Sunday, August 28, 2011

Gaya rambut pendek cute untuk raya.. Hoho

Ni antara gaya rambut pendek cute untuk raya..
Cute kan?
Hehehehe..

Jom kita potong rambut!


















p/s:
Entry yang korang patut baca sebab aku nak bg hadiah.
Klik SINI OKEY!

Hadiah Raya untuk Mak ngan ayah..

Pejam celik, pejam celik dah 2 hari pun aku kat kampung...
Uish! Cepat giler masa berlalu.
Xbape nak ada masa untuk update entry.
Tapi xpe la.
Aku xkan biarkan blog aku ni bersawang.

Semalam, aku p kedai elektrik.
P cari TV baru untuk Mak & Ayah aku.
Dah daif sangat TV lama dorg ni..
Huhuhuhu.. Sian mak ayah aku..

Raya ni, dapatlah dorg beraya ngan TV baru yer x..
Hehehehe.. LCD tu.. Kalah TV kat rumah aku!
Apapun, Selamat hari raya mak ayah..
Mintak Maaf banyak2 dari anakmu yang tersayang ni..


p/s:
Entry yang korang patut baca sebab aku nak bg hadiah.
Klik SINI OKEY!

Friday, August 26, 2011

Aku ada adik baru.

Ni dia adik baru aku..


Hehehehe...
Comey x?
Ni gambar ikhlas dari google.
Kalau korang nak tgk betul2 kena datang rumah la.
Lagipun, ada pantang larang cakap xelok tangkap gambar haiwan kesayangan ni. Nt dia hidup xlama.

Masa aku sampai kat rumah hari tu,
aku ada nampak sekor kucing ni dok main2 dalam rumah.
pelik gak sbb ayah aku selalunya x bape suka kucing

aku pun tnya la mak..
anak baru ke ni?
mak kata yer...
wah.. bestnyer..
aku pun amik la dia dukung..
manja giler..
ni yg buat aku geram ni..

mak cakap hr tu mak dia beranak 3 ekor,
2 ekor lagi kena makan ngan bapak dia,
tgl je la dia sekor,
sbb tu la mak ambik bela dia.

ayah x marah ke bela kucing ni?
mak kata x, sbb dia ni rajin tangkap tikus.
ayah aku mmg suka kalau kucing yg rajin tangkap tikus nih..
hehehe


Aku meninggal....

Aku meninggal..........................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kan Kuala Lumpur pada pkl11.30 pagi tadi.
selamat sampai Sungai Petani dekat nak pkl 6 ptg td..
terima kasih kepada driver driver bas tu sbb menghantar kami semua dengan selamat.


Tuesday, August 23, 2011

Lawak Santai...

Lawak #1

Nenek Oh Nenek

Nenek : Rahmat, nenek sudah tdak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengushakan kebun nenek
Rahmat :Jgn ckp mcm tu, nek (dlm hati, x sia-sia aku balik kampung..dpt pulak harta pusaka nenek).
Nenek :Sgala isi perkebunan,ternakan,villa,traktor untuk kamu.Tlg jaga baik2 jgn lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat :"Baik nek, nenek jgn bimbng tntang hal itu Tpi dimna kebun nenek? Rahmat x pernah tahu?"
Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nnt nenek bgtau passwordnya."
Rahmat : "???"


Lawak #2

Mat Anak Murid Ku!!

PART I

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu... . Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Korang nak tau x?

Korang nak tau x?
Korang kan.. Aku nak bgtau kan..
Blog aku ni dah ada ShoutBox..
Sekarang, kepada sesapa yang malas nak comment kat blog aku ni leh la tinggalkan jejak kat situ. Leh aku follow korang balik. Okeh? Tu je aku nak bgtau..

Aku ambik benda tu kat sini.
http://www.shoutmix.com
Xtau la ok ke x.
Kita tgk dah lihat je la.

Tapi kan?
Korang kan.. jangan la terus xnak komen kat blog aku nih... *SEBAB AKU NAK BAGI DUIT RAYA* untuk sesapa yang rajin komen kat blog aku nih...
Cewah!.. SERIUS nih! Hahaha..

Syarat2 untuk penyertaan?
1. Terbukak kepada FOLLOWER yang rajin meng"comment" kat blog aku.

Comment je tau x termasuk kat shoutBox.
Tu je syarat dia. Senang kan?!










Monday, August 22, 2011

Minggu terakhir di Kuala Lumpur...

