Friday, August 30, 2013

Saya Blogger Baru 2013!


Oklah.. direct to the point.
Akak nak buat segmen untuk blogger-blogger baru jer.. 
Syaratnya.. follower mestilah kurang dari 100 baru boleh join segmen ni.. 
Kalau yang dah lebih 100 tu xyah la yer.. 
Kita bagi peluang kepada yang baru nak naik ni je k..

Ada hadiah x?
Isk.. Sapa la yang tnya tu.. Asyik nak hadiah jer.. 
Mentang-mentang la segmen akak buat sebelum ni ada hadiah.. Asyik nak hadiah jer..
Buat masa ni hadiah xde lagi yer.. Xde orang nak sponsor lagi.. Huhuhu

Ala.. Habis tu x best la join.. Kalau xde hadiah.. 
Jangan risau.. Kalau join segmen ni.. Akak akan review blog anda-anda semua k.
Kalau sebelum ni segmen akak ada cabutan untuk sapa yang dapat hadiah.
Kali ni x yer..

Sapa yang join AKAK PASTI AKAN REVIEW blog mereka. (Insyaallah, kalau panjang umur) 


Segmen bermula dari 30/8/2013 hingga 31/12/2013

Kepada yang berminat nak join.. Sila follow blog akak sebagai tanda sokongan dan letakkan banner atas tu kat blog anda dengan tajuk entry "Saya Blogger Baru 2013!".
Comment kat bawah untuk letak link entry sebagai rujukkan untuk akak melawat blog anda. ^^

Siap!! 

Isk! Macamana aku boleh lupa?


Agaknya macamni la rupa muka akak waktu tadi..
Tapi sekarang dah comey balik dah.. Hehehhe..
Perasan..

Apa ke hal nya pagi-pagi lagi dah marah-marah ni?
Ye la.. Nape x marahnya?

Semalam check balance akaun sekian-sekian-sekian.
Hari tup... Tingal sekian-sekian-sekian jer..

Isk.. Kemana pulak hilangnya duit aku sekian-sekian-sekian ni?
Check punya check.. zasss.... dah tau dah... Check tarikh pulak..
Isk! Macamana aku boleh lupa ni?

Ala.. Xpasal-pasal derma duit kat orang buta-buta jer..
Kalau kita derma kat orang susah ni xde la ralat sangat..
Tapi, derma kat orang yang dah senang ni..
Makin kaya lah dorang yer x..

Oklah.. Akak xnak membebel panjang-panjang pagi-pagi ni.

MORAL OF THE STORY: Kalau nak ambil takaful ke insurance ke fikir dan check dulu betul-betul. Jangan nak pakai setuju je. Lagi satu! No kad debit yg kat depan ngan kat belakang tu jangan bagi sebarang tau. Orang boleh curik duit kita dengan guna no tu je tau.

Thursday, August 29, 2013

Hadiah Oh Hadiah ^^


Haa.. ni dia lipstick untuk pemenang segment SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!!

Ramai plak pesertanya.. hadiah ada 5 jer ni.. Yang x menang tu jangan nak kecik hati plak yer..

Sabar dulu.. akak bukan nak umumkan pemenang lagi.. Sabar la.. Belum sampai due date lagi.. Hehehehe

Bungkusan yang selamat di pos pagi tadi


Mood rajin la plak hari ni..
Siap upload gambar bungkusan customer lagi.. Hehehe
Bungkusan yang telah selamat di pos pagi tadi kat Pejabat Pos Plaza Rakyat (UTC KL) pukul 8.30 pagi.

1) Nor Azela (EM622357643MY)

2) Siti Hajar (EM622357626MY)

Moga selamat sampai kepada tuan empunya ^^

Sesapa berminat nak order? Haaa... Jom kita order kat kedai akak 


Wednesday, August 28, 2013

Universiti Al-Azhar ke Malaysia

Mak akak antara orang yang gembira bila dapat tahu berita ni.
Yer la.. Sebab pernah bercadang nak hantar adik akak ke Al-Azhar, Mesir.
Tapi setelah negara kat Timur Tengah bergolak mungkin hasrat tu terhenti kejap. Maklumlah, anak teruna sorang jer.. Hehhee..

