Friday, September 30, 2011

Swift Gear : Software untuk View > 1GB text file

Software ni memang berguna kepada sesapa yang kena view log file yang saiz dia mmg besar2 gile.. Selalunya bergig-gig besar. Klik di sini kalau nak download k.
Swift Gear

Thursday, September 22, 2011

Tips untuk elak kecurian, di rompak dan di rogol dalam rumah sendiri


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00malam).

McDonald's: FREE Smoky BBQ McShaker



Hari ni balik keje tadi tiba2 lak terasa nak makan McD.
Pi la beli GCB set besar. Memang suka GCB pun..
Sebelum ni kalau beli McD selalu beli regular je..
Sejak berkenalan ngan SMOKY BBQ McSHAKER ni la baru berubah selera beli set besar.
Tapi hari ni, malang betul.. Dorg dah x bg pun SMOKY BBQ tu..

Di ringankan la mulut untuk tanya budak kat kaunter tu..
"SMOKY BBQ tu dah xde ek?"
"Aah.. Dah xde"

Sedey aku.. SMOKY BBQ dah xde..
Xde nikmat dah la aku nak makan fries lepas ni..
Aku suka fries ni pun sebab SMOKY BBQ je..
Lepas ni beli set regular balik la nmpak nya..

Wednesday, September 21, 2011

Kisah seorang cikgu dan murid - muridnya..


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh! Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka
telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang
lagi.....tamat.

MENGHITUNG HARI #1

Hehehe...
Aku nak buat colum baru la kat blog ni..
Ok x nama tu? "MENGHITUNG HARI"
Aku nak listkan bape banyak duit yang akan aku habiskan untuk menuju hari bahagia aku nanti..
Hohohoho... Penat!

Di kesempatan ini,
Sesapa tokey baju kawen, tokey hadiah kawen, tokey kad kawen, tokey kedai, tokey butik yang terbaca colum ni boleh la bagi kat aku harga2 istimewa..

Kalau boleh aku memang nak harga yang super dupper budget! Hahahaha



Ni dia sijil kursus kawin aku.. Dah boleh kawin dah.. hehehe..
Aku amik kursus ni kat:-

PUSAT KURSUS PERKAHWINAN IBUKOTA
LOT 3.9, TINGKAT 3,
PERTAMA KOMPLEKS,
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
50100 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
TEL: 03-2692 6231



Jumlah setakat ini :- RM 80.00

Takoyaki! Nyum2...



Balik keje tadi sempat singgah kat jusco maluri. Tiba2 lak terasa nak makan takoyaki.. Nyum2.. Sedapnya.. Ermmm... memang sedap pun.. Nikmat betul boleh makan.. hehehehe..

Sempat gak google resipi untuk buat takoyaki.. Simpan dulu kot resipi ni. Belum cukup bahan2 lagi nak buat nih.. Hehehe

Resipi Takoyaki

Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate
-cara-cara
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.

Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis

Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning

Cara-cara

1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian masukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daun bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

SUMBER

Thursday, September 15, 2011

Nak Beli Cucur Udang Yang Best?


Ali bengang gile bila dia dapati cucur udang yang dibeli takde seekor udang pun kat dalamnya.

Lalu dia pun pi balik kat gerai makcik jual kuih tuhh ngan panas hati tanye kat makcik yang jual tu.

"Makcik pasal apa cucur udang ni seekor udang pun tak dak?"

Makcik yang jual tu pun dengan selambe ayunnye menjawab:

"Abih tu yang hang pi beli cuchoq badak ada tak badak kat dalamnya?

Cam ne plak ngan Chucoq Kodok?

Ada tak kodok yang melompat ataiihh Hang?

Ali rasa macam nak bunuh diri dengan jawapan yang diberi makcik tadi.

Mangkuk hayun punya Makcik!

Friend come and go..