Excited tau x korang aku nak meninggalkan KL nih..
Nak balik Sungai Petani sana tu..
Sapa nak ikut?
Jom kita balik Kedah!
Korang cuti lama x?
Aku cuti start 26hb ni sampai 5hb
Syoknya cuti..
Aku dah xlarat nak perah otak kat opis ni dah.
PENAT!!!

Ada member2 aku tnya hang x shopping ka?
Kuaq loqat Kedah la plak.. Xpa la kan?
Excited kata kan..
Hehehehe
Smbung balik cqita tadi,
Opis hang kan kat Masjid Jamek mesti best kan shopping sana?
Aku bgtau apa kat mmba aku tadi?
Aku x shopping la oi.. Malas aku nak shopping sakan nih..
Nnt beg aku berat sapa nak tolong angkat kat aku?
Hang xpa la, ada laki.
Betol x?
Dah tu, xkan x shopping langsung kot?
X aihhh... Aku dah start shopping raya dari awl tahun hr tu lagi..
Heheheh.. Besa la aku.. Aku x suka sesak2 nih..

Balik raya nnt aku bawa beg laptop aku ngan beg kuih raya aku buat sendiri je.. 3 jenis kuih nih... Bangga gile.. Boleh buat kuih raya sendiri. Walaupun x bape nak cantik mcam kuih yang kat luar sana tu.. Mak tunggu cek balik na.. Xyah nak masak banyak2 tau.
Nk soh mak masak Ikan Terubuk Bakar je..
Hehehehe

Sunday, August 21, 2011

Kereta Katak?

Sapa pernah tengok kereta katak?
Cepat2 angkat tangan..
Hehehe
Ni la keta tu..


Wah.. best kan?
Kereta 2 alam. Boleh guna atas darat ngan dalam air.
Kalau time banjir xyah susah2 nak pening kepala takut kereta hanyut kan?
Ni lagi gambar dia..


Nak baca lagi pasal kereta katak?
KLIK SINI

Saturday, August 20, 2011

DOODLE CUTE

En. Hafizzi Aziz sedang memberikan doddle percuma kepada sume follower beliau.. Cepat! Sementara stock masih ada.





Hari ni dalam sejarah


Hari ni awal buta lagi aku melayan kebun aku kat Farmville.
Lepas boring kat Farmville aku rasa mcm nak cari template baru je untuk blog aku. Touch up apa yang patut dengan rasanya bangga nya..
Hehhehe... Cantik sudah blog aku nih..
Siap ngan tagline lagi.. "Blog yang fleksibel dan serba boleh".. hahahha..
Header je belum ada.Masih belajar lagi cara2 nak buat header ni..

Lepas buat apa yang patut kat blog aku tu,
Tiba masa untuk layan cite member2 plak..
Malas nak jalan cari 1 blog ke blog yang lain..
Guna Google Reader je.

Tiba2.. Nape bnyak sangat tajuk "BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA" ni? Pelik jugak... Baca lah salah satu post tu.. Dah x ingat dari blog mana. Terus, macam berminat nak join.. Lagipun, tempoh sampai pkl2 je. Time tu baru pkl1.30 mcm tu kot.. Ermm.. best gak! Ni dia ENTRY yang aku buat. Aku rasa ok jugak kalau join segmen mcmni. Boleh gak meramaikan lagi kawan2 untuk blog aku yang x seberapa ni.

Rupa-rupanya entry tu x sampai situ je. Ada lagi kesinambungannya.. Cewah! Ayat!
Sesapa yang dah join segmen first tadi kena cari pulak 10 blog atau lebih sebagai blog pilihan diorg. Aku pun post la lagi satu ENTRY. Hehehehe

Yang terharunya sebab ada gak blog2 yang pilih blog aku yang xseberapa ni sebagai blog pilihan dorg.. Touching! Sob.. sob.. sob..

