Sunday, October 30, 2011

Hagemaru - Tips berbelanja dengan berjimat cermat

Hehehe.. sapa suka tengok cite ni?
Bagun je pagi.. Bukak TV ada cite ni.
Aku memang selalu tengok anime.
Xkira la cite apa pun. Sume aku layan je.

Kali ni nak cite pasal Hagemaru.
Hagemaru ni nama budak botak gambar kat atas tu.
Dia anak tunggal kepada sepasang suami isteri.
Keluarga diorg ni memang kedekut gile.
Macam2 tips berjimat cermat yang akan korang dapat kalau tengok cite ni..

Klik sini kalau nak baca pasal Hagemaru ni dalam Wikipedia.

Duit Lesap Dengan Satu Panggilan

Tadi ada baca article ni kat myMetro
Kisah pasal sorang artis dari kumpulan 7 icons yang kehilangan duit lepas terima 1 panggilan.
Katanya dia terima call dari seseorang dan orang tu suruh transfer duit dalam akaun ayahnya.
Yang peliknya masa dia transfer tu xkan la x bagi tau nama pemilik akaun tu pulak?
Yer x? Apapun aku xnak komen pape. Benda dah nak jadi kan?

Aku rasa taktik ni banyak di gunakan sekarang.
Aku pun pernah gak terkena sekali sebelum ni.
Pemanggil ni kononnya dari syarikat insurance. Dia cakap syarikat kad kredit aku dah melantik dia untuk jadi agen insurance. So, dia akan hantar polisi insurance ni kat aku la. Dia akan mintak no kad kredit kita ngan IC untuk pengesahan. Tu je. Pastu korang akan nampak duit kad kredit korang on the spot kena deduct!

Kepada pemilik kad kredit:-
Berhati-hati lah..

Saturday, October 29, 2011

HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru


Nak join segmen lagi.. Hehehehe.. Sesapa nak join leh klik gambar kat atas.

Friday, October 28, 2011

Konflik. Dugaan nak kawen ke ni? Bahagian ke 2.

Mood: Berbunga2 cam bunga sakura kat bawah ni.. hehehe



Siap ada bahagian ke 2 lagi tu..
Ni sambungan dari entry sebelum ni.

Pagi tadi dalam pukul10 aku ada nmpak delivery status sms aku kat si Tunang.Apa lagi! Aku terus kuar n call dia.
Tapi sama gak dia xnak jawap.
Aku memang angin dah..
Cam nak baling hp pun ada gak

Tup2.. sampai 1 sms dari dia.
"Guardroom 60 buang keje. X boleh msg. X boleh call. Jaga diri baik2"
Tu je msg dia hantar. Aku reply balik msg dia. Maxis reply cakap dia off hp.
WTF!

Aku angin! Aku angin! Aku angin!
Tapi dalam hati aku cakap... Sabar! Sabar! Sabar!
Aku masuk balik buat keje aku. Tapi air mata aku asyik nak meleleh je.
Memang gile ah!

Member sebelah tengok aku. Aku buat2 tanya dia.
Aku: "Eh.. Mcamana ek nak setting supaya screen ni x terang sangat? Aku sakit mata la"

Agaknya dia tau x, aku tengah nangis tadi?
Hehehe..

Aku tahan je perasaan sampai pukul 12 lebih.. Member2 aku kuar awal p makan. Fuh! Seb baik.. korang kuar la.. Aku x selera nak makan.. Kuar je dorg aku terus call mak..
Aku nangis puas2.. Luahkan perasaan kat mak aku!
Mak aku asyik ulang cakap.. Sabar lah.. Xde pape lah.. Sume ok je.

Lepas je aku call mak.
Aku nmpak delivery status sms kat si Tunang yang pending tadi sampai.
Kali ni aku x call pun. Aku biar je.
Kot lah dia nak sms ke nak call ke..
Tapi xde pun.

