Friday, July 24, 2015

Resipi Satay Goreng

SATAY GORENG

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu/kambing/ayam (dihiris nipis)
–gunakan daging batang pinang / daging goreng

Bahan Rempah
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
(kisar semua bahan dgn sedikit air)

5 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
(disangar sebentar lalu dikisar halus)

150g gula pasir
150 gm gula ’timbang’ (gula hitam/dark brown sugar)
2 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara
Gaul semua bahan-bahan lalu perapkan selama kira-kira 5 jam atau 1 hari. (Saya perapkan selama 2 hari agar rempahnya meresap ke dalam daging dgn lebih baik lagi). Kemudian goreng daging dgn minyak yg mencukupi (agak banyak dan menutupi daging satay tersebut).

Nota :
Jika anda suka satay yg agak garing, gorenglah lebih lama sedikit. Kalau tidak, gorenglah sekedar daging tu dah masak jer. Masa menggorengnya sekejap jer sbb daging goreng ni lembut.

Anda juga boleh mencucukkan daging ke lidi-lidi satay utk dibakar di atas bara api.

Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...