Wednesday, September 21, 2011

Takoyaki! Nyum2...



Balik keje tadi sempat singgah kat jusco maluri. Tiba2 lak terasa nak makan takoyaki.. Nyum2.. Sedapnya.. Ermmm... memang sedap pun.. Nikmat betul boleh makan.. hehehehe..

Sempat gak google resipi untuk buat takoyaki.. Simpan dulu kot resipi ni. Belum cukup bahan2 lagi nak buat nih.. Hehehe

Resipi Takoyaki

Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate
-cara-cara
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.

Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis

Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning

Cara-cara

1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian masukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daun bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

SUMBER
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...