Monday, September 12, 2011

Lihatlah pinggangku yang ramping...




Tengok la korang biskut buah pinggang aku..
Ni first time aku buat biskut ni..

Hahahahaha...
Aku tergelak sorang2 bila tengok biskut aku ni.
Awat lah yang dia kembang sangat..

Masa mula2 belum bakar aku tengok cute2 je. Terfikir gak.. acuan ni x kecik sgt ke?
Sekali siap! Hambik kau.. kecik sangat ek?!

Apa kena ngan aku ni orang buat kuih sebelum raya tapi aku terbalik plak..
Lepas raya baru terhegeh2 nak buat..
Aku buat ni pun sebab masih ada balance Buttercup lagi 3 ketul. X sempat habis buat kuih.
Sibuk nak balik kampung awal.

Bila aku rasa, okey je.
Sume cukup. Cuma x lawa je.. Lain kali cuba lagi mesti lawa.. Hahahaha

Ni dia resepi yang aku jupa masa google hari tu.. Kalau x silap dari mesra.net


Biskut Buah Pinggang

Bahan-bahan ( )

250 Mentega
150 Gm Gula Aising
80 Gm Tepung Naik Sendiri (*)
100 Gm Tepung Gandum (*)
100 Gm Tepung Jagung (*)
150 Gm Biskut Marie (Kisar Halus) (*)
80 Gm Cornflake (Kisar Halus) (*)
1 Biji Kuning Telur
Hiasan: Kuning Telur & Cornflakes Kisar Halus Utk Tabur

Cara-cara

1. Satukan Bahan-bahan Yang Bertanda (*)
2. Pukul Mentega Dan Gula Hingga Kembang
3. Masukkan Merah Telur Dan Esen Vanilla. Pukul Sekejap
4. Masukkan Bahan-bahan Yang Bertanda (*) Ke Dalam Adunan Mentega. Gaul Sebati
5. Jika Adunan Terlembut, Tambahkan Sedikit Tepung.
6. Terap Dengan Acuan Kegemaran. Sapu merah telur dan tabur cornflakes kisar. Bakar hingga Kekuningan. Tempoh dan Suhu Bergantung Kepada Oven Masing-masing. Selamat Mencuba!

Aku x tiru sangat 100%.
Aku buat ikut suka aku je..

*Buttercup aku guna yg kecik tu 250g, tu pun sebab tengok kat wrapper dia cakap 250g.
*Gula ising aku pakai 5 sudu besar
*Tepung Naik Sendiri, Haa... benda ni la yang buat kuih aku jadi kembang. (mak aku la cakap.. dia kata lain kali xyah bubuh.. Aku confuse Tepung Naik Sendiri & Baking powder.. Sama ke x 2 benda ni?)
Ok! Next trial dah x mau guna dah benda ni..
*Tepung gandum 1 cawan. Aku memang suka sukat benda macamni guna cawan... lagi senang.. (aku tengok mak aku buat)
*Tepung jagung pun 1 cawan.
*Biskut marie aku tukar ngan biskut tiger susu.. sebab aku suka biskut tu.. hehehe
*Conflakes xtau bnyak mana aku letak.. Ada dalam 3x aku blender. Guna blender kering.
*Kuning telur, kalau nak senang asingkan kuning telur beli la telur yang baru. mst senang. org yang x terer cam aku ni pun boleh buat.putih telur tu jgn plak buang terus. Goreng la.. makan ngan kicap. jgn buang. membazir.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...