Monday, December 30, 2013

Pandangan Tentang 2014 Yang Bakal Menjelang :-)

Pejam celik.. Pejam celik.. Dah nak masuk tahun baru dah kan?
Macam mana kehidupan anda?
Bertambah baik?
Atau semakin teruk?
Hahaha..
Jawab sendiri la yer..

Sejujurnya, pandangan akak tentang 2014 yang bakal menjelang ni... Memang...  Arrggghhh!!
Xpernah rasa serabut macamni lagi sebelum ni.. Huhuhuhu..
Dengan Elektriknya, Dengan Tolnya, Dengan Minyaknya, Dengan GSTnya....
Memang tensen kalau fikir..

Nasib baik akak baru ada sorang anak..
Dan anak akak masih belum bersekolah..
Baru setahun, dan tinggal dengan atok kat kampung..
Xdapat bayangkan macamana kehidupan yang orang yang ramai anak, nak sekolah lagi, nak makan lagi..
Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.. :-(

Friday, December 27, 2013

Hutang Oh Hutang!!!


Sapa yang xde hutang ?
Mustahil kan?
Oklah.. Hari ni saya nak sharekan Cara Untuk Hapuskan Hutang :-)
Bukan sy nak taip sendiri  sistem ni.. 
Ianya hanya pembacaan saya je..
Dalam email tu menyebut...

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe 

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.   

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)   

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan. 

5. TENGOK BAKI  yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak. 

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

  1)Hutang Tv plasma RM2000
  2)Hutang kad kredit RM5,000
  3)Hutang kereta RM50,000
  4)Hutang rumah RM100,000
   
7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.   

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda  bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.     

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis.

Anda, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.

PROMOSI CARA BUAT DUIT SENANG MODAL RM20


PROMOSI!!!

Khas buat pelajar. Suri rumah.. Dan kpd mereka yang suka berfacebook suka berblog.. JANGAN LEPASKAN PELUANG….
JOM CARI WANG SAKU…..
Modal kecil…kerja pun senang..rm20/person…janji masyukk dan tak pening kepala,tak buang masa….
JOIN>> BYR YURAN.SEKALI SAHAJA(RM20) >> DAPAT LINK DARI ADMIN(KHAS link ANDA) >> PROMOTE LINK TERSEBUT DI facebook ANDA >> LIHAT LAH HASILNYA.SETIAP ORG YG JOIN MELALUI ANDA , RM20 TERUS MASUK KE AKAUN BANK ANDA.LAGI RAMAI ORG JOIN,BNYK LAH ANDA DAPAT
PERINGATAN!
(Program ini bukan MLM,Jual barang, skim pelaburan,sistem reverse 2up atau sistem pyramid.malah 100% keuntungan milik anda)


semudah 1..2..3.....
1. Untuk ke laman utama dan daftar PERCUMA sila klik
http://www.rm20segera.com/?r=shuhaidasubri

tip mendaftar
(utk buat username,1 perkataan sahaja,jgn ada jarak.cth (aiman 12)salah (aiman12)betul

2.selepas daftar.log in semula utk aktifkan keahlian anda dan info sms / wassap sy 
Shuhaida 011-1858 8476 

1- kami tidak menerima bonus....
2- income kami hanya dapat bila ade yg setuju untuk menyertai....
3- tiada terima keuntungan dari hasil orang bawah....

kami hanya dapat hasil dari usaha sendiri...
tak keje tak dapat hasil... keje insyaallah ade hasil...
memang banyak jenis perniagaan internet...
yang kami buat ni bukan jenis pelaburan... ianya jenis reseller..

yang maknanya kita beli dan kita jual.
.. keuntungan100%

harap awk dapat mengerti....dan jika terbuka untuk buat perniagaan sila kaji dulu sebelum buat keputusan...

pilih la yang tidak makan hasil orang atas atau bawah...
pilih la yang tidak goyang kaki yang tak buat keje $$$$ dapat
pilih la yang halal terutamanya..

selamat menambah ilmu...
MODAL HANYA RM20 SAHAJA...SEKALI SEUMUR HIDUP DAPATKAN RM100-RM500 SEMINGGU~~MODAL RM20 SAHAJA ~~BUKAN MLM~~100% KOMISYEN MAHU RM20 BERTUBI-TUBI MASUK KE AKAUN BANK ANDA ?? PROGRAM TERPANTAS DAN PALING CEPAT DAPAT UNTUNG!! MUDAH & LUMAYAN SEKALI!! INBOX SAYA JIKA MINAT.. ATAU DAFTAR TERUS IKUT STEP YG DI SYORKAN.. 