Hari ni ada lagi sorang staff kat opis ni ingin meninggalkan aku... Huwaaaa... ni la kawan aku yang paling lama kat sini.
Dia dapat tawaran goverment.
Pasni tingal la aku sorang2 kat sini... Huhuhuhu.. sedeynya.. habis meleleh air hidung + air hingus aku ni.. Sob.. sob.. sob..
Apa pun aku wish you good luck and all the best kat tempat baru ko tu ok.

Jangan lupa aku tau.

Jangan lupa gak Kedai Makan Pinggan Besar tempat kita selalu makan tu..

Monday, September 12, 2011

Lihatlah pinggangku yang ramping...




Tengok la korang biskut buah pinggang aku..
Ni first time aku buat biskut ni..

Hahahahaha...
Aku tergelak sorang2 bila tengok biskut aku ni.
Awat lah yang dia kembang sangat..

Masa mula2 belum bakar aku tengok cute2 je. Terfikir gak.. acuan ni x kecik sgt ke?
Sekali siap! Hambik kau.. kecik sangat ek?!

Apa kena ngan aku ni orang buat kuih sebelum raya tapi aku terbalik plak..
Lepas raya baru terhegeh2 nak buat..
Aku buat ni pun sebab masih ada balance Buttercup lagi 3 ketul. X sempat habis buat kuih.
Sibuk nak balik kampung awal.

Bila aku rasa, okey je.
Sume cukup. Cuma x lawa je.. Lain kali cuba lagi mesti lawa.. Hahahaha

Ni dia resepi yang aku jupa masa google hari tu.. Kalau x silap dari mesra.net


Biskut Buah Pinggang

Bahan-bahan ( )

250 Mentega
150 Gm Gula Aising
80 Gm Tepung Naik Sendiri (*)
100 Gm Tepung Gandum (*)
100 Gm Tepung Jagung (*)
150 Gm Biskut Marie (Kisar Halus) (*)
80 Gm Cornflake (Kisar Halus) (*)
1 Biji Kuning Telur
Hiasan: Kuning Telur & Cornflakes Kisar Halus Utk Tabur

Cara-cara

1. Satukan Bahan-bahan Yang Bertanda (*)
2. Pukul Mentega Dan Gula Hingga Kembang
3. Masukkan Merah Telur Dan Esen Vanilla. Pukul Sekejap
4. Masukkan Bahan-bahan Yang Bertanda (*) Ke Dalam Adunan Mentega. Gaul Sebati
5. Jika Adunan Terlembut, Tambahkan Sedikit Tepung.
6. Terap Dengan Acuan Kegemaran. Sapu merah telur dan tabur cornflakes kisar. Bakar hingga Kekuningan. Tempoh dan Suhu Bergantung Kepada Oven Masing-masing. Selamat Mencuba!

Aku x tiru sangat 100%.
Aku buat ikut suka aku je..

*Buttercup aku guna yg kecik tu 250g, tu pun sebab tengok kat wrapper dia cakap 250g.
*Gula ising aku pakai 5 sudu besar
*Tepung Naik Sendiri, Haa... benda ni la yang buat kuih aku jadi kembang. (mak aku la cakap.. dia kata lain kali xyah bubuh.. Aku confuse Tepung Naik Sendiri & Baking powder.. Sama ke x 2 benda ni?)
Ok! Next trial dah x mau guna dah benda ni..
*Tepung gandum 1 cawan. Aku memang suka sukat benda macamni guna cawan... lagi senang.. (aku tengok mak aku buat)
*Tepung jagung pun 1 cawan.
*Biskut marie aku tukar ngan biskut tiger susu.. sebab aku suka biskut tu.. hehehe
*Conflakes xtau bnyak mana aku letak.. Ada dalam 3x aku blender. Guna blender kering.
*Kuning telur, kalau nak senang asingkan kuning telur beli la telur yang baru. mst senang. org yang x terer cam aku ni pun boleh buat.putih telur tu jgn plak buang terus. Goreng la.. makan ngan kicap. jgn buang. membazir.

Friday, September 9, 2011

Sayang.. Sayang..

