Wednesday, December 14, 2011

Lada Sulah = White Pepper


Aku xtau lada sulah tu apa sebenarnya..
So, bertanya la aku kepada member aku yang sorang ni..
Dia ni pernah jadi tukang masak kat restoren Delicious.

Aku: "Lada sulah tu black pepper ke?"
Dari fahaman aku lada sulah tu black pepper. Hehehe..

Member: "Bukan la.. "
Aku: "Habis tu, Lada sulah tu apa?"

Member: "Lada sulah tu pepper la"
Aku: "Pepper?"

Member: "Aah.."

Aku pun terus p sogo dengan perasaan riang dan gembira untuk mencari Lada Sulah/Pepper.
Cari punya cari.. aku x jupa pun...
Yang ada cuma Lada Hitam/Black Pepper dan Lada Putih/White Pepper. Xde pun Lada Sulah/Pepper ni..
Confuse aku..
Tiba2 mak aku call, biasa la kan..
Mak mana x sayang anak..

Mak: "Assalamualaikum tan, kat mana ni?"
Aku: "Kat sogo ni.. tengah cari Lada sulah.. Mak tau ke Lada sulah tu apa? Xdak pun lada sulah.. Cuma ada lada hitam ngan lada putih je"
Mak: "Lada sulah tu Lada putih la"

Kesimpulan dari cerita, Lada sulah tu Lada putih yer kawan2.. Hehehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...