Thursday, January 2, 2014

Berenang Timbul Tenggelam


Telah tamat sepuluh buku mengenai
berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui
pelbagai cara berenang. Dari kuak lentang,
kuak kupu-kupu sehinggalah berenang gaya bebas.

Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya,
dia masih tidak pandai berenang!!!

"Kau perlu ada guru.Jangan hanya membaca
daripada buku" nasihat seorang temannya.

"Baiklah,mulai esok aku akan berguru"

"Mula-mula kita belajar mengapungkan diri,"
kata guru yang mengajarnya.

"Baik, kemudian?"

"Julurkan tangan kanan ke hadapan dan tarik
ke belakang dan sebelum tangan tu sampai ke
belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan
balik gerakan seperti tangan kanan tadi berulang-ulang"

"Kedudukan kaki bagaimana?"

"Kaki hendaklah menguak air serentak dengan
kuakn tangan" kata guru itu.

"perut,dada dan kepala bagaimana?"

Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan
tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya.

"Susah betul mengajar anak murid yang satu ni"keluhnya

Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak
bertanya seperti itu payah diajar.

"Engkau belajar sahajalah dengan guru saya"katanya

"Wah, tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru.
Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kesusutan ini" bisiknya

Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus
dibawa ke tepi kolam renang.

Sebaik sahaja meletakkan barang-barangnya,
guru tersebut terus menolak murid itu ke dalam kolam.

"Tolong, tolong! Sata tidak pandai berenang!"

Guru itu cuma melihatnya dengan selamba

Murid tersebut tenggelam timbul didalam kolam. Dia mula panik dan begitu takut. Tetapi didalam keadaan terdesak itu,dia ingat semula ilmu renang yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakkanmengikut apa yang telah dipelajari. Dia benar-benar terdesak. Akhirnya......badannya terapung dan dia sudah mula berenang!

Pengajaran! Cara berenang yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang kita pelajari. Untuk mendapat pengalaman,ilmu perlu di amalkan. Setelah di amalkan barulah apa yang dipelajari dapat dialami. Pengalaman itulah guru yang terbaik.

Iklan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...