Thursday, April 10, 2014

Ikan Bakar Sumbat Kelapa


Bahan-bahan

1) Kelapa
2) Cili hidup
3) Serai
4) Bawang merah
5) Belacan
6) Gula
7) Air asam jawa
8) Serbuk kunyit
9) Garam
10) Ikan

Cara-cara

1) Ikan di siang & di belah belakang. Basuh dengan air asam dan garam untuk hilangkan bau.
2) Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
3) Hiris serai, cili hidup, bawang merah kecil2.
4) Tumbuk kesemua bahan2 tersebut bersama belacan dan kelapa.
5) Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa
6) Ambilkan ikan dan sumbatkan bahan2 yang telah di tumbuk tadi ke dalam perut ikan.
7) Ikan sedia untuk di bakar. Kalau xnak bakar goreng pun sedap. Cuma kurangkan sikit minyak mengoreng tu yer :-)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...