Sunday, July 14, 2013

Resipi Simple Sahur #2 - Nasi goreng kuning

Akak nak share lagi 1 resipi simple.
Namanya nasi goreng kuning.. Kadang-kadang akak panggil nasi goreng malas. Hehehe

Nasi Goreng Kuning

Bahan-bahan:
1) Nasi
2) Bawang merah
3) Telur
4) Kunyit
5) Garam
6) Sedikit minyak
7) Perencah Pasti Sedap
8) Garam

Cara-cara:
1) Potong bawah merah kecik-kecik.
2) Panaskan minyak, masukkan bawang merah.
3) Bila bawang dah naik kuning, masukkan nasi, goreng kejap.
4) Masukkan kunyit sedikit.
5) Buat bulatan kat tengah nasi tu, dalam bulatan tu pecahkan telur.
6) Hancurkan telur tersebut
7) Gaulkan sekali dengan nasi, masukkan garam dan perencah, gaul lagi..

Siap!

Makan masa panas. Kalau dah sejuk xbest!

p/s: gambar belum sempat upload lagi..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...