1. miss inna
2. Nuur Mutiara
3. Shiro Petta Petto
4. A.I.N.S.Y.A.H

BLOG PILIHAN SAYA IALAH

10 Blog pilihan ialah:-
  1. Food At Home
    - suka sbb theme dia CANTIK sgt!
    - lagi suka sbb kat blog tu ada koleksi resepi yang sedap2
    - siap ngan step by step lagi

  2. Wana Eiskay
    - sbb header yg menarik
    - susun atur kemas + posting yg bagus

  3. Belog Pak Cik
    - posting yg berinfo!

  4. Nukilan Rahsia Hati
    - blog yang sangat CANTIK!!!

  5. Shiema Sufian
    - cantik & kemas susunannya..
    - Blog yg best.

  6. Celoteh Si Alya
    - Blog yang menarik.
    - Rasa cam aman je bila kat sana.

  7. Paris de' Prada
    - suke blog ni. cantik.
    - paling suka posting ni http://puncakparis.blogspot.com/2010/10/keindahan-bunga-tulip.html

  8. Belong Cik CT
    - Lagu raya dia feveret sy kot
    - posting2 dia pun best gak

  9. Fareez Van Fillers
    - header dia sy suka

  10. belog wiwie sazali
    - template yang serius CANTIK!


BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

KLIK HERE

Friday, August 19, 2011

Batuk - Sebab & Rawatan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  1. Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza

  2. Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)

  3. Alahan

  4. Asma

  5. Merokok

  6. Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)

  7. Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja

  8. Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)

  9. Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)

  10. Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan

Kebanyakan batuk tidak berbahaya.

  1. Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

  2. Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.

  3. Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.

  4. Berhenti merokok

  5. Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu

  6. Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  1. Batuk yang mengeluarkan darah

  2. Baru pulang dari perjalanan luar negara

  3. Batuk berterusan lebih daripada dua minggu

  4. Semput / sesak nafas, sakit dada

  5. Demam yang berpanjangan

  6. Mengandung

  7. Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)

  8. Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)

Pencegahan

  1. Amalkan tabiat kebersihan yang baik

  2. Minum banyak air

  3. Tangani tekanan dengan baik

  4. Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema

  5. Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok

  6. Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan

  7. Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Kempen "Giveaway Duet Raya 2011"

Ada sesapa yang nak duit raya?
Jom kita serbu blog dia kat sini

Thursday, August 18, 2011

LINUX Command

Kalau korang ni programmer/software developer/software engineer/system admin atau seangkatan dengan nya..
Korang mesti kena tau benda - benda ni..


1. command untuk create directory
mkdir -p


2. command untuk list directory content
ls -ltr


3. command untuk copy directory
cp -r /directory yg nak copy /directory untuk paste


4. command untuk delete directory
rm -rf /directory yg nak delete tu


Untuk selingan je..

p/s: nota untuk aku =D

SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah


Darah A [ Farmers ]
Mereka berdarah jenis ni memang seorang yang pemalu ,
bertimbang rasa , setia , tak pandai menipu , perahsia ,
sensitip , agak degil dan serius dalam hidup..


Darah B [ Hunters ]
Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu


Darah AB [ Humanists ]
Mereka pandai menguruskan kewangan , cool and steady,
ceria , bijak mengawal emosi.


Darah O [ Warriors ]
Outgoing , expressive , passionate , ada ciri pemimpin ,
self-confident , sifat cemburu kuat , setia , sabar

SUMBER : dieylashaza.blogspot.com

Jenis darah aku pulak.. Rasanya AB. Hehehe.. Sebab ayah aku darah AB.
Belum pernah check darah lagi. Nak kawin nnt kot baru check. Hehehhe

Ni 1st contest yang aku teringin nak join.
Mungkin sebab simple kot.
Xremeh & complicated sgt.

Untuk join contest ni aku kena buat:

1. Follow blog dieylashaza.blogspot.com - Check!
2. Buat satu entry khas dan letak tajuk :SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah - Check!
3. Paste header - Check!


4. Nyatakan jenis darah korang sama ada A , B , AB , O
[nak memudahkan aku buat ikut kump darah] - AB - Check!

5. Follow FanPage - Yg ni x sebab aku x jupa button dia. Lgpun xpaksa pun.

So, sume SETTLE!

Lawak Santai... (Makwe And Pakwe)



Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di fb(facebook). Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf.

Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa... Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor

Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar msg kepada makwenya... .

Lelaki : awak , saya nk jumpa awak... saya x sabar nk lihat rupa awk.
Perempuan : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.
Lelaki : awak tinggal kat mne?
Perempuan : saya tinggal kat Johor... ... .. No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor
Lelaki : saya akan bertolak esok!

Keesokan harinya , lelaki itupun bertolak ke Johor untuk berjumpa dgn makwenya... Dalam pejalanan , mereka berbalas msg...

Perempuan : awak... . awk x sampai lagi ke? saya boring ni... .
Lelaki : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa... ... .
Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss u..

Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah makwenya... Lalu mengetuk pintu rumah makwenya..Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya
Lelaki : pak cik... .. inikah rumah Fatimah??
Pak cik : ye.. kenapa?
Lelaki : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''
Pak cik : Fatimah dh lama meninggal dunia.
Lelaki : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi..

Mereka berdua terdiam sebentar..

Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian... .

Perempuan : awak x sampai lagi ke??
Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...
Perempuan : mmng lah saya sudah meninggal dunia
Lelaki : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?
Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2... ... ..

begitulah kesudahan cerita itu... .

BEACOLUX Vs CHARCOAL





VS





2-3 hari ni system penghadaman aku asyik xbape sihat je.
Hari tu sembelit. Sebab tu aku ada buat post pasal sembelit kat SINI.
Lepas tu aku ada p farmasi. Cari ubat sembelit la.
Dia pun rekemenkan aku dengan ubat ni. BEACOLUX.
Memang bagus. Malam tu aku makan pagi tu dah terasa nikmatnya.
Hehehehe.. Mula2 aku pun gembira la. Sebab masalah penghadaman aku ni dah settle.

Tapi, rupa-rupanya x,

Masalah sebaliknya pulak jadi.
Bayangkan, tiap2 kali aku p toilet je mst akan ter.....
Uish... ini serious sudah!
Seb baik la kat rumah aku ada ubat ni. CHARCOAL.
Harap, hari ni masalah penghadaman aku akan SETTLE..
Hahahha..

Wednesday, August 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY...



Layankan je la lagu ni ek..
Busy la plak hari ni..
Malam nt la sambung balik blog walking.

Tuesday, August 16, 2011

AWAK... AWAK... SY NAK CAKAP SIKIT DEKAT AWK...

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5

2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8

3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9

4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15

5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k

6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16

7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18

10- Blom lg la..baca NO 19 ye..

11- da pnt ke? Baca jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)

13- tggal sikit ja lg bce NO 20

14- argh,pnt nih..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6

16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12

17- ades, nk ckp nih..baca NO 7

18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..

20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja


Hehehe.. Jgn marah ek..

SEMBELIT dan cara mengatasi.


Datang je bulan puasa, penyakit ni la yang aku gerunkan.. Isk3.. Risau gak kalau kena. Dalam dok beringat2 tu.. Nampaknya terkena jugak! Aduhhh... Menyiksa betul!
Kat bawah ni info yang aku dapat.

Sembelit
berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalamu sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu.


Sebab-sebab berlakunya sembelit:

* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.

Tips mengatasi sembelit:


1) Makan buah pisang atau betik selalu.


2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.


3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.


4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.


Aku ni kurang sket bab2 makan buah ngan sayur ni.. Apatah lagi nak p cari akar2 kayu.. Katne la nak cari akar kayu kat KL ni yer x? huhuhuh..
Terpaksa la cari ubat kat farmasi je kot =D


Monday, August 15, 2011

H.A.P.P.Y. D.A.Y. !


Dr pagi tadi dok check email. Tup2..
Dapat email subject "Annual Leave Application"
Bukak email..
Baca email..

Hi Shuhaida,

Your leaves are approved. Please mark your calender now.


Hehehhe... Bestnyer!! Senyum sampai ke telinga =D



Friday, August 12, 2011

FRIDAY FEVER!!! Demam Photoshop melanda..

Hari ni rajin surf cari font, brushes ngan action untuk photoshop.
Sesapa berminat ni antara link yang aku jupa la.

1. http://brusheezy.com
Website ni yang aku jupa masa search brushes. Banyak yang boleh download free. Ada gak yang kena bayar. Action pun ada jugak. Pandai2 pilih ok!

2. http://refont.com
Website ni untuk font. Banyak gile font dia. Penat aku pilih. Action pun ada jugak. Tp aku rasa website yg atas tu lagi best.

3. http://night-fate.deviantart.com
Budak ni aku jupa masa dok search pasal actions. Mmg cantik2 action yang dia buat. Korang boleh download action yang dia buat jugak kat website ni.

Sekian, terima kasih.
Selamat bercuti semua.


