Friday, February 7, 2014

Guna Lif Untuk Naik Gunung Kinabalu


-Tersebutlah kisah kejadian yang berlaku sekitar tahun 2014-

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu 
membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung 
kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' 
dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak 
daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje 
ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download 
tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap 
orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download 
tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...
aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan 
kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu
 dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib'
 yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah 
bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' 
hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya 
untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia 
sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah 
tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi 
manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan 
sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang 
dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu 
ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas 
tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah 
dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...
kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul
...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya..
.kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena 
ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap 
sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..
belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang 
lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...