Wednesday, July 10, 2013

Resipi Simple Sahur #1 - Terung Goreng Ikan Bilis

Akak nak share resipi paling simple untuk sahur.
Xsampai 10 minit pun untuk sediakannya..

Terung Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan
1. Terung
2. Ikan Bilis
3. Minyak untuk memasak

Cara-cara
1. Basuh terung, belah dua dan potong serong.
2. Panaskan minyak
3. Goreng ikan bilis, bila ikan bilis dah masak, ketepikan
4. Goreng pulak terung dalam minyak yang sama.
5. Bila terung dah agak lembut masukkan ikan bilis.
6. Gaul dan angkat.

Siap!

Sedia di hidangkan!

(terung jenis ni la yang akak guna)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...