Aku baru je kembali ke Malaysia semalam lebih kurang pukul 4 petang. Alangkah syukurnya setelah selamat pijak lantai kat KLIA Airport. Hehehehe.. Maklumla first time naik flight. Macam2 aku fikir. Dah la semalam masa kitaorg nak mendarat tu cuaca x bape nak baik. Silap kilat menyambar2 lagi.. Risau kalau aku dah x sempat nak tengok muka mak ayah aku..
Di sini nak la juga kongsikan kat korang itinery semasa 3 hari 2 malam aku berada di Seam Reap, Kemboja.
Hari Pertama:
Sampai kat Seam Reap International Airport pukul 12 lebih. Lepas tu terus p lunch kat Lotus Hotel & Restaurant. Makanan dia aku x bape suka. Sebab lebih bnyak makan vegi. Aku ni kurang sket kalau makanan yang bersumberkan sayur ni. Lagi pun perut masih kenyang. Makan kat atas flight tadi. Kalau tengah lapar mugkin aku akan bantai makan jugak. HeheheLepas makan, kitaorg terus bertolak ke THE GREAT LAKE, TONLE SAP.
Kawasan perkampungan terapung di atas sebuah tasik bernama Tonle Sap. Pemandu pelancong kitaorg bawak ke tengah tasik je. Xnmpak pun hujung tasik tu.. Masa kitaorg kat tengah tasik tu nmpak mcam kat tengah laut je.. Memang luas gile tasik tu..
Lepas tu kitaorg p BAKHENG Hill untuk tengok matahari terbenam kat sana. Pemandun pelancong ktorg cakap tu perkara mesti yang kena buat kalau p sana. Nak panjat bukit tu bukan senang tau. Tinggi gak tu. PenaT! Mugkin sebab dah lama x exercise agaknya.
Balik je ktorg dinner kat Amazon Restaurant sambil tengok persembahan kebudayaan.. Lepas makan kitaorg check in hotel. Hotel tu best.. Angkor Miracle Resort & Spa.
Hari Kedua:
Breakfast kat hotel. Buffet.. Boleh pilih apa yang kita nak.. Aku suka! HehehehLepas breakfast kuar jalan2. Hari untuk melawat kuil buddha lagi.. Mak oii.. aku boring sebenarnya,, Maklumla.. kurang berminat pasal2 sejarah ni.. Kuil paling femes kat sini iaitu ANGKOR WAT Kuil ni kat dalam buku teks sejarah pun ada. Bnyak kuil ktorg melawat. Ada 1 tu nama dia TA PROHM. Kuil ni femes gak sebab Angelia Jolie pernah berlakon kat dalam cite Tomb Rider kat kuil tu.
Lunch kat Viroth's Restaurant. Best!
Lepas lunch kitaorg p melawat sekolah seni kraftangan. Kebanyakkan pelajar kat situ terdiri dari orang2 pekak dan bisu. Ada gak galeri yang menjual barang2 yang diorg buat kat situ. Tapi, mahal gile.
Dinner kat Tropical Restaurant. Jugak Best!
Lepas makan kitaorg p jalan & shopping kat Night Market.
Balik hotel naik tut tut.. Hehehe
Hari ke Tiga:
Bebas.. Boleh buat aktiviti sendiri. Tapi x bnyak pun aktiviti yang boleh buat sebab pkl 10.30 pagi bas dah nak datang ambik p airport.Naik flight pukul lebey kurang pkl 1 dari Kemboja..
TAMAT!
No comments:
Post a Comment