Tuesday, March 25, 2014

Petai Oh Petai!


Tajuk yang paling x boleh tahan..
Ada ke letak tajuk petai? Hehehe..
Ermm.. sedapnya tengok gambar petai tu..
Hari ni saya nak kongsi resepi simple2 jer..

Sambal petai dengan bilis. (sapa yang xsuka bilis boleh letak udang, kalau xsuka petai xyah letak petai.. resepi ni fleksibel.. hehe)

Ok.. Kita mulakan dengan bahan-bahannya..

Ikan bilis
Petai
Cili kering
bawang merah / bawang besar
Garam
Gula
Air asam jawa
Minyak

Cara-caranya...
1. Rebus cili kering sampai lembut dan blender. Pastu tapis yer, xnak nmpak biji-biji cili dalam kuah. X cantik. Lepas tu ketepikan

2. Gorengkan bilis. Lepas tu ketepikan.

3. Tumbuk bawang merah / bawang besar. Dan tumis sampai naik bau dan garing sikit.

4. Masukkan cili yang dah di tapis tu.. Masukkan juga dengan air asam jawa. Masak hingga pecah minyak

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ikan bilis, garam & gula...

6. Last masukkan petai, kalau suka makan petai yang fresh2 lg tu masak kejap je lah, kalau suka petai tu layu sket.. Masak la lama sket.. Siap!

7. Sedia untuk di hidangkan dan sesuai di makan dengan nasi panas.. Yummy!!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...