Aku malas nak tunggu.
Aku pun call.
Dia x jawap. Dia terus letak. Kejamnya!

Tup2... Aku nmpak dia call.
Wah! Happy gile bila nmpak dia call...

Dia: "Nangis pe kat mak tadi?"
Aku: "Ye la.. abg nak kena buang keje. Mst la nangis."
Dia: "Xde pape la. Dah settle pun. Berkat doa mak kat abg tadi."
Aku: "Huh?"

Di pendekkan cite.. Ada masalah komunikasi sket. Sms yang dia sent tu sebenarnya bukan hukuman lagi pun. Dia pun agak2 je. Mungkin tu la hukuman yang dia nak kena. Tapi bila dah p jupa OC? (Ah! Aku bukan tau sgt..) Dia xkena pape pun..

Fuh! Nasib baik dia x kena buang keje.
Tapi, kalau kena buang pun. Aku redha je kot.
Xkisah hilang keje. Yang penting aku x hilang dia!


P/s: Moral of the story.
Terlajak perahu boleh di undur. Kalau terlajak kata? Cepat2 minta maaf tau!
Ada konflik cepat2 settle..

Thursday, October 27, 2011

Konflik. Dugaan nak kawen ke ni?

Mood: Down gile babeng.


Semalam si Tunang sms. Dia cakap dia mungkin kena buang keje.
Aku: Apa?!! Nape pulak?
Dia: Tgl pos kejap masa tengah duty.
Aku: Xkan tu pun kena buang keje?
Dia: Yela.. Askar syg oi.. Memang strict! Cuba syg mai keje tempat abg ni.
Aku: Yela tu xcaya lah.
Dia: Xcaya sudah
Aku: Kalau abg kena buang keje kita cancel je la kawen. Syg nak kawin ngan askar je tau!.

Terus dia x sms aku lagi.
Perkataan merah atas tu la silap aku..
Teruk betulla aku ni kan?
Tunang apa la aku ni?

Lepas tu aku dah x senang duduk dah. Mesti dia tengah kecewa kan. Orang yang paling dia sayang cakap mcamtu kat dia. Aku call dia x jawab. Aku msg pun dia xbalas. Buat dek je. Aku mintak maaf pun dia buat dek gak.. Aku panik dah ni... Dia nak tinggalkan aku ke? Air mata dah macam air terjun nih.. Huhuhuhu

Aku teringat kat mak aku je time tu.
Aku call mak.
Aku: Mak, lan kena buang keje.
Mak: Nape pulak?!!
Aku: xtau.. dia cakap apa tah tadi, Xpaham. Mak tepon la dia. Dia xmau cakap ngan tan ni.. *Aku nangis lagi... Huhuhuhu.. Sedu2 dah.. Nak cakap pun dah sekat2.. Mak call dia tau. Nt tan call mak balik

Lepas 5 minit aku call mak balik.
No busy!

Tunggu lagi 5 minit. Aku call lagi.
No masih busy!

Aku turun bawah p minum air.
Gulai ikan aku masak tadi pun x teringin aku nak makan walaupun tengah hari tadi aku makan pisang 2 biji je. Aku risau nih..

Naik bilik balik. Aku call mak lagi.
Kali ni dia jawap.
Aku: Mak. dia angkat x?
Mak: Dia angkat. Nape tan cakap macamtu kat dia? X kesian kat dia ke?
Aku: Tersilap cakap tadi. Tu yang dia merajuk kot.
Mak: Sabar je la. Kalau kena benti keje pun keje lain banyak lagi. Dugaan nak kawin la tu.

Aku lega sket lepas dengar mak aku cakap camtu. Sebernarnya panjang lagi dia beleter kat aku.. Tapi x larat aku nak tulis.

Aku risau kat tunang aku ni.. Mana dia ni.. Diam je. HP off . Aku rasa kalau dekat la kem dia mau je aku terjah.. 