Lepas dengar berita ni. Mungkin hasrat tu berkobar-kobar plak lepas ni..
Apapun di harapkan satu-satunya harapan mak ayah dan kakak-kakakmu, Mohd Tarmizi Bin Subri dapatlah galas tugas ni. Harap sangat dia boleh jadi salah seorang lulusan University terkemuka dunia ni..


SEPANG 27 Ogos - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.
Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.
"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.
"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.
Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.
Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.
Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.
Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir, beliau berkata, pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.
"Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya.

Sumber: utusan.com.my

Hari ini dalam sejarah. Setelah 5 tahun berblog.


Salam semua.

Kalau masuk bulan Ogos ni mesti ramai yang bukak balik buku sejarah. Cari balik cerita macamana Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari British. Hehehehe.. Akak xnak pun cite pasal sejarah kemerdekaan kita. Tengah mengenangkan nasib blog akak ni..

Akak start blogging tahun 2008. Kalau di kira akak dah 5 tahun la berblog. Wah! lama tu.. Rasanya kalau di bandingkan dengan otai-otai blogger yang lain.. Blog akak lagi tua kot.. Tua saja je tapi ? Xde pun orang yang tau.. Isk3.. Tu la silapnya.. Akak start serius blogging ni dalam 2011 kot. Kalau tengok kat archive boleh nampak tahun ni bnyak jugak la entry akak buat.. Hehehhe..

Pastu slow sket.. pastu naik balik.. Huhuhuhu..
Macamana yer nak maintance kerajinan untuk pos entry ni?
Ada sesapa boleh kasi tips x? Hehehe

Akhirnya selepas 5 tahun berblog.
Akak ada buat beberapa lagi blog. Antaranya:-


Blogshop untuk akak berniaga. Kat dalam ni banyak barangan sophie paris la. ada sikit-sikit barangan Shaklee. Dan akan datang mungkin produk Jamu Susuk Dara (JSD) plak.. Hehehehe

Jemput yer cuci mata kat blogshop akak ni.. 


Blog ni akak buat istimewa untuk anak akak yang sorang tu.. Nor Damia Irdina. Cadangannya, saja suka-suka je. Bila dia dah boleh membaca ngan menaip nanti boleh la akak wariskan blog ni pada dia.. Heheheh..


Blog ni akak buat khas untuk produk Sophie Paris. 

Itu je lah beberapa blog yang telah akak buat setelah 5 tahun menceburi dalam bidang ini.


Senarai Peserta Sophie Paris Lipstick GA


Lagi 5 hari je lagi nak sampai tarikh tutup Segmen "Sophie Paris Lipstick Give Away!"
Masih sempat lagi kepada sesapa yang belum join. Hehehehe
Cepat!

Di bawah ni adalah senarai peserta yang telah join segmen ini.
Terima kasih sangat di ucapkan sebab sudi join GA akak yang x seberapa ni.

1. Kisah Nenot
 
2. N-fiq :D

3. Farra Anuar
 
4. Che Rosliza Che Mat
 
5. Maisarah Aisya
 
6. Nur Rabiatul
 
7. Ery Nix

8. lienliendot
 
9. JariJemari Menaip
 
10. Yumida Huda

11. Eh? Syiera Firdaus
 
12. Mieza Suhaini

13. Fiqa Nsz
 
14. IKA
 
15. Eyra Dzuhairah

16. Dayahamed

17. Afika Syafrizon

18. Mama Darwish

19. bb_nona

20. nurulazieyan

21. NurulAfiqah

22. Miss Anonymos

23. Nadratul Syazwana
 
Siapakah pemenang diantara mereka-mereka ini?
Nantikan keputusannya 1/9/2013 nanti..

