Wednesday, February 20, 2013

Jenis - Jenis Perniagaan Yang Boleh Di Jalankan Di Rumah


Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.

Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah. Kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.

Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

  1. Juru runding perniagaan
  2. Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)
  3. Perkhidmatan kesetiausahaan
  4. Perkhidmatan recycle (kitar semula)
  5. Clipping service
  6. Collection service
  7. Perkhidmatan faks
  8. Membuat promosi
  9. Juru gambar
  10. Katering
  11. Merawat bunga / tanaman
  12. Broker maklumat
  13. Data sekuriti
  14. Data masuk
  15. Perunding perisian komputer
  16. Guru komputer
  17. Deejay secara kontrak
  18. Promoter jualan
  19. Broker cetakan
  20. Broker hartanah
  21. Broker kenderaan
  22. Mencuci pangsapuri
  23. Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah
  24. Ejen lelongan / jualan
  25. Melukis papan iklan
  26. Pengacara
  27. Membaiki paip
  28. Membaiki peralatan elektrik
  29. Menaip
  30. Menjahit
  31. Menggubah bunga
  32. Seni mengandam
  33. Mengajar tusyen
  34. Guru masakan
  35. Menjual lauk pauk
  36. Menjual sarapan pagi
  37. Menyewakan bunga-bungaan
  38. Menyewakan pita video
  39. Guru fotografi
  40. Guru jahitan
  41. Guru sulaman / mengait
  42. Guru musik
  43. Guru nyanyian
  44. Guru agama
  45. Guru quran
  46. Ketabiban
  47. Rawatan tradisional
  48. Mendandan rambut
  49. Servis menjawab telefon
  50. Seminar mutu diri
  51. Membaiki motokar
  52. Membaiki motosikal/basikal
  53. Juru runding kewangan
  54. Menyewakan bilik
  55. Perunding perkahwinan
  56. Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
  57. Menyewakan kenderaan
  58. Mencari barangan antik
  59. Jualan secara parti di rumah
  60. Menjual melalui telefon
  61. Perkhidmatan telefon jarak jauh
  62. Perunding pelancongan
  63. Menghantar barang
  64. Membuat cop getah
  65. Mencetak t-shirt
  66. Membuat perabot
  67. Membuat barangan kraf
  68. Membuat kuih muih
  69. Membuat biskut dan pastri
  70. Melukis
  71. Membuat grafik
  72. Membaiki jeans dan pakaian
  73. Membuat dan menjual aksesori wanita
  74. Membuat dan menjual butang, lencana
  75. Menjual cenderahati
  76. Membuat pagar kayu
  77. Menjual kayu api
  78. Menjadi ejen import eksport
  79. Menjual buah-buahan kampung
  80. Menjual sayur-sayuran
  81. Menjual ikan peliharaan
  82. Melukis pelan rumah / bangunan
  83. Menulis buku
  84. Menulis novel
  85. Menulis surat berita / newsletter
  86. Pemberita bebas
  87. Melukis kartun
  88. Menulis artikel
  89. Agensi pekerjaan
  90. Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan
  91. Menulis surat rasmi
  92. Mengisi borang rasmi
  93. Menulis petisyen
  94. Menerbitkan panduan hartanah
  95. Typesetting
  96. Penterjemah
  97. Proofreading
  98. Editor

2 comments:

Anonymous said...

kamu berniaga di rumah juge ke?

Shuhaida Subri said...

ada jugak. sy ada amik tempahan buat biskut raya je.^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...