Wednesday, March 26, 2014

Malware Vs Anti-Malware


Dah lama x sharekan sesuatu tentang dunia komputer.
Kali ni saya nak sharekan pasal satu sofware yang mungkin agak berguna.
Terniat untuk sharekan software ni sebab dah dekat seminggu lebih laptop ni di serang oleh pop-up - pop-up window yang tidak di ingini.

Apakah malware?

‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk  tujuan  mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya bertujuan dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau system pengoperasian.

X berapa nak sure betul ke x definisi ni.. Tapi antara simptom-simptom yang berlaku jika komputer kita di jangkiti malware ialah..

1.Prestasi Komputer tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi perlahan.
2.Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan “crash” secara tiba-tiba.
3.Komputer menjadi “hang” selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
4.Perisian Anti-virus hilang tiba-tiba.
5.Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak “mengeditnya” sebelum ini.
6.Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
7.Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
8.Selalu keluar pelbagai mesej error di komputer anda.
9. Selalu keluar pop-up window yang tidak berkaitan semasa anda surfing internet.
10.Ruang hard disk dan memori menjadi semakin berkurangan tanpa diketahui sebab.
11.Komputer selalu reboot sendiri.

Untuk membuang malware ni dari komputer. Senang jer.. Anda boleh install software anti-malware Malwarebytes. Boleh download di link ni https://www.malwarebytes.org/
Boleh guna free atau nak bayar pun boleh :-)

Itu saja perkongsian saya untuk kali ni.

Sumber:
http://kumbanghere.blogspot.com/2013/10/tanda-tanda-komputer-kita-dijangkiti.html#ixzz2x3cdD3IP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...