Berhati-hatilah wahai ibu-bapa sekalian


Sebenarnya x gamak nak tengok video ni sebab dah tahu apa akan terjadi pada anak kecil tu. 
Tapi xpe lah, akak sharekan jugak. 
Kalau boleh sama-sama lah sebarkan video ini supaya menjadi peringatan kepada semua di luar sana.

 Awasi lah anak-anak anda!

Tuesday, August 27, 2013

Menu Open House


Incik husband tanya. X nak buat open house ke tahun ni?

Ermm.. nak buat ke? Nak masak apa? Huhuhuhu... No idea..

Goggle punya google terjumpa lah beberapa menu untuk open house.

Antaranya:-

Pilihan Nasi

Nasi tomato + ayam masak merah + jelatah
Nasi ayam
Nasi himpit + kuah kacang

Pilihan Mee

Laksa
Mee rebus
Mee sup
Mee goreng
Meehun sup

Pilihan puding atau agar-agar

Puding roti
Puding karamel
Puding jagung
Puding telur

Kuih Muih

Samosa
Sardin Roll
Roti John

Buah-buahan

Tembikai
Oren

Minuman

Air Oren
Sirap Limau

Bahan lain yang perlu disediakan

Pinggan
Mangkuk
Sudu/garfu
Cawan
Tissu
Plastik sampah

Wednesday, August 21, 2013

SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!


Sapa nak hadiah? Sapa nak hadiah? Hehehe...

Segmen GA datang lagi! Yay!! 

Kali ni akak nak bagi 5 lipstick (untuk 5 pemenang la yer.. Macam sebelum-sebelum ni.. Pemenang di pilih secara random..) 

Syarat-syarat:-

1. Umur 18 tahun ke atas
2. Ada valid blog
3. Ada valid email
4. Warga negara Malaysia sahaja

Untuk join GA ni mudah jer.. Ikut cara yang akak bagi kat bawah tu.

1) Buat entry tajuk "SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!"
2) Copy-paste gambar promo akak tu kat blog masing-masing.
3) Backlink ke entry ni balik yer
4) Comment url blog anda kat bawah ni
5) Send email kat akak subject "SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away" lengkap dengan nama penuh, alamat, no ic dan no phone ke shuhaida767@gmail.com
6) Follow 2 blog ni:-

TARIKH TUTUP SEGMEN 1/9/2013

Berita gumbira ^^

Semalam incik husband bgtau dia x jadi pergi Lahad Datu khamis ni.
Akak : X jadi pergi sebab postpone ke?
Incik Husband: X lah.. Memang x kena pergi.
Akak: Yeke? Best la tu.
Incik Husband: Yela.. Mesti la best. Suka ke kena tinggal 2 bulan?
Akak buat-buat xdengar sambil makan nasi lemak.. hehehe (Dalam hati? Tuhan saja yang tahu..)

Hehehe.. Berita gumbira ker?
At least untuk akak yer!

Tuesday, August 20, 2013

POKAI LEPAS RAYA

Untuk renungan diri sendiri dan juga para pembaca ^^

Peruntukan kewangan antara bajet penting yang harus diutamakan ketika Syawal menjelma. Segala persiapan dari segi pakaian, peruntukan duit raya, kos perjalanan untuk pulang ke kampung, kos selenggara kenderaan hingga ke juadah makanan perlu diawasi dan dirancang dengan bijak.

Mereka yang berkemampuan tiada masalah. Namun bagaimana pula golongan yang tak berhemah dan terlalu ghairah untuk memiliki barangan keperluan raya?
Isu ini tidak timbul jika individu itu melakukan perancangan awal. Sebelum beli keperluan raya, perlu ‘beringat’ kesan buruk yang bakal berlaku jika boros dalam berbelanja.

Tak salah jika sakan membeli kerana raya hanya disambut setahun sekali, namun tak perlulah hingga memudaratkan diri selepas raya dengan hutang keliling pinggang. Bayang­kan kalau makan masa bertahun untuk dilunaskan?