Ada sesapa pernah handle konflik camni ke? Aku tensen ni.. Aku rasa cam nak amik mc je hr ni. Keje sume dah ke laut!




Wednesday, October 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER






Xde keje hari ni. Aku join je la segmen ni. Sesapa nak join boleh klik gambar kat atas tu. Tarikh Tutup sampai pkl 5 petang ni je k.

Untuk join kita kena cite sket pasal blog kita ni:-

Aku start buat blog May 2008.  Dekat 3 tahun la kan? Memang lama. Tapi mula2 dulu tu aku buat je. X aktif pun. Agaknya kalau aku start sktif 3 tahun lepas dah bape bnyak follower yang aku dapat kan? Hehehehe..

Aku baru jer 2-3 bulan ni aktif blogging. Aku letak nama blog aku shuhaida's blog. Kat blog ni aku tulis macam2 xkira la luahan perasan ke, tip masak ke, tip kesihatan ke,  source code project aku pun ada gak sket kalau korang sempat godek. Sebab tu trade mark blog ni "Blog yang fleksibel dan serba boleh" yer x?

Idola aku buat masa sekarang ni abg ben & redmummy.



Segmen jom cite gambar paling kelakar!

Pagi2 ni timbul lak idea nak try buat segmen sendiri. Asyik join segmen member je kan. Apa salahnya nak try buat segmen sendiri. Terbit lah idea ni dah yang dah bape hari terpendam dalam hati tapi di simpan sebab ketiadaan masa di sebabkan busy kerja yang tahap maksimas tu.. Cewah! Ayat..

Korang ada x gambar kalau korang tengok jer mesti tergelak?
Haa.. Kalau ada gambar tu la yang aku nak.. hehehe

Ni gambar yang buat aku gelak x benti bila tengok.


Aku yang pakai baju belang2  pink + hitam + putih tu.
Gambar ni di ambik oleh seorang member kitaorg yang baru berjinak2 nak jadi photographer.
Dia teringin sangat nak tangkap gambar model yang tengah melompat.
Yang jadi mangnya kitaorang la..
Huh! Penat oi! Cuba tengok tu.. Macam orang senam robik pun ada, macam hantu pocong pun ada.. Hahaha.. Kelakar x? Tu gambar aku..  Aku nak tengok gak gambar korang k.

Syarat2 untuk join segmen ni senang je:-
1. Follow blog ni (X paksa)
2. Letak tajuk "Segmen jom cite gambar paling kelakar!"
3. Letak gambar yang korang nak cite tu. Korang mesti ada dalam gambar tu.
4. Cite sket pasal gambar tu
5. Letak comment kat entry ni supaya aku boleh baca post korang k!
6. Tarikh tutup sampai pkl6 pagi esok je k

Tu je. Senang kan?


Tuesday, October 25, 2011

Set the Date and Time on Linux

date mmddhhmmyy

The date command takes the syntax mmddhhmmyy, or “month day hour minute year”. You have to be superuser to set the time.

Example:
# date 1201010106
Fri Dec 1 01:01:00 PST 2006

Monday, October 24, 2011

Sarapan yang baik untuk penghadaman anda



Sapa nak slim boleh ambik "Marigold 0% Fat Yogurt" untuk sarapan anda. Hehehe.. Tu je kot yang aku nak tulis buat time ni.. Jom kita start bt keje.. Ciao!

Sunday, October 23, 2011

Jom tido sume... Esok kita jumpa lagi... =D



Jom tido sume... Esok kita jumpa lagi... =D






















Kampungku yang aman damai..

Tiba2 terasa nak pos gambar ni..
Gambar ni di tangkap oleh adikku masa kitaorg on the way nak p tanjung dawai.
Gambar gunung yang korang nampak tu ialah Gunung Jerai.
Kalau x silap gunung paling tinggi kat Kedah rasanya..



SAKIT Oi... SAKIT!!!

