Saturday, July 13, 2013

Resipi Simple Berbuka #1 - Pizza Roti Simple


Hari tu akak bagi resipi simple untuk bersahur. Hari ni nak bagi resipi simple berbuka plak.. Ni untuk sesapa yang nak habiskan stok roti yang dah dekat-dekat nak expired tu.. Hehehe..

Pizza Roti Simple

Bahan-bahan:

1) 4 keping roti
2) 2 keping daging burger
3) 2 keping keju
4) 1 biji telur
5) Mayonaise
6) Sos
7) 1 biji telur
8) Sedikit minyak masak

Cara-cara:
1) Potongkan kecik-kecik daging burger
2) Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur dalam kuali dan hancurkan dia. Bila agak masak.      
    Ketepikan telur tu dalam satu bekas.
3) Goreng plak daging burger tu. Bila dah masak gaulkan sekali dengan telur hancur tadi.
4) Susun roti dalam tray pembakar, letak la daging burger dengan telur hancur tadi atas roti tu.
5) Letak mayonaise dengan sos
6) Potong keju bentuk 3 segi pastu letak atas topping tadi
7) Bakar kejap untuk cairkan keju tu.

Siap!


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...