Thursday, August 11, 2011

Photoshop Tutorial - Create blog header

Hari ni aku research camne nak buat blog header guna Photoshop.
Aku dapat tutorial yang cambest kat sini :



Dari blog ni dia suruh aku download beberapa jenis brush:




Lepas download aku kena install brush ni ke dalam photoshop.
Klik sini untuk tau cara install brush dalam photoshop.
Aku download je la dulu, malam ni kalau aku rajin try test kat rumah.
Tengok sekali pandang mcam senang je nak ikut tutorial nih.
Tapi xtau la bila 2x, 3x pandang jadi susah ke kan?
Lagipun Photoshop dia sama ngan version yang aku ada.

Wednesday, August 10, 2011

Percubaan Pertama - Ayam Percik




Ni la ayam percik aku!!!
Sedap x nampak?!
Wah.. nampak gaya menjadi jugak plan aku nak buat ayam percik. Hehehe..
Percubaan ni nampaknya x bape menjadi.
Ayam tu hangit sket.
Rasa dia pun kurang..
X Ummhhhh!!
Kuah ngan barang2 perap ayam tu masih ada lagi.
Mungkin lepas modified apa yang patut pastu perbaiki gaya pembakaran ayam tu ia akan jadi lebih sedap.







Ni la oven yang tolong masak ayam aku ni.
Oven ni pun baru je beli bulan lepas.
Belum habis pun explore.
Tadi masa bakar amik api atas je.
Mungkin lepas ni amik atas ngan bawah sekali.
Ermm... harap menjadik!


Mengenali Rempah

Hari ni aku nak belajar masak masakkan yang mengunakan rempah. Sebelum nak masak kena la bersuai kenal dulu kan? Hehehe.. Aku buat la sket research pasal rempah2 nih..

1. Jintan Manis

Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.


2. Jintan Putih

Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.


3. Ketumbar

Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.


4. Halba

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.





5. Buah Pelaga

Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.







6. Bunga Lawang

Rupanya seakan bintang dan berbau kuat.
Dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk=pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.







7. Bunga Cengkih

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan.





8. Kayu Manis

Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Untuk masakan barat, serbuknya digunakan untuk membuat cinnamon roll dan pai epal. Kulit kayu manis juga digunakan untuk membuat wangian.






SUMBER : WIKIPEDIA

Tuesday, August 9, 2011

Baru terhegeh2 nak layan CUN!


Semalam ada member bawak movie untuk sharing. Antara movie yang dia share movie ni la. CUN! Masa mula2 filem ni kuar pun mmg aku nak p tgk. Tp xberkesempatan. So, smlm la baru sempat nak layan.. Sebab aku nak tgk cite ni sbb dorg guna loghat Kedah. Ye la, aku kan org Kedah. Rindu nak dengar org cakap Kedah. Maklum la, kat opis aku ni speaking je memanjang..

IN LOVING MEMORY...



2 ekor si comel ni namanya Vita & John. Bulan lepas si Vita mati. Xtau sakit apa. Semalam Si John plak yang mati.. Sob.. Sob..Sob.. Dia rindukan si Vita kot. Xpun aku yang x reti nak jaga dorg? Huhuhuhu..

Monday, August 8, 2011

Berselindung Di sebalik Kaabah


Ni cite aku ngan housemate tgk semalam. Astro Prima pkl 10 -12 mlm.
Watak Zarina dalam tu memang menjadik gile. Meluat betul aku kat dia semalam.

Sinopsis Berselindung Di sebalik Kaabah:
Rina (Zarina AF) seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Iskandar (Dari awal sampai akhir aku x nmpak pun dia ni). Rina mempunyai adik bernama Maya (Aku x kenal sapa pelakon ni. Tp cantik la jugak). Ayah mereka, Datuk Jamal (Eizlan Yusof) menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy (Fir AF), teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri. Tiba-tiba muncul pula Mak Yam (Didie Alias) yang mendakwa seorang anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu.

Tamat sinopsis yang aku dapat kat internet. Bawah ni aku guna ayat aku sendri k. Maap klu x kena bahasa/tatabahasa dia k.. Layannn...