 (Gambar hiasan untuk hilangkan tensen)

Miggu lepas aku ada join 2 segmen ni. Segmen untuk tambahkan follower. Best tu memang best. Tapi sakit pun sakit gak. Sakit apa nya? Sakit mata, pening kepala.. Uish.. Tensen Ooo nak terjah sume blog tu.. Kalau blog yang cantik tu ok la.. Aman je bila kita p sana. Time dapat blog yang mak aii.. ohsem gile2 tu.. wah.. tahan je la.. mana xnya.. dengan warnanya... dengan tulisannya .. aduh.. tensen..

Kepada sesapa yang nak join segmen tambah follower tu diharapkan kemas berpada2 la sket blog korang tu. Button follow tu kalau boleh letak kat tempat yang senang nak nmpak. Korang nak orang follow blog korang tapi button tu letak tempat tersorok.

1 lagi benda yang aku nak tegur. Tulisan tu. Kalau boleh besarkan la sket saiz dia tu. Bukan sume orang yang mata dia ok. Orang yg rabun cam aku ni susah sket kalau nak baca tulisan kecik2 nih.. Tu je la kot yang aku nak membebel kali ni. Sekian. Maceh..




JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS


Sapa nak tambah follower? Meh sini kita join kempen ni ramai2.. Klik gambar tu kalau nak join k!

Saturday, October 22, 2011

Return null as 0 in oracle select statement

Return null as 0 in oracle select statement

select nvl (sum(com.AMOUNT),0) from EPF e inner join bib_company_transaction com on e.parent_oid = com.trnx_id where status='T' and com.UPDATED_DATE between to_date('20111018', 'yyyymmdd') and to_date('20111019', 'yyyymmdd')

Friday, October 21, 2011

Bunyi katak kampung lebih merdu?


Ni nak jadikan cite ni.
Pagi tadi time jalan nak pi keje aku & housemate lalu 1 tempat lapang.
Baru lepas hujan malam tadi, apa lagi! bunyi katak sakan la...
"Ong... Ong..." lebih kurang mcamtu la bunyi nya..

Pastu housemate aku cakap..
Rasanya bunyi katak kat kampung lagi merdu..
Bunyi katak bandar ni kasar sket bunyi dia..
"Piching lari kot!" Hahahaha..

Thursday, October 20, 2011

Show Full SQL Developer Timestamp


Cara pertama:
 
One time solution only! 
 
alter session set nls_date_format = 'MM/DD/YYYY HH24:MI:SS'; 
 
 
Cara kedua:
 
Tools -> Preferences -> Database -> NLS Parameters

Change Date Format to DD-MON-RRRR HH24:MI:SS
 
Cara no2 ni boleh guna sampai bila2.. hehehe
 
Gud Luck! 

Wednesday, October 19, 2011

LRT Oh LRT

Ni kali ke dua aku buat entry pasal LRT.
Biasa la kan.. Dah hari2 aku naik kenderaan ni je ulang alik p keje,,
Sekarang ni aku nampak makin ramai plak peminta sedekah kat area stesen masjid jamek ni.
Majoritinya org melayu la..
Xtau la apa nak jadi ngan orang melayu sekarang ni.

Kadang2 serba salah plak nak bagi sedekah pun. Jap g bg kat org ni. Org tu tgk apa lak kata hati dia. Kalau nak bagi sume uish! Orang cakap dorg ni ramai sebab ramai sangat orang2 pemurah yang bagi dorg duit. Sebab tu dorg xnak bt keje lain selain dari dari tuggu n tadan tangan kat org..

Asal Usul Baba dan Nyonya

Aku ada buat google sket pasal masyarakat baba dan nyonya kat Melaka.
Ni pun sebab ada sorang staff baru kat sini dari keturunan baba dan nyoya.
Muka dia macam orang Melayu tapi boleh cakap cina.
Nama dia pun of course la cina.

