Monday, December 31, 2012

Last Scan

Masa lawatan doktor pakar hari ni. Dia kata nak buat scan hari ni. Kalau uri x naik gak dia akan bg tarikh operation. Kalau uri naik dia akan bg aku kuar wad. Walaupun kedengaran macam mustahil je kan? Bila doktor scan malam tu. Dia nampak uri aku dah naik sket. Dari tahap 3 jadi tahap 2. Tapi masih x boleh bersalin normal. Huhuhuhu... Redha je la kan..

Tuesday, December 25, 2012

Merry Christmas

Aku masih kat wad yang boring ni. Hari-hari ada je yang kuar masuk. Tapi kau ni xtau lagi bila la boleh kuar. Next scan 1.1.2013 ni. Kalau uri x naik gak doktor akan bagi tarikh operation. Cuti incik husband pun dah nak habis sampai 30hb ni je. Xtau la dia nak tambah ke x. Kalau dia xde boring la aku sebab dia je hari2 yang setia datang menjenguk aku yang banyak karenah ni..

Saturday, December 22, 2012

Gulai lemak daging dengan rebung masam

Tau ke rebung masam? Ktorg panggil rebung masam tapi ada gak yang panggil jeruk rebung. Memang feveret famili ktorg ni kalau rebung ni di buat gu;ai dengan daging yang berlemak. Memang menu yang tak menyihatkan tapi memang menyelerakan.. Heheheh...

Kat bawah ni aku sertakan resipi sebagai rujukkan..

Gulai lemak daging dengan rebung masam.

Bahan2

Daging
Rebung masam
Kerisik
Rempah kari daging
Santan
Garam

Bahan untuk di tumis
Minyak
Bawang putih
Bawang merah
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Daun kari

Cara2

1. Rempah kari daging di gaul dengan sedikit air dan di gaul pula dengan daging. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dengan bawang merah.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang hendak di tumis hingga naik bau.
4. Masukkan daging dan rebung yang telah di potong bulat2.
5. Masukkan kerisik.
6. Masak hingga daging lembut.
9. Masukkan santan, garam secukup rasa.
10. Masak sehingga mendidih.

Tima kasih kepada mak aku yang sudi masak dan tima kasih jugak kepada ayah yang sudi hantar kat wad hari ni..

Friday, December 21, 2012

Bila papa shopping baju baby

Aku selalu merungut kat husband baju baby belum cukup. Baru je ada 5 pasang, Dia ajak aku p shopping. Aku cakap aku malas. Xlarat nak jalan. Aku dah x boleh jalan jauh sekarang, Kalau jalan lama je betis akan tegang ngan lenguh2. Pastu kat bahagian ari-ari ni rasa cam tegang n sakit je. Lagipun doktor pun nasihatkan supaya x banyak berjalan. Rehat je kat rumah.

Tiba2 malam tu dia bawa balik beg plastik besar. Kira punya kira dekat 20 pasang baju dia beli. Pandai gak dia beli baju. Walaupun x branded. Dia kata buat apa branded2 baby cepat besar. Kejap je dia pakai baju tu. Dengar je apa yg dia cakap....

Thursday, December 20, 2012

Doktor bagi cuti

Hari ni aku dah di tukar masuk wad kelas 2 dah. Bilik ni x bising sangat. Air cond plak sejuk gile. Sampai kena pakai sweater. Klu x pakai mmg mengigil la. Sebelum ni pkl7 aku dah siap mandi tapi sejak tukar masuk bilik ni, pkl2 petang baru aku mandi. Hehehehe,,,, Sejuk!

Masa lawatan doktor pakar tadi dia cakap dia bg cuti kat aku, Aku boleh balik rumah tapi kena datang balik hari Ahad. Dia bg cuti Khamis, Jumaat ngan Sabtu. OK la tu. At least aku boleh balik makan. Makan je yang aku ingat sekarang.. Masih ada bnyak benda yang aku nak makan...

Tuesday, December 18, 2012

First time masuk wad

Hari ni awal2 pagi lagi aku ngan husband dah terpacak kat hospital Sungai Petani.
Sepatutnya semalam lagi aku dah kena masuk wad. Tapi aku saja xnak masuk awl2. Nak makan laksa mak aku dl sebelum p sana. He3..

Sampai je sana aku terus p lobby. Kat situ ada pendaftaran. Bila p sana ktorg pun bgtau la kata nak masuk wad. Pekerja tu soh aku p terus kat dewan bersalin, pastu tunjuk surat refer dari Hospital Ampang ni.

Ktorg pun buat la apa yg pekerja tu suruh. Seb baik style Hospital ampang ngan hospital sungai petani lebih kurang sama. So, senang la nak cari.

Masuk je dewan bersalin. Bagi je apa yg diorg nak. Surat refer, buku pink, ic, pastu buat check up sket apa yang patut, air kencing, tekanan darah, kepekatan darah, jantung anak, pergerakkan anak. Lepas je buat semua check up tu aku pun di tolak masuk wad.

Aku masuk wad kelas 3 sebab dorg cakap katil kat wad kelas 2 xde kosong. Tu yang buat husband aku bising sket tu. Tapi nurse tu cakap dia akan tukar aku masuk kelas 2 kalau ada 0.

Hari pertama aku kat wad ok je. Xbanyak benda boleh buat. Aku tido je. Hehehe... Penat jalan jauh semalam.

Saturday, December 15, 2012

Minggu ke 34

My baby dah masuk 34 minggu dah...
Dan semalam jugak anniversary kitaorg yang ke 9 bulan.. Hehehe
Cer tengok ticker lilypie kat sebelah tu..
Baru je semalam try buat.
Walaupun terhegeh2 gak nak pasang kat blog ni.

Kejap je kan masa berlalu..
Tiba - tiba dah rasa berat sangat dah perut ni..
Nak gerak pun malas.
Kalau tido lak nak bangun pun malas.

Kalau ikut perhitungan doktor.
Cukup je 37 minggu boleh la aku jupa ngan org baru aku ni..
Hehehe.. Excited pun ada.. Nervous pun ada..

Ya Allah.. Kau permudahkan la segala urusanku di dunia ini..
My husband cakap dia dah dapat cuti sampai 21.1. ni untuk teman aku kat hospital.
Lega aku dengar. At least masa aku nak operate dengan masa aku lepas operate tu boleh la aku tengok dia.
Harap - harap.. aku masih boleh tengok dia...

