Monday, February 18, 2013

Damia kena cucuk

14 hari bulan lepas genap la si Damia sebulan. Dah besar dah anak mama. Patut la nangis pun makin kuat. Perangai pun makin banyak. Anak oh anak! Hari ni Damia dah kena pi klinik dah. Nak kena cucuk. Awal2 lagi tok dia dah bagi mandi. Kami sampai klinik pkl 8.30 pagi.

Lenguh gak mengendong si Damia ni. Xtau la bape gram plak naik lepas ni. Kuat gak minum susu sekarang ni.Dekat pukul 9 baru nurse panggil nama. Dekat setengah jam jugak tunggu. Kira ok la tu. Klinik kampung walaupun x bape ramai orang. Nurse yang bertugas hari ni cuma 2 orang je.

Mula2 nurse tu nak check mama. Ni first time aku timbang sejak lepas bersalin hari tu. Dah turun jadi 37.5kg.. Hehehe.. Wah! Dah kembali ke saiz asal! Pastu check luka operate - OK. Check urine - OK. Check darah pun OK. HB pun OK dah naik balik jadi 12.8.

Pastu nurse ada tanya nak ambik pil perancang x? Aku pun cakap boleh la jugak. Masa dia ajar cara-cara nak makan pil tu yang aku pening.

Lepas check mama, bawak Damia plak p timbang. Naik lagi 300 gram. OK la tu. Naik gak. Naik bnyak sngat pun nurse cakap x ok. Lepas timbang baru Damia kena cucuk. Xsangka lak kita yang kena pegang masa nurse tu cucuk. Seriau je rasa masa dia cucuk tu. Cucuk2 je apa lagi.. Meneran la si Damia tu nangis! Sian dia, tengah syok2 tido tiba2 kena cucuk!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...