Pastu ada  plak staff ni dari Yemen (Aku pun xtau Yemen kat mana), tnya dia ni (staff keturunan baba & nyonya) orang apa? So, nak x nak aku kena la buat research sket. Kalau x, leceh la kan.. Xkan nak jawab xtau plak.. Jatuh la standard.. Heheheh


Monday, October 17, 2011

Bermain dengan desktop

Apa kata aku ajar korang simple tips?
Rasanya korang dah tau kot.
Kalau dah tau ok la.
Kalau belum tau lagi..
Sini-sini..

Korang selalu letak fail/Document/Shotcuts etc bla..bla..bla.. kat desktop kan?
Tau x camne nak hiddenkan Desktop tu?
Kalau xtau ni la caranya..
Simple je..


Keterangan image di atas:-
Korang "Right-Click" kat Desktop pastu select "Show Desktop Icons"
Terus semua Fail/Document/ShortCuts tu akan hilang.

Image sebelum

Image selepas



Tu je tips simple..

LINUX Command prompt

export EDITOR=vi

crontab -e

press Esc

pi mane u nk comment

gune arrow pi ke tmpt tu

pastu insert (#)

pastu press Esc

pastu :wq!

pastu enter

pastu check balik

crontab -l



kalau nak delete tekan (x)


untuk quit without save :q!

* P/s: Nota untuk aku

Sunday, October 16, 2011

Segmen Eida Arina : Jom Berkenalan Blogger 1 Malaysia.

Meh kita join segmen lagi!
Kali ni segmen dari Cik Eida Arina plak.
Klik banner tu kalau korang nak join.

Dalam segmen ni dia nak kita ceritakan pasal:-


Saturday, October 15, 2011

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ...

Join je la segmen ni. Sesapa teringin gak nak join klik gambar kat atas tu k. Ciao!

Follower ke #100 - Suka Suki Blog



Nampaknya aku dah pun berjumpa ngan follower aku yang ke #100..
Meh sini kita berkenalan ngan pemilik blog ni:-

Nama Tuan Blog: Yen (toka ziizokukuto)
Blogger since: August 2011

Kalau di bandingkan umo blog ni ngan blog aku.. memang jauh beza. Org cakap masih muda cet cet.
Tapi, follower dia lagi ramai dari blog aku nih..
Entry yang dia post pun bagus2 dan berinfomasi.
Dari pemerhatian aku tuan blog ni memang peramah.
Klik kat gambar kat atas untuk usha blog ni k.

Selamat kembali sayang...


Cabaran mencari follower yang ke #100

Semalam dapat cabaran dari cik SUTERAKASIHYANN.
Klik SINI kalau nak baca cabaran dia kat aku.

Antara cabaran dia kat aku:-


Friday, October 14, 2011

I Love You Like A Love Song


Tengah hari tadi, masa tengah iron baju, pasang TV. Oleh sebab xde cite best. Aku pasang Channel MTV je la. Sementara tunggu iron nak panas, p makan ayam goreng kat dapur jap.
Sekali dengar lagu ni, terus kepala otak aku berfikir..."Isk... cam kenal je suara ni!"
Dengan ayam goreng penuh dalam mulut pergi jeling jap kat TV tu.
Aku senyum.. Hati aku cakap.. "Dah dah cakap tadi.. budak ni.."


Newbie blogger: Alexa Rank?

Time kat laptop aku menunjukkan pukul 8:52A:M.
Eh? x keje ke?
Hehehehe... hari ni nak p lewat sket.
Yer la, semalam kene stayback sampai pkl2 pagi tu.
Pi awal2 nnt diorg cakap rajin sangat keje pulak.
Xnak la sngat nak bodek bos ni..

Ok lah.. hari ni aku nak buat research pasal Alexa Rank



Thursday, October 13, 2011

Tips melajukan computer anda


Semalam masa tengah online, baru perasan. Laptop ni slow giler.
Bermula la acara mengemas laptop.. Hehehe

Sekarang nak bagi la sket tips & cara-cara nak mengemas laptop ni.
Jom!