JGN RISAU, PROGRAM RM20SEGERA ADALAH HALAL kerana ia adalah Internet Referral Program

Semak Islam Today, pernyataan oleh Fatwa Department Research Committee - dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî..

SILA SEMAK DI SINI: http://en.islamtoday.net/node/779


kita tag org untuk promote/iklan weblink kita... sekiranya ade yg mau join dorang akan daftar pada web kita... kene selalu cek web untuk follow up.... orang yg mendaftar bawah link kita maknenya dorang nak buat bisness ni... then bila dorang dah bank in kat akaun awak... awak kene aktifkan dan guide member awak tu...

We CaN SucceeD --- Sikit2 Lame2 jaDi GuNung

Org yg GAGAL adalah org yg berfikiran NEGATIF apabila melihat kejayaan org lain. Timbul perasaan TIDAK PERCAYA, TIPU dan sebagainya.. Sedangkan dia sendiri menyaksikan kebenarannya apabila melihat begitu ramai org yg nak join dan telahpun menyertai program ini.. utk org yg mcm tu, saya hanya katakan dlm hati.. 'SAYA X RUGI PON, SBB MASIH RAMAI YG NAK JOIN..

INCOME MUDAH DAN CEPAT BERMULA DARI RM20???!!!


ANDA TERKEJUT BACA TAJUK POS SAYA? Heheheh

Daftar dengan saya sekarang!!

Apakah BENAR Internet BOLEH Menghasilkan Wang Melimpah Untuk Anda?

Siapa pun anda, apa pun latar belakang anda, kami jawab dengan penuh keyakinan dan kami jawab dengan mengunakan huruf besar, bahawa YA! Anda boleh menghasilkan wang melimpah dari internet. Kami berani berkata demikian kerana kami telah mengalaminya sendiri.

Apa pun latar belakang pendidikan atau pun pekerjaan anda.. samaada seorang guru, mahasiswa, pekerja swasta, suri rumah atau seorang pengganggur sekali pun. Tidak peduli siapa anda, anda juga boleh melakukannya.. kami tegaskan bahawa ANDA juga boleh menghasilkan wang melimpah dari internet, malah semua orang boleh melakukannya jika cara yang di lakukannya BETUL!!!

Jangan tunggu lagi.
Daftar sekarang!

Monday, October 28, 2013

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!


Artikle ni akak jumpa masa surfing internet suatu masa dulu.
Dah lupa kat mana akak dapat.
Hehehehe.. Baru sekarang akak nak kongsikan.
Minta maaf yer.. Hehehe
Jangan marah aaa..

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku. Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.

Thursday, October 3, 2013

Isteri Apek(Khairul Fahmi Che Mat) Tayang Perut

Gambar tayang perut masa pregnant memang dah jadi trend sekarang kan? Ada segelintir tu siap berhabisan lagi untuk upah photographer amik gambar. Sapa nak tengok perut Leuniey Natasya? Isteri Apek, Khairul Fahmi Che Mat! Heheheh... Comeikan perut saya?






Wednesday, October 2, 2013

LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS


Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bunda nya.

Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapaknya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Sabda Rasulullah SAW ;"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)

Laporan Audit Negara Bongkar Bayaran Artis Kpop



Akhirnya KEBENARAN mengatasi KEBATILAN
Boleh rujuk Laporan Audit halaman 376
Fakta bukan Auta!!

https://www.audit.gov.my/images/pdf/LKAN2012/Persekutuan/Siri2/AKTIVITI%20KERAJAAN%20PERSEKUTUAN%20&%20SYARIKAT%20KERAJAAN%202012%20SIRI%202.pdf


Lain-lain link yang best jugak kalau baca:-
Review Laporan Audit Negara Bagi Tahun 2012
Laporan Audit : Bukti negara kita KAYA.. tapi sayang pemimpin tak amanah yang urusnya..!!
IkutSukaAku - Isa

Tuesday, October 1, 2013

Thursday, September 26, 2013

3 Hari 2 Malam di Club Med Cherating



Mood nak update blog belum datang lagi la... Huhuhu..
Maklum la baru balik makan angin.. 

