Thursday, September 8, 2011

LRT oh LRT


LRT atau nama panjangnya Light Rail Transit memang buat aku geram hari ni..
Pe taknya..

Dah 2 hari aku terkena ni..

Semalam.
Aku naik LRT. Biasa la mmg ramai org. Aku berdiri di bahagian tengah. X nampak la keluar tingkap. Sepanjang perjalanan memamg aku dok layan SMS jer. Bila aku dengar nama stesen destinasi aku di sebut. Aku pun turun. Bila keluar je aku dari LRT tu..
"Eh.. Kat mana ni? !@#$%^&*()_ punya LRT".

Memang x boleh harap punya pengumuman tu..
Kan selalu kita dengar kan.. "Stesen seterusnya... Plaza Rakyat!" dan lain2 la..
X tau nape hari tu dia umum tercepat 2 stesen plak..
So, terpaksa la aku patah balik lagi 2 stesen.
Rugi tenaga & masa aku kat situ.. Dah la xde escalator.


Hari ni..
Hari ni hujan waktu pagi.
Selalunya kalau hujan pagi ni mesti LRT lagi sesak jadinya..

Jangkaan aku mmg betul.
Aku sampai je stesen tadi, kat kaunter pun beratur panjang.
Lagi2 kat platform.. bertambah tambah tambah panjang la..
LRT pun datang la dengan tenangnya... cewah!!
Sume orang berpusu-pusu masuk.. Takut x dapat masuk..
Tapi, alhamdulillah la.. Aku boleh masuk..

Hari ni, memamg padat. Ala ala... Cam tin sardin tuh..
Tiba2, aku rasa..
Aircond xde la LRT nih.. Uish.. masak aku nnt..
Geram bila aku terbaca iklan kat dinding LRT tu... "Selamat Datang ke Express Cool!"
"Cool la sngat!" hatiku berkata..

Lagi 1 yang buat aku geram ialah.. LRT tu asyik benti tengah2 jalan je.. Kalau dia benti kat stesen tu xpe lah. Mmg dah maklum dia akan buat mcamtu..

Kesimpulannya.. Perjalanan dari Cempaka ke Plaza Rakyat hari ni.. Memamg menyeksakan.. Seb baik xde org yang pengsan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...