Jom Makan Durian Plus

 (Gambar ikhsan google. Sengaja letak gambar yg x cantik sgt utk mengelakkan terliur.. hahaha)

Awal-awal pagi tadi dapat SMS dari sorang member bagitau pasal Pesta durian kat Sungai Buluh.
Bayar sorang RM12 je. Pastu boleh makan sepuasnya. Tapi xbgtau la plak boleh makan sampai pukul berapa. Macamana nak p? Aku dah balik Melaka la. Sila refer sini untuk maklumat lanjut kepada sesapa yang berminat. http://www.sinarharian.com.my/semasa/pesta-durian-jom-makan-durian-plus-sabtu-dan-ahad-ini-1.111893?localLinksEnabled=false

Wah.. bestnya boleh makan macam-macam.
Aku dulu xla hantu durian(nama lain untuk kaki durian) sangat. Tapi xtau la nape sejak akhir-akhir ni pantang dengar durian je mesti terliur. Kalau makan lak setakat 2-3 biji sekali makan tu mmg xrasa pape la.
Kalau boleh hari-hari nak makan durian..

Aku lambat tau pasal Pesta makan durian ni. Kalau la dapat tau lebih awal mesti kena arrange date untuk pergi gak.

Thursday, December 13, 2012

Placenta Previa


 Hari ni bila masuk je meeting dorang pakat tnya..
"Bila due?" Agaknya sebab perut aku ni dah nampak besar sangat kot?
"Lambat lagi. Tahun depan tapi minggu depan I dah start cuti tau."
"Nape?"
"Sebab Placenta Previa"

Apa sebenarnya Placenta Previa ni?
Apa yang aku faham dari apa yang doktor cite kat aku la kan..
Placenta previa ni ialah keadaan di mana uri baby berada kat bawah.
Uri ni la yang bekalkan makanan dan oksigen untuk baby.
Ada beberapa jenis Placenta Previa ni. Type 1, Type 2, Type 3 dan Type 4.
Type 3 & 4 tu paling bahaya la. Sebab dia menutupi hampir keseluruhan saluran vagina kita iaitu saluran untuk kita deliver baby nanti.
Type 2 plak x bahaya sangat sebab dia cuma menutupi separuh je. Tapi tetap berisiko untuk berlaku pendarahan dan x boleh deliver baby secara normal.
Type 1 plak doktor cakap ok lagi kalau nak deliver normal.

Bagi kes aku ni kat Type 2.
Doktor cakap aku kena masuk wad. Kalau berlaku pendarahan mungkin aku kena operate awal. Tapi doktor akan berusaha la tunggu sket supaya kandungan aku ni mencecah minggu yang ke 38.

Untuk maklumat lebih lanjut pasal Placenta Previa boleh refer sini:-
http://www.babycenter.com.my/a1037916/plasenta-previa


Bilik sewa di Apartment Dahlia, Pandan Indah.



- Bilik kecil untuk di sewa (seorang shj)
- Untuk wanita muslimah bekerjaya shj.
- Dekat dengan LRT Cempaka. 5 minit je jalan kaki.
- Dekat dengan kedai makan, bank, shopping mall, dan pasar malam tiap jumaat.
- Ada TV tapi xde Astro, mesin basuh, peti ais, dapur.
- Deposit 1 + 1
- Sewa bulanan RM200 termasuk air & elektrik.
- Berminat Call/SMS Shuhaida - 0142685184 untuk tengok.
- Kemasukkan bulan January 2013

UPDATED: IKLAN TELAH DI TUTUP!

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Mesti ramai yang xnak lepas peluang untuk buat sesuatu yang best pada hari ni. Nak nikah, Nak kawin, Nak dating, Nak bawa anak jalan-jalan, Nak pergi honeymoon dan bla bla bla.. Maklum la tarikh hari ni kan cantik.. 12.12.12.

Kalau dulu masa belum kawin ada gak berangan nak buat kenduri pada tarikh yang best cam 10.10.10, 11.11.11 atau 12.12.12. Hehehehe.. Tapi nampaknya x kesampaian.. Xkisah la tarikh apa pun kan. Asalkan kita bahagia sudah ^^

Apa plan hari ni?
Nampaknya xde plan pape special pun. Maklumla husband jauh.. P checkup hari ni pun sorang-sorang je.. Huhuhuhu.. Sabar lah wahai hati..

Tuesday, December 11, 2012

Ketagihan Nescafe


Baru lepas lunch tadi..
Pastu bukak drawer nampak plak Nescafe 3 in 1 Mild.
Terus perasaan memberontak untuk minum Nescafe datang meluap-luap..
Dah 2 hari kot aku x minum Nescafe.. Huhuhu..
Nampaknya hari ni aku x terdaya menahan nafsu (Ayat!).. Hehehehe..

Boleh ke pompuan mengandung minum nescafe?
Aku x pernah la tanya doktor pasal tu.
Tapi nurse ada cakap kat aku boleh je minum kopi atau teh tapi jangan banyak sgt.
Nescafe tu jatuh dalam golongan kopi la kan? Aku x la minum banyak. Sehari kadang2 1 packet je.
Xnak la aku minum banyak sebab di khuatiri ia akan menyerap segala kalsium yang ada kat badan kita.

Nape aku suka minum Nescafe?
Antara sebabnya:-

Nescafe buat aku x ngantuk. Lebih fokus buat keje.

Nescafe buat aku x sembelit. Ni betul tau. Bukan auta. Semenjak-menjak ni aku selalu kena sembelit. Kadang2 tu sampai berjam2 dalam toilet. Tapi masih x membuang-buang. Kalau sebelum aku mengandung mmg aku selalu gak la amik ubat julap. Tapi lepas dah mengandung ni x berani la plak nak ambik julap.

Nescafe buat aku kerap buang air. Bagus pe.. Boleh cuci saluran kencing. Hehehe..

So, Apa pendapat korang?
Sapa peminat Nescafe kat sini?

Monday, December 10, 2012

Minggu ke 33

Cepat betul masa berlalu..
Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 33 pun.
Rabu ni aku ada check up dengan Hospital Ampang. Harap2 semuanya ok..
Kalau x ok kena la aku masuk wad sampai bersalin.
Kalau masuk wad sampai bersalin best ke? At least aku xyah fikir bila aku nak start ambik cuti yer x?
Hehehe..