Tunggu yer untuk senarai lengkap aktivi jalan-jalan 3 hari 2 malam di Club Med.
Terbaikkkk!!

Tuesday, September 17, 2013

Peluang Tambah Pendapatan Kepada Yang Suka Bershopping!


Dengar macam pelik kan?
Hehehehe..
Tapi percayalah.. Ia sememangnya berbaloi.
Kepada sesiapa yang minat bershopping, adakah anda mendapat diskaun, bonus atau hadiah setiap kali bershopping?

Diskaun? - mungkin setiap kali sales jer..
Bonus? - ??
Hadiah? - ??

Sertai Sophie Paris sekarang!
Anda akan mendapat diskaun 20% setiap barang yang anda inginkan..
Bonus dan juga hadiah istimewa..
Katalog baru setiap 45 hari.
Dengan lebih 400-500 barangan untuk memenuhi kehendak dan naluri anda.

Daftar sekarang di sini www.sophiepariscloset.com/shuhaida
Hanya RM15 untuk menjadi ahli seumur hidup.
SMS ke 0142685184 untuk maklumat lanjut ^^


nyum... sedap2!!




Sunday, September 15, 2013

Sticky Post

PERHATIAN!!!

SESAPA NAK JOIN KUTU BARANG SOPHIE PARIS?
BULANAN SERENDAH RM10, RM20 dan RM30  SEBULAN

TURN BERDASARKAN SAPA CEPAT DIA DAPAT
MASIH BANYAK TEMPAT 0.
TARIKH MULA 1/9/2013 dan 15/9/2013


** HANYA 2 TEMPAT KOSONG SAJA LAGI **

Saturday, September 14, 2013

Selamat hari lahir ke 8 bulan untuk anak mama

Selamat hari lahir yang ke 8 bulan untuk anak mama yang sorang ni. Nor damia irdina binti che dahlan. Time tengah menaip entry ni pun sempat dapat hadiah love bite gak dari dia. :-) rajin sungguh mengigit sejak baru tumbuh gigi ni.. hehehe...

Moga anak mama ni jadi anak solehah dunia dan akhirat k. Kurang-kurang lah buat perangai yang kepala angin tu. Tok dan wan bg hadiah baju.. lawa x?

Thursday, September 12, 2013

#1 Review Saya Blogger Baru 2013! - AMIRARAMORA


Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca blog sekalian.

Seperti di janjikan akak akan review mana-mana blog yang join segmen akak ni Saya Blogger Baru 2013!
Tarikh tutup segmen 31/12/2013. Jadi, sesapa nak join. Masih boleh join yer.. Sangat di alu-alukan penyertaan anda ^^

Blog pertama yang akak nak review ialah:-


First time melawat blog ni akak tertarik kat gambar gadis kat atas tu. Kawaii ney! Nampak macam gambar manga. Ingatkan pemilik blog ni sukakan manga. Rupanya tidak. Gambar background blog ni pink + purple + putih. Memang bersih. Tapi tulisan tu nampak cam kurang clear sket. Blogger  ni suka join segmen dan contest dan banyak juga share cerita personal kat blog. Jumlah follower 50 orang dan last entry update pada Jumaat 30 August 2013. 

Kita berkenalan dengan pemilik ni plak yer. Pemilik blog ni bernama Nur Amira Natasya Binti Ismail. Gadis berusia 20 tahun dan sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma In Teaching English As Second Language (TESL) di Kolej Polytech Mara KL. Mesti cakap English cair nih. Kalau tak mana boleh amik course ni. Orang Alor Setar, Kedah. Hehehe.. Sama la kita, Akak pun orang Kedah gak.. Kat Sungai Petani. Keje je kat KL. 


Itu je lah hasil review akak.. Jom kita support blogger ni yer..