"Sayang.. sayang.. bila nak bayar sewa ni sayang..."
Orang cakap kalau nak mintak pape dari orang kita kena mintak baik2 kan?
Ok kot kalau cakap camtu kan?

Pening kepala aku ngan housemate aku ni..
Ingat dorg je kot yang reti guna duit.
Aku x tau..

Dah nak masuk tengah bulan dah ni.. (cepatnya tgh bulan aku kan? Maklum la dapat gaji awl bulan lepas..) sewa belum bayar2 lagi.. "Bila nak bayar ni sayang oi?"

p/s: bertolak ansur la sket sesama housemate yer x?

Thursday, September 8, 2011

Giveaway : pencarian BLOGLIST tegar!


Sesapa nak dapat hadiah meh kita sama - sama join.
Klik kat gambar atas tu untuk maklumat lanjut.

Duit Raya 2011!

Pemenang duit raya sudah di jumpai..
Hohoho... Tahniah kepada abghani pemilik blog Bila Pahat Berbunyi.
Cepat2.. meh ambik duit raya nih!

Sesapa yang termiss nanti2 boleh try lagi k..

LRT oh LRT


LRT atau nama panjangnya Light Rail Transit memang buat aku geram hari ni..
Pe taknya..

Dah 2 hari aku terkena ni..

Semalam.
Aku naik LRT. Biasa la mmg ramai org. Aku berdiri di bahagian tengah. X nampak la keluar tingkap. Sepanjang perjalanan memamg aku dok layan SMS jer. Bila aku dengar nama stesen destinasi aku di sebut. Aku pun turun. Bila keluar je aku dari LRT tu..
"Eh.. Kat mana ni? !@#$%^&*()_ punya LRT".

Memang x boleh harap punya pengumuman tu..
Kan selalu kita dengar kan.. "Stesen seterusnya... Plaza Rakyat!" dan lain2 la..
X tau nape hari tu dia umum tercepat 2 stesen plak..
So, terpaksa la aku patah balik lagi 2 stesen.
Rugi tenaga & masa aku kat situ.. Dah la xde escalator.


Hari ni..
Hari ni hujan waktu pagi.
Selalunya kalau hujan pagi ni mesti LRT lagi sesak jadinya..

Jangkaan aku mmg betul.
Aku sampai je stesen tadi, kat kaunter pun beratur panjang.
Lagi2 kat platform.. bertambah tambah tambah panjang la..
LRT pun datang la dengan tenangnya... cewah!!
Sume orang berpusu-pusu masuk.. Takut x dapat masuk..
Tapi, alhamdulillah la.. Aku boleh masuk..

Hari ni, memamg padat. Ala ala... Cam tin sardin tuh..
Tiba2, aku rasa..
Aircond xde la LRT nih.. Uish.. masak aku nnt..
Geram bila aku terbaca iklan kat dinding LRT tu... "Selamat Datang ke Express Cool!"
"Cool la sngat!" hatiku berkata..

Lagi 1 yang buat aku geram ialah.. LRT tu asyik benti tengah2 jalan je.. Kalau dia benti kat stesen tu xpe lah. Mmg dah maklum dia akan buat mcamtu..

Kesimpulannya.. Perjalanan dari Cempaka ke Plaza Rakyat hari ni.. Memamg menyeksakan.. Seb baik xde org yang pengsan.

Wednesday, September 7, 2011

Pak Pandir Ke Zoo


Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm... baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

"Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat".



Jejaka Terhangat murah hati nak beri trafik percuma. Kepada yang nak join, ini adalah perkara yang perlu korang buat (tiada paksaan):)

Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk:

"Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Pastikan anda mention nama Jejaka Terhangat dan linkkan ke blog ni.

4. Hantarkan link entri korang kat komen entri ni. Done..

Tuesday, September 6, 2011

First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia


Sesapa excited nak join klik kat gambar di atas.
Aku nak menang Sarung Handphone Hello kitty tu je.. Hehehe.. Cute!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...