Tapi kalau aku x kena masuk wad. Bila aku nak start cuti ni?
Dah la duduk kat sini sorang2.. Jauh dari family, jauh dari husband. Kalau la di buatnya aku nak terbesalin kat sini mcmana?
Kalau boleh xnak la anak aku ni jadi anak KL.
Mama & Papanya org Kedah mst la jadi anak jati Kedah jugak. Hehehe

Nampaknya kena google untuk cari tips untuk start cuti bersalin ni.. Hehehhe

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!

Klik banner untuk join ^^

Follower = 298

Monday, November 26, 2012

Kulit Pai

Ni resipi untuk buat kulit pai.

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
Copy Paste dari http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/07/pai-epal-lattice.html
Lagi Resipi untuk kulit pai kat sini http://azlirazali.blogspot.com/2011/03/sugar-crusttart-shell.html#axzz2DJm8KL1H

Wednesday, November 14, 2012

Buat tepung goreng pisang rangup

http://hairul.com/blog/resepi-buat-tepung-goreng-pisang-paling-rangup-jom-pelbagaikan-lagi-hidangannya/

Thursday, November 8, 2012

Tips of the day

This is simple tip of the day,
basic stuff,
just to refresh you mind.
You may encounter the below error once you are running your application on tomcat server:

Unrecognized Windows Sockets error: 0: JVM_Bind

This means the port you are using to deploy you application on is being used by another process,
so how to figure out that which process blocking you port,
use below command:

netstat -a -n -o

-a : display all the connection

-n : display address and port

-o : display the process id bind to the connection

step 1: get the process id that your port is bind to it after running the above command.

tasklist -v -fi "PID eq " -fo list

-v: display task information

-fi: display task that match search criteria

eq: equal

-fo: display in format of (list, csv, table)

step 2: get the name of task or process that lock your port

step 3: use the task manager or command prompt to kill that process

Dah 28 Minggu

Kejap je.. Pejam celik.. Pejam celik.. Dah masuk 28 minggu pun kandungan aku ni..
Patut la sekarang ni rasa makin berat je perut..
Bila tengok kat cermin.. Dah nampak macam ibu-ibu mengandung dah.. Hehehe
Tapi aku masih boleh p keje pakai baju kurung lg tau.. Xde la plak gambar untuk share kat sini..

Minggu lepas ada p scan kat hospital. Yela, aku ni berisiko sket sebab LLP (Low Lying Placenta). So, setiap 3 minggu kena p hospital la buat checkup. Masa scan tu ada la tnya doktor. Boleh nampak ke jantina baby saya ni?
Agaknya boleh.. Jap kita tengok yer..
Doktor pun cari la punya cari.. Aku x bape nak pasti sangat camne rupa dia.. Doktor tu cakap baby kamu ni perempuan ni..
Sure ke cakap doktor ni?
Ntah la.. Tapi kan mak aku pun ada cakap yang anak aku ni ppuan..
Hehehe
Xkisah la dia ppuan ke lelaki ke asalkan lahir selamat dan sihat sudah..

www..monster.com.my

Sebelum ni aku x pernah pun tengok website ni walaupun aku ada dengar pasal dia.
Web untuk orang cari keje.
Mungkin sebab sebelum ni aku x berminat nak cari keje kot.
Baru semalam aku register kat web ni.
Hari ni aku dah dapat 5 call untuk offer aku kerja.
Tapi tu la.. aku terpaksa tolak sebab aku cari kerja kat Melaka je..

Rasanya aku dah letak dah Prefered location: Melaka.
So, kepada sesapa yang nak amik aku bekerja tu make sure area Melaka je k..
Aku x kisah gaji bape pun.. kurang dari gaji aku sekarang pun xpe.. Tp xnak la kurang bnyak

sgt. Hehehehe.. TAPI.. Asalkan kat Melaka.. Hehehe.. Ayat cam demand la plak! KuiKuikui..

Monday, October 29, 2012

Makin dekat makin bermasalah

Hari ni ada checkup lagi.. Minggu ni my baby dah 27 minggu lebih dah. Minggu depan dah masuk 7 bulan. Kejap je kan. Pejam celik pejam celik.Hari ni aku check up kat Klinik Ibu dan Anak Kuala Sungai Baru, Melaka.

Result check up x berapa nak cantik. Darah masih x cukup ok. Air kencing pun x ok. Ada gula. So, pelekat kat buku yang original warna putih tu dah jadi warna hijau. Nurse cakap aku ni ada risiko sket la time nak bersalin nnt..

Macam2 betul masalah sekarang. 2 Minggu lepas aku ada buat check up kat Hospital Ampang lepas berlaku sedikit pendarahan. Bila scan dia nmpak placenta aku tu kat bawah. Atau dorg lebih familiar ngan term "Low Lying Placenta"..

Aku risau klu aku ni x boleh nak bersalin mcm org biasa.. Paling menakutkan klu anak aku nnt di lahirkan pra-matang.. Atau yang paling paling menakutkan.... kalau boleh aku xnak fikir...

Wednesday, September 19, 2012

Doa memudahkan bersalin


Tips untuk ibu2 yang bakal bersalin & tengah berdebar-debar untuk bersalin..

1. Bismillah 3x

2. selawat 3x

3. hanna waladad maryama wamaryamu waladad i'sa uhkruj ayyuhal mauluud biqudratil malikil ma' bud
maksudnya :

Hana melahirkan Mariam, sedangkan Mariam melahirkan Isa, Lahirlah engkau wahai anakku dengan berkat kekuasaan Allah iaitu segala raja yang wajib di sembah.

boleh jugak baca ni..

La illah ha illa anta subha naka inni kuntum minazhalimin

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."

*masa kat Labour Room tu.. baca la ayat2 Kursi... banyak2kan berzikir... InsyaAllah dipermudahkan segala urusan..