Monday, September 2, 2013

Tegar - Aku Yang Dulu

Sapa minat lagu ni?
Bestkan?


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua








Sunday, September 1, 2013

PEMENANG SEGMEN SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!

Assalamualaikum w.b.t

Mesti semua dah x sabar nak tahu sapa yang menang kan?
Dengan ini di umumkan..

Pemenang-pemenangnya ialah:-

1) 11. Eh? Syiera Firdaus 

2) 18. Mama Darwish

3) 20. nurulazieyan

4) 21. NurulAfiqah

5) 7. Ery Nix
  
Refer SINI untuk senarai peserta.

Pemenang di pilih melalui website randon.org
Tahniah kepada pemenang semua.
Hadiah akan di hantar ke alamat yang telah di emelkan kepada akak sedikit hari lagi...
Di harab bersabar yer..

Friday, August 30, 2013

Saya Blogger Baru 2013!


Oklah.. direct to the point.
Akak nak buat segmen untuk blogger-blogger baru jer.. 
Syaratnya.. follower mestilah kurang dari 100 baru boleh join segmen ni.. 
Kalau yang dah lebih 100 tu xyah la yer.. 
Kita bagi peluang kepada yang baru nak naik ni je k..

Ada hadiah x?
Isk.. Sapa la yang tnya tu.. Asyik nak hadiah jer.. 
Mentang-mentang la segmen akak buat sebelum ni ada hadiah.. Asyik nak hadiah jer..
Buat masa ni hadiah xde lagi yer.. Xde orang nak sponsor lagi.. Huhuhu

Ala.. Habis tu x best la join.. Kalau xde hadiah.. 
Jangan risau.. Kalau join segmen ni.. Akak akan review blog anda-anda semua k.
Kalau sebelum ni segmen akak ada cabutan untuk sapa yang dapat hadiah.
Kali ni x yer..

Sapa yang join AKAK PASTI AKAN REVIEW blog mereka. (Insyaallah, kalau panjang umur) 


Segmen bermula dari 30/8/2013 hingga 31/12/2013

Kepada yang berminat nak join.. Sila follow blog akak sebagai tanda sokongan dan letakkan banner atas tu kat blog anda dengan tajuk entry "Saya Blogger Baru 2013!".
Comment kat bawah untuk letak link entry sebagai rujukkan untuk akak melawat blog anda. ^^

Siap!! 

Isk! Macamana aku boleh lupa?


Agaknya macamni la rupa muka akak waktu tadi..
Tapi sekarang dah comey balik dah.. Hehehhe..
Perasan..

Apa ke hal nya pagi-pagi lagi dah marah-marah ni?
Ye la.. Nape x marahnya?

Semalam check balance akaun sekian-sekian-sekian.
Hari tup... Tingal sekian-sekian-sekian jer..

Isk.. Kemana pulak hilangnya duit aku sekian-sekian-sekian ni?
Check punya check.. zasss.... dah tau dah... Check tarikh pulak..
Isk! Macamana aku boleh lupa ni?

Ala.. Xpasal-pasal derma duit kat orang buta-buta jer..
Kalau kita derma kat orang susah ni xde la ralat sangat..
Tapi, derma kat orang yang dah senang ni..
Makin kaya lah dorang yer x..

Oklah.. Akak xnak membebel panjang-panjang pagi-pagi ni.

MORAL OF THE STORY: Kalau nak ambil takaful ke insurance ke fikir dan check dulu betul-betul. Jangan nak pakai setuju je. Lagi satu! No kad debit yg kat depan ngan kat belakang tu jangan bagi sebarang tau. Orang boleh curik duit kita dengan guna no tu je tau.

Thursday, August 29, 2013

Hadiah Oh Hadiah ^^


Haa.. ni dia lipstick untuk pemenang segment SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!!

Ramai plak pesertanya.. hadiah ada 5 jer ni.. Yang x menang tu jangan nak kecik hati plak yer..

Sabar dulu.. akak bukan nak umumkan pemenang lagi.. Sabar la.. Belum sampai due date lagi.. Hehehehe

Bungkusan yang selamat di pos pagi tadi


Mood rajin la plak hari ni..
Siap upload gambar bungkusan customer lagi.. Hehehe
Bungkusan yang telah selamat di pos pagi tadi kat Pejabat Pos Plaza Rakyat (UTC KL) pukul 8.30 pagi.

