Friday, November 21, 2014

3 Usahawan IKS Yang Berjaya Di Malaysia

1. SYARIKAT MUDIM SDN BHD

Maklumat Syarikat:

Syarikat Mudim Sdn Bhd

Produk:

Menjual produk beasaskan bahan mentah seperti sos, kicap dan cuka.

Alamat Perniagaan:

Kampung Jelutong,
Mukim Tobiar,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

No. Tel: 04-7846270
No. Faks: 04-7846628

Perniagaan Mudim Zakaria ( MUDIM ) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang juga dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat-ubatan tradisional secara kecil-kecilan di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudiannya pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu En. Shaarani Bin Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan syarikat.

En. Sharaani Bin Zakaria merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Beliau dilahirkan pada 8 Oktober 1960 di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar , Pendang, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, Pendang, Kedah, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendang, Kedah dan beliau berjaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, beliau menamatkan pengajian tingkatan enam di Sekolah Persatuan Belia Bimbingan.
Di awal usia 20-an, En. Shaarani telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada bapanya. Walupun ketika itu hanya perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil - kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan  dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya yang mendalam terhadap  pengeluaran kicap dan sos, bapanya memberi beliau galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bagi memantapkan diri beliau dalam dunia perniagaan, beliau begitu komitmen menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM.

Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, En. Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produkMUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di pasaran global.
Berkat doa restu daripada ayah dan bonda tercinta, keluarga tersayang dan seluruh wargaMUDIM yang gigih berusaha, kini En. Shaarani merupakan usahawan bumiputera yang berjaya menjadi pengeluar kicap, sos, dan cuka. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran. Walaupun begitu beliau masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.


PRODUK KELUARAN MUDIM
Syarikat MUDIM menawarkan pelbagai barangan atau produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dalam pelbagai saiz yang mengikut keperluan pengguna. Antara produk keluaran MUDIM ialah Kicap Istimewa, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Sos Cili dan Cuka Buatan.

BAHAN MENTAH
Produk utama yang dikeluarkan oleh Syarikat MUDIM adalah kicap, sos, dan cuka. Oleh itu, syarikat MUDIM mendapat pembekal utama dari Pulau Pinang yang membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran produk MUDIM. Bahan mentah yang digunakan oleh syarikat MUDIM adalah seperti soya, caramel, gula, garam tepung, bahan pengawet dan perisa makanan yang dibenarkan. Hubungan yang baik dengan pihak pembekal menyebabkan syarikat MUDIM tidak mempunyai masalah mengenai bahan mentah dan hantaran bahan mentah akan sampai pada waktunya.
Bahan mentah biasanya akan dihantar seminggu sekali mengikut keperluan operasi agak stok tidak terlalu banyak atau tidak terlalu sedikit.


Keadaan ini adalah untuk megelakkan kerugian akibat lebihan stok. Pengurusan operasi syarikat MUDIM agak cekap dan mampu membahagikan tugas kepada pekerja yang boleh melakukannya dengan baik. Oleh itu. Hasil pengeluaran produk MUDIM dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Keuntungan yang diperolehi meningkat dari tahun ke tahun berikutnya membolehkan syarikat MUDIM mengubahsuai kilang dan memperluaskan kilang agar operasi lebih banyak dapat dijalankan.

2. Ramly Food Processing Sdn Bhd

Alamat:

Ramly Food Processing Sdn Bhd
No.1 - 4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6187 4924
Email:rfpsb@ramly.com.my

Produk
RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.  Kejayaannya bukanlah dapat  dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.  Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM100 juta.



Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.  Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.  Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Ramly juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun 2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan.

3. Syarikat Faiza Sdn Bhd

Faiza Marketing Sdn Bhd (442060-U)

Lot 15-11 & 15-12,
Blok B, Komppleks Kilang SME Bank,
No 15, Jalan Wawasan Utama,
Kawaasn Industri Sri Gading II,
83000 Batu Pahat,
Johor, Malaysia.

Email
 spice@faizaspices.com

Website      
www.faizaspices.com

Telefon : 607-4556609        FAX : 607-4556608

Tol Free  :  1-800-227742

Kisah dan Pengalaman

“SAYA nak jadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” dan dia dah berjaya pun sekarang.
Seperti yang kita sedia maklum, Syarikat Faiza Sdn. Bhd merupakan penaja program realiti di TV3 bertajuk Bersamamu.Pengasas syarikat ini merupakan anak kelahiran Negara Mesir dan berhijrah ke Malaysia mengikut arwah suaminya, Abu Bakar setelah mempunyai seorang anak.Kini beliau mempunyai seramai tujuh orang anak. Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, anak sulung daripada tujuh orang adik beradik, berumur 68 tahun.Bapanya seorang
tahfiz dan peniaga kedai makanan di Mesir. Menurut beliau, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Beliau membangunkan syarikatnya daripada bisnes runcit biasa yang dijalankan di rumah menjadi antara pemborong beras yang terkemuka di Malaysia.Ibu pejabat Syarikat Faiza Sdn. Bhd kini terletak di Batu Pahat Johor.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Penger usi Biro Kebajikan) dan pemegang amanah anak yatim Batu Pahat. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya´.Sebelum Syarikat Faiza berada pada tahap sekarang pelbagai cabaran dilalui oleh Puan Faiza.Selepas berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya, bermulalah cabaran hidup anak kelahiran Mesir ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Puan Faiza mula memikirkan aktiiti berfaedah yang dapat beliau buat bagi mengisi masa lapangnya.Puan Faiza dapat berbahasa Melayu dalam masa hanya tiga bulan kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya.Antara aktiviti awal yang beliau lakukan adalah mengambil upah menjahit sulaman bermodalkan RM4.00, membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya. Ketika tinggal di Mersing, Puan Faiza ni berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan ramuanitu bagi menghasilkanrempah kari ikan dan daging. Semuanya dilakukan sendiri, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar.


Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan sebuah kedai.Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Para pelanggan yang melanggan rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya. Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada tahun 1999 pula syarikat itu menjalankan usahasama dengan Bernas dan menjadi ahli kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Kehidupan

PuanFaizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.

Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.


Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini. Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga. Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.


Menurut Faiza, beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur. Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. “Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk Ponni, Basmathi, beras Wangi, beras Siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik. Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.

Tip Kejayaan Puan Faiza

1. Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.
2. Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.
3. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu ,masyarakat di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki yg diperolehi. Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yg paling tinggi membayar zakat di Malaysia.
4. Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waqiah.
5. Menganggap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.
6. Tegas dengan pekerja yang bermasalah.

Seronok baca kisah kejayaan orang....

Rujukkan:
http://salutensb.blogspot.com/2013/04/usahawan-iks-yang-berjaya-di-malaysia.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...