Friday, December 9, 2011

Kepak Ayam Madu



Balik keje tadi, rasa cam nak pergi beli kepak ayam madu kat simpang jalan nak masuk rumah.
Dah lama dah nmpak dia meniaga kat situ.
Tapi belum smpai seru nak p beli.
Housemate ada gak cakap yang ayam madu kat situ sedap.
Sempat gak la makan tadi..
Sedap la..
Pandai dia masak..

Rasa cam x cukup la plak beli 2 ketul je..
Aduh... Kena buat something nih..
Kalau x hari2 kang aku kena p mengadap orang yang jual ayam madu tu..Hehehe.

Aku pun google la resipi tu..
At last jupa gak. Banyak jupa resipi Kepak Ayam Madu ni masa google.
Tapi, nak ayam yang warna cam makan tadi jugak.. Warna dia cam kat atas tu la..
Sedap x korang tengok? Sedapnya!! Dah pukul bape ni.. Sabar yer perut.. Esok kita makan yer.. Hehehe

Puas google punya google at last jupa gak kat web ni. rasa.com.my

BAHAN-BAHAN: 10 ketul kepak ayam 6 ulas bawang putih | ditumbuk 3 sudu makan madu 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh serbuk lada sulah Minyak untuk memanggang CARA MEMASAK: 1. Gaulkan ayam bersama semua bahan sehingga sebati. 2. Kemudian perap semalaman dan simpan di dalam peti sejuk. 3. Akhir sekali, panggang kepak ayam di atas bara api. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada kepak ayam. Terbalikkan ayam dan panggang sekata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Sayangilah diri anda!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...