Wednesday, August 6, 2014

Kenapa Perlu Boikot Mc Donald's (McD)


Artikel ni copy-paste jer..
Suka ayat2 dia. Idea yang Bernas :-)

Bila kita cakap pasal Kempen Boikot Barangan ISrael.
Macam2 kita dengar..

1) Macamlah kau tak pernah makan mcd.
2) Alah, kalau boikot pun, bukan boleh muflis pun.
3) Kalau aku boikot pun, tak ada beza pun.
4) Alah, kau boikot mcd. Habis tu benda-benda Yahudi lain kau guna jugak.
5) Jangan hipokrit lah.

Artikel ini akan cuba untuk menjawab persoalan-persolan di atas. Mudah-mudahan akan ramai yang terbuka hati, mengubah persepsi pemahaman diri tentang apa yang dimaksudkan dengan boikot disini. Terlebih dahulu, molek kiranya kita memahami apakah itu McDonald’s dan bagaimana penglibatan mereka dengan Israel.

McDonald’s adalah rangkaian pembekal makanan terbesar di dunia dengan 31,000 restoran di 118 negara. Restoren pertama di Timur Tengah adalah di Israel pada 1993, selepas itu berkembang menjadi 125 restoren dengan 60% pegangan pasaran dan turnover sebanyak USD93 juta, dengan pekerja Israel seramai 3000 orang. Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web rasmi Jewish United Fund [JUF] of Metropolitan Chicago), McDonald’s Corporation adalah rakan kongsi korporat JUF dan Jewish Federation.

Melalui Israel Commission, JUF berusaha untuk mengekalkan kuasa ketenteraan Amerika, ekonomi dan hubungan diplomatik dengan Israel, menyelia dan jika perlu menjawab kepada media isu-isu berkaitan Israel. Melalui program “Partnership to Israel”, JUF menyumbang sebanyak USD1.3 juta setahun untuk membangunkan Kiryat Gat, sebuah kawasan penempatan haram yang dibangunkan selepas pembersihan etnik pada 1949 yang bertentangan dengan konvensyen undang-undang antarabangsa. Kebanyakkan program-program yang ditaja McDonalds adalah berbentuk pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat untuk membersihkan nama Israel, dan demi memastikan dunia merasakan bahawa Israel tidak bersalah. Pengarahnya, Simon Silberg telah memenangi anugerah Goldsmith atas kapasiti beliau menjayakan program “Israel Solidarity Day”. Yang seronoknya apabila di Arab Saudi, terdapat lebih 83 cawangan termasuk 4 di Madinah dan 4 di Tanah Suci Mekah, termasuk yang terbaru di pusat membeli belah Abraj al-Bait (Towers of the House) hanya beberapa meter daripada Kaabah, dengan Putera Mishaal bin Khaled Al Saud adalah pemegang lesen.

Saya harap daripada penerangan di atas, anda faham bagaimana Mcdonald’s terlibat secara langsung ke atas modus operandi Yahudi, walaupun bukan dalam aspek ketenteraan. Jadi, bolehlah saya teruskan dengan perbincangan yang lebih mendalam. Sebelum itu, saya juga harap anda semua faham konteks perbezaan Yahudi dan Israel Zionis. Yahudi itu bangsa/agama yang berada di mana sahaja, tidak mengganggu orang dan boleh hidup dalam suasana aman dan damai. Israel Zionis ini adalah rejim yang menghancurkan bumi Palestin dan merampas tanah dengan membunuh secara kejam penduduk di sana. Apabila kita berbicara soal mangsa keganasan di Palestin, kita mencaci kekejaman rejim Zionis Israel, bukan Yahudi secara am, walaupun asasnya mereka juga berbangsa/agama Yahudi.

Berdasarkan pemahaman ini, adalah diharapkan terjawablah soalan kelima (5) di atas. Yang kita cuba untuk boikot adalah organisasi Israel dan sekutunya, iaitu organisasi yang secara langsung membantu survival rejim Zionis ini, seperti McDonald’s.

Kenapa McDonald’s?

Saya tidak pasti apakah punca awal disasarkan organisasi ini. Tetapi, saya punya idea tersendiri yang menyebabkan saya lebih menyokong untuk memboikot mcd berbanding barangan lain seperti Loreal, Danone, Coke dan sebagainya. Tujuan boikot bukanlah untuk melingkupkan syarikat ini. Sungguhpun kalau boleh memang kita mahu begitu. Tetapi, dengan lebih 170 cawangan mcd di Malaysia, dan ratusan ribu di seluruh dunia, adalah sangat mustahil mcd akan muflis.

Yang kita mahu buktikan adalah solidariti ummah, betapa umat Islam di Malaysia terutamanya (jika tidak seluruh dunia) mengecam tindakan Israel, dan menuntut perubahan. Bagaimana? Kita tunjukkan kuasa membeli belasan juta umat Islam di Malaysia. Bagaimana pegangan ekuiti pasaran mcd akan jatuh tanpa sokongan umat Islam. Maka, hentikanlah kekejaman itu, kami akan sokong anda semula. Begitulah bunyinya. Terjawab soalan kedua (2).

Yang menyedihkan, kempen boikot tidak disambut malah diperlekehkan lagi. “Alah, macamlah kau tak pernah makan.” Itu bukan isunya. Isunya disini, sejak 14 & 15 November lalu, kekejaman Israel semakin melampau dan kita tidak boleh merestui tindakan itu. Maka, kita lancarkan boikot ini sebagai tanda bantahan. Kalau berterusan, saksikanlah kekuatan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia yang mampu untuk menjahanamkan ekonomi Israel serta sekutunya.