Doa sesudah bersalin :

1. Bismillah 3x

2. Selawat 3x

3. A u' zu biizzatillah korrotihi minsyarrima ajidu wa u ha zir

maksudnya :

Aku berlindung dengan kekuasaanmu ya Allah dari segala penyakit yang ditemui dan ditakuti


References:

http://wnik.blogspot.com/2011/10/doa-mudah-bersalin.html
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=267283116667886&id=112863158776550

Wednesday, September 12, 2012

Jawatan Kosong - Pengawal Keselamatan

(Gambar hiasan google.com.my)


Gaji RM1300++
Kawasan Bangi

Sila hubungi:-
Che Zul: 017-3694283
Mashita: 019-4341869

Monday, September 10, 2012

Perkembangan Janin

(gambar ikhsan google.com.my)


Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.

Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.

Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.

Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.

Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Perkembangan Bayi Minggu 15

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat.

Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Perkembangan Bayi Minggu 16

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Perkembangan Bayi Minggu 17

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar.

Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.

Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar.

Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan

sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum tidur.

Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa.

Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.

Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.

Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran.

Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang.

Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat.

Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi.

Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.


Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.

Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang.

Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan.

Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Read more: http://www.ibumanja.com/?p=p_46&sName=PERKEMBANGAN%20JANIN#ixzz262up23gw

Tuesday, September 4, 2012

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !







Jom kita join bersama2.


Tarikh tutup segmen 6 Sept 2012.

Cepat2 join..

Salam kenal dan salam ukhuwah buat semua blogger yang datang ke blog saya (^___^)

Checkup - 19 Minggu

Aku jarang update pasal pregnancy week kat blog ni.. Sebab apa ek? Ntah la.. Malas kot.. Hehehe...
Kepada pembaca semua.. Aku nak announce ni.. Aku dah pregnant 19 minggu.. Yay!!
Baru je buat check up hari ni.. Appoinment ni kali ke berapa tu aku dah lupa la. Ni kali pertama aku p test sorg2. Husband x boleh teman sebab dia keje.

Test urine normal, Blood pressure test normal, berat pun ok.. Naik 1 kilo. Bulan lepas 39 kg. Bulan ni 40 kg.. Ringan je aku ni.. Pernah dulu sekali kena marah ngan nurse sebab berat turun.. Dari 42 kilo turun jadi 38. Masa tu aku alah teruk. Sampai nak makan apa pun x boleh.. Asyik muntah je.. Huhuhu..

Masa check perut aku bgtau nurse. Sebelum ni pagi2 je mst dah ada baby gerak. Tapi xtau plak hari ni dia diam je.. Kalau dah boleh rasa dia gerak apa kata kita check denyutan jantung dia.. Nurse tu suggest kat aku.. Aku ok je.. Dia pun check la.. Dup Dup Dup.. Aku dengar.. Nurse tu tunjuk bacaan alat tu kat aku.. Dia kata ok la ni.. 153.. Aku senyum je.. X faham pape pun sebenarnya.. Dia kata ok.. Aku pun ok je la.. Alhamdulillah.. Harap sumenya selamat..

Bila aku nak p scan baby ni ek? Masih belum berkesempatan lagi......


Thursday, August 30, 2012

Kuah Kacang

Sejak akhir2 ni asyik teringin macam2.
Semalam kat opis ada p pantry pastu terbau rendang. Terus teringin nak makan rendang. Petang tu on the way balik je terus call mak tnya camne nak masak rendang.. Mak pun bagi la resipi dia.. Hehehe.. Excited nak balik masak ni..

Sebelum balik rumah singgah SOGO dulu untuk beli barang2.. Masa nak naik LRT balik baru teringat yang terlupa nak beli santan.. Aiya!.. Malas dah nak patah balik semata2 nak beli santan tu je.. Tukar fikir resipi lain la.. Xnak la masak rendang malam ni..

Fikir2.. Apa lagi yang boleh di masak dengan lengkuas dan serai yang aku dah beli ni..
Call mak lagi.. tanya camne nak masak kuah kacang.. Sedap gak ni kalau pekena cucur udang ngan kuah kacang.. Hehehehe.. Mak kata try tnya mak cik sebab kuah kacang dia sedap..


So, malam tu jadi la.. Kuah kacang yang x di plan ni... Hehehehe
Sedap! Walaupun 1st time buat..

(Gambar ikhsan google.com)

Resipi Kuah Kacang

Bahan2

1. Serai
2. Lengkuas
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Cili kering
6. Kacang
7. Minyak, air asam jawa, garam, gula

Cara2
1. Kacang di goreng dan di blender.
2. Cili kering, Serai, Lengkuas, bawang putih, bawang merah di hiris. di goreng dan di blender dan masak beberapa minit.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan kacang yang telah di blender tadi.
5. Kalau x cukup kuah boleh tambah air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap!

Thursday, August 23, 2012

Design dapur untuk kediaman anda

Tengah mencari2 design dapur yang sesuai untuk rumah aku ni.. Hehehe.. Rumah dah lama siap. Tapi masih 0. Xpe.. Kita design dulu pelan2..

Check this out!
















Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK PEMBACA BLOG SEKALIAN..


Dah lama aku x update blog ni.. 
Sian.. dah berhabuk dah bersawang sume ada ni..
Nak kata xada idea.. Ada de.. cuma MALAS kot.. Hehehe..
Lagipun busy gile sejak akhir2 ni..

Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin




Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama.

Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  4. Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  6. Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  8. Tisu kena banyak…
  9. Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  10. Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  12. Kain selimut baby-waktu malam
  13. Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  14. Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  15. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  16. Susu formula sebab biasanya hari pertama n kedua, susu badan x kuar banyak.so baby lapar..bagi lah dia susu formula utk alas perut sementara susu badan banyak. ( Peringatan : kalau boleh sentiasa bagi susu badan, susu badan adalah yang terbaik Allah kurniakan sehingga baby umur 6 bulan , rujuk artikel setitis susu ibu anugerah tak ternilai..)
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  22. Mandian, losen., syampu,bedak..
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu
Untuk mak baby:
  1. Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin’
  4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  6. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  7. Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  8. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  9. Bengkung…utk kempiskan balik perut
Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..
Jangan lupa mandi wiladah lepas beranak…tanya ustazah mandi wiladah n nifas itu apa…
Jaga tempat jahit elok2 n keringkan…duduk betul2..tanya orang tua duduk mcm mana lepas bersalin.
Semuanya dengan izin Allah…susah bersalin…sakit dia Allah je yang tahu..tapi kuatkan semangat…kita sedang menyabung nyawa untuk lahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakn sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya…Banyak2 baca doa mohon pada Allah.

