayang isteri tinggal-tinggalkan
Macamana kalau kita sayangkan anak tinggal-tinggalkan?
Aku akan start keje mulai 19hb ni.
Mula-mula dulu fikir nak hantar anak yang baru je umo 2 bulan ni kat nursery.
Tapi mak aku lak x setuju.
Dia kata x harap.
Sebab sekarang macam-macam kes penderaan berlaku kat baby.
Dia risau kalau 1-1 nya cucu dia ni kena dera.
Jadi, dia nak jaga.
Aku pun nak cakap apa lagi dah dia nak jaga.
Redha je la..
X dapat nak bayangkan macamana bila aku balik KL nnt sedangkan dia kat Kedah.
Mama sayangkan sangat anak mama ni..

Thursday, March 14, 2013
We Have Been Married For 1 Year
Abah.. cepat balik k. kitaorg rindu... he3
Hari ni genap setahun usia perkahwinan kami.
Aku sambut berdua je dengan anak kami yang baru masuk 2 bulan.
Hanya SMS penganti diri untuk suamiku di medan perjuangan.
Monday, February 18, 2013
Damia kena cucuk
14 hari bulan lepas genap la si Damia sebulan. Dah besar dah anak mama. Patut la nangis pun makin kuat. Perangai pun makin banyak. Anak oh anak! Hari ni Damia dah kena pi klinik dah. Nak kena cucuk. Awal2 lagi tok dia dah bagi mandi. Kami sampai klinik pkl 8.30 pagi.
Lenguh gak mengendong si Damia ni. Xtau la bape gram plak naik lepas ni. Kuat gak minum susu sekarang ni.Dekat pukul 9 baru nurse panggil nama. Dekat setengah jam jugak tunggu. Kira ok la tu. Klinik kampung walaupun x bape ramai orang. Nurse yang bertugas hari ni cuma 2 orang je.
Mula2 nurse tu nak check mama. Ni first time aku timbang sejak lepas bersalin hari tu. Dah turun jadi 37.5kg.. Hehehe.. Wah! Dah kembali ke saiz asal! Pastu check luka operate - OK. Check urine - OK. Check darah pun OK. HB pun OK dah naik balik jadi 12.8.
Pastu nurse ada tanya nak ambik pil perancang x? Aku pun cakap boleh la jugak. Masa dia ajar cara-cara nak makan pil tu yang aku pening.
Lepas check mama, bawak Damia plak p timbang. Naik lagi 300 gram. OK la tu. Naik gak. Naik bnyak sngat pun nurse cakap x ok. Lepas timbang baru Damia kena cucuk. Xsangka lak kita yang kena pegang masa nurse tu cucuk. Seriau je rasa masa dia cucuk tu. Cucuk2 je apa lagi.. Meneran la si Damia tu nangis! Sian dia, tengah syok2 tido tiba2 kena cucuk!

Subscribe to:
Comments (Atom)