Bahan-bahan:-
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam knorr
2 sudu besar sos tiram kimball
2 sudu besar sos bbq
2 sudu besar kicap manis
3 ulang bawang putih di tumbuk
1 cm halia di tumbuk
Sedikit lada hitam ditumbuk
Sedikit mixed herbs
Sedikit minyak
Garam, gula secukup rasa.
Cara-cara:-
1. Bersih daging kambing dan toskan.
2. Ketukkan sedikit bahagian daging kambing supaya tidak liat.
3. Gaulkan daging kambing dengan bawang putih, halia, lada hitam, mixed herb, kiub ayam, sos tiram, sos bbq, kicap manis, garam & gula.
4. Perap beberapa jam atau semalaman supaya bahan perapan meresap ke dalam daging.
5. Bakar sehingga masak. Boleh gunakan kuali @ oven. Jika gunakan oven bakar pada suhu 160°celcius selama 20-30 minit.
No comments:
Post a Comment