Tips mencukur bulu kemaluan

Aha.. Tips untuk malam jumaat untuk sesapa yang baru kawin.
Hehehehe.. Sesapa yang belum kawin pun boleh baca ma..
Ni antara tips yang aku jupa masa google tadi:-

1. Sebelum nak cukur basahkan dia dulu.
2. Gunakan pisau cukur yang baru dan tajam.
3. Buat buih banyak2 dan sapu kat situ.

Wednesday, October 12, 2011

Honey L Days - Manazashi

Kalau aku minat satu lagu.
Aku akan pasang lagu tu sampai la aku boring.
Kalau sesapa dengar aku asyik pasang lagu tu je.
Maknanya aku tengah gile dengar lagu tu la.
Tapi xlama kot, mungkin 3 hari je kot.
Hahahah...

Semalam aku ada bgtau korang aku baru habis tengok cite jepun ni kan? "Tumbling"?
Semalam jugak aku cari mp3 dia kat 4shared.
Kalau korang nak korang cari la sendiri.
Tapi je Honey L Days - Manazashi
Mst korang jupa nanti.


Sayang.. Kalau abang mati sayang kawin lain x?

Hehehe.. Nak pos tajuk cintan cintun la plak aku pagi2 ni..
Bukan apa.. Saja je. Ni kan blog yang fleksibel.

Satu hari, tunang aku ada tanya.
*"Sayang.. Bila kita dah jadi suami isteri nanti, kalau abang mati sayang kawin lain x?"
Camtu la lebih kurang dia tanya aku.
Tau x apa aku cakap?
On the spot tuh, aku jawab..
"Mesti la sayang kawin lain.. Abang dah xde.. Sunyi la sayang sorg2 nnt.. Hehehe"
Terus kitaorg gaduh.

Tuesday, October 11, 2011

Pix of the day.


タンブリング



Ni tajuk feveret drama jepun yang baru aku habis tengok semalam.
Tajuk dia dalam bahasa omputih "TUMBLING".
Bahasa Jepun dia cam kat atas tu la. Tapi xtau la plak camne nak sebut.
Drama ni panjang dia 11 episod je.
Aku habiskan masa 2 hari untuk tengok keseluruhan drama tu. hehehehe


Lapar tapi malas..

Ni je la dinner aku malam ni..
Maggi sup!
Lama x makan maggi sup..
Jemput makan sumeeee......
Hehehehehe


Sunday, October 9, 2011

Senarai Klinik yang menjalankan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

1. Negeri : PERLIS
Bil Nama dan Alamat klinik Tel/Faks
1 Klinik Kesihatan Kangar, 01000 Kangar, Perlis 04-9778333
2 Klinik Kesihatan Beseri, 02400 Beseri, Perlis 04-9381355
3 Klinik Kesihatan Padang Besar, 02500 Padang Besar, Perlis 04-9490333
4 Klinik Kesihatan Simpang Empat, 02700 Simpang Empat Perlis 04-9807214
5 Klinik Kesihatan Kuala Perlis, 02000, Kuala Perlis, Perlis 04-9854259
6 Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, 02800 Kuala Sanglang, Perlis 04-7940216
7 Klinik Kesihatan Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis 04-9456237
8 Klinik Kesihatan Kg Gial, 02500 Kg Gial, Perlis 04-9861177
9 Klinik Kesihatan Arau, 02600 Arau, Perlis 04-9861169


Friday, October 7, 2011

Pix of the day. Awwww...

Teks Ucapan Belanjawan 2012 oleh Datuk Seri Najib Razak

Kepada sesapa yang termiss tengok belanjawan 2012 kat TV tadi boleh baca kat sini.