Bahkan bukan saja keperluan penting yang dibeli malah perabot kabinet dan aksesori rumah turut ditukar yang harganya bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit! Semua ini perlu guna duit ba­nyak, namun ia hak individu itu untuk berbelanja asalkan tak susahkan orang sekeliling. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.

Kad kredit 

Pernah tak terfikir beban dalam penggunaan kad kredit? Benar kad kredit membantu masalah kita dengan sekelip mata tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah tetapi ada kesan buruk bakal wujud, malah mengambil masa untuk selesaikan hutangnya.

Apabila sudah guna kad kredit hingga ‘tak ingat dunia’ maka hidup dalam bebanan apabila tak dapat langsaikan hutang. Justeru, pengguna disarankan tidak sesekali membawa kad kredit semasa keluar berbelanja agar dapat berbelanja dengan penuh hemah. Bayangkan penggunaan kad kredit berjumlah RM5,000 dan harus dilangsaikan hutang selama tujuh tahun. Beban yang belum tentu anda mampu menggalasnya.

Tak salah jika ada individu yang masih guna kad kredit asalkan segera bayar agar tidak ada caj tambahan yang dikenakan kerana lewat bayar.

Alternatif lain yang boleh dilakukan untuk elak pokai, arahkan pihak bank untuk letak had dalam perbelanjaan anda supaya ­penggunaan kad kredit seterusnya tidak membebankan anda untuk membayarnya.

Elak sengkek 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada pokai selepas raya. Antaranya dapatkan Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) yang boleh bantu diri untuk laksanakan rancangan kewangan yang komprehensif.

Tidak semua orang tahu cara terbaik untuk simpan duit dan cara guna duit. Ada dua jenis individu apabila sebut berkaitan duit iaitu orang yang boros berbelanja atau jenis jimat berbelanja.

Ada ketikanya mereka tak tahu cara penggunaan duit yang mampu jamin masa depan, jadi lantik perancang kewangan terutama apabila ada perniagaan besar.

Asingkan wang perbelanjaan yang penting ke dalam sampul berbeza dan nyatakan butiran tertentu di hadapan sampul agar lebih mudah untuk berbelanja. Kaedah ini antara yang terbaik boleh dilakukan agar diri tidak ‘terbabas’ berbelanja lebih.

Had perbelanjaan seperti tidak makan di luar, elak diri daripada beli makanan ringan yang membazir dan kurangkan langganan TV berbayar antara yang mampu anda lakukan. Bukan?

Pengaruh barang ­promosi 

“Seseorang itu jadi pokai lepas raya kerana tak rancang betul-betul barang apa yang nak dibeli dan barang promosi juga mampu beri pe­ngaruh kuat, daripada tak nak beli, terus beli.

“Akibat sikap itu, duit keperluan diri habis dan tak mampu nak tampung hidup selepas raya selain beban hutang terpaksa dilangsaikan segera.

“Sebelum buat keputusan untuk beli barang raya, asingkan duit untuk komitmen lain seperti kereta, bil, duit belanja mak ayah dan keperluan lain. Selepas itu, baki yang lebih baru bahagikan untuk beli barang keperluan raya dan selepas raya.

“Pokai sering terjadi kepada kaum hawa sebab wanita biasanya cenderung membeli-belah untuk sambut raya berbanding lelaki yang selalu pakai saja baju Melayu raya tahun lepas.

“Bayangkan perempuan tak sah kalau tidak ada tiga hingga empat pasang baju raya, tak termasuk aksesori lain seperti beg tangan dan kasut. Bagi yang sudah berkahwin semestinya inginkan keperluan untuk buat biskut raya dan perhiasan rumah yang lain,” katanya.

Nama: Wan Nur Farah Najwa Wan Ahmad, 24,
Tempat: Kuala Lumpur


Senaraikan perbelanjaan 

“Kalau tak bijak dalam berbelanja, akan mudah pokai dan bila tak beringat, akan beri kesan buruk untuk jangka masa panjang. Sebelum berbelanja, senaraikan barang yang ingin dibeli dan utamakan yang penting saja agar tidak boros.

