Monday, May 13, 2013

RESIPI SOS CHEEZY WEDGES

 
(Image: Thq to google)

SOS CHEEZY WEDGES

BAHAN-BAHAN
1 1/2 marjerin @mentega 
1 sudu besar tepung gandum 
250ml susu segar
garam ( secukup rasa ) 
1/2 sudu teh serbuk cili ( kalau nak lebihkan sikit tak apa tapi kena pandai2 rasa takut terlebih pedas )
1/2 sudu teh serbuk lada putih ( yang ni pun sama juga )
3 keping keju
sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna cheesy 

CARA-CARA
Cairkan butter@marjerin, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.


NOTA:
mula-mula cairkan butter guna api dapur lepas tu masukkan tepung , kacau cepat2 tak nak bagi berketul ... bila dah sebati tutup api , masukkan susu, garam , serbuk lada putih, serbuk cili, keju dan masakkan secara kaedah double boiler ... masak semua bahan -bahan ni dengan guna kaedah double boiler .. iaitu dengan cara .. rebus air dalam periuk lain ... dan periuk yang digunakan untuk membuat sos ni letak ke atas periuk satu lagi ... tak nak bagi ia jadi hangit .. kalau tak ia cepat hangit kalau letak atas api tu .... kacau-kacau sampai la dia jadi pekat sikit.. memang mula2 nampak cair .. nanti bila sejuk ia akan jadi pekat sikit..... kalau terasa nak tambah garam tu boleh la tambah masa tengah buat double boiler tu ... ya .. ok siap !!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...