Saturday, June 23, 2012

Posting hari minggu

Dah lama aku x post pape entry. Bukannya xde idea. Tapi xde masa. Busy gile la skrg.. Adoi.. Career women katakan.. Kadang2 terasa alangkah bestnya kalau boleh dok goyang kaki je kat rumah kan? Tapi kalau keje goyang kaki je macamana ngan hutang kete, rumah ngan ptptn aku? Xkan nak harapkan husband aku sorg je yang kerja? Sian dia... Bape la sangat gaji dia tu...

Hari ni patutnya aku kena keje. Dah 2 minggu keje weekend ni.Tapi... Hr ni X pi pun.. Rasa cam nak rehat kat rumah je la. Membasuh ngan mengemas. Lagipun xbape nak larat skrg..

Mungkin sebab morning sickness ni kot.. Apa2 je yang aku makan sume x boleh nak masuk.. Asyik nak kuar balik je.. Nasib baik la ada 100+. Boleh gak jadi sumber tenaga ke-dua..

Dah bape minggu yer kandungan aku ni?
Dah 9 minggu agaknya.. Hehehhe... Seronok!

Minggu lepas, husband ada ambik cuti teman aku p buat check up kat klinik kerajaan.
Lama gile kena tunggu.. Nasib baik la aku dapat seorang husband yang sangat penyabar..
Dari pukul 9 pagi sampai tengah hari baru siap.
Nurse tu cakap first datang memang lama.
Yeke?
Ntah la..
Aku dah pun dapat buku pink untuk baby aku ni..
Excitednya...
Next appointment 16/7/2012 ni pulak..
Hehehe

Friday, June 1, 2012

Berita gembira ke ni?

Semalam dah 10 hari aku miss period. So, plan nak try la buat self test. Aku pun beli la 1 pregnancy test dan cuba buat. Keputusannya? Hehehehe... Aku positif mengandung!
Alhamdulillah..

Thursday, May 31, 2012

Hari - hari terakhir @ WCY, Masjid Jamek.


Gambar ni di ambil dari Tingkat 6 Wisma Char Yong.
Aku akan merindui tempat ni walaupun x secantik tempat baru.

Wednesday, May 30, 2012

RAHSIA KEKAYAAN APEK



Untuk renungan kita bersama...

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri.



Kredit to: www.ayuten.com

Friday, May 25, 2012

INNER JOIN

Syntax:

SELECT column_name(s)
FROM table_name1
INNER JOIN table_name2
ON table_name1.column_name=table_name2.column_name;


Example:

select *
from CST_KFH_USER cu
inner join CST_USER_GROUP cst
on cu.GROUP_ID=cst.GROUP_ID where  cu.u_deleted=0 order by cu.user_alias desc;

Tuesday, May 22, 2012

Gegata & Kelopak Garam


Gegata / Kelopak Garam adalah penyakit di mana anda akan berasa gatal-gatal di kulit. Bila di garu, ia akan membengkak (cam dalam gambar kat atas tu). Ada yang menyatakan penyakit ni terjadi bila kita salah makan sesuatu makanan atau kita alah terhadap sesuatu makanan tersebut.

Kalau kat kampung aku, memang dah familiar perkataan Kelopak Garam tu.. Cuma perkataan Gegata tu je la sedikit asing. Aku dapat tahu perkataan ni pun dari seorg opis mate. Semalam la, tima tengah dok buat keje. Aku pun tunjuk kat dia yang tangan aku ni bengkak ngan gatal2.. Pastu dia pun cakap... Ooo.. ni gegata ni..
Aku pun apa lagi.. Gegata? Xpernah dengar pun.. So, dia pun start la google psl penyakit gegata ni..

Malam tu dah la panas.. Air cond kat sini bukak sampai pukul6 je. Lain dari waktu tu kena guna kipas je la.. Apa lagi.. Gatal gile.. Aku rasa kulit kat belakang aku tu dah tebal seinci dah.. Menderitanya! Aku ciao pukul 8.30mlm kot.. Plan nak stay back la lewat sket habiskan kerja.. Tapi dah x mampu dah..

Aku kena p cari gak farmasi ke, klinik ke.. Nak cari ubat. Aku p farmasi kat Guardian. Area Masjid Jamek.. Ala.. nasib x bape nak baik.. Dia dah tutup dah.. Aku cepat2 pergi kat satu farmasi kat dalam Sogo.. Masa kaki langkah nak masuk Sogo tu siap ada pengumuman lagi.. "Sogo akan di tutup dalam masa 10 minit lagi".. Huhuhu.. Tapi dalam hati berharap farmasi tu x tutup lagi..

Turun je tingkat bawah tu.. Aku tengok bnyak gerai dah kena selimut.. Farmasi tu?
Fuh.. Nasib baik belum...
Aku pun p la kaunter cakap nak ubat gatal. Aku pun tunjuk bengkak kat tangan aku tu..
Salegirl tu pun bagi la satu ubat.. Aku pun tengok kat belakang ubat tu.. tulis.. "Cetirizine HCI".
Aah.. betul la ubat ni.. Ok lah.. Sy nak 1 ubat ni..
Lepas bayar aku telan terus 2 biji. Semoga cepat la hilang gatal tu..

Pagi tadi, lepas bangun tido. Aku tengok badan2 aku dah kembali ke normal. Yay!!
Boleh la makan sotong lagi hari ni sebab dah ada ubat.. Heheh..
Sebenarnya aku memang selalu dah kena penyakit ni..
Nak bt camne kan.. Dah nasib..
Aku x boleh nak pantang makan Sotong & Udang sebab tu memang feveret aku..







Sunday, May 20, 2012

Hafiz AF Menang Astro Mania?

Kecewa betul x sempat nak tengok MANIA kat Astro semalam. Semalam aku balik Melaka.. Biasa la kalau balik Melaka memang busy punya. Macam2 xtvt. Hehehe.. Terlupa terus aku pasal MANIA. Kalau teringat mungkin boleh ajak laki p tengok kat kedai. Sebab kat rumah kitaorg xde Astro.. Tapi... Semalam ada Siaran Langsung Piala FA gak kan? Mesti xde chance nya klu aku nak tgk pun..