“Islam melarang umatnya buat pembaziran sedangkan ada insan lain yang tak mampu dan hidup dalam kemiskinan.

“Berbelanjalah ketika perut tidak lapar agar diri tidak berbelanja lebih kerana bila dah keluar membeli-belah, pasti kita ingin makan di tempat yang mahal. Jadi elakkanlah,” katanya.

Nama: Nur Yati Abdullah, 24,
Tempat: Perak

Sumber: myMetro

Adi Putra Sakit Batu Karang?

Ni satu berita yang akak baru je baca kat myMetro tadi.

Kuala Lumpur: “Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi esok (hari ini),” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.

Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.


“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.

Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.


“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.

Boleh refer link ni. Adi Putra dibedah hari ini.

Huhuhu.. Kesian.. harap dia cepat sembuh la..
Akak ngan husband memang peminat setia dia ni..
Akk suka tengok dia berlakon drama romantik.
Husband plak suka tengok dia dlm KL Gangster!! Hehehe..

Hafizh Syahrin Abdullah - Pelumba Negara


PELUMBA Pasukan Petronas Raceline Hafizh Syahrin Abdullah menjadi pelumba pertama negara menaiki podium selepas menjuarai perlumbaan XR1200-Harley-Davidson di litar Indianapolis Motor Speedway, Amerika Syarikat. XR1200-Harley-Davidson adalah perluperlumbaan sokongan sempena Red Bull Indianapolis Grand Prix. copy-paste dari myMetro hari ni (20/8/2013)

Bangga bila dengar berita macamni.
Muda lagi tau adik ni. Baru 19 tahun.
Boleh baca biodata dia kat Wikipedia

Apa pun di harapkan jangan mudah lupa diri.

Monday, August 19, 2013

Seminar Jutawan Industri - Dr Azizan Osman


Sapa yang free pada 7 September 2013 ni?
Nak join akak p Seminar Dr Azizan x?
Plan memang nak join. 
Kalau register sorang kena bayar RM50
Kalau register 3 orang dapat FREE plak!
Jom la kita join ^^
SMS Nama ngan No IC kat akak (0142685184) yer sapa nak join.
Boleh kita berkenal-kenal sesapa blogger ^^ sambil-sambil kita menambah ilmu pengetahuan.
Yer x?

Lokasi Seminar di:-
WISMA MCA JALAN AMPANG
KUALA LUMPUR
7 SEPTEMBER 2013
8AM - 1PM

SOPHIE PARIS KATALOG VOLUME 13

Catalogue 13 is out for sale! Get your copy now!


p/s: klik arrow >> atau << untuk view katalog.

Sapa nak?
Free for untuk downline-downline akak jer ^^ (By Request ONLY!! Sapa nak cepat2 SMS akak ke 0142685184)
Sapa yang masih belum jadi ahli SOPHIE PARIS. Join sekarang!
Hanya RM15 jer.
Nanti boleh dapat diskaun 20% untuk setiap pembelian barangan SOPHIE PARIS ^^
Memang berbaloi-baloi!!!

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN SOPHIE PARIS

Anda minat berniaga TAPI kurang modal.
Anda minat berniaga TAPI tiada produk.

Kami di SOPHIE PARIS ada penyelesaiannya..
Sertai SOPHIE PARIS sekarang!
Dengan modal serendah RM15.
Anda mampu memiliki perniagaan anda sendiri.


Sesungguhnya tindakkan anda sekarang adalah penentu anda di masa hadapan!

Wednesday, August 14, 2013

Segment Up Follower

Akak follow segmen ni tanda support!
Keep up blogging! Heheheh


Jom.. sesapa nak join. Boleh klik banner..

Happy Birthday ke 7 bulan untuk Nor Damia Irdina

Selamat hari lahir yang ke 7 bulan untuk anakku Nor Damia Irdina.
Jangan nakal2 tau. Jangan nak merap sangat.
Kesian Tok dan Wan nak layan kepala angin anak mama sorang ni.. Hehehe..


