Friday, March 29, 2013

I Miss You So Much!!!


My baby Damia masa umo dia 7 hari.. Mama Rindoooo kamu sangat2! Sob sob sob..
Tunggu mama balik malam ni yer sayang ^^

Thursday, March 28, 2013

MARALINER: Teman Destinasi Anda


Pernah x korang p website ni?
Pernah x korang register kat website ni?
Pernah x korang beli  tiket kat website ni?

Haa.. Ni aku nak cite la ni..
Sekarang ni aku kan selalu balik kampung. Boleh di katakan tiap-tiap minggu je mesti balik.
Oleh sebab malas nak p beli kat kaunter, aku pun register lah kat website di atas ni..

Mungkin sebab aku ni dah biasa membeli online, x de la pulak keraguan untuk aku membeli tiket secara online kat website ni.. Sampai setengah jalan je. Sistem website ni jadi apa tah.. Tup2.. Kuar message cakap " Transaction Status : Unsuccessful".
Ni yang buat aku gabra ni. Dah la duit dalam akaun dah kena potong.

Aku pun dengan panas hati pergi la cari email customer services dia ni..
Mulakan lah mengarang email dengan perasaan yang membara-bara...

Alhamdulillah, cepat gak dorg amik masa untuk reply email aku ni..
Aku tengok dalam 20 minit la.
Dorg kata transaction aku fail sebab " due to session time-out error during the transaction process".
Ok.. Klu camtu bila plak nak refund aku punya duit?
Dorg kata "your money will be automatically refunded back to your account by your bank account service provider within 2-4 working days subject to the bank refund procedures".

 OKlah kalau macamtu.. Kita tunggu lagi 2 hari......

Wednesday, March 27, 2013

Page Baru Untuk Bloglist


Oleh sebab link untuk bloglist kat page aku tu dah semakin panjang. Aku pun berhasrat la untuk mengalihkan sume link-link tu di satu page yang lebih specifik macam kat atas tu.. Hehehe..

Gambar sawah padi dan Gunung Jerai yang menjadi trademark Negeri Kedah masih di kekalkan..
Kepada sesapa yang berminat untuk bertukar-tukar link boleh la comment kat sini ^^

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

Sup Ayam Simple Tanpa Kiub Pati

Hari ini aku nak share dengan korang resipi sup ayam tanpa letak apa-apa kiub. Hehehehe


Sup Ayam (Untuk 2 orang makan)

Bahan-bahannya
1. 5 biji bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. setengah inci halia
4. Bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
5. Air
6. Garam
7. Perencah Serbaguna Hilal
8. Ayam

Cara-cara
1. Potong ayam kecik2. Basuh dengan tepung gandum dan cuka untuk hilangkan bau. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan.
3. Tumis sekali dengan bunga cengkih, bunga lawang dan halia.
4. Bila bahan tumis tadi dah kekuningan masukkan air.
5. Masukkan garam dan perencah serbaguna hilal.
6. Masukkan ayam tadi masak hingga kuah mendidih.
7. Rasa kuah, klu x cukup masin tambah garam.
8. Hidangkan dengan hirisan daun bawang/sadri bersama dengan bawang goreng.

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

(Anak sapa lah ni kan?)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

Friday, March 22, 2013

Rindunya Kat Anak Mama Yang Sorang Ni...


Lambatnya rasa masa nak berlalu..
Akhirnya sampai juga hari yang di nantikan.
Damia, tunggu mama balik malam ni k.
Mmuah!.. Mmuah!..Mmuah!..
Rindunya kat anak mama ni ^^

Thursday, March 21, 2013

6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI


1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Duhai Wanita Sayangilah Ayahmu


Untuk renungan semua ^^

Wednesday, March 20, 2013

1st Day Masuk Keje

Rasa kekok gile bila nak p keje hari ni. Rasa macam baru mula nak masuk keje pun ada gak. Berdebar-debar. Dalam otak dok fikir sapa la yang ada kat opis ni.. Maklumla kitaorang ni jarang2 p opis. Lebih banyak masa keje di habiskan di tempat client je.. Mintak-mintak gak ada beberapa kerat org yang aku kenal kat sana nnt. Huhuhu

Macam biasa, aku masuk lambat sket. Dekat pukul9.30 baru masuk.
Xde issue sbb aku x kena punchcard. Tu la yang bestnya keje kat sini. Hehehhe... Masuk2 je..
"Wei.. Sue dah balik la.."
Bnyak gak la sesi temubual yang berlaku tadi..
Layankan je..
Yang paling best diorg ada buat sket collection untuk beli hadiah untuk Damia.