Rina yang jahat tu terus pergi berjumpa dengan Mak Yam dan bgtau bahawa anaknya yang sebenarnya ialah Maya. Maya plak time tu kena halau ngan bapak dia (Datuk Jamal) dari rumah tu sbb Rina bgtau yang BF Maya (Remy) rogol dia. Sebenarnya dia fitnah je tu. Actually, si Remy tu bukan main baik lagi ngan dia. Lepas kejadian tu Maya tinggal dengan Mak Yam. Rina pun happy la sbb apa yang dia rancang selama ni dah menjadik. Hahahahaha (gelak besar dia dalam hati dia yang busuk tu...).
Remy jadi gila sbb asyik teringat kat Maya pastu xlama lepas tu dia pun mati. Mgkin sbb x tahan rindu kat Maya kot. hehehehe.. Satu hari, Mak Yam ngan Maya tgh lunch. Tiba2 baru Mak Yam perasan yang Maya xde tanda lahir. Sebenarnya yang ada tanda lahir tu la baru anak Mak Yam yang sebenarnya. Mak Yam pun bgtau la Datuk Jamal yang Maya tu sebernya bukan anak dia. Anak dia yang sebenarnya ialah Rina. Apa lagi, mengamuk la Datuk Jamal tu, ye la kan.. dia kan sayang sgt kat anaknya Rina tu.

Tanpa di sedari, Rina pun ada dengar kejadian tersebut. Dia pergi jupa ngan Mak Yam tu dan terus bunuh Mak Yam tanpa sebarang belas kasihann. Isk3... Puas hati dia bila dapat tau org tua tu dah mati.
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan?
Lagipun aku mmg dah xtahan nak tgk apa kesudahannya.. Mmg angin nak mampus tengok si Zarina tu..

Last cite, Rina terlepas cakap kat telefon ngan Maya pasal pembohongan dia tu. Percakapan dia di dengar oleh bapak dia. 1 hari, tiba2 pintu bilik dia di ketuk. Peguam bapak dia datang bagi notis suruh kosongkan rumah tu. Dia pun dgn perasaan yang panas meluap2 pun meninggalkan la rumah tu. Masa dia kuar je dari rumah tu dia jupa ngan Remy. Remy tnya dia. Kamu ni Rina kan? Mana tudung kamu? X igt la plak apa yang Rina tu jawab balik. Mmg teruknya apa yang dia cakap tu.. Aku dah lupa la.. Mmg geram gile dgr dia cakap.. Tiba2 je Remy curah asid muka dia.

Terus cite kat hospital, muka Rina dah macam apa dah lepas tu, Dia jd buta ngan bisu kot klu x silap. Tpi dia boleh tulis. Dorg cakap dia tulis nama Remy sbg org yang curah asid kat dia tu. Tp Remy tu sebenarnya dah mati pun 2 hari sebelum kejadian tu. hehehehe... habis dah..

Moral of the story:
Jangan tipu2 org tambah2 gunakan agama.
Mak bapak jgn dok banding2 anak2. Sapa pandai, Sapa cerdik. Terima je seadanya..

Sekian, wasalam.

Weekend yang BUSY!!!

Xsempat nak update blog weekend lepas. Busy sangat. Maklum la baru lepas lega demam. Hehehe.. Hari sabtu lepas, bersemangat pergi shopping barang nak buat kuih raya. Xpernah2 bersemangat camni. Yer la, tahun2 sebelum ni asyik beli je. Xtau nape tahun ni, terasa cam nak belajar buat sendri plak.

Bayangkan, pkl3 pagi bangun. Buat kuih.. hehehe.. Kalau hari lain, nak bagun sahur pun malas.
Setelah berhempas pulas menyiapkan kuih.. Akhirnya siap lah dia.. Xde gambar la plak untuk letak kat sini.. Sebenarnya malu nak interprame kat sini.. Sbb xbape nak menjadik.

Rasanya ok, manis, lembut sume ada. Tapi rupa dia tu xbape cantik.
Tu baru percubaan pertama.
Ada masa nnt nak try lagi.
Kali ni harap mesti cantik & sedap biskut tu.

Saturday, August 6, 2011

Sabtu yang mendamaikan..

Lepas sahur tadi layan lappy smpai sekarang x tido2 dah.
Kalau hari keje, adoi... cam x cukup tido je. Walaupun dah tido awl pun rasa cam malas nak bangun. Korang pernah rasa camni x?
Xde keje lain nak buat pun. Masuk FB check FarmVille pastu check Dashboard. Wah.. Mcam2 cite ada. Cite Panas ada.. Cite Seram ada.. Cite Gerun ada.. Huhuhuhu... Layan Dashboard jap ek.. terasa cam cik Dashboard dok memanggil.. manggil jek tuh... Sueee... Sueee... Suee... Hehehehe

Wednesday, August 3, 2011

Demam Oh Demam...




