Wednesday, July 20, 2016

Sungai Paling Jernih

Sungai yang paling jernih dan bersih...
Verzasca River, Switzerland...

Saturday, July 2, 2016

Minuman Selepas Period

Perkongsian dari FB Nurul Diana
haritu dah share dah . tp ramai dok tnya lagi
kali ni share details lengkap kit .

BAHAN2
halia ( anggaran besar ibu jari )
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut tekak )
air 3 cawan
tambahan jika perlu :::
:::: sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan
::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara
===============
basuh bahan dan rebus semua bahan
3 cawan air hingga jd 1 cawan air
tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )
selepas air dah kering mjd 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend )
kelbehan minuman ni
menbersihkan rahim selepas period
mengeluarkan angin
anti kanser
memecahkan lemak2
mengurangkan masalah bau badan
kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni
🏼 🏼minum sebulan sekali selepas period saja
# boleh di minum oleh anak dara . mak dara
ibu nyusu ( ikut kesesuaian bayi )
tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG
===
SEDAP KE ?? rasa apa ?
🏼 tak rasa apa2 malah air ni wangi ( sbb sesuai utk bau badan ) ada gula batu di jamin tak pahit tp halia jgn lbeh2 nnt rasa pedas lak
jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA
kalau tak tambah ok je
-------
boleh amalkan if period tak teratur .tapi SEBULAN SEKALI SAJA uolss jgn nak buat bnyk kali ye dlm sbulan. minuman ni mmang utk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh , kunyit yg berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dlm erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Xnak yeeee ,, petua ni elok utk badan..tp kalau lbehan efek bdan lak.sama mcm ubat
======
pendapat peribadi

dah 3bulan amal minum ni . mmang bdan rasa ringan , sendawa besar . bau badan pun berkurang . rasa sihat je
aku mmang suka amal benda mcm ni lbeh percaya cara lama dri ubat2 kalau libatkan dalaman .

Friday, July 1, 2016

Petua Merawat Tumit Kaki Pecah

💁Petua Merawat Tumit Kaki Pecah 👣

👣Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai.

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk;

• Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi
• Berat badan yang berlebihan
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap
• Alahan pada jenis sabun
• Alahan pada simen lantai
• Mengabaikan penjagaan kaki

Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini.

Petua 1

🍭Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2

🍭Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).

Petua 3

🍭Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Petua 4

🍭Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.

Petua 5

🍭Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6

🍭Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.

Petua 7

🍭Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba😊

Petua Sakit Tekak

Punca sakit tekak itu berbeza-beza, tapi kerap disebabkan oleh jangkitan kuman atau alahan. Bila Anda tidak mahu menemui doktor kerana menganggap masalah ini boleh diubati dengan mudah, maka Kasih Petua akan kongsikan petua hilangkan sakit tekak dengan ubat semula jadi, bukan ubat batuk pada umumnya.

1. Air dan Garam
Panduan:
Sediakan satu gelas air suam.
Campurkan ¼ susu teh garam ke dalam gelas, aduk.
Gunakan untuk berkumur.
Bila ada, Anda boleh memberi satu sudu makan Listerine untuk menyokong pembunuhan kuman.

Jangan pakai air sejuk sebab tidak berkesan hasilnya. Lebih baik gunakan air hangat. Air garam hangat mampu melegakan sakit tekak dengan cara kerja menghapuskan dan meneutralkan asid di tekak, mengurangkan rasa terbakar dan kesakitan pada tekak, serta mempercepat proses penyembuhan saluran tekak. Ingat, ramuan ini cukup dijadikan ubat kumur, bukan diminum (ditelan).

2. Air Putih
Air menjadi sumber kehidupan, Anda pasti setuju itu. Kekurangan cecair di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, seperti tekak menjadi kering dan berhujung sakit. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang murah dan boleh didapati di mana saja adalah air mineral. Air akan membantu mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat mukosa atau dinding saluran tekak sentiasa lembap.

3. Air dan Limau
Ubat sakit tekak berkesan:
Ambil air masak sebanyak satu gelas.
Peras buah limau, lalu ambil air perasan sebanyak satu sudu makan.
Minum ramuan tersebut sehingga keadaan radang pada tekak boleh reda.

Limau boleh dipakai untuk memberi kesegaran pada tekak. Di dalamnya terdapat kandungan astringen yang diperbincangkan boleh menjadi petua hilangkan sakit tekak dan hilang suara semulajadi. Khabarnya pun limau boleh menjadi lawan bagi kuman-kuman yang bersemayam di dalam tekak.

4. Teh Hangat
Cara hilangkan sakit tekak semulajadi lain yang boleh Anda cuba yakni meminum teh hangat. Teh mempunyai antioksida yang boleh menyokong tubuh untuk memberi perlawanan terhadap jangkitan dan keadaan keradangan yang menyebabkan sakit pada tekak. Anda boleh menambah perasan lemon dan madu ke dalam teh hangat untuk meningkatkan khasiatnya dalam melegakan sakit tekak.

5. Madu
Pada madu yang berasa manis ini terkandung sifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Ini hanya maklumat lebih lanjut dari mata sebelumnya. Anda boleh makan madu dengan air suam ataupun dicampur teh.

6. Air Cengkih (Ulas)
Ulas merupakan bahan rempah yang boleh dipakai untuk merawat sakit tekak. Pembuatannya mudah sekali, seperti ini:
Sediakan 1 - 3 sudu teh serbuk cengkih.
Masukkan ke dalam satu gelas air matang, aduk.
Pakai untuk berkumur beberapa kali.

Ulas bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang menyenangkan pada saluran tekak.

7. Sup Ayam
Pada petua atasi sakit tekak dan batuk pun, sup ayam adalah makanan yang disyorkan untuk mengubati batuk. Ternyata, ini juga sesuai buat pesakit sakit tekak. Pada bahagian kuah sup ayam terkandung natrium yang boleh melegakan radang tekak. Bila Anda penyuka sup ayam, pasti ini merupakan good news.

Apabila semua petua hilangkan sakit tekak di atas tidak berjaya, maka sebaiknya Anda menemui doktor agar mendapat pengendalian lebih eksklusif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...