Friday, July 26, 2013

Gulai Ikan Kembong

Assalamualaikum semua serta selamat sejahtera..

Ni akak nak share resipi terbaikk dan terhebatt untuk yang nak save budget macam akak.. Hehehe..

Gulai ikan kembong.
Sapa yang pernah makan gulai ikan kembong?
Sedapkan?

Ni resepinya.

Bahan-bahan:
1) 4 ekor ikan kembong
2) Kacang buncis
3) 2 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 2 camca besar serbuk rempah kari ikan (x kisah la jenama apa pun, my all time feveret rempah cap 0)
6) Minyak
7) Santan (akak guna 1 paket santan serbuk, maklum la susah nak cari santan ori kat kl ni. lgpun santan             paket ni boleh tahan lama.. hehe)
8) Air asam jawa
9) Daun kari (optional, akak x letak pun sebab xde.. hehehe.. )
10) Garam

Cara-cara:
1) Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
2) Panaskan minyak. Tumiskan bahan tadi sampai naik bau. Kalau ada daun kari. Masukkan sekali yer.
3) Bancuh serbuk rempah kari ikan dengan sedikit air. Tumiskan sekali dengan bawang.
4) Masukkan air asam jawa
5) Masak sehingga rempah pecah minyak. Masukkan garam.
6) Masukkan santan
7) Tunggu sampai mendidih.
8) Masukkan kacang buncis
9) Kacau-kacau sikit untuk ratakan kuah gulai tu..
10) Masukkan ikan kembong. Kacau-kacau lagi. Jangan kacau kuat sangat. Nnt hancur ikan tu.
11) Tunggu jap dalam 5 minit camtu. Tutup api.

Tadaaa... Siap!

Boleh di makan bersama nasi putih dan juga roti.
Kacang buncis tu boleh di gantikan dengan bendi atau tomato atau x letak pape pun boleh..





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...