1) Nor Azela (EM622357643MY)

2) Siti Hajar (EM622357626MY)

Moga selamat sampai kepada tuan empunya ^^

Sesapa berminat nak order? Haaa... Jom kita order kat kedai akak 


Wednesday, August 28, 2013

Universiti Al-Azhar ke Malaysia

Mak akak antara orang yang gembira bila dapat tahu berita ni.
Yer la.. Sebab pernah bercadang nak hantar adik akak ke Al-Azhar, Mesir.
Tapi setelah negara kat Timur Tengah bergolak mungkin hasrat tu terhenti kejap. Maklumlah, anak teruna sorang jer.. Hehhee..

Lepas dengar berita ni. Mungkin hasrat tu berkobar-kobar plak lepas ni..
Apapun di harapkan satu-satunya harapan mak ayah dan kakak-kakakmu, Mohd Tarmizi Bin Subri dapatlah galas tugas ni. Harap sangat dia boleh jadi salah seorang lulusan University terkemuka dunia ni..


SEPANG 27 Ogos - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.
Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.
"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.
"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.
Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.
Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.
Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.
Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir, beliau berkata, pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.
"Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya.

Sumber: utusan.com.my

Hari ini dalam sejarah. Setelah 5 tahun berblog.


Salam semua.

Kalau masuk bulan Ogos ni mesti ramai yang bukak balik buku sejarah. Cari balik cerita macamana Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari British. Hehehehe.. Akak xnak pun cite pasal sejarah kemerdekaan kita. Tengah mengenangkan nasib blog akak ni..

Akak start blogging tahun 2008. Kalau di kira akak dah 5 tahun la berblog. Wah! lama tu.. Rasanya kalau di bandingkan dengan otai-otai blogger yang lain.. Blog akak lagi tua kot.. Tua saja je tapi ? Xde pun orang yang tau.. Isk3.. Tu la silapnya.. Akak start serius blogging ni dalam 2011 kot. Kalau tengok kat archive boleh nampak tahun ni bnyak jugak la entry akak buat.. Hehehhe..

Pastu slow sket.. pastu naik balik.. Huhuhuhu..
Macamana yer nak maintance kerajinan untuk pos entry ni?
Ada sesapa boleh kasi tips x? Hehehe

Akhirnya selepas 5 tahun berblog.
Akak ada buat beberapa lagi blog. Antaranya:-


Blogshop untuk akak berniaga. Kat dalam ni banyak barangan sophie paris la. ada sikit-sikit barangan Shaklee. Dan akan datang mungkin produk Jamu Susuk Dara (JSD) plak.. Hehehehe

Jemput yer cuci mata kat blogshop akak ni.. 


Blog ni akak buat istimewa untuk anak akak yang sorang tu.. Nor Damia Irdina. Cadangannya, saja suka-suka je. Bila dia dah boleh membaca ngan menaip nanti boleh la akak wariskan blog ni pada dia.. Heheheh..


Blog ni akak buat khas untuk produk Sophie Paris. 

Itu je lah beberapa blog yang telah akak buat setelah 5 tahun menceburi dalam bidang ini.


Senarai Peserta Sophie Paris Lipstick GA


Lagi 5 hari je lagi nak sampai tarikh tutup Segmen "Sophie Paris Lipstick Give Away!"
Masih sempat lagi kepada sesapa yang belum join. Hehehehe
Cepat!

Di bawah ni adalah senarai peserta yang telah join segmen ini.
Terima kasih sangat di ucapkan sebab sudi join GA akak yang x seberapa ni.

1. Kisah Nenot
 
2. N-fiq :D

3. Farra Anuar
 
4. Che Rosliza Che Mat
 
5. Maisarah Aisya
 
6. Nur Rabiatul
 
7. Ery Nix

8. lienliendot
 
9. JariJemari Menaip
 
10. Yumida Huda

11. Eh? Syiera Firdaus
 
12. Mieza Suhaini

13. Fiqa Nsz
 
14. IKA
 
15. Eyra Dzuhairah

16. Dayahamed

17. Afika Syafrizon

18. Mama Darwish

19. bb_nona

20. nurulazieyan

21. NurulAfiqah

22. Miss Anonymos

23. Nadratul Syazwana
 
Siapakah pemenang diantara mereka-mereka ini?
Nantikan keputusannya 1/9/2013 nanti..