So, Pagi ni.. sampai je opis terus la selak2 MANIA ni kat facebook.. Nampaknya Hafiz yang menang ek..
Xbape nak percaya nih.. Tapi terpaksa percaya gak la sebab sumber yang aku baca tu memang x boleh di sangkal lagi.. Hehehe

Bukak lagi blog.. Ramai yang pakat cite psal Hafiz... Ok ke Hafiz yang menang?
Sebab, aku target Jaclyn Victor yang menang. Lagi pun aku memang sokong Jaclyn Victor. Sejak mula2 dia masuk Malaysian Idol pun aku dah minat kat dia.

Kawan2 aku ramai yang cakap Stacy akan menag. Sebabnya? Dia cakap Stacy org Sabah. Orang Sabah rajin mengundi. Sebab tu la Ebi yang suara tah pape tu boleh bertahan.. Aku memang meluat gile kat Ebi.. (Ntah apa la dosa dia kat aku smpai aku benci dia kan?)

Apa pun.. Tahniah kat Hafiz sebab menang. Hafiz pun aku minat gak. Hehehe






Orang Malaysia xde kesedaran?

Tadi aku naik LRT dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Ramai betul orang. Tunggu punya tunggu.. Dalam 5 minit camtu datang lah LRT. Aku pun naik la.. Ramai sangat orang, biasa la kalau x dapat tempat duduk tu.. Aku x kisah sangat kalau x dapat tempat duduk.. Tapi...

Aku kesiankan kat sorg kakak ni.. Dah la kena berdiri pastu kena dukung lagi anak kecik dia.. Aku tengok orang2 yang duduk tu buat2 xnampak je... Kalau muka cam mat saleh ke negro ke indo ke.. Aku xkisah sangat.. Ni x.. Sebangsa dan seagama ngan kita lagi ni.. Bukan sorang k, Segroup lagi.. Mungkin kakak tu x pandai lilit tudung ala - ala Hana Tajima, so, dorg pun xnak bagi tempat duduk tu kat kakak tu..

Cite belum habis lagi.. Dalam dok bersesak-sesak dlm LRT,, Mungkin la anak kakak tu x selesa kot. So, dia pun nangis la.. Waaaaaaa! Kuat gile... bingit gak telinga.... Bila dah budak tu start nangis baru la ada sorg cha ya nun alif tu bangun untuk offer tempat duduk.. Kakak tu pun duduk la kat tempat yang sempit tu.. Redha je la kan.. Dah tempat itu je yang ada.. Kakak tu pun pujuk2 la anak dia.. Tapi anak dia tu xnak jugak diam.. Masih nangis2 lagi.. Mungkin la sebab bising n rimas la kot duduk sebelah kakak tu.. Sorg dari group yang pakai tudung ala hana tajima tu pun bangun dan gerak dari situ.. Muka masam je. Pastu member2 dia pun follow la.. Dah luas la tempat untuk kakak tu.. Anak dia pun terus diam..

Aku yang melihat situasi tu gelak dalam hati je la.. Pandai budak tu yer jaga mak dia.. Hehehe..
Group-group gadis yang pakai tudung ala-ala Hana Tajima tu pun satu.. Memahami la sket.. Sesama pompuan pun xkan xfaham kot.. Mungkin bila ko dah ada anak pastu ada org buat ko mcamtu baru ko nak ada kesedaran kot?


Gambar ni aku amik dari http://eyfaaliasstory.blogspot.com.

Tuesday, May 8, 2012

Kain Pasang Murah 2012

Mari - mari sini kakak kakak, adik adik, abang abang, tuan puan, cik encik sekalian..

Kita tengok kain untuk buat baju raya.. Murah - murah je ni..

Yang mana berkenan bgtau saya k..

Cepat - cepat..

Kalau lambat nanti habis..

 Kod 1: Warna coklat

 Kod 2: Warna kuning coklat

  Kod 3: Warna merah

Kod 4: Warna pink purple


Kain Sari.
Sesuai buat baju kurung, kurung moden, kebaya, etc..
4 Meter (2 Meter baju + 2 Meter kain)
RM40 termasuk pos.
Sabah + Rm2
Sarawak + Rm3

PM sy sesapa berminat

Friday, April 27, 2012

I LOVE U FOREVER

Kuar makan tengah hari ngan sorang client. Memang agak selalu kuar ngan dia. Kitaorg pun agak rapat lah.. Masa tengah makan dia tnya..

Client: "U balik Melaka x hari ni?"

Aku: "I x balik. Husband I masuk hutan.. 2 minggu"

Client: "Apa? Masuk hutan?"

Dia pelik..

Aku: "Biasa la.. Askar.. masuk hutan, redah hutan.. biasa la tu.."

Client: "Oooo..."

Diam sekejap.. tengah menjamu selera.. Aku makan nasi ngan kangkung goreng + sup cendawan + kentang goreng + udang goreng.. Dia lak makan mee cina kot.. Lupa lak aku nak tnya dia makan apa tadi.. Sebab lapar sangat kot..

Client: "U x takut ke husband U ada org lain?.. Yer la.. U kat sini... dia kat sana.."

Aku: "Masa belum kawin lagi ada gak fikir pasal tu.. Tapi sekarang dah x fikir dah.. I percaya kat dia.. Hehehhe"

Client: "Macamana pulak dengan dia? Dia x takut ke U ada orang lain?"

Aku: "Yang tu xtau la plak.. Tapi xpe.. I sayang dia sorg je.. "


Pastu kitaorg 2-2 gelak.. Hehehehe.. Memang aku sayang dia sorg je pun..

Pe khabar la sayang aku kat hutan tu yer..

Lagi entry layan perasaan... Hehehe.. TQ kepada sesapa yang sudi baca..

Tuesday, April 24, 2012

............................

Entry yang xtau nak bagi tajuk apa..

Baru2 ni pergi rumah member yang dah lama x jupa.. xla lama sgt x jupa dia. last jupa masa kenduri hari tu je.

Member: "Aik? Nape makin kurus ni? Akak nmpak hari tu berisi sket."

Aku: "Yeke akak? ...."

Memang makin kurus kot.. Sebelum ni berat aku 45 sekarang dah turun 43. Orang kata sepatutnya lepas kawin badan mesti makin naik. Yer x? Aku lak lain.. Makin turun plak..

