Friday, September 25, 2015

10 “BAHASA” PENYEBAB ANAK MENJADI DEGIL DAN BERMASALAH

Rasulullah saw mengajarkan kita bagaimana untuk benar-benar sentiasa menjaga lidah dari bahasa yang tidak sepatutnya seorang muslim berbicara dengannya.

Mengenai “10 Bahasa Yang Silap Dalam Berbicara“ sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun ibubapa itu merasakan sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tidak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tidak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

(Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.my sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak)

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tidak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed.

Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak

5) Bahasa MENGKRITIK DENGAN LETERAN PANJANG

Ia sewajarnya dihindarkan untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Jika mahu berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik payah untuk maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

Jauhilah ugutan atau menakut-nakutkan anak.
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan bengis) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

(Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar)

Monday, September 21, 2015

Bila dah terima gaji

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
........
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
........

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
........

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
........

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
........

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
........

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw
☀☁☀☀☁☀

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Ingatlah... Rezqi utk kita dlm pelbg bentuk : selain RM,  tenang ati dn jiwa biar pelbg ujian, kesihatan yg baik, anak2 cerdik pandai, erat kasih syg sesama ummah.

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

ㅤ  ㅤ  ❤ㅤ  ❤    ❤
ㅤ♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah    ♥
♥     Lailahaillallah   ♥
ㅤ♥    Allahuakbar   ♥
ㅤ ㅤ  ❤ ㅤ  ❤     ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ........

Pesanan sesama muslim

Assalamualaikum  semua tolong pastikan benda nie diviralkan .

Pagi tadi terima pesanan dari Whatsapp group Ustaz Zainudin dari Jabatan Agama Islam Selangor , dia suruh sebarkan perkara ini .
Puak yahudi dengan sengaja telah membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadis , dengan itu sila berhati-hati terhadap websites berikut & beritahu sahabat lain .

1) www.answering-islam.org
2) www.aboutislam.com
3) www.thequran.com
4) www.Allahassurance.com

Tolong kirim pesanan ini kepada seramai muslim yang boleh kerana jika tidak mungkin ramai orang islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam .

Tadi ada mintak ustaz kat UM check . Dia kata betul . Paling bahaya adalah AnsweringIslam .

Minta Perhatian !
Jika dengar lagu "It Will Rain" by Bruno Mars , JANGAN ikut nyanyi sekali . Ada sebaris lirik yang membawa kita ke arah MURTAD !

Eloknya tak payah dengar langsung lagu tu .
Ini lirik nya :-
There's no religion that could save me
(tiada agama yang boleh selamatkan aku)

No matter how long my knees are on the floor
(tak kira berapa lama aku berlutut di lantai)

TIADA AGAMA ?
Hati-hati ! Allah MURKA , sebab kita terlena oleh lagu-lagu barat yang enak didengar . Tapi tak faham erti nya . Tolong sebarkan jika anda sayangkn Islam .
Ada 2 pilihan untuk anda .

1. Biarkan di dalam moment anda tanpa bermanfaat untuk org lain .

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda . Rasulullah bersabda "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) Ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan , maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia)dia akan tetap memperoleh pahala

*Buat semua yang punya FB . Tolong block fb yang bernama "Rudy Yohanes Hutagalung" dan "Jasmine Always-Happy III (Dajjal)". Wanita Iblis yang terkutuk telah menghina NABI S.A.W dan mengatakan Nabi Muhammad adalah Nabi anjing !

Bagi yang punya HP tolong sebarkan teks ini ! Kalau yang tidak menyebarkan , sama saja membiarkan orang kafir menghina Nabi kita dan Agama !
DILARANG ! Menyanyi lagu 2NE1 dan EXO 'MAMA' kerana ada ayat dan latar yang tidak elok bagi seorang Muslim . CL (2NE1) membuat lagu 'CRUSH' solo CL memasukkan suara orang Arab mengaji dalam Al-Quran . EXO ada maksud yang tidak sepatutnya Muslim sebut , iaitu rap Kai yang mengatakan "Masukkan . Kami kafir,"itu maksud Rap Kai . Sebarkan sekarang . Sekiranya anda tidak hantar ,  itu bermaksud anda telah dibisik oleh syaitan Terpulanglahh . .

Adab menjawab salam

97% muslim yang aku jumpa bila disebut:          "Jef, Naz kirim salam".         
Akan dijawab,
"Yeke? WA'ALAIKUMUSSALAM".

Nmpk mcm takde masalah kan?

Tertanya2 jgk apa masalahnya kan?
Yupp, memang ada masalah. 

Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kpd kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam'

tapi...

"wa'alaika wa'alaihissalam".
        
Sbb apa?         
Azuan suruh Ali kirim salam kat Ain Su.
Ain Su jwb "wa'alaikumussalam".

Sdgkan:- "Wa'alaikumussalam= Selamat sejahtera ke atas KAMU.         

Jadi, salam Azuan kpd Ain Su tak terjawab kan?
Sbb Ain Su doakan salam tu kepada Ali.
SEDANGKAN ALI TU ORG TENGAH.         
Manakala:-
Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab. Indahnya islam.   

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

*Sebarkan, jgn mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan.

Saturday, September 5, 2015

Error Code "DNS_PROBE_FINISHED_NO_INTERNET"


Cara untuk fix;-

pergi ke cmd command

Masuk ke C drive typing cd c:\

Type the following command

ipconfig /release
ipconfig /all
ipconfig /flushdns
ipconfig /renew


Or... But not yet try..

c:/netsh winsock reset

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...