Berhati-hatilah wahai ibu-bapa sekalian


Sebenarnya x gamak nak tengok video ni sebab dah tahu apa akan terjadi pada anak kecil tu. 
Tapi xpe lah, akak sharekan jugak. 
Kalau boleh sama-sama lah sebarkan video ini supaya menjadi peringatan kepada semua di luar sana.

 Awasi lah anak-anak anda!

Tuesday, August 27, 2013

Menu Open House


Incik husband tanya. X nak buat open house ke tahun ni?

Ermm.. nak buat ke? Nak masak apa? Huhuhuhu... No idea..

Goggle punya google terjumpa lah beberapa menu untuk open house.

Antaranya:-

Pilihan Nasi

Nasi tomato + ayam masak merah + jelatah
Nasi ayam
Nasi himpit + kuah kacang

Pilihan Mee

Laksa
Mee rebus
Mee sup
Mee goreng
Meehun sup

Pilihan puding atau agar-agar

Puding roti
Puding karamel
Puding jagung
Puding telur

Kuih Muih

Samosa
Sardin Roll
Roti John

Buah-buahan

Tembikai
Oren

Minuman

Air Oren
Sirap Limau

Bahan lain yang perlu disediakan

Pinggan
Mangkuk
Sudu/garfu
Cawan
Tissu
Plastik sampah

Wednesday, August 21, 2013

SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!


Sapa nak hadiah? Sapa nak hadiah? Hehehe...

Segmen GA datang lagi! Yay!! 

Kali ni akak nak bagi 5 lipstick (untuk 5 pemenang la yer.. Macam sebelum-sebelum ni.. Pemenang di pilih secara random..) 

Syarat-syarat:-

1. Umur 18 tahun ke atas
2. Ada valid blog
3. Ada valid email
4. Warga negara Malaysia sahaja

Untuk join GA ni mudah jer.. Ikut cara yang akak bagi kat bawah tu.

1) Buat entry tajuk "SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!"
2) Copy-paste gambar promo akak tu kat blog masing-masing.
3) Backlink ke entry ni balik yer
4) Comment url blog anda kat bawah ni
5) Send email kat akak subject "SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away" lengkap dengan nama penuh, alamat, no ic dan no phone ke shuhaida767@gmail.com
6) Follow 2 blog ni:-

TARIKH TUTUP SEGMEN 1/9/2013

Berita gumbira ^^

Semalam incik husband bgtau dia x jadi pergi Lahad Datu khamis ni.
Akak : X jadi pergi sebab postpone ke?
Incik Husband: X lah.. Memang x kena pergi.
Akak: Yeke? Best la tu.
Incik Husband: Yela.. Mesti la best. Suka ke kena tinggal 2 bulan?
Akak buat-buat xdengar sambil makan nasi lemak.. hehehe (Dalam hati? Tuhan saja yang tahu..)

Hehehe.. Berita gumbira ker?
At least untuk akak yer!

Tuesday, August 20, 2013

POKAI LEPAS RAYA

Untuk renungan diri sendiri dan juga para pembaca ^^

Peruntukan kewangan antara bajet penting yang harus diutamakan ketika Syawal menjelma. Segala persiapan dari segi pakaian, peruntukan duit raya, kos perjalanan untuk pulang ke kampung, kos selenggara kenderaan hingga ke juadah makanan perlu diawasi dan dirancang dengan bijak.

Mereka yang berkemampuan tiada masalah. Namun bagaimana pula golongan yang tak berhemah dan terlalu ghairah untuk memiliki barangan keperluan raya?
Isu ini tidak timbul jika individu itu melakukan perancangan awal. Sebelum beli keperluan raya, perlu ‘beringat’ kesan buruk yang bakal berlaku jika boros dalam berbelanja.

