Tuesday, March 25, 2014

Fakta Tentang Lautan Hindi (Indian Ocean)


Sejak kes kehilangan pesawat #MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu, sekali pun saya tak pernah tulis pos tentang ini. Sebab apa? Sebab banyak sangat berita tentang tu. Sampai tak tahu ini yang betul ke atau ini yang salah. Jadi, lebih baik diamkan sehingga dapat berita yang sahih dan pasti kebenarannya..

Sidang media semalam 25-March-2014 Pukul 10.00 malam. Dato' Sri Najid menyatakan pesawat malang tu "MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.". Ermm.. soalan.. anda tahu di mana letaknya Lautan Hindi?
Soalan ni mungkin senang je masa kita belajar subjek Geografi satu masa dulu..

Kat bawah ni ada sedikit fakta tentang Lautan Hindi.

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

Luas Kawasan
Luas: 68,556 juta km²
Lautan: termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique, Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, dan sebagainya.

Panjang Pantai: 66,526 km
Titik ketinggian:
Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
Titik tertinggi: permukaan laut 0 m

Suhu: North of 20° south latitude the minimum surface temperature is 22 °C (72 °F), exceeding 28 °C (82 °F) to the east. Southward of 40° south latitude, temperatures drop quickly. (Dalam bahasa omputih plak sebab xyakin nak translate.)

Kedalaman: Purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi tujuh kali Menara KLCC.


**Mungkin sesuatu yang sukar untuk mencari mangsa-mangsa jika pesawat itu menjunam ke dalam laut.
Al - Fatihah untuk mangsa #MH370 yang beragama Islam
بِسْـــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِاٌلرَّحِيْـــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ * اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ * مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ * إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ * إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ * صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ *
آمِـــــــــين
Semoga mereka Di Tempat Kan Di Kalangan Orang-orang Yang Beriman. Aminnn
Moga kalian tenang di sana. Amin..





Lagi cerita #MH370
MH370 Pesawat Zombie

Sumber:-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lautan_Hindi
http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_Ocean
http://mynewshub.my/2014/03/23/lautan-hindi-sedalam-7-kali-klcc/#.UzDy3PCSzag
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-khas-bawa-keluarga-penumpang-mh370-ke-australia-lapor-sky-news

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...