Tuesday, April 17, 2018

Resepi Bihun Goreng Singapore

Resepi Mee Hoon Goreng Singapore 😍😍😍

Bahan-Bahan:

1/2 bungkus Mee Hoon – direndam hingga lembut & tos
2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu udang kering – ditumbuk halus
1 cawan udang basah
1 keping dada ayam – dihiris nipis
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
1 sudu kecil serbuk chicken stock
1 cawan taugeh
1/2 batang lobak merah – di parut kasar
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
2 biji telur
Minyak secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.

3. Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.

4. Masukkan lada hitam, sos tiram, chicken stock dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan lobak merah.

5. Gaul sebati hingga masak. Akhir sekali masukkan telur hancur, gaul sehingga rata.

6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, dan cili merah.

video & resepi adalah dua resepi berbeza boleh pilih mengikut kesukaan anda 😍

gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit 😊

kredit resepi: https://resepibonda.com/resepi-mee-hoon-goreng-singapore/

kredit video : Dahlia's Kitchen Sg

like & share
Resipi Mak Cik Bawang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...