Tak salah jika sakan membeli kerana raya hanya disambut setahun sekali, namun tak perlulah hingga memudaratkan diri selepas raya dengan hutang keliling pinggang. Bayang­kan kalau makan masa bertahun untuk dilunaskan?

Bahkan bukan saja keperluan penting yang dibeli malah perabot kabinet dan aksesori rumah turut ditukar yang harganya bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit! Semua ini perlu guna duit ba­nyak, namun ia hak individu itu untuk berbelanja asalkan tak susahkan orang sekeliling. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.

Kad kredit 

Pernah tak terfikir beban dalam penggunaan kad kredit? Benar kad kredit membantu masalah kita dengan sekelip mata tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah tetapi ada kesan buruk bakal wujud, malah mengambil masa untuk selesaikan hutangnya.

Apabila sudah guna kad kredit hingga ‘tak ingat dunia’ maka hidup dalam bebanan apabila tak dapat langsaikan hutang. Justeru, pengguna disarankan tidak sesekali membawa kad kredit semasa keluar berbelanja agar dapat berbelanja dengan penuh hemah. Bayangkan penggunaan kad kredit berjumlah RM5,000 dan harus dilangsaikan hutang selama tujuh tahun. Beban yang belum tentu anda mampu menggalasnya.

Tak salah jika ada individu yang masih guna kad kredit asalkan segera bayar agar tidak ada caj tambahan yang dikenakan kerana lewat bayar.

Alternatif lain yang boleh dilakukan untuk elak pokai, arahkan pihak bank untuk letak had dalam perbelanjaan anda supaya ­penggunaan kad kredit seterusnya tidak membebankan anda untuk membayarnya.

Elak sengkek 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada pokai selepas raya. Antaranya dapatkan Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) yang boleh bantu diri untuk laksanakan rancangan kewangan yang komprehensif.

Tidak semua orang tahu cara terbaik untuk simpan duit dan cara guna duit. Ada dua jenis individu apabila sebut berkaitan duit iaitu orang yang boros berbelanja atau jenis jimat berbelanja.

Ada ketikanya mereka tak tahu cara penggunaan duit yang mampu jamin masa depan, jadi lantik perancang kewangan terutama apabila ada perniagaan besar.

Asingkan wang perbelanjaan yang penting ke dalam sampul berbeza dan nyatakan butiran tertentu di hadapan sampul agar lebih mudah untuk berbelanja. Kaedah ini antara yang terbaik boleh dilakukan agar diri tidak ‘terbabas’ berbelanja lebih.

Had perbelanjaan seperti tidak makan di luar, elak diri daripada beli makanan ringan yang membazir dan kurangkan langganan TV berbayar antara yang mampu anda lakukan. Bukan?

Pengaruh barang ­promosi 

“Seseorang itu jadi pokai lepas raya kerana tak rancang betul-betul barang apa yang nak dibeli dan barang promosi juga mampu beri pe­ngaruh kuat, daripada tak nak beli, terus beli.

“Akibat sikap itu, duit keperluan diri habis dan tak mampu nak tampung hidup selepas raya selain beban hutang terpaksa dilangsaikan segera.

“Sebelum buat keputusan untuk beli barang raya, asingkan duit untuk komitmen lain seperti kereta, bil, duit belanja mak ayah dan keperluan lain. Selepas itu, baki yang lebih baru bahagikan untuk beli barang keperluan raya dan selepas raya.

“Pokai sering terjadi kepada kaum hawa sebab wanita biasanya cenderung membeli-belah untuk sambut raya berbanding lelaki yang selalu pakai saja baju Melayu raya tahun lepas.

“Bayangkan perempuan tak sah kalau tidak ada tiga hingga empat pasang baju raya, tak termasuk aksesori lain seperti beg tangan dan kasut. Bagi yang sudah berkahwin semestinya inginkan keperluan untuk buat biskut raya dan perhiasan rumah yang lain,” katanya.

Nama: Wan Nur Farah Najwa Wan Ahmad, 24,
Tempat: Kuala Lumpur


Senaraikan perbelanjaan 

“Kalau tak bijak dalam berbelanja, akan mudah pokai dan bila tak beringat, akan beri kesan buruk untuk jangka masa panjang. Sebelum berbelanja, senaraikan barang yang ingin dibeli dan utamakan yang penting saja agar tidak boros.