Nape plak demam time kecemasan macamni?
Kadang2 best betul kalau demam. Yer la, boleh mintak MC sehari dua.
Tapi kali ni demam bukan masa yang sesuai la plak...
Nak buat camner kan? Dah nak sgt jd programmer dl.
Bila lecturer tnya je cita2 masa study dl cepat2 je cakap nak jadi Programmer.
Sekarang dh tau kan camne keje Programmer tu? hehehehe

Tuesday, August 2, 2011

Tekak Oh Tekak. Kenapa engkau sakit? Petua untuk hilangkan sakit tekak.

Dah 2 hari aku menderita sakit tekak ni.. Aduh... huhuhuhu... sakit nya..
Nak telan air liur pun susah... Aku nak cakap pun susah.. Suara dah macam Ella and The Boys dan nih...

Aku pun surfing2 lah cari petua untuk sakit aku ni.

Antara yang aku jumpa:

Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. Ingat ye, AIR SEJUK, bukan suam-suam kuku, bukan air panas menggelegak. Kacau rata. Kemudian, berkumur sampai habis.

Yang ni plak petua untuk selsema. Biasanya kalau sakit tekak ni mesti diikuti ngan selsema plak lepas tu.


  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.


Ok jugak petua ni, asalkan aku xkena minum air asam jawa sudah.
Aku x suka air asam jawa.

Burung Special.

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami... " Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab.." Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.." Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya... burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya.. " Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.." Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...
"SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Khairul Fahmi Che Mat : Hero Harimau Malaya Putus Tunang?!!!

Aku ni kurang minat sket hal ehwal sukan nih. Walaupun, orang cakap pasukan tu bagus, pasukan ni bagus aku langsung x amik pot. Apa yang aku tahu, berkebun kat Farmville pastu pastikan semua pokok2 yang aku tanam x mati pastu hantar la balik hadiah2 yang member2 aku bg tu.

Apa yang aku melalut kat sini ni kan?
Mana cite pasal Khairul Fahmi ni? Hehehhehe
Td tu baru intro..

Cite dia mcamni. Aku baru je start kenal goalkeeper malaysia yang sorang tu. Khairul Fahmi Che Mat atau orang panggil dia Apek. Mmg x minat nak tgk bola. Tapi lepas Sygku pujuk suruh tgk jugak, So, tengok lah.. Masa tu perlawanan Malaysia Vs Singapura kat Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011. Bila dah tengok tu, mmg kagum la kat dia. Best tengok aksi dia menghalang gol lawan dari menerobosi gol Malaysia. Sebenarnya yang aku nak cite ni bukan pasal perlawanan kat Bukit Jalil tu tapi sebab ni....

Semalam bila aku bukak je 1 blog ni aku tertarik ngan 1 post ni "Khairul Fahmi nekad putus tunang". Secara on the spot, jari aku terus klik kat link tu dan baca dan baca dan baca.... Ni dia link utk post tu. Kalau nak baca dari Mymetro pun boleh gak.

Bila dah baca, mula tertnya tnya.. Sapa si Elia ni? jejariruncing? So, mula la buat research and trus research.. So, dapat la cari blog, Facebook FanPage siap ngan akaun twitter lagi.. Hahahaha... baru puas hati..

Bila baca blog si Elia ni, rasa sedih gak bila tengok kisah cinta diorg berakhir macamtu je. Apapun doakan yang terbaik untuk diorg berdua.

Monday, August 1, 2011

Testing my new template..

Entry ni untuk test keberkesanan terhadap template baru yang aku akan guna. Dah lama tingal cara2 nak customize blog ni.. So, otak ni pun nak sedikit berkarat. Dah ingat2 lupa gitu..


MONDAY FEVER!!

Demam la plak hr ni.. Huhuhuhu...
Kalau terkena demam ni mmg susah sket..
Adesss... dah dekat pkl3 nih.. tapi keje 1 pown x gerak2..

Ya Allah!!! Bagi lah kekuatan kepadaku untuk menempuh penyakit ini..

Selamat Berpuasa..

Hari ni hari Isnin bersamaan 01 Ramadan 1432H. Wah.. siap tulis tarikh dlm kalendar Islam lagi. Kebanyakkan org skrg ni xkisah pun pasal bulan2 Islam ni. Bila dah dekat2 nak puasa ngan nak raya baru dorg amik pot. yer x? hehehe..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua. Janji pose penuh tauu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...