TQ SO MUCH YER KORANG!!!

Saturday, March 16, 2013

Lagu Tema Drama Bukan Untukmu


 Aku start suka lagu ni masa mula tengok Drama Bukan Untukmu kat TV9 pukul 10-11 pagi setiap Isnin sampai Jumaat. Best gak drama ni tapi aku x sempat nak habiskan menonton sebab dah nak start keje dah. Huhuhu..

Tajuk lagu ni Di Penghujungnya.
Nyayian Iqa Mentor

Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa


Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar


Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan


Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba

Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang, sayangg
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar


Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup


Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Ref: http://liriksemualagu.blogspot.com/2012/03/lagu-tema-ost-bukan-untukmu-tv9-ratu.html#.UUPKpsr8jIs

Cuti Bersalinku Dah Sampai Ke Penghujungnya

Wah.. Tajuk.. bukan main lagi.
Sebenarnya aku x berapa bersemangat nak keje ni walaupun dah lama cuti.
Lebih 3 bulan gak cuti.. Tapi masih rasa nak bercuti lagi.
Kalau dulu sebelum ada anak sehari xkeje mst rasa boring.
Sekarang lak, kalau hari-hari dok rumah tengok muka dia pun x rasa boring.
Rasanya sebab ini lah ramai yang sanggup berhenti keje walaupun bergaji tebal semata-mata untuk menjaga anak tersayang. Anak Oh Anak!






Sayangkan Anak Tinggal-Tingalkan

Ada pepatah yang menyatakan
Sayang anak tangan-tangankan
Sayang isteri tinggal-tinggalkan

Macamana kalau kita sayangkan anak tinggal-tinggalkan?
Aku akan start keje mulai 19hb ni.
Mula-mula dulu fikir nak hantar anak yang baru je umo 2 bulan ni kat nursery.
Tapi mak aku lak x setuju.
Dia kata x harap.
Sebab sekarang macam-macam kes penderaan berlaku kat baby.
Dia risau kalau 1-1 nya cucu dia ni kena dera.
Jadi, dia nak jaga.
Aku pun nak cakap apa lagi dah dia nak jaga.
Redha je la..

X dapat nak bayangkan macamana bila aku balik KL nnt sedangkan dia kat Kedah.
Mama sayangkan sangat anak mama ni..

Thursday, March 14, 2013

We Have Been Married For 1 Year

Abah.. cepat balik k. kitaorg rindu... he3

Hari ni genap setahun usia perkahwinan kami.
Aku sambut berdua je dengan anak kami yang baru masuk 2 bulan.
Hanya SMS penganti diri untuk suamiku di medan perjuangan.

Wednesday, March 13, 2013

Lagu Tema Drama Kerana Lelaki Itu

Ni lagi satu lagu yang aku rasa best di dengar.
Lagu ni aku dengar dalam drama Kerana Lelaki Itu di TV9 dalam slot RATU.




Lirik lagu Tentang dirimu

Diriku bagi dirimu seperti asing
Tak berguna tak membahagia
Padamu hanyalah beban

Tuhan tahu apa yang terjadi
Antara kau dan aku

Chorus:
Kau takkan tahu apa hatiku
Yang selalu derita kernamu
Dan kau takkan rasa apa yang ku rasa
Semenjak kau hadir hidupku
Sering saja untukmu tentang dirimu
Tak pernah untukku

[Music]

Mereka lihat masih lagi aku
Menantikan mu
Yang aku tak tersedar lagi dengan sikapmu terhadapku
Namun aku sebenarnya aku tak seperti yang kau tahu

[Ulang Chorus]

[Music]

[Ulang Chorus]

Tak pernah untukku


IKLAN:-

PELUANG TAMBAH PENDAPATAN BERMODALKAN RM0

Friday, March 8, 2013

Perwira

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi
Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang 

Mama doakan papa selamat pulang ke sisi mama dan anak kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...