Berikut adalah teks ucapan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia di Parlimen Malaysia petang tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


MENGHITUNG HARI #3 - Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Akhirnya selamat gak aku buat HIV test.
Oleh sebab leceh sangat aku nak buat kat KL kena appoinment la, kena tunggu kosong la.
Aku balik buat kat kampung je.
Actually, balik je kampung tapi bukan buat kat kampung pun.. Hehehe..
Aku buat kat Klinik Kesihatan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kampung aku kat Kedah. Kalau kat Kedah Jumaat diorg tutup.
Oleh sebab time tu aku cuti hari jumaat boleh la aku p buat kat Penang je.

Pagi2 tu aku p la ngan mak & ayah aku.
Sian aku kan?
Aku baca kat blog org nak kawin ni sllnya mesti p ngan tunang.
Tapi aku lain plak, mak & ayah aku yang teman.. Huhuhu


Masuk2 je p kat kaunter pertanyaan.
Simple je aku bgtau nurse tu.
Aku : "Sy datang nak check darah."
Nurse A: "Nak buat HIV test untuk kawin ke?"
Aku : "Yer"
Nurse A: "Orang mana?"
Aku : "Kedah"
Nurse A: "Isi borang ni pastu amik kad kuning tu kat situ pastu hantar borang & ambik no kat sana"
Aku : "OK"

Lepas tu aku amik borang & isi la apa yang patut.
Masa hantar borang ada lagi sorang nurse tnya:-
Nurse B: "Ni perkahwinan kali ke berapa?"
Aku: "ke 1"

HaH.. amik.. tersasul dah. sepatutnya "yang pertama" la kan?
Gabra punya pasal.
Xpe la.. Nurse pun faham.

Aku malas la nak cite panjang2..
Hehehe..

Korang jangan terkejut lak kalau nurse yang amik darah korang nnt.
Mmg nurse yang buat keje tu. Doktor tu untuk cop & sahkah borang kita je..

Oops.. Lupa nak bgtau.. kena bayar Rm1 jer..

Tada...
Ni la keputusan hiv test aku...



Jumlah setakat ini :- RM 178.70

Aku x puas hati ngan KLMU!

Tadi aku ternampak iklan ni kuar kat ruang iklan aku.
"Discover U @ KLMU"
Aku ni anti sket ngan KLMU sebenarnya lepas dia makan duit aku Rm4000 lebey.
Sampai sekarang refund x dapat2..
Aku dah x larat nak p mintak n jupa org2 KLMU tu.
Buang masa aku. Buang tenaga & Buang duit je.

Budak2 kat luar sana yang tgh terkial2 mencari tempat nak sambung study.
Fikir2 kan lah.. kalau nak masuk KLMU k..
Hehehehe..

Tips tukar background images blog yang paling mudah

Tips ni untuk sesapa yang guna template mcm aku je la.
Nama template tu "Picture Window"
Yang kaler biru tu.. hehehe
Kat template lain aku belum test lagi.

Yang ni background lama aku:-



Yang ni pulak background baru aku:-



Sesapa yang nak tukar image boleh refer gambar kat bawah ni:-



Pastikan gambar yang korang letak tu saiz dia 1704 x 862 jer. Kalau x nnt x lawa la backgroud image korang.

Wednesday, October 5, 2011

Speechless!!!

Tips mengatasi Perut Buncit


Bersarapan Dengan Yogurt

Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan Gelojoh

Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.Tips mengatasi Perut Buncit

Minum Air

Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat

Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Antara petua yang boleh di cuba:-

(1)Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perutsahaja, amalkan setiap malam.

(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit

Nasi Lemak


Aku nak start buat keje ni..
Tiba2 lak rasa ngantuk ya amat!
Ooo.. baru aku tingat..
Tadi makan nasi lemak..
Nape ek klu kita makan nasi lemak kita jadi ngantuk?

Setelah aku google sket. Ni la yang aku dapat:-

1. L-Tryptophan........adalah asam amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan dipakai untuk membuat serotonin, zat penghantar sinyal di otak yang dapat menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita jatuh tertidur. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk memproduksi insulin, yang akan menyimpan makanan dalam tubuh. Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.