Agaknya sebab RINDU kot..  Buat masa ni aku ngan husband tinggal berasingan.. Aku kat KL, Dia kat Melaka. Hujung minggu baru jupa. Sekarang ni dia masuk hutan (maklumla ATM). So, mungkin 2 minggu kitaorg x jupa.. Kalau pergi operasi lagi la.. Dengar2 sampai 3 bulan.. Huhuhu.. Siksanya..

Aku dok usha gak keje2 kat Melaka tu.. Tapi cam x berapa nak menarik cam kat KL ni. Atau aku ni yang takut nak bertukar tempat kerja baru? Maklum la aku x pernah tukar kerja sejak aku habis study dl. Kalau aku tinggal kat Melaka ni pun satu hal jugak sebab aku xde lesen. Susah lah nak gerak p mana2 nnt. Xkan nak harap dia je yang escourt aku 24 jam?

Kadang2 terfikir cam nak benti keje je. Jadi full time house wife. Mesti best kan? Boleh jaga makan, pakai suami kita. Tapi... Kalau dia sorg je yang keje mesti susah.. Dah la aku ni bnyak hutang.. Hutang rumah la, hutang keta la, ptptn lagi..

Tengok orang buat bisnes online dari rumah rasa cam best je kan?
Ermm... Apa bisness yang aku boleh buat yer?....

Ok lah.. ni je entry untuk hari ni.. sekadar luahan perasaan yang terbuku dalam hati.. hehehe..

Thursday, April 19, 2012

Friday, April 13, 2012

Stuck In The Moment - Justin Bieber



With You,
With You,

I Wish We Had Another Time,
I Wish We Had Another Place...

Now Romeo & Juliet,

Bet They Never Felt The Way We Felt,
Bonnie & Clyde,
Never Had The Hide Like,
We Do,
We Do...

You And I Both Know It Can't Work,

It's All Fun And Games,
'til Someone Gets Hurt,
And I Don't,
I Won't Let That Be You...

Now You Don't Wanna Let Go,

And I Don't Wanna Let You Know,
That There Might Be Something Real Between Us Too, Who Knew?
Now We Don't Wanna Fall But,
We're Tripping In Our Hearts And It's Reckless And Clumsy,
'cause I Know You Can't Love Me

Yea...


I Wish We Had Another Time,

I Wish We Had Another Place,
But Everything We Have Is Stuck In The Moment,
And There's Nothing My Heart Can't Do (Can't Do),
To Fight With Time And Space 'cause,
I'm Still Stuck In The Moment With You...

Like Adam & Eve,

Tragedy Was A Destiny,
Like Sunny & Cher,
I Don't Care,
I Got You Baby...

See We Both,

Fightin' Every Inch Of Our Fiber,
'cause In A Way,
It's Gonna End Right But,
We Are Both Too Foolish To Stop...

Now You Don't Wanna Let Go,

And I Don't Wanna Let You Know,
That There Might Be Something Real Between Us Two, Who Knew?
And We Don't Wanna Fall But,
We're Tripping In Our Hearts And It's Reckless And Clumsy,
And I Know You Can't Love Me

Yea...


I Wish We Had Another Time,

I Wish We Had Another Place,
But Everything We Have Is Stuck In The Moment,
And There's Nothing My Heart Can't Do (Can't Do),
To Fight With Time And Space 'cause,
I'm Still Stuck In The Moment With You...

See Like,

Just Because This Cold Cold World Saying We Can't Be,
Baby, We Both Have The Right To Disagree,
And I Ain't With It,
And I Don't Wanna Be So Old And Grey,
Reminiscing 'bout These Better Days,
But Convince Just Telling Us To Let Go,
So We'll Never Know...

I Wish We Had Another Time,

I Wish We Had Another Place,
'cause Everything We Did,
And Everything We Have Is Stuck In The Moment,
Yeahhh...

I Wish We Had Another Time,

I Wish We Had Another Place,
But Everything We Have Is Stuck In The Moment,
And There's Nothing My Heart Can't Do,
(Nothing My Heart Can't Do),
To Fight With Time And Space 'cause,
I'm Still Stuck In The Moment With You,
Yeah,
Whoa Whoa... 


Korang pernah x dengar lagu ni?
Best kan?
Sebelum ni aku x pernah lak minat ngan lagu budak ni. Sebab apa? Sebab suara dia tu cam ala ala budak ppuan. Tapi aku rasa lagu ni cam best plak.. X la dengar sgt suara kepompuanan dia tu.. heheheh 


*** maaf yer peminat Justin Bieber *** 

Ayam mana yang anda paling suka?




Mana satu pilihan anda?

Hangat-hangat taik ayam


Dah lama aku x update blog ni kan? Hangat - hangat taik ayam je ke aku ni? Korang tau ke apa maksud hangat - hangat taik ayam ni? Kepada sesapa yang xbape nak tau meh sini aku bgtau. Maksud hangat-hangat taik ayam ni ialah: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan.  Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.

Aku x update blog ni bukan sebab bosan. Tapi xde idea.. Itu pun di kira hangat - hangat taik ayam ke? Hehehehe..

Awwww.. bestnyer tido...


Bestnya tengok dia tido... Geram! Cam nak ggt pun ada gak!

Tuesday, April 3, 2012

Best kan?


Khas untuk para isteri - Miliki Rahsia Wanita anda sekarang.



Jadi wanita idaman suami dengan Rahsia Wanita.

Berbaloi2 untuk di miliki.

Antara Isi Kandungan:

Petua Kekal Langsing    3
Mengharumkan Badan    4
Melunakkan Suara    4
Menegangkan Payudara    5
Mencantikkan Payudara    5
Memerahkan Puting Yang Lebam    5
Mengurangkan Air Pada Faraj    5
Merapatkan Peranakan    6
Masalah Keputihan Pada Faraj    6
Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj    6
Mengelak Alat Sulit Berbau    7
Senggugut Lama    8
Petua Tahan Lama Ketika Berjimak    8
Petua Membangkitkan Syahwat Suami    8
Petua Pulih Dara    9
Petua Kembali Gadis    9
Petua Sayang Suami    9
Petua Kemutan Faraj    9
Petua Senaman Istimewa Wanita    10
Memulih dan Menyempitkan Faraj    10
Memulih Lemah Nafsu Syahwat    11
Petua Seksologi Wanita    11
Mengubati Sifilis    11
Petua Untuk Perawan    12
Wajah Suci    12
Menyegarkan Payudara    12
Taman Semerbak Mewangi    12
Lubang Jarum    12
Suara Perindu    12
Mengurut Pangkal Bunting Padi    13
Payudara Montok    13
Petua Mendapat Anak.    13
Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih    13
Menghilang Loya Ibu Hamil    13
Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin    14
Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin    14
Air Susu Berlebihan    15
Memudahkan Bersalin    15
Menyembuhkan Luka Pada Rahim    15
Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil    15


Untuk miliki naskah Rahsia Wanita anda sendiri.