(TQs to mak cik Husna S Michi sebab sudi snap pix ni)

WASSUP NOT AVAILABLE YER..

Dengan ini di maklumkan. Whatsup akak tidak dapat di gunakan sehingga di beritahu kelak yer.. Huhuhu.. Order atau sebarang pertanyaan boleh melalui SMS/CALL/EMAIL/Fesbuk, Gtalk sahaja.


Monday, August 12, 2013

10 Orang Terkaya di Dunia..!!





10. Mukesh Ambani- Net Worth: $27.0 Billion.

9. Eike Batista- Net Worth: $30.0 Billion.

8. Amancio Ortega- Net Worth: $31.0 Billion.

7. Lakhsmi Mittal- Net Worth: $31.1 Billion.

6. Lawrence Ellison- Net Worth: $39.5 Billion.

5. Bernard Arnault- Net Worth: $41.0 Billion.

4. Warren Buffett- Net Worth: $50.0 Billion.

3. Bill Gates- Net Worth: $56.0 Billion.

2. Carlos Slim Helu- Net Worth: $74.0 Billion.

1. Orang yang mengerjakan solat sunat Subuh

"Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya" – Hadis riwayat Imam Muslim

Wednesday, August 7, 2013

Where Are U Mood?

Apasal plak tiba2 jer terspeaking London ni?
Hehehe..
Xde pape..
Tengah mengenangkan nasib yang tengah berkeseorangan di dalam opis yang sejuk ni.. Huhuhu..

Xsabarnya nak balik kampung.
Yang husband asyik sms xboleh balik awal ke?
Hehehe.. Sabar la jap sayang oi.. Ala.. lagi 2 jam je lg ni..

Kat opis ni pun bukannya buat apa pun..
Dari tadi asyik login FB pastu logout. Boring.
Pastu blog plak.. Kejap Create New Entry Pastu Draft.. Xde idea.. Xde mood.. Huhuhu..

 
(comelkan saya? ikhlas dari goggle..)

Tuesday, August 6, 2013

Free Banner dari blogger Husna S Michi


Tengok la.. Tengok la.. Cantik x?
Free tau banner ni..
Ada syarat nak dapatkan banner ni..
Apa syaratnya?

Cuma follow blog ni jer.. http://husnamichi.blogspot.com/
Dan anda akan berpeluang mendapat banner free ini.


P/S: Sapa nak join KUTU BARANG SOPHIE? Boleh klik sini yer.. Masih banyak lagi tempat 0. Sapa cepat dia dapat!


Ooo balik kampung.. Ooo balik kampung


Sebenarnya akak dah xde mood nak buat kerja ni.
Nak kata hari ni last day keje?
X jugak.
Tapi hati macam dah ada kat kampung..
Huhuhuhu...

Alhamdulillah, husband akak pun dah dapat cuti..
Excited sebab ni kali :-
KALI PERTAMA beraya bertiga.. Hehehe

Tunggu Mama ngan Abah balik yer sayang!


P/S: Sapa nak join KUTU BARANG SOPHIE? Boleh klik sini yer.. Masih banyak lagi tempat 0. Sapa cepat dia dapat!



Kutu Oh Kutu!

(sumber: Google)

Agak lama akak berehat dari mengepos entry kat blog ni.. 
Xberapa nak ada masa sekarang ni.
Macam xcukup masa.

Direct to the point lah..
Akak nak ajak sesapa yang berminat untuk join KUTU BARANG SOPHIE PARIS yang akak akan start Insyaallah pada 9/1/2013 ni. Iaitu bulan depan..
Bayaran serendah RM10 sebulan.
Banyak tempat masih kosong.
Boleh pilih mana2 no yang anda suka.

Sesapa nak join boleh email akak nama, alamat, no ic, no phone dan email anda yer..
Sebarang pertanyaan juga boleh email atau sms akak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...