“Islam melarang umatnya buat pembaziran sedangkan ada insan lain yang tak mampu dan hidup dalam kemiskinan.

“Berbelanjalah ketika perut tidak lapar agar diri tidak berbelanja lebih kerana bila dah keluar membeli-belah, pasti kita ingin makan di tempat yang mahal. Jadi elakkanlah,” katanya.

Nama: Nur Yati Abdullah, 24,
Tempat: Perak

Sumber: myMetro

Adi Putra Sakit Batu Karang?

Ni satu berita yang akak baru je baca kat myMetro tadi.

Kuala Lumpur: “Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi esok (hari ini),” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.

Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.


“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.

Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.


“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.

Boleh refer link ni. Adi Putra dibedah hari ini.

Huhuhu.. Kesian.. harap dia cepat sembuh la..
Akak ngan husband memang peminat setia dia ni..
Akk suka tengok dia berlakon drama romantik.
Husband plak suka tengok dia dlm KL Gangster!! Hehehe..

Hafizh Syahrin Abdullah - Pelumba Negara


PELUMBA Pasukan Petronas Raceline Hafizh Syahrin Abdullah menjadi pelumba pertama negara menaiki podium selepas menjuarai perlumbaan XR1200-Harley-Davidson di litar Indianapolis Motor Speedway, Amerika Syarikat. XR1200-Harley-Davidson adalah perluperlumbaan sokongan sempena Red Bull Indianapolis Grand Prix. copy-paste dari myMetro hari ni (20/8/2013)

Bangga bila dengar berita macamni.
Muda lagi tau adik ni. Baru 19 tahun.
Boleh baca biodata dia kat Wikipedia

Apa pun di harapkan jangan mudah lupa diri.

Monday, August 19, 2013

Seminar Jutawan Industri - Dr Azizan Osman


Sapa yang free pada 7 September 2013 ni?
Nak join akak p Seminar Dr Azizan x?
Plan memang nak join. 
Kalau register sorang kena bayar RM50
Kalau register 3 orang dapat FREE plak!
Jom la kita join ^^
SMS Nama ngan No IC kat akak (0142685184) yer sapa nak join.
Boleh kita berkenal-kenal sesapa blogger ^^ sambil-sambil kita menambah ilmu pengetahuan.
Yer x?

Lokasi Seminar di:-
WISMA MCA JALAN AMPANG
KUALA LUMPUR
7 SEPTEMBER 2013
8AM - 1PM

SOPHIE PARIS KATALOG VOLUME 13

Catalogue 13 is out for sale! Get your copy now!


p/s: klik arrow >> atau << untuk view katalog.

Sapa nak?
Free for untuk downline-downline akak jer ^^ (By Request ONLY!! Sapa nak cepat2 SMS akak ke 0142685184)
Sapa yang masih belum jadi ahli SOPHIE PARIS. Join sekarang!
Hanya RM15 jer.
Nanti boleh dapat diskaun 20% untuk setiap pembelian barangan SOPHIE PARIS ^^
Memang berbaloi-baloi!!!

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN SOPHIE PARIS

Anda minat berniaga TAPI kurang modal.
Anda minat berniaga TAPI tiada produk.

Kami di SOPHIE PARIS ada penyelesaiannya..
Sertai SOPHIE PARIS sekarang!
Dengan modal serendah RM15.
Anda mampu memiliki perniagaan anda sendiri.


Sesungguhnya tindakkan anda sekarang adalah penentu anda di masa hadapan!

Wednesday, August 14, 2013

Segment Up Follower

Akak follow segmen ni tanda support!
Keep up blogging! Heheheh


Jom.. sesapa nak join. Boleh klik banner..

Happy Birthday ke 7 bulan untuk Nor Damia Irdina

Selamat hari lahir yang ke 7 bulan untuk anakku Nor Damia Irdina.
Jangan nakal2 tau. Jangan nak merap sangat.
Kesian Tok dan Wan nak layan kepala angin anak mama sorang ni.. Hehehe..


(TQs to mak cik Husna S Michi sebab sudi snap pix ni)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...