2. proses pencernaan makanan.......Tubuh akan mengirimkan darah ke sistem pencernaan karena proses pencernaan membutuhkan energi yang cukup besar, apalagi kalau makanan yang perlu dicerna mengandung banyak lemak. Energi yang diperlukan juga akan semakin bertambah besar seiring dengan semakin banyaknya makanan yang kita konsumsi. Pada saat ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebagian stok darahnya dan sebagai akibatnya, sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara. Menurunnya efektivitas kerja saraf pada saat sistem pencernaan bekerja inilah yang juga membuat kita ingin tidur siang.

Tuesday, October 4, 2011

RESIPI BONDA #1 - Kuah Ayam Percik


Kali ni nak share resipi plak..
Sebenarnya saja je aku nak taip dalam ni sebab kalau letak dalam buku resipi tu kadang2 aku pun xtau mana dah aku letak buku resipi aku tu.. Hehehehe..
Resipi ni aku dah cuba 3x.
Memang menjadi dan sedap.

Kuah Ayam Percik

Bahan2:-

1. Bawang putih
2. Bawang Merah
3. Halia
4. Jintan Manis
5. Jintan Putih
6. Gula
7. Garam
8. Cili kering
9. Sos cili

Cara2:-
1. Bawang Putih, Bawang Merah, Halia, Jintan Manis, Jintan Putih blender sampai halus.
2. Bahan blender tadi di masak dengan ayam sampai empuk masukkan gula ngan garam sket.
3. Asingkan ayam, blender cili kering dan masak sekali lagi dgn bahan yang di blender awal2 td.
4. Masukkan gula & garam
5. Masukkan sos cili
6. Masak hingga kuah pekat

Siap! Kuah ini boleh di gunakan untuk bakar ayam, ikan, daging dan lain2. Ikut selera masing2 la.. Nyum2.. Sedapnya!!!


Posting yang berkaitan:-

Percubaan Pertama - Ayam Percik
Mengenali Rempah

Soalan SPM Sejarah 2011

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Komunis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Monday, October 3, 2011

SALAH TAFSIR

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

LIPAS!!!


Aku cukup BENCI benda alah sekor nih..
Benda ni la.. LIPAS.. Aku x geli kat benda ni. Tapi, kedatangan dia yang mengejut tu buat aku terkejut. So, mintak maaf la sebab aku terbunuh ko tadi k. Kepada lipas2 yang lain, yang masih hidup. Jadikan kisah ini sebagai teladan k. Keluar lah dari rumah aku kalau xnak kena bunuh!!!
Hahahaha... (Gelak jahat)

MENGHITUNG HARI #2 - Hijau Pucuk Pisang


Lamanya aku x membebel kat sini..
Aduh.. Busy woman betul la sekarang nih.. Jeles betul tgk korang update blog.
Aku pun nak update blog gak!

Terus buka buku budget kawen aku.. hehehe

Baru2 ni aku ada beli kain untuk buat baju pengantin.. Warna hijau pucuk pisang.
Aku beli kat MUAZ textile, Jalan TAR.
Aku xnak sewa.. Xbest! Kalau buat sendri boleh simpan sampai tua. Nanti boleh tunjuk kat anak cucu. Hehehe.. (Macam mak aku).
Kain tu murah je aku beli. Harga dia RM39.80.
Lepas beli, keesokkan harinya aku balik kampung dan terus hantar kat tukang buat baju aku tu.
Dia cakap, kain ni x cukup la.

Esoknya aku terpaksa pergi Nagoya, Sungai Petani plak untuk cari kain tu. Si salesgirl tu plak pandai betul umpan aku soh beli untuk Mr. Tunang sekali.. So, amik la 2 meter untuk aku, dan 4 meter setengah untuk dia. So, semuanya RM57.90

Secara rasminya, tema kenduri kat rumah aku adalah warna HIJAU PUCUK PISANG! YEAH!!!

Jumlah setakat ini :- RM 177.70
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...