Malangnya, itu tidak berlaku. Kita tidak punya langsung perpaduan ummah. Masing-masing bertelagah, masing-masing nak tunjuk pandai, masing-masing nak tunjuk ego, masing-masing dengki, masing-masing nak jatuhkan satu sama lain. Niat baik disalahtafsirkan sehingga ramai yang putus asa. Sebab itulah, kalau nak difikirkan, Benjamin Netanyahu tergelak besar melihat gelagat ini sambil cakap:

“Apa? Umat Islam marah? Diorang pun bodoh bergaduh sesama sendiri. Lagi nak lawan aku. Come on la, apa yang Islam boleh buat. Diorang pun tengok saja. Takkan mampu lawan. Sebab tu aku tak kisah bila-bila saja nak hentam Palestin ni. Kalau boleh, hari-hari aku nak bom bagi jahanam. Tahu tak, bila-bila je aku boleh bom Masjidil Aqsa tu, cuma aku malas je.”

Ini pula kata-kata McDonalds

“Apa? Boikot kitorang? Good luck ah! Ni bukan first time. Dah berpuluh tahun dah program boikot ni tapi tak pernah berjaya. Orang Islam kan bodoh. Mana reti nak bersatu padu ni. Tahu nak gaduh sesama sendiri je. Baik, kalau korang semua tak percaya, nanti aku bagi burger free untuk celebrate kejayaan Israel menyerang Palestin, setiap burger tu ibarat setiap nyawa dan darah orang Palestin yang tak diambil kisah orang Islam di Malaysia. Kita tengok, mesti terhegeh-hegeh orang Islam akan beratur nak dapat benda free.”

Saya tertarik dengan respon Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya apa salahnya kalau makan mcd free yang diberi. Benda percuma, rezeki tu takkan tolak kot. UAI jawab mudah, “kalau jiran kita sembelih anak kita, mak bapak kita, esoknya dia buat kenduri celebrate keseronokan, jemput kita. Agak-agak tergamak tak kita nak pegi makan. Free tu. Rezeki. Takkan tolak.” (saya menambah sedikit bagi sedap ayat).

Tapi begitulah, seperti artikel saya sebelum ini saya menjelaskan bahawa isu Palestin ini masih belum dekat dihati kita. Isu Palestin ini hanya dilihat sebagai satu isu peperangan, seperti mana-mana peperangan lain, seperti perang Iraq, perang Afghanistan dan perang-perang lain. Tetapi sebagai umat Islam, isu ini perlu dilihat lebih daripada itu, sebagai satu isu umah yang melibatkan kedaulatan dan maruah agama Islam. Tanah suci umat Islam yang menjadi kiblat pertama umat Islam kini dalam bahaya, dan hak umat Islam Palestin diperlekeh. Seharusnya setiap nafas yang kita hembus, kita perlu merasa malu jika tidak melakukan apa-apa.

Kenapa hanya McDonald’s

Soalan ini paling senang untuk dijawab. Mengapa tidak jenama lain. Sebabnya mcd sahaja yang khalayak tahu dan boleh lihat kesannya. Mcd sahaja yang digemari majoriti umat dunia. Kalau kita nak boikot Loreal, siapa sahaja yang guna produk ini. Dan bagaimana pula nak ukur kejayaan kempen ini. Objektif kempen untuk menunjukkan kesatuan ummah dan mewujudkan kesedaran yang lebih besar tidak akan berjaya. Kalau mcd, jalan tepi restoren tengok lengang je dah mula terfikir “Eh, asal mekdi lengang ah? Owh, boikot tu ek. Hebat gile. Berjaya kot. Aku pun nak boikot jugak lah. Malu aku nak masuk kalau macam ni.”

Boikot McDonalds bukanlah bertujuan untuk menjahanamkan syarikat tersebut, maka tak perlulah pekerja-pekerja Islam di sana nak risau. Tapi kalau benar berlaku, anda patut bersyukur kerana kita telah berjaya untuk mengurangkan dana bantuan ke Israel untuk terus membunuh umat Islam Palestin. Tapi, saya pasti tidak akan berlaku kerana mereka punya capital yang besar untuk menampung kerugian yang sedikit. Yang pasti, program boikot ini adalah satu manifestasi kesatuan umat Islam dalam memprotes dan tidak merestui kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, dan manifestasi kesatuan kita untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

Dengan itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan pembaca semua, untuk memulakan program boikot ini tidak kira di mana anda berada. Sampai bila? Sampai kita melihat kesan berjaya program boikot ini. Kalau nak makan juga, makanlah sesekali sahaja. Sebulan sekali mungkin? Kita mahu melihat kejayaan kempen boikot di Eropah ke atas import sayur-sayuran dari Israel sehingga menyebabkan syarikat Agrexco bankrap tercapai di Malaysia. Insya Allah.

Malulah kalau lihat orang Eropah bukan Islam lagi terhegeh-hegeh nak pertahankan nasib umat Palestin berbanding kita yang lahir sebagai Islam, mengaku Islam, dan konon berjanji berjuang menegakkan agama Islam tetapi tidak mampu melakukan apa-apa. Yang mampu hanya Facebook dan Twitter 24 jam. Baik selam.

Ayuh!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...