Bank in RM10 dalam salah akaun di bawah:


MAYBANK: 164294283876

CIMB : 02060074238529

RHB: 11804500001343

Nama: Nor Shuhaida Binti Subri


email bukti pembayaran ke: shuhaida767@gmail.com

Monday, April 2, 2012

Sunburn Oh Sunburn..

Malam ni aku dok google camne nak hilangkan sunburn kat muka ni..

Dah macam negro nih.. Ni la padahnya mandi laut sampai x ingat dunia..

Antara blog yang aku jupa:

http://selipartoilet.blogspot.com/2011/07/petua-menghilangkan-sunburn.html

http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/11/petua-pulih-sunburn.html

Petua dorg ni cam semacam jek.. Xtau la dorg copy paste ke apa.

Ni lagi petua..

http://selipasindarela.blogspot.com/2010/04/petua-menghilangkan-sunburn.html

http://petua.webs.com/petuakecantikan.htm

Sambil2 baca petua kita boleh BW jugak..

Thursday, March 29, 2012

Segalanya selamat..

Lama aku x update blog. Busy lepas kawin hari tu. Maklum la cuti lama. (Cuti 10 hr je pun.. Honey moon pun x sempat.. Lama ke?) Keje bertimbun-timbun. Sebelum inai kat jari ni hilang. Nak juga update blog time jari tengah berinai ni.. Hehehe..

Syukur alhamdulillah.. Semuanya selamat. Berjalan seperti yang di rancangkan.. Walaupun pada mula2 nya agak kelam kabut. Apa x kelam-kabutnya, nak akad nikah 14hb 3 2012, borang nikah tu 13hb baru hantar kat Pejabat Majlis Agama Islam Kedah. Nasib baik ada ustaz yang nak cop borang kami tu.. Kalau x, kenduri dulu la gamaknya baru nikah.. Hehehehe

14hb March 2012 5:54PM

Aku sah bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz..



15hb March 2012

Hari kenduri kat rumah aku..



18hb March 2012

Majlis kenduri kat rumah kakak suami aku. Dia dah xde mak ayah, Kakak dia dengan besar hati nak adakan kenduri belah dorg kat rumah dia..



Sekian untuk kali ni.. Belum puas lagi ni upload gambar.. bnyak lagi gambar.. tunggu lain kali..

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kami ni.. Mak ngan Ayah, Tok Imam masjid batu simpor, Tok ngan Wan, Pak Cik ngan Mak Cik, Pak Lang ngan Mak Lang, Tok su, Tok ngah, Orang2 kampung simpor besar tikam batu, Abg En & Kak Ita, Kak Zaini ngan Abg Leh, Yasmin Arabella, Nazri, Nurul, Fiq, Iera, Kecil, Kak Ngah, Mizi, Udin, Nabil, Naim, Lala, Balqis Butik Chenta Bridal House.. Kalau ada sesapa yang x di sebut di sini jangan marah ek... Yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T yang kurang tu datang dari diri ini sendiri..

Doakan kami bahagia selalu k..

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”



Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

Wednesday, March 7, 2012

Banjir Kilat kat Masjid Jamek KL

Tadi terkandas kat opis sebab hujan lebat.. Tunggu punya tunggu. Dah nak pukul 9 pun masih belum reda gak hujan ni... Hujan ooo hujan.. Bila ko nak benti ni... Nampak gaya cam xde kesudahan je hujan ni.. So, terpaksa la angkat kaki jugak.. Basah pun basah la.. Lagipun kalau esok demam leh amik MC.. Kan? Kan? Kan?

Jalan yang selalu aku lalu tu nmpak cam xbape ada org.. Aku pun amik la keputusan untuk lalu dekat area kedai2 Bazar Masjid Jamek tu.. Jalan punya jalan... Wah... Sakan air sungai ni.. Dah melimpah keluar pun...





6 days to go...


6 days to go... huhuhuhu

Friday, February 17, 2012

SEKSAAN BAGI ORANG YG MENINGGALKAN SOLAT

Untuk renungan saudara & saudari di luar sana

Seksaan Semasa Hidup di Dunia
1) Umurnya tidak berkat.
2) Akn dihpuskan tanda2 orang soleh dri mukanya.
3) Tiap2 amal yg dikerjakanya tiada diberikn phala kepdanya.
4) Segala doanya tiada diperkenankn oleh Allah.
5) Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia
6) Tidak ada baginya bahagian drpd doa utk orang2 soleh.

Seksaan Keika Hendak Mati
1) Mati dalam kehinaan.
2) Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3) Mati dlm keadaan dahaga yg amat, sehinggakn jika dtuangkn ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga.

Seksaan di Alam Kubur
1) Kuburnya disempitkan.
2) Dinyalakan api, yg mna dia akn membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu.
3) Allah mengarahkan ular yg besar, dnamakan "Shajkul Akrak", utk menyeksa si mayat. Ular itu akn berkata,"Sesungguhnya aku telah disuruh olh Tuhanku utk memukul engkau dr Subuh hingga Zuhur, sbb engkau sia2kan wktu Zuhur; dpukul pula hingga Asar, sbb engkau sia2kan wktu Asar..."Begitulah setrusnya setiap hari, siang dan mlm, sehingga hri kiamat.

Seksaan di Hari Kiamat
1) Allah memerintah malaikat azab menghela mereka orang yg tidak solat itu ke dalam neraka.
2) Allah menilik pda org yg tidak solat dgn tilikan yang murka.
3) Allah akan mengira org yg tidak solat itu kiraan yg paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman-Nya yg brmaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka mnjawab, "Kami tidak solat"

Sumber Buku: Ensiklopedia Solat (Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...