Friday, July 1, 2016

Petua Merawat Tumit Kaki Pecah

💁Petua Merawat Tumit Kaki Pecah 👣

👣Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai.

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk;

• Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi
• Berat badan yang berlebihan
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap
• Alahan pada jenis sabun
• Alahan pada simen lantai
• Mengabaikan penjagaan kaki

Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini.

Petua 1

🍭Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2

🍭Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).

Petua 3

🍭Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Petua 4

🍭Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.

Petua 5

🍭Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6

🍭Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.

Petua 7

🍭Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba😊

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...